Friday, July 29, 2011

HARI PENUH DUKA BUAT KITA : HARIMAU MALAYA TERTEWAS


Harimau Malaya vs Singapura

Hari ini adalah hari yang suram, muram dan murung buat semua... mendung diiringi hujan rintik-rintik seakan petanda alam turut meratapi episod duka buat Harimau Malaya... di stadium semalam saya melihat beberapa peminat menitiskan air mata menangisi tumpasnya Harimau Malaya... beberapa rakan juga saya lihat tidak dapat menahan sebak berpelukan meratapi tumbangnya Harimau Malaya di halaman sendiri... 

Saya begitu kagum dengan beberapa rakan dan peminat SETIA yang sehingga saat akhir tidak jemu terus menerus bersorak memberikan sokongan agar Harimau Malaya bersemangat untuk terus berjuang ketitisan keringat yang terakhir... kesetiaan SEJATI ini sudah lama tidak muncul ... namun Aura Harimau Malaya semakin menyerlah dan kini "kami" telah kembali...

Semalam Harimau Malaya tewas kepada sang Singa dengan agregat 6-4... kita terpaksa sekali lagi menunggu 4 tahun untuk menyaksikan Harimau Malaya bersaing dalam pusingan kelayakan piala dunia...

Malaysia Tewas 'Bergaya' 3-5 Pada Singapura

Apapun kita harus sedar diri, akur dan insaf mutu permainan Harimau Malaya masih belum matang sepenuhnya... malah kita harus berpijak di bumi yg nyata... Harimau Malaya belum layak, setanding atau mampu bersaing dipentas sebenar bola sepak antarabangsa... Ini lah realiti sebenar walaupunpahit harus kita telan disebalik semangat, doa, sokongan dan harapan menggunung pemain dan peminat masih belum ckup jika kita gagal tampil sebagai sebuah pasukan yang matang, mantap dan mampu bermain bola sepak ditahap tertinggi, profesional dan setanding sebagai sebuah pasukan antarabangsa...
tahniah safie penyerang profilik negara.. terbaik!

Namun begitu janganlah kita selepas ini mula mengutuk, mencaci dan meninggalkan Harimau Malaya semula seperti yang kita lakukan hampir 10 tahun lalu... kita harus juga menjadi penyokong dan peminat yang matang... menang sokong dan kalah juga kita harus sokong... sokongan dalam saat tewas ini begitu penting untuk Harimau Malaya bangkit... 


 Pemain TERBAIK Malaysia malam tadi... Apek u r the best!

Barisan muda Harimau Malaya ini masih ada 4 tahun untuk memperbetulkan segala kepincangan... ayuh berusahalah... jangan menoleh kebelakang lagi... jangan mengharapkan program latihan... jurulatih... dan imbuhan sahaja... kesedaran harus datang jauh dari dalam diri pemain... kesedaran sendiri untuk berusaha memperbaiki "skill", mutu permainan dan segalanya yang diperlukan untuk menjadi pemain terbilang... pemain turut perlu berusaha sendiri dengan gigih... jadikanlah kekalahan ini satu pengajaran... menjadi satu azimat pencetus semangat... BANGKITKAN SEMUA SEMANGAT HARIMAU MALAYA!

"Tanah Tumpahnya Darahku... Berjuang Ketitisan Terakhir... Memartabatkan Nama Negara"

#harimaumalaya




HARIMAU MALAYA


1 comment:

Nur Izzaty Norzaman said...

Nice entry. Sebak membacanya. Salah sorang yang menitiskan air mata semalam. Semoga kepincangan dapat diperbetulkan. Dan harap penyokong setia terus menyokong untuk kembalikan semangat pemain.Good Luck Malaysia!

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.