Friday, September 19, 2008

ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN : LEBIH BAIK DIA TIADA

Salam Perjuangan,

Agak terlewat untuk mengupas isu ini namun begitulah pendapat saya lebih baik dia tiada dari ada dan menyusahkan semua orang. Mari kita lihat rentetan perjalanan Zaid Ibrahim ni... kenapa lebih baik dia tiada dari ada dalam UMNO atau Kerajaan...

Sebelum ini Zaid Ibrahim telah didapati bersalah dalam politik wang (rasuah lah kut) dalam pemilihan UMNO (PERGONG) dan dihukum gantung jawatan dan dalam UMNO... tak termasuk dengar-dengan kehidupan dia yg kebaratan dan suka makan-makan & minum-minum... sendiri mau ingatla minum apa... menyebabkan rakyat dan ahli UMNO benci dia sbb rasuah...

Tak pasal-pasal lepas pilihan raya PLah lantik dia jadi senator dan menteri JPM handle kehakiman kan pelik tu... PLah ni biar betul... ini memang kesalahan besar PLah. Agaknya PLah mengantuk masa susun nama menteri kabinet kut boleh lpula antik org yg terbukti amal politik wang@rasuah jadi menteri. Kata nak hapus rasuah ni apa cerita tindakan dah terbalik ni lantik org rasuah... rakyat makin benci pada PLah n Zaid...

Ok dia jadi menteri... bila dah jadi menteri kita tgk dia ni rupanya jenis org yang tak tau di untung dan mengenang budi serta cuba laksanakan kerja dengan terbaik... siap boleh berselisih pendapat dgn PLah yg lantik dia. Dia juga suka umum benda-benda yg belum diputuskan kabinet atau sepatutnya diumum PLah... tak fikri masa bercakap... main cakap je tanpa fikir panjang Menteri macam mana ni kalau tak tau apa itu kerahsiaan dan protokol... sampai kena soundlah dengan menteri-menteri lain... menteri pula tak puas hati dengan dia...

Perjuangan lepas jadi menteri... ada ka fokus buka balik kes Tun Salleh Abbas. Isu tu sbnrnya ditimbulkan oleh pembangkang demi political milage depa... lepas tu plan utk letak kesalahan pada Tun Mahathir pula... ni dia buat sbb nak popular bukan sbb kebenaran. Kalau kita kaji dengan teliti kita akan lihat tak ada salah apapun yg dilakukan pentadbiran terdahulu dalam kes ini... Kerajaan sekarang sepatutnya konsisten dengan keputan yg telah diambil kerajaan terdahulu... Ni apa ni rakyat jelas nampak macam ada pakatan dan nampak sgt segala cerita dan isu yg disensasikan berkaitan kes Tun Salleh Abbas ini adalah demi merosakkan reputasi Tun Mahathir yg kononnya mengancam PLah... akhirnya sapa dpt untung pembangkang + Majlis Peguam... siap boleh bagi apa tu exgratia... bukan TUN Mahatir tak bela nasib dia org yg terlibat(sila baca fakta) dah memang salah dia org yg terlibat nak sgt tunjuk belang melawan benda yg tak betul pula tu, kena tindakan marah pulak... org Melayu dan Islam bertambah benci kerajaan+PLah+Zaid

Hasil kerja dia Majlis peguam naik tocang sbb rasa kerajaan kini dah lembut dan boleh dipengaruhi tgk lah Majlis Peguam jadi kurang ajar dan biadap anjur Forum terbuka bersifat perkauman pertama berkaitan Hak Istimewa Bangsa Melayu Islam. lepas tu tak serik walau diberikan amaran forum ke 2. Bab Islam pula... memang kurang ajar... kenapalah kerajaan tak ISAkan diaorg ni... kami rakyat Melayu Islam makin marah sbb kerajaan tak buat apa-apa... Menteri pening ni pulak tak kata apa macam bagi sokongan... rakyat meluat+marah+benci = kerajaan PLah+Zaid+UMNO sbb tak buat apa...

Pastu berani komen dan kutuk terbuka Tun Mahathir la... suruh Muhyiddin letak jawatan la komen menteri tu, menteri ni tak betul... Bro cermin dulu kerja ko baru nak menyibuk hal org lain... ko tu dah senior sgt ke nak didik org lain... didik diri tu dulu lah... meluat betul kat Zaid ini - kata rakyat MELAYU ISLAM

Lepas tu kita tgk dia sokong hapuskan ISA... apa sebagai menteri dia tak faham ka apa itu ISA... keperluan dan kepentingan ISA sebagai undang-undang pencegahan... kata berkiblat Amerika tu Amerika pun lepas kejadian WTC buat ISA... ni nak bangkang sbb apa? nak popular atau jiwa dah jadi pembangkang... Rakyat rasa dia memang tak layak jadi menteri... PLah kurang berakal sbb pilih dia...

Ni lepas kerajaan guna ISA untuk redakan ketegangan kaum dia boleh letak jawatan kononnya protes tak setuju dengan kerajaan... ada ka patutnya dialah org pertama bagi penerangan ada rakyat dr sudut undang2 utk faham apa itu ISA dan kenapa perlunya ISA... Menteri apa macam tu jadi menteri tapi lawan kerajaan... .. Meluat x1000

PLAH pula suruh dia tangguh dulu n fikir... ni satu bab kejahilan PLah... apa nak simpan org yg jadi gunting dalam lipatan macam dia lagi... simpanpun macam mendukung biawak hidup buat apa... rakyat tgk apa PLah ni... tak boleh nak fikir ka... lantik diani pun dah satu kesilapan kenapa tak bagi kat MP sabah ka Sarawak... ni dia nak berambus biarkan lah... Zaid ni pula ingat saham tinggi demand konon "saya tak letih saya kecewa" pegilah mabuk sapapun tak rindulah ko tak ada dalam kabinet, dah lah menyusahkan negara... ISLAM dan MELAYU pun ko tak dapat bela malah bagi peluang org lain ganggu gugat... baik duduk rumah diam-diam minum-minum puas-puas...

Ni tak nak pula lepas jawatan senator... kut nak makan gaji buta pun jgn nampak sgt... ko dah tak setuju dgn kerajaan berambus terus lah jgn separuh-separuh... tu nama org tak ada prinsip hidup... ni apa punya manusia lah Zaid ni. Elok la berambus dari kena terajang org & jatuh tersungkur mencium najis... tempat senator tu ada byk lagi org yg lebih layak untuk duduk dan berbakti di situ...

Bagi saya elok dia letak jawatan semua sekali dan jgn ada kaitan dengan kerajaan dah... kan tak setuju dengan prinsip dan tindakan kerajaan... org tak nak dia dah... sbb bukan dia kalah masa bertanding ketua bahagian.. nak bertanding pun tak layak tak cukup kuota pencalunan. Org kampung kawasan dia pun dah tak nak dia ni. Ini nak berkhidmat pada negara mabuk betul...... sedarlah diri sikit org memang tak nak dia dah...

So kesimpulan memang dari awal PLah salah dan bersalah sbb lantik Zaid Ibrahim ni... lebih ramai MP yg lebih layak kenapa insan macam ni dipilih... atau memang PLah serah bulat-bulat pada "penasihat" untuk susun senarai kabinet tu... yelah sbb dengar-dengar tak ada perbincangan peringkat MT UMNO dan peringkat parti komponen untuk buat endosment siapa patut dilantik dalam kabinet... bila meeting je tau-tau dah siap ada senarai cadangan dari pihak PLah (mungkin disediakan barisan penasihat). Itulah PLah... kenapa tak menuntut habis dr TUN M dan ambil gaya dan cara pentadbiran Tun Mahathir... PLah ego sgt, patut mana yg baik diambil dan buruk diketepikan bukan buang semua sekali kan susah tak ada panduan harapkan penasihat kiri dan kanan... jahanamlah negara... plessss Lah fikir skt jgn asyik tido dibuai mimpi je...

renung-renungkan selamat berjuang

Wednesday, September 17, 2008

16 SEPTEMBER TUKAR KERAJAAN : KRONOLOGI PENIPUAN ANWAR & PAKATAN RAKYAT


Kronologi PEMBOHONGAN ANWAR & PAKATAN RAKYAT mengenai angan-angan kerajaan baru

SUMBER : Utusan 17 September Kronologi kenyataan Anwar Ibrahim mengenai angan-angan kerajaan baru

8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

1 April
Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.


23 April
Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.
Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.


24 April
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".


25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.


28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.


3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.


10 Julai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.


31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.


26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.


8 September
Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.


12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.


15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.


16 September
Anwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.
KENAPA BIARKAN DIRI KITA TERUS DIPERBODOHKAN DAN MERELAKAN UNTUK DI TIPU SECARA TERANG-TERANG.
APAKAH ANWAR INGAT KITA TERLALU BODOH UNTUK BERFIKIR LANTAS AKAN TERUS MEMPERCAYAI CERITA BOHONG DARINYA...
BANGUNLAH SEMUA DARI DIBUAI MIMPI INDAH CIPTAAN ANWAR IBRAHIM... YANG TERBUKTI SEORANG MUNAFIK...
JANGAN BIAR DIRI KITA DIPENGARUHI UNTUK TERUS DIJADIKAN ALAT SANDIWARA POLITIK BELIAU...
KERANA BAGI ANWAR APA JUA CARA AKAN DIHALALKAN DEMI MENDAPATKAN KUASA... INILAH WAJAH SEBENAR ANWAR
JANGAN BIAR DIRI ANDA TERUS DIPERDAYAKAN

Monday, September 15, 2008

ANWAR : DALANG KEKACAUAN NEGARA

Salam Perjuangan

Saya tidak jangka semua orang bersetuju dengan pendapat ini... bagi saya kekacauan dan ketidak tentuan negara dalah berpunca dari insan bernama Anwar yang terlalu obses ingin berkuasa hingga sanggup menggunakan apajua cara demi merealisasikan cita-citanya...


Mari saya jelaskan, tanpa Anwar... Isu perkauman takkan tegang seperti sekarang... atau BN alami ketewasan besar dalam PRU12... atau ketidak stabilan politik, kemerosotan ekonomi dan dasar kerajaan tidak lagi dapat memihak kepada pembangunan Melayu...

Bagi saya kesilapan KERAJAAN PAK LAH paling besar adalah dengan merestui pembebasan ANWAR IBRAHIM... itu bagi saya satu kesilapan terbesar... lihat selepas pembebasannya ANWAR mula mengatur gerak langkah dengan tersusun bermula dengan mendapatkan sokongan dan kepercayaan kuasa besar dunia... melaluinya dia mula menggoyahkan keyakinan dunia pada Malaysia dan kita mula menghadapi tekanan ekonomi... INILAH PUNCANYA!!!

Kemudian Anwar mengukuhkan PKR dengan cara menarik sokongan kaum bukan melayu terlebih dahulu dengan memainkan sentimen MALAYSIA FOR MALAYSIAN... secara tak langsung berjanji menghapuskan hak keistimewaan melayu dengan memperkenalkan konsep kesamarataan... berjaya menarik DAP untuk kerjasama. Selepas itu Melayu pula tertarik untuk bersama ANWAR setelah dia menjanjikan kuasa apabila memerintah dan memperteguh dan berjanji berkaitan ISLAM... walhal tak sama langsung janji dgn kaum bukan melayu tadi (biasalah politik kata Anwar) dan berjaya menarik PAS... lahirlah PAKATAN RAKYAT satu gabungan parti politik yang jelas menggugat BN... Anwar begitu berjaya mempengaruhi PAS walhal DAP pernah berkata langkah mayat saya dulu kalau mau tubuh negara Islam, entah apa yg dijanjikan oleh anwar dalam apkatan mereka.

Berkat provokasi ANWAR juga perhimpunan BERSIH diadakan bagi menonjolkan kerajaan BN tak demokratik dan perlu ditumbangkan... sedikit sebanyak ramai terpengaruh dan ANWAR beruntung kerana dilihat jaguh demokrasi dengan laporan positif dari luar negara... lantas menyebabkan tekanan ekonomi dan pelabur bimbang untuk ke Malaysia dan Malaysia terus dipandang negatif...

kemudian rentetan kejayaan PERHIMPUNAN BERSIH kaum india radikal pula buat demonstrasi HINDRAF kononya teraniaya dan 1001 laporan yg tidak benar dan penuh dengan penipuan... konon tertindas... atas provokasi siapa semua ini berlaku...ANWAR LAH... dia mengapi-apaikan perkara perkauman ini hinggakan kaum bukan melayu rasa macam teraniaya sangat oleh sebab hak keistimewaan melayu... Tanpa tindakan tegas dan kerajaan amat berlembut memberikan gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan apayang dituntut oleh HINDARF... ini semua akhirnya telah meragut sokongan kaum bukan melayu pada kerajaan...

Sebelum PRU12 ANWAR terus meniupkan semangat MALAYSIA FOR MALAYSIAN (MACAM SLOGAN DAP) dengan berapi-rapi dan mengelirukan rakyat yang konsep ketuanan melayu tidak lagi relevan dan perlu digantikan dengan MALAYSIA BARU... dan dijanjikan kehidupan lebih baik ditambah pula isu ekonomi kenaikan harga mkinyak dan kos hidup... disamping ceramah yg tanpa segan silu berbaur isu perkauman yg mana seorang pemimpin melayu bercakap soal menghapuskan hak org Melayu dihadapan bukan melayu... seronok sangatlah kaum bukan melayu mendengar janji ANWAR.... lantas sokongan kaum bukan melayu kepada beliau menjadi maha hebat dan begitu besar dan ditambah sokongan kumpulan melayu yg buta asal usul dan pengetahuan sejarah, semangat kemerdekaan serta perjuangan bangsa melayu.... menjadikan sokongan pada PAKATAN RAKYAT bertambah dengan drastik sekali... lantas PRU 12 BN alami ketewasan paling teruk semenjak 51 tahun merdeka...

Kajilah statistik dan trend pengundian pada PRU12, undi kaum cina dan india telah berubah dalam volume yg besar kepada PAKATAN RAKYAT... hasil dakyah berbentuk perkauman dan janji-janji menyamaratakan MELAYU dan ISLAM dengan bangsa dan agama lain... yg kita semua tahu isu ini sememangnya akan dapat menarik sokongan kaum cina dan india.

Selepas PRU12... kita lihat pemimpin PAKATAN RAKYAT makin berani mempersoal hak keistimewaan bukan sahaja bercakap mulut tetapi dicerminkan dengan tindakan... diluar, di dada akhbar, TV malahan dalam PARLIMEN mereka berani persoalkan hak bangsa melayu... hinggakan kerajaan membenarkan individu yg jelas merupakan pemimpin HINDARF menjadi MP- yg mana mengambarkan seolah-olah kerajaan mengakui membenarkan apa yg HINDRAF tuntut... kerana tiada tindakan apa-apa diambil pada HINDAR seperti pengharaman etc...

DI NEGERI MEREKA KUASAI di perak dan selangor terutamanya banyak hak kaum melayu digadaikan dan diberikan pada kaum cina dan india... walhak MB adalah bangsa melayu... isu ladang babi, isu kampung baru, bagi tanah kpd sekolah cina, isu azan, papan tanda bertulisan jawi, tuntukan kuota biasiswa negeri kepada bukan melayu, duit peruntukan agama Islam diambil dan diagihkan kepada agama lain, isu kebenaran pembinaan kuil dan tokong... dan banyak lagi tanpa ada sebarang rasa bersalah dikalangan mereka yg mempersoal isu hak keistimewaan MELAYU ISLAM ini...

KENAPA MEREKA BERANI??? kerana ANWAR seorang pemimpin melayu secara terbuka mahu hapuskan hak keistimewaan ini... malahan di parlimen di depan mata saya sendiri MP PAS bangun dan mengherdik MP UMNO kerana kononnya bersikap perkauman apa bila bangun mempersoalkan hujah MP DAP & HINDRAF yg mempersoalkan hak keistimewaan bangsa melayu... mereka berani kerana ada pemimpin MELAYU ISLAM yg mementingkan dan mendahulukan kekuasaan dari kepentingan MELAYU ISLAM serta kemaruk mahu kuasa...

KERAJAAN LUAR PULA makin menekan MalaySia dengan isu hak asasi manusia, isu ekonomi dan lain-lain menyebabkan terus menerus kerajaan diasak dalam perbagai sudut hingga hilang fokus... termasuk campurtangan Amerika dan NGO antarabangsa... cuba lihat siapa yg memainkan isu hingga berlaku campur tangan ini... siapa lagi ANWAR... cth isu dia lari ke kedutaan TURKI dan isu LIWAT... AMERIKA terang terang cuba mencampuri urusan negara kita...

PELBAGAI ISU dimanipulasikan hingga rakyat makin hilang kepercayaan pada kerajaan seperti isu LIWAT, NAJIB-ALTANTUNYA, KERAJAAN RASUAH, SKANDAL SEK, KORUPSI KERAJAAN, KEGAGALAN KERAJAAN TANGANI EKONOMI, PROJEK KRONI, KEBAJIKAN RAKYAT dan lain-lain benar-benar mempengaruhi rakyat...

Selepas PRU12 juga ANWAR telah berjaya menimbulkan krisis kepimpinan dalam UMNO dan parti-parti komponen hingga perikatan dalam BN juga terancam... dengan pelbagai isu yg dimainkan ANWAR kononnya ada ahli PARLIMEN yg akan melompat, kerajaan akan tumbang 16 september, MP Sabah & Sarawak akan lompat, 38 MP akan tinggalkan BN... hingga wujud krisis kepercayaan dikalangan pemimpin sendiri hinggakan rakyat juga terpengaruh dengan dakwah ANWAR ini...

HINGGAKAN... isu perkauman turut terus dimainkan hingga semakin tegang akibat semakin beraninya mereka mempersoalkan hak keistimewaan org melayu... lihat pada akhbar-akhbar cina dan india ada sahaja isu perkauman timbul kononya ada org cina dan india susah serta teraniaya... kerajaan lambat bertindak... dan lain-lain isu yg merendah-rendahkan kerajaan dan mereka lantas mensensasikan isu apabila kononnya isu perkauman cina ditimbulkan cth isu Dato' Ahmad Said... tapi bagaimana pula isu hak keistimewaan melayu yg mereka mainkan selama ini... mereka terus berani kerana disokong pemimpin melayu lain dan anggapan kerajaan tidak akan bertindak kerana kerajaan terus membatu atas tindakan berbentuk perkauman yg mereka lakukan sebelum ini...

APABILA KEADAAN MAKIN PARAH lantas Panglima ATM mula bersuara dan seruan ini disambut dengan pelbagai reaksi dan yg paling terkejut pastinya kerajaan. Seperti batu besar jatuh atas kepala barulah kerajaan tersedar seperti PLah terjaga dari tidur dalam PERGONG terus mengambil langkah-langkah perlu dan drastik seperti menguatkuasakan undang-undang dan tindakan ISA... kini dijangkakan walau ada suara-suara sumbang atas tindakan itu, ketegasan kerajaan pasti meredakan keadaan dari isu perkauman terus dimainkan... bakal menyelamatkan Malaysia dari terus terhumban ke jalan kehancuran...

LIHATLAH SEMUA... SIAPA DALANG SEBENAR DISEBALIK KETIDAK TENTUAN, KERISAUAN, KETIDAKSTABILAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL... LIHATLAH DALANG SEBENAR YANG MENYEBABKAN KEKACAUAN INI DAN KESUSAHAN KITA SEMUA... SIAPA LAGI KALAU TAK SI MANIPULATOR, PEMFITNAH, PENIPU DAN PERANCANG LICIK SI ANWAR BRAHIM...

Belum terlembat kalau kerajaan mahu memperbetulkan kesilapan maha besar ini kerana membebaskan individu licik seperti ini yg hanya mementingkan kekuasaan dan sanggup menghalalkan apa jua cara tidak kira haram atau halal, walau mengorbankan Melayu dan Islam... demi impiannya yg satu berkuasa memerintah Malaysia.

Sedarlah... Malaysia bakal berada dibawah telunjuk barat seperti apa yg telah dijanjikan beliau atas segala bantuan yang telah diterimanya bagi mendapatkan kekuasaan itu... apa akan jadi pada anak cucu kita nanti??? bertambah amankah negara kita??? masih tertegakkah syiar Islam dibumi bertuah ini??? fikir-fikir dan renunglah masa hadapan sebaiknya... kerana saya pasti jika kita tersilap membuat pilihan pastinya jalan kembali selepas pilihan itu dilakukan amat sukar dan perit sekali... jangan kerana kesilapan kita memilih hari ini... anak cucu dan generasi kita yang mendatang akan sengsara... Fikirlah dengan waras dan tenang tanpa ada emosi membelenggu diri bersama bukti yg benar-benar utuh dan dipercayaan... insyaAllah kebenaran itu akan terserlah...

Renung-renungkan dan selamat berjuang....

TERBUKTI BENAR : KENYATAAN PANGLIMA ATM

Salam Perjuangan

Terbukti apa yg diulas dan ditimbulkan oleh panglima ATM benar dan tepat... seperti org yang sudah terhantuk hingga lebam dan benjol kerajaan seakan baru tersedar dan memulakan langkah bagi meredakan isu perkauman.

Rujuk Artikel sebelum ini di sini http://idealismalaysia.blogspot.com/2008/09/isu-perkauman-tentera-beri-reaksi.html

PLah membuat kenyataan akhbar supaya semua patuhi undang-undang dan jangan main isu perkauman... diikuti penahanan ISA 3 individu yang memang terkenal suka mencetus kontroversi dan isu perkauman... dan selepas ini mungkin tindakan menggantung atau menarik lesen akhbar...

Saya gembira kerajaan akhirnya ambil tindakan dan berterima kasih kepada ATM kerana menjadi "Penukul" kepada "Pahat" iaitu kerajaaan... kalau tak diketuk tak bergerak...

Harapan saya pada PLah dan kerajaan... jaNganlah bila SaMpai dah nak marak api itu baru nak di siram... jgn tunggu perkara dan melarat baru nak cegah... kerajaan harus proaktif dalam menjangka masalah yg berlaku bukan tunggu ia berlaku baru nak ambil tindakan... kena pandai membaca keadaan semasa negara... tu penting PLah percaya pada agensi perisikan sepeti di ATM, PDRM etc...

Kerajaan yang baik WAJIB mampu meramalkan keadaan masa hadapan dan bertindak mengikut kesesuaian... Teruskan tugas dengan baik dan pastikan kesilapan tidak berulang... sentiasa selangkah kehadapan...

Renung-Renungkan Selamat Berjuang

TINDAKAN ISA : TANGANI PERKAUMAN


Salam Perjuangan

Tindakan Kerajaan mengambil tindakan ISA terhadap 3 individu yang antara pemain utama pencetus isu perkauman amat di alu-alukan... terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya membuktikan yang pemimpin sedia ada kini tidak lagi berada dalam zon "takut" atau "bacul" sehingga berani bangun untuk membela bangsa melayu Islam... tahniah!

Namun begitu selain 3 individu ini, individu lain seperti berikut juga harus dipertimbangkan untuk ISA

1. AnwarBrahim,
2. Karpal,
3. Lim Kit Siang,
4. Gobinder,
5. Para Pemimpin dan pengikut Hindraf,
6. Para Pemimpin Majlis Peguam,
7. Zaid Ibrahim (UMNO),
8. Nizar (MB perak), P
9. ara Pemimpin DAP tertentu,
10 Para Pemimpin GERAKAN, MCA dan MIC tertentu

Yang telah direkodkan kenyataan secara terang terangan dalam surat khabar perdana mahupun media televisyen memperkatakan dan mempersoal serta membangkitkan isu perkauman... Harap kerajaan dapat beri pertimbangan dan buka fail kes setiap satu individu berkenaan untuk mengumpul bukti dan betapa serius impak isu yg ditimbulkan mereka atas masyarakat berkaitan isu perkauman ini... Rakyat Malaysia pasti berterima kasih...

Teresa - memang wajar kerana secara terbuka menimbulkan isu perkauman yg mengguris hati org melayu Islam.

1. Isu tulisan Jawi
2. Larangan Azan menggunakan pembesar suara
3. Memorandum Azan
4. Cuba menyamaratakan Islam dengan agama lain
5. dan lain-lain lagi yang berbentuk usaha menghakis perkara dan keistimewaan orang melayu

Raja Petra - wajar kerana menerusi laman blog kendaliannya telah banyak menimbulkan fitnah yang dipercayaan oleh masyarakat tanpa usul periksa menyebabkan keresahan dan ketidak percayaan serta ketentuan dikalangan rakyat hingga mewujudkan bibit bibit perpecahan dikalangan melayu dan juga melayu dan bukan melayu Islam.

1. Isu Najib-Altantunya
2. Isu menghina Islam & Nabi SAW - JAKIN dan NGO Islam buat laporan polis...
3. Akuan bersumpah Kes Najib & Altantunya
4. Artikel-artikel yang tidak benar - manipulasi emosi dan situasi semasa hingga mewujudkan kepercayaan dikalangan rakyat walau tanpa bukti jelas dan benar.

Wartawan Akhbar Sin Chew Jit Poh - harus ditahan kerana memberikan laporan dan penulisan yang condong kearah memainkan isu dan sentimen perkauman diatas kenyataan Dato' Ahmad Said walhal dalam konteks sejarah masyarakat Malaysia tiada apa yg salah dalam ucapan itu. Namun kerana corak penulisan yg mahu mencetuskan sentimen perkauman isu itu telah menjadi sensasi lantas masyarakat cina terus mempercayainya....
Apapun kini semua harus berhati-hati dan berfikir jauh sebelum cuba mencabar hak dan perlembagaan negara... terutama jangan memeprsoalkan Hak Keistimewaan Melayu... saya yakin jika kerajaan tidak melaksanakan tindakan tegas sebegini... nescaya api kemarahan Melayu Islam akan semakin membuak-buak hinggakan khuatir tidak dapat diredakan... dengan tindakan begini saya yakin sentimen kemarahan melayu Islam akan semakin reda dan keyakinan kepada kerajaan sebagai pembela Melayu Islam akan dapat dikekalkan...
Renung-renungkan selamat berjuang.

Friday, September 12, 2008

BILA NAK MINTA MAAF : DAP, MCA, GERAKAN

Sumber myKMU.net

Bilakah DAP Hendak Minta Maaf?
Posted on Friday, September 05 @ 20:51:06 MYT Topic: KOMENTAR-2


(Gambar : Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh).


Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tulisan jawi.


Kenduri kesyukuran Teresa 5 Negeri 5 Babi

Selepas itu, bila menang lima buah negeri dalam PRU12 dan projek RM100 juta diluluskan, Teresa memanggang pula lima ekor MR B.

Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?

(Gambar: Teresa menunjuk nunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh).

Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar laungan azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Siapa yang ganggu ketenteraman siapa sebenarnya?

(Gambar: Namewee menyatakan azan seperti nyanyian lagu).

Pada 15 Julai 2007, Namewee telah menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube. “Kritikan berhubung nyanyian Negaraku oleh Wee Meng Chee di Internet menggambarkan hipokrasi pimpinan BN. Dengan mengambil sikap jumud, ia akan mengekang kreativiti rakyat. Ruang mesti diberikan untuk rakyat bersikap kreatif dan bebas bersuara.”komen Anwar Ibrahim berhubung isu Namewee dalam blognya.

Bersifat kreatif kah kita jika membuat lagu menghina azan?

(Gambar: Namewee menyatakan azan kadang kadang seperti RnB).

Berdasarkan komen Anwar dalam blognya terhadap Namewee, apakah Ketua Pembangkang sendiri memberi green light untuk orang lain membuat sesuka hati terhadap bangsanya sendiri? Siapa yang hipokrasi? Tanpa sebarang rasa bersalah, mereka enggan pun memohon maaf malah meminta orang lain pula memohon maaf.


Jangan hairan, jika ada orang Melayu yang malu mengaku dia Melayu lagi. Mereka rela membiarkan DAP bersikap sedemikian tanpa berasa bersalah pun. DAP yang berulang kali menolak dasar negara Islam, tidak pernah pun minta maaf pada rakan kongsinya iaitu PAS.

Sepatutnya orang PAS desak DAP minta maaf terlebih dahulu. Barulah boleh berpakat buat kerajaan baru. Atau Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang minta maaf bagi pihak DAP.

Sumber: myMassa.com

CATATAN PENGORBANAN MELAYU KEPADA BANGSA LAIN

Petikan dari MyKMU.net

Eksklusif: Catatan Pengorbanan Melayu untuk bangsa lain

Contributed by
yiemega1 on Friday, September 05 @ 18:12:38 MYT Topic: RENCANA

Ketua UMNO Bukit Bendera yang mengeluarkan kenyataan yang dianggap "perkauman" oleh kaum-kaum lain terutama bangsa cina yang merasa kecil hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO bukit bendera tersebut sehingga media-media arus perdana juga turut campur menyerang Ketua UMNO tersebut. Apa yang penulis perhatikan di sini, sekali lagi bangsa Melayu dituduh bersifat perkauman, ironinya isu-isu yang melibatkan perkauman akhirnya orang Melayu jualah yang dipersalahkan.

Terlebih dahulu penulis ingin jelaskan kepada bangsa-bangsa lain tujuan penulis ketengahkan artikel atau isu ini bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan semangat perkauman di kalangan Melayu ataupun ingin memusuhi bangsa lain terutamanya cina. Tidak sama sekali, penulis sendiri mempunyai ramai kawan yang berketurunan cina. Penulis hanyalah bertujuan 'menjernihkan air yang keruh' bagi membuka minda kaum-kaum lain terutamanya cina menganai pengorbanan-pengorbanan yang pernah dilakukan oleh bangsa Melayu yang sering dianggap 'racist' oleh mereka sedangkan sudah banyak Melayu berkorban untuk mereka.

Kita mulakan dengan Perlembagaan
Malaysia, walaupun di dalam perlembagaan kita ada fasal yang dikaitkan dengan 'kontrak sosial' yang melibatkan hak istimewa Melayu tetapi itu bukanlah penanda aras yang boleh melabelkan masyarakat Melayu sebagai perkauman, tetapi itulah yang sepatutnya diberikan kepada Melayu yang pada masa ini pun masih ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Sebagai contoh, cuba andaikan Melayu ini 'tuan rumah' kepada rumah yang bernama 'Malaysia' dan kaum lain-lain pula adalah 'tetamu kehormat' kepada rumah bernama "Malaysia', namun di atas keterbukaan Melayu, mereka sanggup menerima 'bangsa lain ini' sebagai ahli keluarga rumah yang bernama 'Malaysia'. Walaupun pengorbanan mereka sudah lama berlalu, namun ia tetap perlulah dihormati oleh kaum-kaum lain dan dihargai.B

ercakap pasal perlembagaan, sedar atau tidak sedar Melayu yang mengikut Perlembagaan beragama Islam tidak begitu defensif untuk melaksanakan apa yang dikatakan 'undang-undang Islam' yang dituntut di dalam Islam ke atas umatnya demi menjaga hubungan baik kaum-kaum lain di Malaysia walaupun pengorbanan itu kemudianya membawa kepada 'persengketaan Melayu' namun demi bangsa lain mereka terpaksa berkorban tetapi malangnya pengorbanan ini langsung tidak dihargai walaupun pengorbanan ini adalah 'pengorbanan besar' bagi umat Melayu.

Kita beralih pula kepada sektor pendidikan, di dalam sektor pendidikan juga orang Melayu telah banyak bekorban untuk bangsa lain. Sebagai contoh, sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang mewakili kaum-kaum lain dibenarkan dibuka oleh kaum cina dan india sedangkan dalam masa yang sama Melayu terpaksa mengorbankan 'sekolah Melayu' dan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan di mana penyertaanya terbuka kepada semua kaum Melayu tidak membantah.

Pengorbanan Melayu di dalam pengajian tinggi juga tidak terkira besar nilainya, sebagai contoh Universiti Tengku Abdul Rahman yang penuntutnya majoritinya adalah kaum cina, tidak juga ditentang oleh Melayu walaupun orang Melayu masih ketinggalan di dalam sektor ini. Sebagai perbandingan cuba kita lihat perbezaan "Universiti Tun Abdul Razak" dengan "Universiti Tengku Abdul Rahman" walaupun pemiliknya adalah Melayu tetapi ia tidak menyekat kemasukkan pelajar bukan Melayu untuk menimba ilmu di universiti ini, Universiti Tengku Abdul Rahman pula 'memang' ia tidak meletakkan syarat untung bangsa cina, tetapi 99% pelajarnya berbangsa cina. Dari segi fasiliti pula, UNITAR lebih ketinggalan berbanding UTAR namun ianya tidak sedikitpun menimbulkan kebencian Melayu terhadap bangsa lain.

Dari sektor pengajian tinggi, kita beralih pula kepada sektor ekonomi, Tujuan Dasar Ekonomi Baru atau DEB diperkenalkan ialah untuk merapatkan jurang ekonomi di antara bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia di mana pada ketika itu Melayu berupakan bangsa yang 'mundur', selepas DEB dilaksanakan memang kekuatan ekonomi Melayu dapat dipertingkatkan sedikit namun, hingga pada hari ini ia tidak berjaya mencapai sasaran 30% penguasaan ekonomi, memandangkan kaum cina tetap menjadi peneraju utama di dalam bidang ekonomi. Sebagai contoh kontraktor bumiputera walau besar mana sekalipun terpaksa bergantung kepada 'pembekal-pembekal besar' yang lazimnya dimiliki oleh bangsa Cina dan ia membuktikan 'kebergantungan Melayu' terhadap bangsa Cina atau bangsa lain juga boleh dikira satu perngorbanan Melayu.

Kita beralih pula kepada isu semasa mengenai tuntutan HINDRAF terlebih dahulu izinkan penulis senaraikan dakwaan HINDRAF yang dipetik daripada blog Ayahnda Tun Dr. Mahathir iaitu
http://www.chedet.com :

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

Walaupun tuduhan-tuduhan mereka boleh menjurus ke arah perkauman namun orang Melayu tetap berdiam diri dan langsung tidak melabelkan tuduhan tersebut sebagai provokasi 'perkauman' bagi menghina kaum Melayu, tidak ada Melayu yang 'melenting' berhubung tuduhan HINDRAF tersebut. Bukan itu sahaja, tidak ada tuntutan daripada Melayu agar mereka memohon maaf di atas tindakan mereka bahkan ada yang dah bergelar Yang Berhormat yang penulis percaya ada juga pengundi Melayu yang mengundi mereka.

Sebelum penulis terlupa, kita sentuh sedikit mengenai 'kerakyatan' oleh kerana Melayu terkenal dengan sifat 'terbukanya' mereka telah membuka 'kerakyatan' Malaysia kepada bangsa-bangsa lain melalui apa yang dikatakan 'jus soli', ini merupakan pengorbanan yang tidak kurang besarnya orang Melayu terhadap bangsa lain di Malaysia.

Begitulah rentetan 'kesabaran' orang Melayu terhadap bangsa lain di Malaysia. Walaupun bangsa mereka terus dipijak, namun mereka tidak sanggup 'memijak' bangsa lain. Perlu diingatkan juga kesabaran orang Melayu ada batasnya, jika sampai kami bangsa Melayu terus diperhambakan dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain ia akan membawa kepada kebangkitan orang Melayu sepertimana kebangkitan orang Melayu menentang penjajah inggeri satu ketika itu. Penulis berharap dengan penjelasan ini, kaum-kaum lain dapat menilai dengan setelus-telusnya mengenai pengorbanan-pengorbanan yang dibuat oleh Melayu untuk bangsa lain.

Jangan lagi 'menuduh' orang Melayu 'racist' kerana Melayu sememangnya tidak 'racist' apa yang mereka buat hanyalah mempertahankan hak mereka sahaja. Dengan penjelasan ini jugalah harapnya 'bangsa-bangsa lain' dapat membuka minda dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

http://www.suaragenerasimuda.com

TERIMA HAKIKAT SEBAGAI KAUM PENDATANG/ IMIGRAN

Petikan dari kmKMU.net

Terima Hakikat Sebagai Kaum Pendatang
Posted on Monday, September 08 @ 08:59:33 MYT Topic:
editor

Penulis sering berhadapan dengan para wartawan akhbar berbahasa Cina yang tidak mempunyai kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Mereka juga tidak mahir berbahasa Inggeris. Sebab itu akhbar ini bukan sahaja selalu tersalah lapor tetapi juga salah tafsir pandangan pemimpin bukan Cina. Demikianlah makna negara Malaysia dan bahasa Malaysia kepada sebahagian besar kaum Cina.

Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa orang Cina dan India harus menerima hakikat bahawa mereka merupakan kaum pendatang atau kaum imigran adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan. Ini bukan bermakna orang Melayu tidak mengiktiraf sumbangan mereka. Negara ini mengiktiraf semua sumbangan warganegaranya sama ada pribumi mahu pun kaum pendatang. Namun seperti kata Datuk Ahmad Ismail, kaum Cina dan India tidaklah boleh mengharapkan orang Melayu dan bumiputera lain mengenepikan hak-hak mereka seperti dalam Perlembagaan.

Apakah apabila Ahmad Ismail mendakwa kaum Cina dan India sebagai imigran maka ia menjadi satu isu perkauman tetapi apabila orang Cina mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam dianggap satu perbincangan yang wajar?

Tiada orang Melayu yang waras mahu menindas bukan Melayu dan bukan Islam. Namun ia bukan bermakna memberi lesen kepada pemimpin bukan Melayu dan beberapa kerat Melayu berstatus pengkhianat seperti Anwar Ibrahim mempersoalkan hak dan kedudukan orang Melayu.

Mengapa Gerakan dan MCA begitu lantang mengkritik kenyataan Ahmad Ismail tetapi langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadapmemorandum palsu Hindraf?

Apakah tindakan Gerakan dan MCA memperjuangkan kelangsungan sekolah Cina bukan satu aktiviti perkauman? 51 tahun merdeka kaum Cina masih bercakap soal sekolah cina, bahasa Mandarin dan soal kecinaan. Lantas mereka mahu menyalahkan orang Melayu kerana turut mementingkan kepentingan agama dan bangsa?

Di negara mana pun dalam dunia ini termasuk di negara barat yang maju, panggilan kaum imigran atau pendatang tidak pernah dianggap sebagai bersifat perkauman. Apakah kaum cina yang berhijrah dan menjadi warganegara Australia, Kanada, Britain dan lain-lain negara tidak dikenali sebagai kaum Imigran?

Mudah sekali MCA dan Gerakan bercakap soal kesamarataan dan keadilan semua kaum sedangkan mereka sendiri tidak pernah adil kepada kaum asal Tanah Melayu ini.

Kaum Cina bercakap soal orang Melayu mendapat kelebihan sejak merdeka. Itu bermakna baru 51 tahun orang Melayu mendapat sedikit kelebihan. Itu pun dalam sesetengah bidang sahaja. Dalam banyak hal tiada pun kelebihan dan pilih kasih dilakukan.

Namun yang mereka lupa ialah mereka mendapat kelebihan dan pertolongan penjajah sejak beratus tahun lalu mengaut kekayaan negara ini. Dengan bantuan penjajah juga maka Yap Ah Loy dimahsyurkan sebagai pembuka Kuala Lumpur sedangkan sejak zaman berzaman Kuala Lumpur sudah wujud penempatan Melayu.

Apakah sedikit kelebihan ini selama 51 tahun sudah dianggap sebagai tidak adil? Orang Cina patut bersyukur kerana sifat Melayu yang pemaaf dan mudah menerima bangsa lain maka mereka tidak dianggap anjing penjajah dan pengkhianat kedaulatan tanah Melayu.

Ada generasi muda Cina yang menulis kononnya jika ini keadaan mereka (ditindas oleh hak istimewa Melayu) lebih baik tidak diberi kerakyatan sejak dahulu. Inilah jenis tidak sedar dek untung. Apakah nenek moyang mereka mahu kembali ke negara China yang penuh kesusahan dan kesengsaraan? Apakah mereka juga mahu kembali ke negara China hari ini? Jika mereka merasakan hanya sedikit kelebihan Melayu dan bumiputera lain ini merupakan satu penindasan, mereka boleh sahaja berhijrah ke negara lain atau memohon kewarganegaraan China kembali.

Hakikatnya imigran Cina di Malaysia lebih berjaya berbanding di negara lain. Lihat sahaja di negara ini, cina yang tidak tahu berbahasa Malaysia pun boleh kaya raya. Apakah mereka boleh menjadi kaya di Australia, Amerika atau Britain tanpa fasih bahasa rasmi negara tersebut?Mereka mahu bercakap soal keadilan apabila merebut kekayaan dan kemakmuran negara. tapi berapa ramai kaum Cina masuk Polis, askar, bomba dan pertahanan awam? Mereka merungut sebagai kerja yang kurang pendapatan tetapi kena bekerja keras. Mereka lebih rela menjadi penjual VCD cetak rompak, kongsi gelap dan penyamun kerana mahu kaya.

Kita menghormati dan menyayangi kaum Cina yang boleh bertolak ansur dan menerima kontrak sosial kemerdekaan negara. Namun bagi mereka yang tidak mahu menerimanya dan menganggap orang Melayu dan agama Islam tiada hak lagi seperti dalam perlembagaan Malaysia, mereka boleh memilih negara lain yang lebih adil dan saksama.

MT UMNO : MELAYU TIDAK LAGI DI BELA "PENGGANTUNGAN DATO AHMAD ISMAIL"



Isu Ahmad Ismail: MT UMNO Berpecah
Contributed by Anonymous on Thursday, September 11 @ 04:06:47 MYT Topic: editor

"Terlerai sudah sokongan Melayu tradisional terhadap UMNO" demikian komen Datuk Seri Rais Yatim dalam Mesyuarat MT UMNO semalam ketika diputuskan pergantungan ke atas Datuk Ahmad Ismail. Menurut sumber mesyuarat MT kali ini luar biasa apabila Presiden terus mencadangkan agar Ahmad Ismail dikenakan tindakan pergantungan sebelum perbincangan di kalangan MT.

Difahamkan Ahli MT yang pertama sekali membantah cadangan ini ialah Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang menganggap UMNO perlu berbincang lebih lanjut termasuk merujuk kepada jawatankuasa disiplin terlebih dahulu.

Turut membantah cadangan Presiden ialah Rais Yatim, dan Datuk Seri Adnan Yaakob. Beberapa ahli MT lain yang kurang senang ialah Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien. Datuk Seri Utama Rais Yatim turut mengingatkan mesyuarat bahawa bukan satu kewajaran untuk Presiden mengutarakan hukuman atau keputusan sebelum membuka perbincangan terlebih dahulu.
Namun pandangan Pak Lah disokong kuat oleh Datuk Seri Khalid Nordin dan Datuk Seri Nazri Aziz. Mereka tidak mahu menunggu keputusan Jawatankuasa disiplin mahupun siasatan polis. Difahamkan komponen BN lain mengugut untuk keluar BN jika tiada tindakan segera diambil ke atas Ahmad Ismail.

Beberapa ahli MT turut mempersoalkan mengapa hanya Ahmad Ismail sahaja dikenakan tindakan. Mengapa akhbar cina yang turut memainkan isu perkauman ini tidak dikenakan sebarang tindakan. Bagaimanapun Pak Lah enggan berbuat apa-apa.

Sungguhpun majoriti bersetuju menggantung Ahmad Ismail, namun ia bukanlah keputusan sebulat suara. UMNO sanggup mengenepikan prosedur hanya untuk memuaskan hati pemimpin MCA dan Gerakan.

Menurut seorang ahli MKT yang dilantik, tiada sebarang pengundian dijalankan. Selepas perbincangan, Pak Lah membuat sidang akhbar mengumumkannya.

Layakkah Pak Lah terus menjadi Presiden UMNO?


Note: Kami tidak dapat mengesahkan kebenaran penuh artikel dihantar ini.

Harap maklum - editor

JENAYAH : PENDATANG INDONESIA PALING RAMAI

Petikan daripada Utusan Malaysia
Pendatang Indonesia penjenayah paling ramai

Nota: Kerajaan perlu bertindak amat tegas dan menstruktur kembali operasi bagi membenteras dan menghapuskan terus penyeludupan masuk secara haram pendatang asing ke negara kita. Pendatang asing kini sudah menjadi barah dan masalah kepada masyarakat kita... kalau tak diperingkat awal kita atasi nescaya makin parah dan susah untuk kita selesaikan.

Saya yakin yg masuk secara halal betul-betul ikhlas mencari pekerjaan sebaliknya yang masuk secara haram ini... kerajaan perlu membenteras dengan lebih keras dan tegas agar mereka ditangkap dan dihantar pulang... seterusnya pengawasan ketat dan terperinci memastikan tiada lagi masalah penyeludupan masuk pendatang.

Pada rakyat Malaysia jgn pula ada yg jadi pelindung pendatang haram tiada lagi istilah kesian kerana ini dah jadi masalah keselamatan negara... buat polis-polis jgn pula yg nak ambil duit perlindungan atau duit kopi untuk lepaskan pendatang haram ini... bertugaslah dengan jujur dan amanah... Apakah kerajaan mahu tunggu hingga masalah berkaitan pendatnag inimenjadi teruk dan kronik dari aspek ancaman kepada sosial, keselamatan dan masyarakat baru nak ambil tindakan... bertindak lah...

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pendatang Indonesia merupakan rakyat asing yang paling banyak terlibat dalam kes jenayah di negara ini pada tahun lalu dan kebelakangan ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, statistik polis mendapati pada tahun 2007, 1,984 pendatang Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah pada 2006 dan ia meningkat kepada 134 orang bagi tahun 2007."Polis memandang serius penglibatan warga asing termasuk rakyat Indonesia dalam kes-kes jenayah di negara ini."Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang terbabit dalam kes jenayah tanpa mengira negara asal mereka," katanya.

Menurut Mohd. Bakri, warga Filipina pula kedua paling ramai terlibat dalam kes jenayah pecah rumah iaitu 30 orang pada 2006 dan meningkat mendadak kepada kepada 121 orang pada 2007."Perlu diingat, penjenayah warga asing sekarang tidak sama seperti penjenayah dahulu, mereka juga semakin berani dan agresif melakukan sesuatu aktiviti jenayah.

"Malah dalam sesetengah kes, mereka bukan saja bersenjatakan parang atau pisau tetapi turut memiliki senjata api... mereka semakin berbahaya," jelasnya.Mengikut statistik Bukit Aman, kadar jenayah pecah rumah meningkat 4,727 kes kepada 33,599 kes pada 2007 berbanding 28,872 kes pada 2006.Selangor mencatatkan jumlah kes pecah rumah paling tinggi pada tahun 2006 dan 2007 iaitu daripada 6,769 kes meningkat kepada 8,798 kes.

Pada 2006, Johor pada kedudukan kedua dengan 3,461 kes dan jumlahnya menurun kepada 3,205 pada tahun lalu manakala Kuala Lumpur mencatat 3,335 kes pada 2006 dan naik kepada 3,846 kes pada 2007.Sementara itu, Mohd. Bakri menegaskan, pihak polis sedang menggiatkan usaha untuk membanteras jenayah pecah rumah terutama yang melibatkan warga asing di negara ini.

"Kita akan terus menerus membanteras kegiatan pecah rumah yang melibatkan warga asing."Kita juga akan bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan penjenayah terbabit yang melarikan diri ke luar negara," ujarnya.

SERAH KUASA AWAL : PM ABDULLAH BADAWI TERKEJUT

Ni Apa Hang Cerita Ni...

Dipetik dari artikel :Abdullah terkejut
Oleh HAMDEN RAMLI dan HELMI MOHD. FOAD

Nota : Terkejut atau pura-pura terkejut... atau satu lagi marah kerana ada yang berani mempersoal keputusan dia... Takkan Pak Lah tak tahu gelombang diperingkat bawahan memang nak dia berundur... jangan dengar sangat nasihat penasihat agung di kiri kanan pak lah kerana mereka menasihati dan menyampaikan maklumat demi kepentingan diri mereka...

Saya bagi satu cadangan agar PLah mengadakan pungutan suara atau kaji selidik tahap kepercayaan kepada kepimpinan beliau secara terbuka atau senyap-senyap oleh individu yg terlus dan jujur yg tak ada kepentingan dan buat ini demi bantu paklah dan negara... tengok berapa kerat rakyat masih sokong PLah... susah-susah bagi bujet pada saya dan biar saya buatkan... insyaAllah secara jujur dan teliti saya akan usahakan keputusannya.... selepas itu nilailah semua kedudukan Pak ALh sama ada mahu kekal atau menyegerakan untuk berundur...

Apapun saya yakin TS Muhyiddin tidak ada niat serong... cuma ia disensasikan oleh media masa. Tp buat PLah percayalah apa dikatakan TS Muhiddin itu adalah realiti masyarakat dan realiti yg perlu difikirkan secara mendalam oleh PLah dan Pengganti... sesuai atau tidak 2010 walhal kita perlu menangani byk cabaran...

Kemarahan dan luahan emosi kebanyakan kami adalah kerana kami masih sayang pada perjuangan UMNO ini... jangan biarkan kemarahan dan emosi ini bertukar kebapa kebencian dan pengkhianatan... bertindaklah dan betulkan segalanya selagi Allah SWT memberikan masa... sebelum keadaan terlewat sepenuhnya....

PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui pada 2010.

Perdana Menteri menegaskan, tarikh peralihan itu bukan sahaja dipersetujui oleh Kabinet tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) UMNO. “Saya terkejut kerana sebagai sebahagian daripada ahli Kabinet saya, dia (Muhyiddin) telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan yang telah dipersetujui bersama sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.Semalam, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah ‘tenggelam’ dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Abdullah berkata, beliau tidak memilih untuk terus berkuasa sehingga tarikh yang dipersetujui itu untuk ‘bersuka-suka’. “Ada banyak kerja yang perlu dibereskan. Ada banyak masalah yang perlu diatasi dan ada banyak program yang telah saya nyatakan sebelum ini bahawa saya mesti menyiapkannya.

“Antaranya pembaharuan terhadap sistem kehakiman dan polis yang telah saya mulakan dua tahun lalu. Saya juga berjanji untuk membasmi kemiskinan tegar. Saya mahu berkerja bersungguh-sungguh (untuk menjayakan semua kerja itu),” katanya. Perdana Menteri menambah, beliau juga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan terhadap UMNO.

“Ini semua telah menjadi tanggungjawab saya,” katanya. Ditanya sama ada Muhyiddin akan dipanggil bagi menjelaskan kenyataannya itu, Abdullah berkata: “Tidak ada keperluan untuk bertanya saya tentang apa yang akan saya lakukan.” Mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO, Abdullah berkata, perkara tersebut akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

“Ini berkaitan parti. Pandangan saya seorang masih belum memadai,” katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya menghentikan penyebaran khabar angin tentang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti.
Beliau turut kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang suka memperbesarkan khabar angin itu sehingga meningkatkan kredibiliti khabar angin berkenaan.“Biarlah khabar angin terus jadi khabar angin,” katanya

Thursday, September 11, 2008

KERAJAAN PERLU TURUNKAN HARGA MINYAK

Sumber Utusan Malaysia 10 September 2008

Nota (edited):

Selaras dengan perkembangan terkini Harga Minyak Dunia, Kerajaan perlu menurunkan harga minyak selaras dengan komitmen yang dijanjikan kerajaan kepada rakyat. Penurunan itu perlu lah dalam angka yang agak besar kerana penurunan harga minyak dunia yang begitu besar dan ketara.

Jangan mungkir janji kerana rakyat sedang memerhati... mungkin kegagalan memenuhi komitmen dan janji akan menyebabakan tahap keyakinan rakyat akan lebih menurun lagi. namun jika kerajaan mampu menurunkan harga minyak disusuli penurunan harga barangan keperluan melalui lankah-langkah drastik kerajaan, saya yakin sokongan yang kian menjauh kepada kerajaan akan kembali pulih dalam jangka masa yang singkat seterusnya mematahkan dakyah karut pihak pembangkang... Ini bakal memberikan laluan positif kearah PRU 13.


Kalau diambil situasi semasa mungkin BN akan menjadi pembangkang selepas PRU 13 kalau BN tidak mengambil langkah bijak dan pro-aktif memenangi hati rakyat. Sepatutnya harga minyak di Malaysia Adalah RM 2.05 per Liter dengan mengambil kira harga pasaran dunia ini...

Berikut adalah berita penurunan harga minyak

Minyak bawah AS$100 setong

VIENNA 10 Sept. - Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$100 (RM346) setong buat pertama kali dalam tempoh lima bulan di London apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebulat suara memutuskan untuk menurunkan pengeluaran minyak kepada 520,000 tong sehari.

Presiden OPEC yang juga Menteri Tenaga Algeria, Chakib Khelil ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu yang berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk mengurangkan risiko yang berpunca daripada komoditi itu.

Ketika pengumuman dibuat lewat malam tadi, di London, minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Oktober diniagakan pada paras AS$99.04 (RM342.67).

Bagaimanapun harga di pasaran Asia menyaksikan minyak bermutu tinggi bagi penghantaran Oktober naik sebanyak AS$0.92 (RM3.18) kepada AS$104.18 (RM360.46) setong dan Brent North Sea meningkat kepada AS$101.07 (RM349.70) setong.

Menurut Chakib, dengan kuota baru itu, OPEC akan hanya mengeluarkan 28.8 juta tong minyak sehari. Keputusan OPEC itu telah mengurangkan kadar penurunan harga minyak, sekali gus menghampakan para pengguna yang menaruh harapan untuk menyaksikan kejatuhan harga minyak lebih besar.

Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Samuel Bodman sebelum ini meminta para pengeluar minyak supaya memastikan minyak di pasaran mencukupi.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri ketika ditanya mengenai permintaan AS itu berkata: ''AS boleh memberi arahan tersebut kepada syarikat-syarikat yang ada tetapi bukan OPEC''.

Para penganalisis sebelum ini mencadangkan agar OPEC mengekalkan polisi semasa tetapi bersetuju supaya pengurangan pengeluaran minyak oleh beberapa anggota OPEC seperti Arab Saudi yang telah mengeluarkan minyak melebihi kuota mereka.
Bagaimanapun, keputusan akhir yang diumumkan oleh OPEC memang memeranjatkan.
Chakib berkata, beliau tidak menjangka keputusan OPEC itu bertentangan dengan aliran menurun harga minyak yang sebelum ini menyaksikan rekod harga tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

''Pada firasat saya harga (minyak) tetap turun walaupun keputusan telah dibuat.
''Saya tidak percaya keputusan ini akan menjejaskan pengguna dalam apa cara sekali pun kerana bekalan minyak berlebihan, semua orang setuju mengenai perkara itu,'' katanya.
Kepentingan yang diambil kira OPEC pada kali ini berbeza dengan pertemuan pada Mac lalu ketika harga minyak melepasi AS$100 (RM346).

Pertemuan kali ini lebih menumpukan kepada persoalan penentuan harga minyak yang dimahukan oleh kartel itu bagi melindungi harga komoditi berkenaan daripada terus menyusut.
Iran, Iraq dan Venezuela mahu harga minimum minyak berada pada AS$100 setong tetapi Arab Saudi lebih selesa sekiranya harga minyak pada sekitar AS$80 (RM276.80) hingga AS$90 (RM311.40) setong.
- AFP

MELAYU ISLAM TERCABAR TINDAKAN BIADAP

ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 10/09/2008
RENCANA: CUIT - Zaini Hassan

Nota (edited):

1. Begitu beraninya KAFIR HARBI ini mencabar hak MELAYU & ISLAM. Kerajaan sila ambil tindakan meng-ISA-kan mereka ini sebelum keadaan menjadi lebih parah dan Melayu Islam hilang sabar... gunakan akta hasutan etc ... ini serius ni... ini bukan perkauman sahaja siap dah kira masuk bab agama Islam... takkan jadi BACUL.....

2. Kepada pemimpin MELAYU ISLAM dalam UMNO ke PAS ke PKR ke takkan senyap je... nak dibiarkan sahaja ke perkara ini... atau semua dah terlebih sopan santun dan Islamik atau sudah tidak peduli maruah Melayu dan Islam dipijak-pijak sebegini...

3. Kepada PAS yang katanya Islamik apakah bekerjasama dengan DAP yang terang-terangan terbukti sekumpulan ektremis Cina (Kafir Harbi) dapat meninggikan syiar ISLAM??? apa semua ini... saya kecewa dengan kepimpinan ULAMA PAS... jangan demi kuasa ISLAM dipergunakan... ni terang-terang mereka cabar ISLAM... bertindaklah jika benar PAS Parti Islam tulen... jangan sampai org kata PAS Islam pada Kulit sahaja manakala isinya liberal kerana sanggup bersekongkol dengan KAFIR HARBI dan juga Pengkhianat dan perosak bangsa (Anwar).

TAJUK : Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya

JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.

Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan''.

Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita - Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.

Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.

''Sampai macam itu sekali tindakan mereka," kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.

Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.

Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ''hasil tinjauannya'' pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.

''Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)...'' katanya kepada imam yang ada di situ.

Semua yang ada terus 'terkedu'. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.

Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?

Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ''…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar''.

Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.
Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.


Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

''Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa 'sample' berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL," kata rakan saya itu lagi.

Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.


Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang 'menyuapkan' ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang 'memegang tali' untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang 'berkobar-kobar' membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.

Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku - yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang - secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.

Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin.

DATO' AHMAD ISMAIL DIGANTUNG : HUKUMAN UMNO

Rujukan TV3 dan Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum). - Utusan

ULASAN (edited) :

Untuk bersangka baik kita terima lah Dato Ahmad Ismail dihukum sebab enggan meminta maaf akibat kenyataannya yang "konon" nya berbaur perkauman kepada kaum cina yang mana isu besar adalah MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA. Apapun saya tabik pada dato kerana mempertahankan maruah sebagai anak jantan dan sanggup menerima hukuman dengan bermaruah.

Saya kagum dengan barisan kepimpinan pak tidoLAH yang gemar meminta maaf yelah bangsa melayu penuh sopan santun... tapi kalau berlebih-lebih nampak macam BACUL & DAYUS pulak kan... kenalah berpada-pada bak kata pepatah "Orang Berbudi Kita Berbahasa" ini kita sahaja yang berbudi kaum lain tak berbahasa pun... kena adillah bagi saya... TENGOK RENTETAN KEJADIAN NI... ada pemimpin bangsa lain minta maaf???

1. ISU HINDRAF DAN DEMONSTRASI DI KL - pelbagai tuduhan liar dan bohong dilemparkan kepada kerajaan dan Kaum MELAYU ISLAM sehinggakan isu ini dipanjangkan ke peringakat antarabangsa dan memalukan Malaysia - ADA PEMIMPIN MIC atau PPP MINTA MAAF??? TAK ADA LANGSUNG... MALAHAN SOKONG MEREKA lagi adalah minta pelampau ni dibebaskan siap benarkan jadi calon pilihan raya dan menang...

2. ISU LAGU NEGARA KU DAN AZAN YANG DIREMIX PELAJAR CINA - memperlekehkan martabat negara dan mencabar ISLAM secara terus... terang-terangan menunjukkan tidak patriotik kepada negara - ADA PEMIMPIN MCA atau GERAKAN MINTA MAAF??? TAK ADA LANGSUNG... malahan mereka siap pertahan minta jangan dihukum dengan beri macam-macam sebab...

3. ISU WANITA MELAYU BOGEL HEJUT KECAPI DALAM LOKAP - Isu dibawa ini dibawa oleh Teresa kononnya wanita cina dari negara China kena seksa dan dimalukan dalam tahanan. KERAJAAN TERUS SECARA TERBUKA MINTA MAAF KEPADA KAUM CINA DAN HANTAR WAKIL MINTA MAAF KEPADA KERAJAAN CHINA TANPA USUL PERIKSA (TINDAKAN BODOH). Siasatan rupanya yang kena tu wanita melayu - wanita ini dimalukan kerana pendedahan ini dan pertuduhan oleh Teresa dibuat tanpa usul periksa - sekarang Kerajaan pula disaman wanita itu... ADA PEMIMPIN DAP MINTA MAAF... TAK ADA!!! mereka diam buat bodoh je

4. PEMUDA UMNO TUNJUK KERIS - jadi isu sebab seperti memcabar dan mengertak kaum lain... KETUA PEMUDA UMNO TERUS MINTA MAAF... walhal kenapa nak minta maaf padahal itu adat istiadat kita buat jelah penerangan kepada bukan melayu... abis takkan masa upacara adat istiadat melibatkan sultan dan agong yg menggunakan keris pun nanti dah tak boleh ... KE BODOHAN UMNO DALAM MENANGANI ISU

5. KEKALAHAN TERUK BN DALAM PRU KE 12 - kekalahan akibat sebahagian besar undi masyarakat cina dan india tidak mengundi BN sebaliknya pembangkang. Menunjukkan kegagalan parti MIC, MCA, GERAKAN, PPP dan lain-lain parti bangsa cina dan india meyakinkan bangsa mereka menerima BN. ADA PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI INI MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA UMNO KERANA KEGAGALAN MEREKA... TIDAK ADA!!! SEBALIKNYA MEREKA SALAHKAN UMNO KONONNYA TERLALU PERKAUMAN.... UMNO pula lembik terus terima sahaja... MOHON MAAF. Kenapa tak bangun pertahankan punca kekalahan bukan sbb UMNO tp faktor lain... SATU LAGI KEBODOHAN

Bagus juga Dato Ahmad Ismail melawan IMAN HADHARI supaya dia sedar jangan lemah lutut sangat, kita kena berdiri tegak dan bangun mempertahan maruah bangsa ... ni asyik minta maaf macam MELAYU ni dah tak ada maruah lagi pemimpinnya pula dah jadi DAYUS dan BACUL.... Jadilah bijak dalam menangani isu jangan asyik menyerah saja pak tido LAH oiii. ni nasib BANGSA AGAMA DAN NEGARA ingat boleh buat keputusan suka-suka ke???

Walau Dato dihukum bagi kami Dato Ahmad Ismail pejuang melayu yang berprinsip dan tulen bukan macam pak tido LAH kata lain buat lain... Jangan bimbang saya dapat maklumat rakan-rakan UMNO Pulau Pinang menyanjung tindakan Dato' dan setia bersama-sama dato mengharungi tempoh hukuman... HIDUP MELAYU

Selamat Berjuang buat semua.... renung-renungkan

ISU PERKAUMAN : TENTERA BERI REAKSI

Merujuk kepada laporan TV3 dan Utusan Malaysia,

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal dipetik menzahirkan ucapan seperti berikut

" TENTERA amat bimbang dengan isu perkauman yang dicetuskan ahli-ahli politik dan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan keadaan menjadi huru-hara"

ULASAN :

Sejak sekian lama pihak tentera tidak mengeluarkan pendapat dan pandangan terutama berkenaan cara pengurusan negara dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan pemimpin. Namun luahan terbuka oleh panglima ATM memberikan gambaran betapa kerajaan tidak bertindak sebaiknya dalam menangani isu-isu perkauman yg ditimbulkan.

Namun kita harus berterima kasih kerana pandangan pihak tentera telah mencelikkan pak tido LAH untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan bertindak menggunakan ISA dan peruntukan undang2 kepada mereka yg menimbulkan isu perkauman. Bagi saya gimik sahaja tak percaya tengoklah selepas ini apakah pemimpin pembangkang yg kerap memainkan isu perkauman seperti Anwar, Teresa, Karpal, Gobin, Lim Kit Siang dan sebagainya ditangkap... percayalah kerajaan tetap BACUL untuk secara terbuka mempertahankan hak MELAYU ISLAM... terutamanya UMNO yg asyik minta maaf walhal kita mempertahankan hak kita...

Mungkin laporan serius berkaitan perisikan dalam perkara ini dari pihak tentera yang dibentangkan dan dilapor secara bersungguh-sungguh kepada pak tido LAH dan penasihatnya tidak diambil peduli menyebabkan Tan Sri sendiri terpaksa bersuara agar pak tido LAH terjaga dan ambil peduli.... wallahualam

Mahu tidak mahu ini semua salah Melayu Islam juga kerana jika kita bersatu nescaya kaum lain tidak berani bersuara mencabar hak kita... pada zaman Tun Mahathir dulu ada yg berani secara terbuka persoal hak melayu??? tak ada zaman pak tido LAH... selamba ja mereka sindir dan caci melayu... pemimpin melayu hanya tersengeh & terhegeh-hegeh menyokong... BODOH, lepas tu minta maaf...

Melayu juga dah makin buta menyokong pemimpin melayu agung kononnya yg memperjuangkan kesamarataan semua sapa lagi Anwar la... sedar tak kesama rataan tu maksudnya tiada lagi hak keistimewaan buat MELAYU ISLAM sedar atau tak menyokong perjuangan ini maksudnya menyokong hak org MELAYU ISLAM di hapuskan... kenapa melayu bodoh sangat mengikut memBABI buta walhal semua ada akal fikiran... Anwar sanggup memperjudikan hak keistimewaan melayu dengan memperkenalkan prinsip kesamarataan untuk apa??? UNTUK APA ??? DEMI KUASA demi mendapat sokongan bukan melayu mengundi beliau... kajilah keputusan PRU lepas undi cina dan india semua berpihak kepada ANWAR... abis melayu takkan nak undi dia jugak sebab terang-terang dia sanggup menggadaikan hak melayu demi kuasa... fikir lah guna akal bukan emosi... fikir masa panjang bukan nak glamour-glamour ini perjuangan ...

Cuba tengok sekeliling kita sebagai bangsa melayu ISLAM ni... dah bersediakah kita nak bertanding tanpa hak Keistimewaan kita ni??? TENGOK TERANG... muhasabah diri.

Tengok EKONOMI cina menguasai hampir semua jadi salahkah kita membantu org melayu agar dapat kehadapan menyaingi bangsa lain??? Kalau melayu tidak dibantu dan dibiarkan arus ekonomi bergerak sendiri... teori nya amatlah mudah YANG KUAT AKAN MENGUASAI YANG LEMAH... so sapa kuat dan sapa lemah ni... akhirnya melayu tak akan berjaya dalam bidang ekonomi

PENDIDIKAN kalau tengok statistik peperiksaan jelas ramai lagi org cina & india lebih bijak dan keputusan lagi baik. Kalau sistem terbukalah berapa kerat org melayu dapat masuk Universiti??? jadi kerajaan wujudkan kuota utk pastikan melayu dapat tempat... bagi org india dan cina mereka tiada masalah mereka banyak badan pertubuhan cina dan india yg boleh sponsor mereka keluar negara kalau tak dapat tempat dlm negara... bab melayu dapat keutamaan biasiswa sebab itu jugalah... cina dan india selain byk pertubuhan boleh sponsor dari segi ekonomi juga mereka lebih kaya dari melayu mereka boleh sponsor sendiri... tapi melayu??? dah kaya sgt ke... berapa ramai lagi yg miskin dan perlu dibantu... FIKIRLAH bersedia kah kita nak hapuskan hak kita....

Tu baru dua aspek yg kita lihat kalau tengok TARAF HIDUP melayu jauh ketinggalan... dibandar-bandar berapa kerat melayu mampu beli rumah besar... apabila bandar berkembang melayu akan tersisih dan hidup di pinggir bandar tak mampu menyewa atau memiliki harta di pusat bandar... tengok lah realiti keadaan sekarang kalau tak percaya. Berapa kerat melayu mampu ke hidup bermewah-mewah, tengok statistik yg melancong keluar negara ramai melayu ke yang membeli kereta-kereta mewah, pemilikan harta dan lain-lain... taraf hidup melayu ketinggalan...

Tak terfikir ke apa akan jadi kepada anak cucu kita jika hak keistimewaan yang bertujuan melindungi Bangsa MELAYU ISLAM agar terus dapat bersaing dan memiliki tempat dalam negara ini sebagai tuan asal kepada tanah ini jika tidak dipertahankan. Relakah kita memperjudikan nasib anak cucu dan generasi kita nanti yang mungkin akan tersisih dan terpinggir akibat kebodohan kita sekarang...

BUKTI DAH JELAS WAHAI MELAYU... tengok sahaja MELAYU SINGAPURA... apa jadi pada mereka... mereka tersisih dan hilang identiti walhal singapura dulu adalah milik melayu... parameswara datang ke tanah melayu dahulu dengan memijakkan tanah di singapura terlebih dahulu... namun akibat memberikan ruang kepada kaum lain memerintah (cina) akhirnya secara sistematik mereka menghilangkan satu persatu hak bangsa melayu singapura kerana apa mereka berjaya??? akibat tiada peruntukan dalam perlembagaan berkenaan hak melayu itu sendiri... Fikirlah rakan-rakan, sahabat-sahabat, saudara ISLAM... mahukah kita jafi seperti itu...

JANGAN BERIKAN RUANG UNTUK MEREKA MULA MENGHAKIS HAK KITA bak kata pepatah akhirnya "apabila diberikan betis mereka nak peha pula"... dan kemuncaknya apabila kita lemah seperti pepatah lama " apabila pohon kela tumbang kura-kura pun nak memanjat" mereka tidak akan berhenti dan berputus asa cuba menghakis dan menidakkan hak kita... sehinggalah akhirnya mereka menjadi bangsa dominan dalam negara ini... percayalah

Mereka bangsa bukan melayu yang mempersoalkan hak keistimewaan MELAYU boleh dilabelkan "LUPA DARATAN" dan bagai "KADUK NAIK JUNJUNG". Sila kaji kembali kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan negara ini... apakah mereka mahu menafikan persetujuan yang telah sekian lama dipersetujui... Waktu itu Melayu bersetuju beri mereka (bukan melayu) kerakyatan secara jus soli dan Mereka (bukan melayu) bersetuju memberikan hak keistimewaan Melayu. Mereka (bukan melayu) mendapat kerakyatan disebabkan persetujuan itu yang tertulis dalam perlembagaan... Kalau perkara yang dianggap perjanjian dan dipersetujui dimungkiri dan dicabar, jangan lupa BANGSA MELAYU JUGA ada hak menuntut dan mencabar perkara ini...

KESIMPULAN

Kepada kerajaan tolong bertindak tegas supaya tiada yang berani mempersoalkan hak kesitimewaan org melayu dan sebarang usaha kearah menghakis hak keistimewaan itu... Jangan jadi bacul atau betindak kepada satu pihak sahaja... biasanya melayulah dihukum bangsa lain... ini akan menimbulkan ketidak puasan hati.

kerajaan juga janganlah memandai mandai memberikan hak keistimewaan melayu kepada bangsa lain tanpa persetujuan rakyat berbangsa melayu. contohnya pemberian kuota biasiswa yang begitu banyak kepada kaum lain apa cerita... ramai melayu Islam yang tidak puas hati tentang perkara ini...

Kepada kaum bukan melayu... kenanglah keharmonian dan kedamaian negara ini serta semangat toleransi yg bersama kita semua dapat wujudkan tanpa mempersoalkan isu-isu sensitif perkauman ini... kenapa perlu menuntut lebih walhal apa yang ada sekarang sudah cukup membahagiaan kita. Diam bukan semestinya tanda setuju, Air yang tenang jangan disangka tiada buaya... hati-hatilah jangan sampai peristiwa berdarah lampau kembali berulang.

Kepada ATM terima kasih kerana menyedarkan kerajaan terutama pak tidoLAH... yang begitu lemah mengemudi kerajaan kita... harap ATM tetap siap siaga mempertahankan keamanan negara. Sekian

Renung-Renungkan selamat berjuang

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.