Thursday, June 19, 2008

Tamparan Hebat buat UMNO dan Barisan

Artikel dipetikdari sumber berikut http://umnodu.blogspot.com

Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, seorang Perdana Menteri bakal dicabar dengan usul hilang keyakinan di dalam Parlimen. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bukan dari Pakatan Rakyat, tetapi parti komponen Barisan Nasional sendiri – SAPP dari Sabah.Sebenarnya keadaan di Sabah sangatlah rumit semenjak PRU-12.

Kemenangan mereka (yang juga menjamin kemenangan Barisan) seakan-akan diketepikan kepimpinan dalam pemilihan kabinet.Maka satu persatu isu-isu (yang bukannya isu baru) dibangkitkan parti-parti Sabah demi “mempertahankan Sabah”. Pada pendapat penulis, walaupun isu-isu ini dijadikan mainan politik, ianya masih harus ditangani demi kepentingan rakan-rakan di Sabah.

Ya, memang benar UMNO tidak patut tunduk kepada ugutan sebegini. Tetapi malangnya UMNO sekarang tidak berada dalam posisi untuk mempertahankan diri. Jika satu-persatu parti komponen Barisan memprotes, dan UMNO kekal bersahaja, akan tiba masanya UMNO hanya memegang kerusi mereka sahaja – adakah ini cukup untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat?Yang menjadi persoalan adalah bagaimana keadaan boleh meleret sehingga jadi sebegini?

Desas-desus pengumuman oleh SAPP telah diketahui sejak beberapa hari yang lalu. Adakah kepimpinan Barisan leka sehingga terlepas pandang masalah ini?Di manakah “rundingan minit terakhir” yang acapkali digunakan untuk menyelamatkan keadaan parti?Dan apakah tindakan seterusnya? Tiada respon segera. Seakan-akan mencabar lagi tindakan seterusnya dari SAPP mahupun parti-parti komponen lain. Jangan sampai ugutan menjadi realiti.Buat masa sekarang SAPP masih lagi kekal di dalam Barisan. Kepimpinan sekarang terjerat.Jika mereka halau SAPP keluar Barisan, maka Pakatan dapat lagi beberapa kerusi. Jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan lagi posisi kepimpinan.

Sedarlah bahawa SAPP ini parti yang tidak besar tetapi mempunyai wakil di dalam Parlimen. Tindakan mereka ini adalah seakan-akan “eksperimen” untuk melihat sama ada benarkah parti-parti komponen lain ingin “melompat” ke Pakatan Rakyat.SAPP masih lagi dalam Barisan. Bukan Barisan yang mereka marahkan, tetapi kepimpinan. Tidak musytahil, malah kemungkinan besar, majoriti MP Barisan dari Sabah menanti peluang untuk bertindak. Maka tindakan seterusnya haruslah bijak dalam percaturan politik ini.Ahli-ahli akar umbi UMNO harus sedar tentang realiti politik sekarang. Jangan leka sehingga tiba satu hari tiada lagi UMNO untuk disokong.rocky's bru: Personal greed, says Badawi

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

UMNO yang memimpin kerajaan terpaksa membayar harga yang paling tinggi kepada semua komponen BN dengan menyetujui segala bentuk permintaan sebagai satu 'syarat' untuk komponen berdiri teguh di belakang Dolah. Melayu makin terhakis.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.