Komen artikel di Blog DrKhir
di http://www.drkhir.com/2008/06/antara-undi-tidak-percaya-dan.html
Salam Perjuangan
Jikalau diteliti melalui peraturan perjalanan perlimen seperti yg DSKT nyatakan peluang amat tipis sekali untuk melakukan undi tidak percaya berkenaan.
Namun bagi kami rakyat "marhean" yg mengikuti perkembangan politik amat berharap agar usaha ini memberikan satu cetusan minda dan perubahan dalam tapuk pemikiran PM dan penasihat beliau agar mendengar suara akar umbi rakyat yg mahukan perubahan. Tidak mustahil mereka akan tumbang atau digulingkan.
Mungkin tidak berjaya namun benih usaha untuk melakukan undi tidak percaya ini telah bermula an tidak mustahil dengan perancangan teliti oleh gabungan MP BN dan PR pada sesi akan datang akan menjadi kenyataan.
Benar mungkin ini taktik bagi mengalih perhatian semua kepada fokus mempelbaiki budget negara terutama dalam berhadapan situasi ekonomi mencabar ini. Tetapi seperti kata DSKT MP harus insaf dan bersedia bahawa inilah masa paling sesuai untuk berbahas dan berjuang demi kebajikan dan memperlbaiki keadaan negara sekarang.
Jika nak berpolitik tidak mengapa teruskan kerana sebahagian besar rakyat golongan marhaen amat dahagakan perubahan kepimpinan kerajaan.
Tapi Jangan dilupa tanggung jawab MP berjuang dan menghasilkan keputusan di dewan rakyat yang membawa kebaikan pada rakyat.
Harus ditekankan bukan perubahan kerajaan dipinta tetapi pucuk pimpinan kerajaan. Usah biarkan hati kami golongan marhaen ini terus terluka dan dilukai oleh kepimpinan kerajaan. Bimbang kalau marah dan benci kerana sayang ini akhirnya bertukar menjadi kebencian yang benar-benar mendalam yang mungkin tidak dapat diubati lagi.
Waktu itu... Peluang untuk berundur secara terhormat dan bermaruah akan hilang sama sekali sebaliknya pucuk pimpinan bersama penasihat-penasihatnya akan tersungkur, dipinggir lantas dibuang dari tapuk pimpinan dengan penuh kehinaan dan keaiban.
Petanda kejatuhan dan keretakan tiang yang menyokong organisasi BN telah pun kelihatan mungkin tanpa menunggu PRU 13 akan berlakunya tsunami yang diramalkan oleh TDM yg bakal mengejutkan kita.
Saya pasti tersungkurnya BN nanti akan dikenang dan di bukukan dalam sejarah yang memalit aib kepada keluarga, anak, cucu dan generasi pucuk pimpinan kerajaan yang berkenaan yang menyebabkan keruntuhan ini.
Akhirnya kita akan berfikir yang mana itulah manusia... sebaik-baik keturunan beragama, sebaik insan yg digelar "bersih" dan memiliki ilmu Islam yang dalam (hadhari) akhirnya tidak mampu menahan godaan dunia, kekayaan, kekuasaan, keegoan diri, sifat ujub dan mementingkan keturunan serta "penasihat". Itulah godaan yang maha hebat selaku pemimpin dan tidak dapat di elak.
Disebabkan tidak mampu menahan godaan itu maka sanggup pucuk pemimpin itu menggadaikan kestabilan serta meruntuhkan legasi suci pejuang negara hanya demi kedunian, kekayaan, kekuasaan, keegoan diri, sifat ujub dan keturunan serta "penasihat".
Moga Allah kurniakan taufik, hidayah dan membuka hatinya agar rela berkorban demi kesejahteraan dan kebahagiaan generasi kita yang mendatang dengan berundur dengan bermaruah...
Renung-renungkan, Selamat Berjuang
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
3 comments:
artikel anda :
http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/benih_keretakan_politik_dan_kestabilan_negara
promosikan artikel di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!
Ana cuma nak kata lah "Pak Lah sememangnya layak diundurkan" tetapi BN tidak layak diundurkan"
"Perjuangan Tak Akan Padam Selagi Hayat Dikandung Badan"
"Berjuanglah bangsaku Melayu selagi hidup"
http://www.suaragenerasimuda.com
Post a Comment