Thursday, June 5, 2008

JALAN MERUBAH UMNO???

Komen dalam rembau.net artikel selamat pergi dan selamat kembali

Salam Perjuangan,

KJ kata "Parti kita ada proses pemilihan tersendiri. Kalau tak suka kepada pemimpin proses ini perlu diguna untuk mencapai perubahan. Bukannya dengan tindakan keluar parti yang boleh menganggu kestabilan UMNO dan menguntungkan pembangkang." dia katalah...

Amat bertepatan sekali cadangan KJ tu... pasti KJ cerdik sbb bg cadangan untuk jatuh kan PLah... oleh itu mari sahut seruan KJ kita sama-sama pakat dari peringkat cawangan untuk undi dan naikkkan perwakilan ke bahagian yang akan mengundi untuk menolak PLah, kemudian perwakilan di bahagian kena undi dan naikkan perwakilan ke PERGONG yang juga akan mengudi utk tolak PLah... pastu sure PLah tumbang sbb tak dapat undi masa PERGONG... misi berjaya

Idea yg bernas... teringat modus operanti Anwar Brahim masa dia gila jawatan dan nak naik cepat dalam UMNO dulu... dari cawangan ke bahagian dan PERGONG semua perwakilan di peringkat tersebut Anwar Brahim berjaya letak orgnya.... so masa PERGONG takda masalah dia nak tumbangkan Ghafar ke... malah TUN hampir jadi mangsa nya... tp kunci kekuatan Anwar Brahim dpt buat camtu sbb dia ada byk Duit... so KJ tak nak support gerakan jatuhkan PLah ke... line lama Anwar Brahim still wujud dlm UMNO... i'm sure kita boleh guna line dan contact person tu buat team WAH WAH SON ke dua... dan wujudkan gelombang "blue" untuk ubah dan jatuhkan PLah...

Tapi PLah ada sikit cerdik juga... nak ubah dari cawangan then bahagian pastu PERGONG macam mana kalau ketua cawangan, ketua bahagian dan badan perhubugan negeri serta MT diberikan arahan tertentu yg memfokus supaya presiden dijunjung dan didewakan... paling penting tak boleh di tegur... macam dah jadi tokong Hadhari Keramat... Ugut nak ambil tindakanlah... lucut jawatan lah... tarik balik projek lah... ugut dedahkan melalui BPR... ha macam mana org tak takut... macam mana demokrasi nak dijalankan...

Ko master mind PLah sure ko dah menutup lompang peluang untuk jalan perubahan ini berlaku tu yg ko berani dedah dan minta semua melakukan perubahan kononnya melalui demokrasi kononya dalam UMNO... sudahlah...

kalau ikutkan hati ramai yg nak berpaling tadah dan bawa maklumat RAHSIA UMNO ke parti pembangkang tp kami masih sygkan UMNO... kami marah dan benci sbb kami sayang... hanya iman dan perasaan patriotik menahan diri kami dari meninggalkan UMNO kerana percaya wadah dan warisan UMNO inilah yg mampu membela agama bangsa dan negara...

Tapi sampai bila kami boleh bertahan... manusia pasti ada batasnya... sampai bila kami boleh bertahan melihat tangan-tangan busuk dan wajah-wajah jijik menaungi UMNO dan merosakkannya... menyaksikan batang tubuh bangsat menjual dan membenarkan martabat bangsa dan Islam di hakis... balasan tuhan pasti akan tiba buat mereka yg mengkhianati amanah rakyat terutama pemimpin dan penasihat-penasihat serta konc0-konco mereka...

Renung-renungkan... selamat berjuang
UMNO perlu diubah...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.