Thursday, June 5, 2008

Minyak Oh Minyak

Petikan dari komen di blog che det : arikel "oil"

Salam Perjuangan...

Saya amat terharu dan sedih atas komen Corpetro said...
Antara komen beliau yang begitu menyentuh hati saya "saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan.... itu minyak harga rm1.92 je....dengan rate skrang ni rm 2.70mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

Isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis... terima kasih kerajaan malaysia...."

Ini baru sekelumit kisah yang dihadapai akibat kenaikan harga minyak ini... saya pasti terlalu byk yg menghadapi kesukaran dan keperitan hidup akibat keadaan ini...
Entah lah apa yang harus kita lakukan... selain drp berjimat dan cuma mengaturkan hidup kita sebaiknya dengan menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang...

Namun keadaan ini adalah hasil "KEBIJAKSANAAN" PM kita sekarang yang mana mahukan rakyat menanggung kesusahan bersama kerajaan. Amat berbeza sekali di zaman TDM yang mana kerajaan waktu itu rela menanggung susah demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat... kerajaan sanggup melaksanakan ikhtiar lain tanpa memberikan kesan terus pada rakyat... tapi sekarang kerajaan lebih rela menyusahkan rakyat dari menanggung dan memikirkan jalan keluar masalah ini...

SAYA, RAKAN-RAKAN DAN PASTINYA RAKYAT MALAYSIA KESEMUANYA baik pembangkang atau penyokong kerajaan jauh di sudut hati pasti MERINDUI DAN MENGENANGKAN BETAPA MAKMUR SERTA STABILNYA SEWAKTU PEMERINTAHAN TDM...

Ya Allah moga akan lahir seorang pemimpin yang memiliki dan mewarisi kebijaksanaan, ketajaman akal fikiran dan ketokohan seperti TDM semoga Malaysia terus Aman, Maju Dan Makmur seterusnya selamat demi masa depan generasi kita yang mendatang...

TDM saya mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan umur yg panjang agar TDN terus dapat membela kami rakyat malaysia... BANTULAH KAMI...
Renung-Renungkan, Salam Perjuangan

1 comment:

Cheguman said...

Assalamualaikum,
Demang amat bersimpati dengan keluhan dan rintihan rakyat akibat kenaikan mendadak harga petrol. Sebagai makluman kenaikan ini berpunca dari kenaikan harga petrol dunia dan penstrukturan semula subsidi bahan api tersebut (termasuk diesel).

Demang terbaca keluhan seorang pengguna yang berulang alik dari Melaka ke Putra Jaya (dalam blog Tun DrM) yang kini terpaksa membuat keputusan:
1) Berpindah semula ke KL.
2) Memberhentikan pengajian isterinya (belajar di Melaka, agaknya).

Demang ingin ringkaskan nasihat kepada saudara tersebut begini: Gunalah NGV. Itulah yang Demang lakukan 6 bulan lalu. Dengan modal RM3100 untuk belanja pemasangan, Demang dapat berjimat hampir TIGA KALI GANDA. Jika mengikut harga baru, barangkali dapat berjimat sehingga 5 kali ganda, rasa-rasanya.

Tiada modal? Pinjamlah. Demangpun buat begitu. Jika sebelum Nov 2008 Demang belanja tak kurang RM300 sebulan untuk petrol, mulai Dec 2008 Demang jimat RM200 sebulan. RM200 itulah untuk bayar hutang. Dalam tempoh 18 bulan hutang tersebut selesailah (termasuk faedah). Itu jika mengikut harga lama. Dengan mengambilkira harga baru ini, Demang rasa tak sampai setahun pelaburan untuk pemasangan tangki NGV tersebut akan berbaloi.

Demang tidak dapat menghubungi saudara yang mengeluh dalam blog Che Det tersebut dan membantu beliau. Kepada sahabat-sahabat, tolong sebar-sebarkan perkara ini: Jangan kita berfikir terlalu singkat. Mengeluh dan merintih bukan pekerti orang Islam. Jangan cepat mengalah. Demang faham saudara kita itu tadi merasa susah kerana isterinya sedang belajar dan hanya dia seorang yang bekerja.

Demang ingin berkongsi pengalaman bahawa Demang melanjutkan pelajaran (sepenuh masa) di Pulau Pinang bersama isteri. Jadi, kami sama-sama tidak bekerja dan hanya menerima pendapatan separuh daripada gaji. Kami juga membawa sama anak-anak berpindah dari Melaka ke Pulau Pinang. Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan pengajian tersebut dengan sempurna meski terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan ujian.

Ingatlah:
"Engkau umat terbaik dikeluarkan untuk manusia."
Al Imran: 110

Tulisan tersebut boleh dibaca di http://waadat.blogspot.com

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.