Friday, June 6, 2008

Sebagai BOS Rakyat pula sengasara...

Salam perjuangan...

Siapapun akan kecewa dengan kenaikan ini yang begitu mendadak dan dilihat dibuat dengan begitu terburu-buru... sekelip mata tanpa makluman awal atau hint terus pengumumuan di buat... "saya PLah PM selamanya dengan amat gembiranya menaikkan harga minyak Malaysia sbb kerajaan nak beli makanan... duit dah makin tak ada ni... faham2lah" sekian dari PM PLah.

Adakah kerajaan tidak merancang dnegan teliti dan melakukan kajian menyeluruh sebelum mengambil inisiatif ini. Dengarnya budak tingkat 4 yang "come out" dgn penyelesaian ini dan berhasil dengan keputusan tangkap muat perbincangan dan "brainstorm" kurang 2 minggu.

Mungkin sahabat akrab dan kroni-kroni PLah tak mengapa sbb masing2 dah kaya raya dan byk duit tp org susah dan miskin di pendalaman dan kampung2 apa citer? cukup ke dengan levi yg bakal diberi kerajaan tu? rasanya pembuat dasar dan pemikir PLah tak cukup bijak dan tak layak menjadi penasihat sbb rasanya di luar sana ada lagi bakat yg boleh memberikan cadangan penyelesaian lebih baik dan bernas...

Ada beberapa persoalan...

1. kenapa perlu tiba2 naik dgn tinggi dan mendadak... kenapa tidak berperingkat demi mengurangkan impak tekanan kepada rakyat.

2. kenapa umum tiba2 kenapa tak bagi saja tarikh kenaikan itu seminggu awal agar rakyat dapat merancang atau tak bagi tarikh tappi mention la bulan ke minggu bila nak naik.

3. Kerajaan tak ada duit sgt ke masa ni sampai tiba-tiba terpaksa buat begitu... atau income kerajaan sekarang tak begitu byk berbanding zaman TUN... tu yg tak boleh cover... yelah dasar dan perancangan ekonomi hancus... Dengar koridor-koridor yang PLah gila pi rasmi tu dpt jana berbilion-bilion Dollah ha mana duit tu??? guna lah untung cover subsidi minyak.

4. Zaman TUN kerajaan lebih rela melaksanakan pendekatan agar tekanan sebegini atau perkara yg bakal membebankan rakyat diserap dan ditanggung kerajaan tanpa rakyat merasa impak terus... kini kerajaan lebih rela rakyat sngsara dari menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya... setuju tak Penasihat2, Pemimpin2 dan PM kini kurang bijak dan bukan yg terbaik bagi memerintah negara??? TUKAR...

Kerajaan dan konco-konconya boleh jajalah statistik ke... data mana pun... yang penting harga minyak tetap naik... dan beban rakyat kini makin menigkat. Faham atau tak kenapa minyak naik hanya penyejuk hati seketika...namun sesuap nasi untuk isteri anak-anak tetap perlu dicari... itu yg sengsara sbb minyak oh minyak..

lagi satu kita bincang pasal "KUASA BELI" Kenapa zaman TDN dulu subsidi ini amat dititik beratkan... sbb perbezaan kuasa beli... katakan kita apung harga minyak negara ikut dunia contah harga minyak dunia 1.00 dollar dan di malaysia kita tukar dalam ringgit katakan RM 3.36. apakah kuasa beli RM 3.36 dapat menyamai kuasa beli USD 1.00. jawapannya TIDAK... dengan USD 1.00 kita mampu dapat barang lebih di US berbanding RM 3.36 di malaysia. so siapa yg lebih terbeban dengan kenaikan harga minyak kalau harga minyak di apungkan sama harga pasaran dunia di US atau Malaysia ... jawabnya Malaysialah... jadi subsidi minya masih relevan dan adalah satu keperluan Di Malaysia...

Sebagai kerajaan yang baik tidak perlu lah mengheret rakyat untuk menanggung bebanan dan kesengsaraan akibat harga minyak ini. Kita rakyat yang membayar cukai dan memilih kerajaan... PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan dibayar gaji dan ditanggung oleh duit pembayar cukai kami rakyat... kalau nak ikutkan rakyatlah BOS kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan sebab kami rakyat yang memenangkan PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan. Sebagai BOS, rakyat tidak mahu tahu jalan penyelesaian yang mesti ditanggung PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan yang pasti kita mahu keputusan... keputusan itu mestilah tidak membebankan rakyat selaku BOS... ada ke BOS kene menanggung kepayahan akibat ketidak cekapan org yang digajinya sebagai contoh PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... sebagai BOS kalau kita tidak puas hati kita boleh pecat atau buang je orang yg kita bayar gaji tapi tak boleh nak perform macam PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan ni...
Ingatan kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... kamu semua bukan apa hanya org yang bertuah dipilih untuk menjaga amanah rakyat... sbb rakyat bagi mandat masa PRU 12 dulu... jangan suka hati sgt, sbb bila-bila masa shj jawatan itu Allah mampu tarik... patutnya PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan zuhud dan muhasabah diri dalam mentakbir negara tapi tidak dok sibuk kumpul harta dan ambil kesempatan dari jawatan yg dipegang... kesimpulan mudah... dari sakit hati dan nasib rakyat tak terbela baik kita bersatu kita TUKAR PEMIMPIN... itu saja jalan pemyelesaiannya... dan dapat memberi pengajaran bagi yg gila kuasa dan pangkat...

renung-renungkan selamat berjuang

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.