Tuesday, April 20, 2010

ZAID IBRAHIM KAKI BOTOL DAN PEMINUM ARAK TEGAR


Salam Perjuangan...

Isu dan kontroversi berkaitan Zaid Ibrahim lama dah diketahui umum.

KAKI BOTOL... KAKI ARAK
Semasa dia dilantik sebagai menteri oleh PAK tidoLAH... isu dia kaki botol... kaki arak... didedahkan oleh pembangkang (PAKATAN) siap dengan bukti bergambar lagi he he he... sekarang geng Anwar Al Leewati naikkan Zaid sebagai calon dan siap cover lagi dia dah berubah... tanya di bila kali terakhir dia teguk najis tu??? biasala berkempenkan 'pressure' & kita tak tahu org ketagih mana boleh tiba-tiba berenti he he he...

Paling Lucu PAS - dengan motto 'membangun bersama ISLAM' tapi sokong calon kaki botol... kah kah kah... ini ka pemimpin ummah yang PAS dewa-dewakan... jelas PAKATAN menjilat ludah sendiri apabila menerima dan menaikkan Zaid Ibrahim sebagai calon... ha ha ha

Khalid Ibrahim kata Zaid sudah berubah, gambar ini masa muda kah atau zaman mana?

Akhirnya Zaid Ibrahim sendiri membuktikan cabaran Azmin Ali. Pada 18 April 2010, di perkampungan estet, Kerling, Hulu Selangor, Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa (baca sini). Menurut Zaid, itu kisah lama waktu zaman muda-muda dulu. Cuba perhatikan gambar di atas, waktu zaman muda ke waktu zaman mana?.


PENGAKUAN ZAID IBRAHIM MINUM ARAK

Minum arak cerita lama - Zaid Ibrahim - SUMBER UTUSAN

HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah SWT.

"Apa pun kelemahan saya, apa pun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit - (Maknanya mengaku minumlah), apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.


Friday, April 16, 2010

P.KAMALNNATHAN : CALON BN PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR

.

.
"Perjuangan BN biasanya kalau nak bersihkan sungai, dimulakan dari hulu. Kita mulakan dari Hulu Selangor ini untuk membersihkan Selangor," kata P.Kamalanathan.
.
BIODATA P.KAMALANATHAN

.
P.Kamalanathan, atau dikenali lebih mesra dengan panggilan Kamal, bukanlah muka baru dalam politik, di mana blogger aktif itu menyertai MIC sejak 25 tahun lalu.
.
PEKERJAAN

.
- Berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Majlis Penggalakan Minyak Sawit Malaysia (Mpoc) sebelum menyertai syarikat Serba Wangi Sdn Bhd (JATI),(anak syarikat Bernas) pada 2001.
.
- Beliau memulakan kariernya sebagai kerani di Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd pada 1985 sebelum menjadi pegawai perhubungan awam dengan MPOPC selama enam tahun.
.
.
- Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus perhubungan awam bagi syarikat Carotino dan lain-lain syarikat milik kerajaan.


PENGHARGAAN & SUMBANGAN
.
- Pada tahun 2004, beliau diberi penghormatan oleh Institut Perhubungan Awam Malaysia yang memberi pengiktiradan terhadap usahanya membangunkan "Majlis Pelbagai Kaum Terbaik di Malaysia bagi tahun 2004".
.
- Baru-baru ini beliau menghasilkan sebuah dokumentari yang bertajuk 'The Truth' untuk RTM yang memaparkan kejayaan dan pencapaian komuniti India di Malaysia


KELUARGA
- Beliau yang berkahwin dengan S.Shobana, seorang pengurus kanan perhubungan awam sebuah hospital swasta,



PENDIDIKAN
.
- Beliau memiliki sijil dalam bidang perhubungan awam dari London Chambers of Commerce and Industry in England
.
- Diploma dalam bindang penterjemahan (Dewan Bahasa dan Pustaka),
.
- Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dari Edith Cowan University di Australia.
.
POLITIK DAN PENTADBIRAN
.
- Kamalanathan juga merupakan Anggota Majlis Perbandaran Selayang dari 2004 hingga 2006.
.
- Kamalanathan dilantik sebagai ketua penerangan MIC pada perhimpunan agung parti itu September 2009 sebagai sebahagian daripada langkah presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu untuk mengukuhkan parti.

.
BLOGGER AKTIF
.
- Kamalanathan yang mengendalikan blog http://www.pkamalanathan.com/
.


ADUN BAKAR ARANG PKR TAN WEI SHU KELUAR PARTI

Wei Shu keluar PKR


Tan Wei Shu


KUALA LUMPUR 15 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini apabila seorang lagi wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar daripada parti itu.

Selepas lapan pemimpinnya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini, hari ini giliran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu (gambar) pula mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Wei Shu berkata, keputusan keluar parti itu diambil disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai ‘kacang lupakan kulit’ yang mempergunakannya untuk kepentingan tertentu.

Tambahnya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan para pengikutnya untuk menjadi wakil rakyat Bebas selepas tiada permohonan maaf dibuat oleh pemimpin parti ekoran pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

‘Saya dituduh tidak layak dan tidak boleh bekerja, pada hal saya sudah membuktikan rekod kerja saya dalam dua tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga meminta kepimpinan tertinggi parti menunjukkan rekod kerja mereka sebelum menuduhnya tidak layak dan tidak menjalankan tugas untuk parti itu.

“Saya minta mereka tunjukkan rekod kerja mereka. Jika gagal, jangan tuduh saya tidak layak dan tidak bekerja sedangkan saya telah membuktikan bahawa saya telah menunaikan janji-janji sebagai wakil rakyat.

“Maka dengan itu saya mengambil keputusan keluar daripada parti kerana tidak boleh lagi bekerja dengan pemimpin yang enggan mengaku kesalahan sendiri,” katanya.

Keputusan Wei Shu itu menjadikan beliau pemimpin PKR kesembilan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas.

Selain beliau, pemimpin PKR lain yang mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini ialah Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering), Mohamad Radzhi Salleh ( Lunas) dan Badrul Hisham Abdullah ( Pelabuhan Klang).

Tiga Ahli Parlimen PKR turut berbuat demikian iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Balik Pulau), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Sementara itu, Zulkilfi Noordin (Kulim-Bandar Baharu) pula dipecat daripada parti itu.

Ekoran tindakan Wei Shu itu, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil Barisan Nasional (BN), tiga (PKR), satu DAP dan dua Bebas.

Dalam pada itu, Wei Shu menegaskan, pengundurannya tidak ada kena mengena dengan pelucutan jawatannya sebagi Exco kerajaan negeri Kedah.

“Saya tidak ada pilihan selain keluar daripada PKR. Jika saya masih membiarkan diri dipermainkan, bermakna saya turut bersubahat mempermainkan kepercayaan rakyat.

“Saya tidak mementingkan apa-apa keistimewaan sebaliknya hanya berhasrat membantu rakyat. Lagi pula saya cuma tahu bercakap benar, tidak seperti orang lain yang bermuka dua dan lidah bercabang.

“Saya tidak pandai bercakap bohong, mengampu dan berjanji manis tetapi apa yang saya pandai adalah menyatakan boleh buat atau tidak dan mahu buat atau tidak,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, katanya, setakat ini dia belum memikirkan perkara itu.

Menurutnya, beliau kagum dengan usaha dan teladan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk berbakti kepada rakyat.

“Dulu kerajaan lain, sekarang punya kerajaan Perdana Menteri pun turun padang.

“Saya mahukan pemimpin yang betul-betul untuk rakyat, itu yang penting sekali, bukan soal suka sesiapa. Pemimpin yang boleh jaga rakyat, itu yang saya sokong,” katanya.

NOTA:

Sebenarnya beberapa siri pertemuan, perbincangan dan mesyuarat sulit telah diadakan secara terancang mau pun secara kebetulan berkenaan mahu keluar dari PAKATAN rakyat ini... sebilangan Y.B Pakatan sama ada ADUN atau Parlimen telah positif untuk keluar menubuhkan blok bebas bersama BN... sebilangan lagi pula memberikan reaksi positif akan keluar dari PAKATAN dan akan turut keluar PAKATAN jika ramai berbuat demikian... kepada rakyat semu, ramai lagi akan menyusul... kita tunggu dan lihat ya...

Sebagai Y.B... Adun dan MP yg begitu sebati & memahami sepak terajang politik pun mahu menginggalkan PKR... kita sebagai rakyat seharusnya dapat menilai tembelang dan keburukan sebenar PAKATAN untuk meninggalkan dan tidak lagi terlibat sama menyokong PAKATAN yg terbukti berpolitik hanya untuk kuasa dengan mengorbankan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara... sendiri fikir ya...

.

Wednesday, April 14, 2010

Zaid Ibrahim tanding Hulu Selangor

Zaid Ibrahim tanding Hulu Selangor

HULU SELANGOR 13 April – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang pernah memperlekehkan konsep ketuanan Melayu diumumkan sebagai calon untuk menggalas cabaran parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Pencalonan Zaid yang dipecat daripada UMNO pada Disember 2008 diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah di Pusat Komuniti Serendah di sini malam ini.

Pengumuman itu sekali gus menutup peluang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md. Akin dan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang turut disebut-sebut mempunyai potensi sebagai calon.

Anwar sewaktu berucap berkata, Zaid dipilih kerana PKR mahu meletakkan calon yang sudah teruji dalam politik.

*Nota : Sebenarnya Anwar nak mencatur seterusnya mematikan langkah politik Zaid Ibrahim dalam PKR yang dilihat merupakan liabiliti kepadanya. Lihat faktor ini :-

1. Mana mungkin Zaid orang luar akan diterima pengundi hulu selangor yg telah jelas mahukan anak tempatan.

2. Zaid bukan calon bersih kerana pelbagai isu & skandal boleh dihentam padanya... jadi kenapa pertaruh calon begini pada Pilihan Raya Kecil yg sepatutnya meletakkan calon yg memiliki pemberat hebat untuk membawa kemenangan.

3. Calon-calon lain yg tidak dipilihlah sebenar nya favorite Anwar kerana disimpan untuk Pilihanraya akan datang dan tidak mahu calon favorite ini tercalar rekodnya.

4.Anwar turut meletakkan Zaid kerana mahu menguji kecenderongan trend atau sentimen rakyat sama ada kepada UBN atau PKR-Pakatan kerana jika Zaid menang bermakna sentimen rakyat masih bersama PKR-Pakatan kerana tetap mengundi mereka waau calon diletakkan 'teruk'.

5. PKR-Pakatan juga dilihat ketandusan pemimpin sebenarnya tu yg dia letak Zaid sebagai galang ganti korban bagi memberikan masa pemimpin pelapis PKR matang dan bersedia untuk PKU akan datang....

Katanya, Zaid mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana sanggup meletakkan jawatan sebagai menteri demi mempertahankan hak rakyat.

“Lepas jadi ahli parti, dia menjelajah ke seluruh negara dan dia ada beritahu saya jika dipilih sebagai calon, dia akan bekerja dan jika tidak dipilih, dia pun akan bekerja seperti biasa.

“Dia pun bukannya orang luar kerana telah bermastautin selama 30 tahun di Selangor,” katanya. - cakap BM ke BI ke pun masih slang kelantan pirahhhhh!

Sementara itu, Zaid dalam reaksi segera dalam majlis itu berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepadanya walau pun baru menjadi ahli PKR.

Beliau melahirkan keyakinan kerana mampu menjadi suara rakyat Hulu Selangor dan Selangor.

“Saya terima dengan penuh keinsafan bahawa beban yang dipikul Anwar dan rakan-rakan amat berat.

Zaid dikenali ramai sebagai pemimpin kontroversi kerana pernah mempersoalkan status orang Melayu sewaktu berucap dalam Persidangan LawAsia 2008 apabila menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlakunya pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Berikutan itu, Zaid dihujani kritikan termasuklah kenyataan keras bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendesaknya keluar daripada rumpun bangsa Melayu.

Sementara itu, sumber dalaman Pas memberitahu Utusan Malaysia bahawa pemilihan Zaid menimbulkan dilema kepada jentera pilihan raya Pas kerana beliau pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 beberapa tahun lalu dengan alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Zaid menarik balik saman tersebut selepas itu. Sumber itu berkata, Pas juga tidak dibawa berunding oleh PKR dalam soal pemilihan calon, sebaliknya membuat keputusan secara bersendirian.

“Sebenarnya kami berdepan dilema, lebih-lebih lagi Zaid adalah orang yang menyaman kerajaan Pas Kelantan dalam isu hudud, tapi apa boleh buat, PKR tidak berunding dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Tindakan Zaid pada masa itu dikecam oleh kepimpinan kerajaan Pas Kelantan termasuklah Exco kanan, Datuk Husam Musa yang menyifatkan sebelum ini tidak pernah ada orang Islam yang sanggup mencabar hukum Allah di mahkamah.

*Nota :

Anwar tidak berunding dengan PAS kerana tau nama zaid alergik bagi PAS kerana tahap sekular melampau pemikiran Zaid... PAS dah was-was bermakna keraguan itu mensabitkan haram/senag citer dielakkan kalau untuk makananlah.

Lagipun Anwar bimbang PAS nak kerusi tu sebab sentimen pengundi majoriti iaitu bangsa melayu nk calon melayu yg boleh jd imam, bawak tahlil, baca khutbah... means pemimpin yg berkebolehan memimpin bab agama juga... kalau Zaid he he he...

Apapun aku ucapkan tahniah kepada diri sendiri lobi aku kepada orang 'kanan' dan 'kiri' Anwar telah berjaya menaikkan Zaid Ibrahim... peluang kini terbuka buat UBN... jgn terus jadi bodoh fokus kepada isu tempatan & nasional untuk kempen dan jgn lupa bogelkan siapa zaid ibrahim ni yg menjadi menteri PUNAHSIHAT Pak TidoLAH - menjahamkan negara...

Teruskan Pejuangan...

.

Monday, April 12, 2010

Salam Perjuangan...

Aku secara terbuka sokong giler-giler Zaid jadi calon PKR Hulu Selangor... aku dan jentera akan lobi habis-habis bagi Zaid naik jadi calon PKR untuk PRK kali ini sebab apa ha ha ha ini dia

1.ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN : LEBIH BAIK DIA TIADA

2. BAYARAN EX-GRATIA : TINDAKAN BODOH KERAJAAN

3.TINDAKAN ISA : TANGANI PERKAUMAN

4.BUSH & SHOE : MUNGKIN BALING KASUT TERJADI DI MALAYSIA

5.Surat Dari Rakan2

6. Ketuanan Melayu Konsep Yang Gagal - Zaid Ibrahim

7. Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal

8.Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu

9. NGO Melayu tuntut Zaid minta maaf

10. Putera, Puteri UMNO gesa Zaid mohon maaf

11. Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan

DENGAN INI MEWAKILI PENGUNDI MAJORITI MELAYU DI KAWASAN PARLIMEN HULU SELANGOR KAMI MERAYU PAKATAN RAKYAT DAN PKR MELETAKKAN ZAID IBRAHIM SEBAGAI CALON... HIDUP ZAID... HIDUP ZAID.. HIDUP ZAID...

Tapi kalau orang melayu nak undi Zaid ni kena fikir masa-masak lepas baca artikel di atas ya... he he he


Zaid pilihan PKR jika Palanivel bertanding
Apr 11, 10 7:04pm
PKR dijangka meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya jika BN menamakan timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel sebagai calonnya.

Menurut sumber dalaman parti sekalipun Zaid dilihat calon pilihan PKR, parti itu mungkin menukar beliau kepada orang lain pada saat-saat akhir jika BN tidak mencalonkan Palanivel.

PKR menjangkakan pertandingan antara dua calon yang berkaliber sekiranya BN meletakkan Palanivel, kata sumber itu kepada Bernama.

Beliau bagaimanapun tetap melihat Zaid (kiri) sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu sekalipun pucuk pimpinan parti mempunyai percaturan lain jika ramalan Zaid dan Palanivel tidak menjadi kenyataan.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan Palanivel dengan majoriti 198 undi.



.

MB SELANGOR KHALID UGUT RAKYAT

Salam Perjuangan...

Khalid gagap sudah makin cekap mengugut... 'kalau undi BN/ bagi BN tawan selangor tarif air naik' kelakar sbb kerajaan dibawah BN juga menikmati insentif yg sama kalau jimat air dan elekrik dibawah penggunaan tertentu dapat percuma... dulu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dah kena... mula 2 Khalid Gagap ugut kalau tak bagi dia jawatan pengerusi YBK tanah YBK akan diambil balik... nah Khalid dah kotakan kata-katanya... tanah kurnia YBK dirampas! tak jadi bina Uitm disitu... yg diyakini dapat tingkatkan peluang ekonomi dan pekerjaan rakyat dikawasan itu...

Rakan-rakan semua... inilah wajah sebenar pemimpin pakatan??? kalau rakyat tak boleh pujuk, mereka bersandiwara & meraih simpati/ tak boleh jugak rakyat ditipu/perdaya & dibohongi... kalau tak boleh juga ugut/paksa... itulah strategi depa.... RAKYAT JANGAN TERPERDAYA NO....



'Amaran' MB: BN menang, tarif air S'gor naik
Salhan K Ahmad
Apr 10, 10
11:11pm
Penduduk Kampung Gurney, Ulu Yam Bharu menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini di satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat.

Memorandum berkenaan bertujuan menggesa Khalid mempercepatkan permohonan daripada 26 orang penduduk kampung itu bagi mendapat lesen menduduki sementara (TOL) bagi satu kawasan tanah.

Mereka telah menggunakan kawasan itu bagi tujuan pertanian sejak lebih 15 tahun lalu, kata ketua kampungnya Lai Swu Chong.

Lai menyerahkan sendiri memorandum tersebut sebaik sahaja Khalid selesai memberikan ucapannya di majlis tersebut yang diadakan di sebuah restoran Cina di pekan itu.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya berkata beliau datang ke situ untuk mendengar apa saja aduan daripada penduduk.

Beliau juga menyentuh tentang pencapaian kerajaan Selangor dalam tempoh lebih dua tahun lalu.

"Dalam dua tahun, kita buat banyak berbanding apa yang (BN) 50 tahun lalu belum buat lagi," katanya yang cuba bertutur dengar telor Cina.

Beliau menggariskan pemberian air sebanyak 20 meter padu percuma dan juga pemberian wang sebanyak RM2,500 kepada keluarga bagi setiap warga Selangor yang meninggal dunia.

Beliau bagaimanapun memberi 'amaran', tarif air akan naik sekiranya BN menang dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Jelasnya, kerajaan negeri akan gagal mendapatkan kawalan ke atas syarikat Syabas dan Puncak Niaga, pemegang konsesi air di negeri itu.

"Tapi paling penting, Tan Sri Rozali (Ismail) ialah bendahari Umno di Selangor.

"Kalau kita bagi (BN) menang, dia akan ambil syarikat itu, harga (air) akan lebih mahal.

"Ini (rakyat) punya, bukan satu atau dua orang yang punya," katanya.

Khalid selepas itu memberi jaminan untuk membantu penduduk berkenaan mendapatkan lesen menduduki sementara itu.

"Tapi ini tidak boleh dibuat dalam masa dua minggu saja," katanya.

Kira-kira 450 orang penduduk menghadiri majlis tersebut pada malam ini disertai beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Chua Jui Meng, serta dua ADUN Pakatan - Gan Pei Nei dan Lee Kim Sin.

.

MIC MCA GERAKAN - BEBAN & PEMBAWA MASALAH KEPADA BN

Salam Perjuangan...

Nak boh ayat ringkas tapi padat...

MCA - Imej keseluruhan parti kotor, Pemimpin utama ada skandal seks, berpecah belah, tak buat kerja di kawasan, kenajikan masyarakat cina terutamanya terabai, ramai ahli MCA sokong ideologi DAP dan nak tuntut kesamarataan & minta lebih dari melayu... rakyat tak respek MCA lagi dah...

MIC - Imej keseluruhan - dibenci kaum india sendiri, kaum india meluat tengok DS S.Samy, terlampau syok sendiri sampai x berpijak realiti semasa masyarakat india... gagal bela kaum india dan pemimpin MIC tak jaga kawasan - org marah ... kebanyakan ahli terpengaruh dengan HINDRAF dan nak lebih dari melayu... rakyat & masyarakat india meluat dengan politiking MIC lebih-lebih lagi S. Sammy sendiri...

GERAKAN - sejak kalah sampai sekarang ahlinya tak buat kerja... sebaliknya ramai ahli sabotaj UMNO di P.Pinang atas alasan nak sokong kerajaan cina P.Pinang... ahli Gerakan cina majoroti sokong idea DAP Malaysia Malaysian... tak ada program pemerkasaan & pemulihan Gerakan... segalanya berterabur hinggakan Gerakan gagal jaga masyarakat cina & telah diambil kesempatan DAP untuk tanam pengaruh...


Awang Selamat: Perwakilan MCA laku kesilapan pilih Chua
Apr 11, 10 1:39pm
Kolumnis kontroversi Mingguan Malaysia, Awang Selamat secara terbuka menegaskan bahawa perwakilan MCA telah melakukan kesilapan dengan memilihkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden parti itu.

"Apa yang berlaku seolah-olah MCA ketandusan pemimpin dan tidak berani menyandar harapan kepada pemimpin pelapis," tulis Awang dalam kolum mingguannya.

Awang mendakwa perwakilan parti itu - yang merupakan komponen BN - gagal membawa aspirasi masyarakat Malaysia dalam memilih pemimpin yang terbaik dalam semua aspek terutama akhlak.

"Soi Lek sepatutnya besar dan tidak semestinya bertanding hanya kerana ada sokongan daripada ahli MCA.

"Skandal tersebut adalah sesuatu yang serius. Pemimpin harus bersih atau setidak-tidaknya kelihatan bersih," tambahnya.





MIC telah mengemukakan nama timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk sekali lagi bertanding di situ. Dalam pilihan raya umum 2008, Palanivel tewas kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin yang meninggal dunia baru-baru ini kerana barah otak.

Umno bahagian yang sebelum ini mendesak supaya calonnya dipilih bertanding di situ, kemudiannya akur dengan keputusan Najib tetapi menegaskan mereka tidak mahu Palanivel dicalonkan semula.

Awang menulis bahawa pemulihan sokongan masyarakat India belum meyakinkan, yang menurutnya, ada kaitan juga dengan faktor presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

"Bila lagi beliau mahu berundur? Walaupun Samy Vellu pernah membayangkan sudah mempunyai pelan peralihan tetapi semuanya masih kabur, seolah-olah beliau mahu terus memimpin MIC sehingga pilihan raya umum depan.

"Pada Awang, isu Samy Vellu lebih menarik daripada pilih raya kecil. Jika beliau mahu membantu kejayaan BN pada pilihan raya itu nanti, maka lebih elok jika beliau mengumumkan pelan peralihan dalam masa terdekat.

PORNTHIP PENIPU: TAKUT HADIR INKUES TEOH

Salam Perjuangan...

Aku masih ingat '80% pasti teoh dibunuh' - selepas autopsi kedua dilakukan jelas kecederaan teoh yg dikatakan akibat dibunuh adalah kesan akibat jatuh bangunan tinggi... sebenarnya si PORN-Thip ni sudah kaw tim di belakang dengan pembangkang supaya bg statment macam itu untuk timbulkan isu khusus sebagai usaha mencalar imej SPRM & kerajaan...

Tidak hadir bukan sebab tekanan tapi 1. sebab takut penipuannya (kaw tim) terdedah, 2. membuktikan dia bukan pakar forensik yg bagus sebab main bantai je buat kenyataan yg akhirnya terbukti tidak benar... dan 3. paling utama menyesal dan insaf tak mau diperkudakan pembangkang... 4. Takut diri ditelanjangkan akibat kebodohan di sebagai pegawai forensik merapu & tak cekap... Bagi aku sudah-sudahlah... yg mati tu biarkan pergi dengan aman... ini nak dipersoal macam-macam & siap dipolitikkan... rasa-rasa teoh aman ke diperlakukan begini?

Kalau PORN-Thip berani datangla... aku rasa tak ada masalah kerajaan nak jamin dia tak akan diapa-apakan sepanjang dia hadir & bagi keterangan.... fikirla sendiri...


Sumber Malaysia Kini

'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues Teoh
Apr 11, 10 8:50am
Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Berita Lain

Nazri kata Dr Pornthip 'pembohong'


Bukannya kali pertama, kata peguam


.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.