Showing posts with label GGMM. Show all posts
Showing posts with label GGMM. Show all posts

Thursday, November 6, 2008

GGMM SAMAN KERAJAAN PULAU PINANG : TAHNIAH

Salam Perjuangan
Nota: Semoga GABUNGAN GRADUAN MELAYU MUDA (GGMM) akan terus dapat menyuarakan dan bertindak secara terbuka bagi mempertahankan hak orang melayu yang ditindak dan dicabar oleh mereka-mereka yang kurang berakal... Kepada semua graduan melayu marilah kita bergabung dan tunjukkan bahawa kita prihatin dan sanggup bertindak bagi mempertahankan Agama & Bangsa kita...
Jangan senyap menyepi dan buat tak tahu kerana sikap kita yang sebegitu akan menyebabkan mereka semakin berani bersuara dan mencabar seterusnya berusaha menghakis hak melayu satu persatu... ALLAH bersama kita, InsyaAllah...
Papan tanda: GGMM saman kerajaan P. Pinang
Oleh ROKIAH ABDULLAH

PULAU PINANG 4 Nov. – Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung Tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Nik Rizman yang juga seorang akauntan memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Sahrihan & Hamdan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Beliau yang bertindak sebagai plaintif menamakan MPPP sebagai defendan pertama manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Nik Rizman menuntut deklarasi mahkamah bahawa tindakan defendan kedua meluluskan permohonan defendan pertama untuk memasang tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan Georgetown adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menuntut injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda tersebut. Mengikut pernyataan tuntutan, Nik Rizman mendakwa sebagai seorang warganegara, beliau bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan setiap peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Dakwa plaintif, selepas membaca laporan akhbar, laman web dan blok mengenai perkara itu, beliau merasa amat terganggu dan tersinggung dengan permohonan yang dibuat oleh defendan pertama dan dengan keputusan yang dibuat oleh defendan kedua. Kata plaintif, keputusan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Plaintif pada 30 Oktober lalu telah menghantar notis tuntutan kepada defendan-defendan berkenaan menuntut agar membatalkan keputusan untuk memasang papan tanda tersebut. Bagaimanapun, defendan-defendan didakwa telah mengabaikan tuntutan yang dibuat itu.

Sehubungan itu, plaintif menuntut supaya injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda berkenaan, selain kos dan lain-lain relif yang sesuai oleh mahkamah. Sementara itu, Pengerusi GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gabungan yang terdiri daripada golongan profesional itu memfailkan saman kerana kerajaan Pulau Pinang seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu.

‘‘Selepas mengkaji dari semua aspek, kami mendapati peluang adalah sama rata. Justeru, tidak ada salahnya mencuba kerana ia lebih baik daripada hanya melaung-laungkan perasaan tidak puas hati tetapi tidak berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata, tindakan mereka itu untuk menunjukkan bahawa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan terutama membabitkan kaum Melayu tidak boleh sesekali dicabar. Katanya, gabungan itu melambangkan bahawa golongan Melayu muda tidak akan berdiam diri dan akan mencabar sesiapa saja di mahkamah.

‘‘Inilah generasi Melayu baru yang akan mempertahankan hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Jadi, jangan sesekali mencabar kaum Melayu dan perlembagaan,” katanya.

Seramai 200 ahli GGMM dari beberapa negeri termasuk Johor, Perak dan Selangor berkumpul di Padang Kota Lama, sebelum berarak kira-kira 200 meter ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Tuesday, November 4, 2008

ZAID IBRAHIM : MELAYU MURTAD KELUAR DARI MELAYU

Salam Perjuangan

Nota : Terbukti sudah analisis penulis Zaid Ibrahim memang "melayu yang tak mengenang budi" kenyataan yang begitu memedihkan yang keluar dari mulut "melayu mudah lupa ini" boleh diistilahkan Zaid keluar Melayu... Kita memahami kenapa zaid boleh mengeluarkan kenyataan ini antaranya sebab beliau mungkin terbawa-bawa khayalan selepas terlebih menikmati minuman kegemarannya dan juga beliau dah senang lenang cukup kaya raya dan meletakkan dirinya sebagai penanda aras kaum melayu tanpa perlu menoleh kaum melayu lain yang miskin dan perlukan pembelaan...

Tidak hairan selaku penyandang ketua bahagian... tahun ini beliau tidak dapat bertanding oleh kerana pencalonan tak mencukupi... betapa hinanya zaid di tolak oleh bahagian dan masyarakat tempat beliau sendiri... itulah sebanarnya Zaid Ibrahim apabila telah membuka topeng dan menunjukkan wajah sebenarnya... Terbukti PLah salah memilih waktu melantik Zaid sebagai senator dan menteri - betapa banyak kerosakan yang dia telah lakukan.... Selamat Jalan Zaid semoga kau keluar buat selama-lamanya dan jangan kembali sebagai melayu lagi... Terlupa juga PLah boleh Pee Laaahh selepas bulan Mac 2009 ini...

ikuti komen berkaitan kenyataan Zaid - KONSEP KETUANAN MELAYU SATU KONSEP YANG GAGAL & MERUPAKAN PEMBAZIRAN JUGA KEBURUKAN HINGGA HILANG PERTIMBANGAN DAN KEWARASAN

Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal
Zaid Ibrahim: Ketuanan Melayu satu konsep gagal. KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.
Ketuanan Melayu: Zaid pertahan pendirian
UMNO. Ketuanan Melayu: Zaid pertahan pendirian. KOTA BHARU 3 Nov. - Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempertahankan kenyataannya bahawa formula berasaskan konsep ketuanan Melayu mempunyai unsur negatif yang melemahkan kaum itu dan bersifat perkauman.
UiTM terkilan kenyataan Zaid
UiTM terkilan kenyataan Zaid. Oleh HERMAN HAMID. KUALA LUMPUR 5 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) berasa malu dan terkilan dengan kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan ketuanan Melayu sebagai gagal sedangkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu adalah lulusan institusi tersebut
Putera, Puteri UMNO gesa Zaid mohon maaf
UMNO. Putera, Puteri UMNO gesa Zaid mohon maaf. KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pergerakan Putera dan Puteri UMNO menggesa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim segera membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya yang menyentuh isu ketuanan Melayu.
Zaid diminta henti buat kenyataan
UMNO. Zaid diminta henti buat kenyataan. KUALA LUMPUR 4 Nov. - Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya menghentikan sebarang kenyataan yang boleh memberi kesan dan menggoyahkan perpaduan antara kaum di negara ini.
Zaid perlu minta maaf - Syed Hamid
Zaid perlu minta maaf - Syed Hamid. PUTRAJAYA 3 Nov. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim perlu meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengenai ketuanan Melayu yang keterlaluan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan
UMNO. Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan. 02/11/2008 7:14pm. KANGAR 2 Nov. — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.Zaid perlu bertaubat,


NGO Melayu tuntut Zaid minta maaf
NGO Melayu tuntut Zaid minta maaf. KUALA LUMPUR 1 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal.Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM)


Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu
UMNO. Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu. Oleh ABDUL YAZID ALIAS. SHAH ALAM 1 Nov. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membidas kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim bahawa konsep ketuanan Melayu bukan sahaja gagal malah membawa keburukan kepada bangsa itu di negara ini.



KUALA LUMPUR 1 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataannya bahawa ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal.

Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Zaid seharusnya merasa malu dengan kenyataannya itu apatah lagi menyifatkan ketuanan Melayu hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.''Selama ini dia menggunakan nama Melayu untuk berada pada kedudukannya sebagai seorang peguam terkenal tetapi sekarang dia mahu bangsanya hancur pula.

''Dia seolah-olah tidak malu dengan kenyataan yang sepatutnya tidak dikeluarkan malah seharusnya berada di barisan hadapan untuk mempertahankan bangsa Melayu. Dia mesti minta maaf kepada bangsanya,'' kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.Zaid ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 semalam turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu baru-baru ini.Mohd. Khairul Azam yang juga seorang peguam berkata, Zaid perlu menarik balik kenyataannya itu dan kembali berpijak di bumi nyata.

''Beliau perlu sedar bahawa kesenangan yang dinikmatinya hari ini adalah hasil kelebihan sistem ketuanan Melayu yang selama ini banyak membantu orang kita,'' ujarnya.Dalam pada itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, isu itu sepatutnya tidak timbul dan sudah tersasar jauh daripada maksud ketuanan Melayu yang sebenar.''Orang Melayu berhak untuk menyuruh Zaid diam kerana hak yang ada seharusnya tidak dipertikaikan mana-mana pihak sekalipun.''Orang Melayu sebagai komuniti terawal dan teramai di negara seharusnya diberi perhatian serta tidak boleh dinafikan hak mereka,'' katanya.

Monday, November 3, 2008

GGMM BUAT LAPORAN POLIS TAN LIAN HOE : ISU PERKAUMAN

Salam Perjuangan...
Nota : Inilah bukti mereka (kaum cina) yang buta sejarah dan cuba memanipulasi keadaan untuk meraih populariti & sokongan. Mereka harus di"ajar" dengan tindakan terbuka dari orang melayu seperti yang dilakukan oleh GGMM ini... TAN LIAN HOE DITUNTUT MINTA MAAF KEPADA ORANG MELAYU SEGERA...
GGMM buat laporan polis berhubung kenyataan Lian Hoe

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebuah pertubuhan, Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan sensitif Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.

Presiden Penaja GGMM, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, kenyataan Lian Hoe yang menyamakan asal usul kedatangan bangsa Melayu, Cina dan India negara ini dilihat cuba menghasut serta merosakkan perpaduan antara kaum. "Kenyataannya (Lian Hoe) membawa maksud seolah-olah asal-usul kaum-kaum di negara ini adalah sama serta menyatakan ketidakwajaran sesuatu kaum mendapat hak istimewa melebihi kaum lain.

"Persoalan tersebut yang ditimbulkan itu dilihat sebagai cubaan menghasut supaya orang lain mempertikaikan hak keistimewaan kaum lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, di sini. Mohd. Khairul Azam yang juga seorang peguam dan merangkap Setiausaha Agung Pembela Pertubuhan Perlembagaan Persekutuan (PPPP) ditemani oleh Exco GGMM, Nik Rizman Sapian hadir di balai tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Laporan polis tersebut, katanya bertujuan untuk menghentikan tindakan-tindakan berbaur hasutan dan perkauman oleh mana-mana pihak yang boleh mencetuskan permusuhan dan pertikaian hak antara kaum. Mohd. Khairul Azam berharap agar pihak polis menyiasat aduan tersebut di bawah Akta Hasutan.

Pada 10 Oktober lalu, Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan membuat kenyataan tersebut ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda dan Wanita Gerakan, supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.
Beliau berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.