Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS RM 500 DENGAN KENAIKAN GAJI 2 KALI TAHUN INI WALAU JADI MACAI PEMBANGKANG!!!

Untung lah penjawat awam dapat naik gaji 2 kali tahun ni kemudian dapat lagi pulak bantuan RM 500 sempena hari raya. Kepada MACAI pembangkang yang kerja sebagai kakitangan kerajaan jangan LUPA ucap terima kasih pada Kerajaan BN tau... ingat sikit gaji kau dibayar kerajaan BN kenalah kerja betul2 n profesional bukan SABOTAJ kerajaan dengan buruk-burukkan kerajaan dan bocorkan maklumat kerajaan kepada pembangkang supaya jadi modal hentam kerajaan.

Lagi satu kepada agensi kerajaan yang jadi SARANG MACAI pembangkang tu ingat-ingatlah... tak malu ke korang mengaku kakitangan awam TAPI TERANG-TERANG MENYOKONG PEMBANGKANG SIAP TANPA SEGAN SILU kutuk kerajaan BN macam-macam... bagus sangat ke ke prestasi kerja kau tu??? Lepas ni fikirlah terima kasih pada kerajaan BN yang bagi kau rezeki... malulah dapat segala kemudahan dari kerajaan BN masih nak sokong pembangkang... LU BERENTI 100 org boleh isi kekosongan yang lu tinggalkan... tu lu kena ingat!!!


bonus raya 2013


KUALA LUMPUR 24 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata, langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun."Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. — BERNAMA

Thursday, August 30, 2012

SALAM KEMERDEKAAN KE-55 BUAT SEMUA

Kepada Allah jualah kami berserah semoga kemerdekaan di terpelihara berserta seluruh isi negerinya dengan limpahan RAHMAT dan KESEJAHTERAAN buat selamanya. 

Tidak kira apa jua bangsa, agama, keturunan dan latar belakang diharap dapat menghayati semangat kemerdekaan ini. Jangan biarkan anasir luar mengganggu gugat dan mensabotaj semangat kemerdekaan yang kita bina berlandaskan prinsip PERLEMBAGAAN yang persetujui DATUK NENEK kita dahulu...

Salam Kemerdekaan dan MARI KITA Teruskan Perjuangan!

Monday, March 19, 2012

MARI DOAKAN TUAN GURU HARON DIN SELAMAT MENJALANI RAWATAN DI AMERIKA

Pada Sabtu 17 Mac 2012 lalu, Tuan Guru Haron Din telah berangkat ke Amerika (US) bagi mendapatkan rawatan penyakit jantung beliau.Mari kita ketepikan persoalan dan pertelagahan politik dengan bersama mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan Tuan Guru Haron Din sepanjang mendapat rawatan di sana... dan pulang dalam keadaan kesihatan yang lebih baik... InsyaALLAH amin.




















 Pada malam sebelumnya satu majlis solat hajat dikalangan keluarga terdekat telah diadakan. Suasana begitu sayu dan meruntun hati mendengar amat Tuan Guru Haron Din dan insyaAllah pesanan beliau akan dijadikan panduan dan azimat melayari kehidupan ini. Beliau sebenarnya sudah lebih 4 bulan menghadapi masalah kesihatan jantung dan telah beberapa kali dimasukkan ke IJN bagi mendapatkan rawatan namun IJN mencadangkan agar Tuan Guru Haron Din mendapatkan rawatan semula di luar negara memandangkan berlaku komplikasi dan masalah berulang setelah mendapat rawatan terdahulu... 

Haron Din

keadaan beliau sebenarnya agar merisaukan berbanding kes-kes terdahulu dan ini amat menggusarkan semua di mana ketika ini buah fikiran, ketokohan dan pandangan beliau amat di perlukan terutama ketika berlakunya kemelut dalaman PAS dan usaha penaklukan oleh kumpulan ANWARIS untuk menguasai PAS secara halus... Hanya Tuan Guru Haron Din diharapkan berani bersuara demi menegakkan perjuangan ISLAM SEBENAR yang kian pudar dan digadaikan PAS kerana pengaruh ANWARIS dan KAFIR HARBI ketika ini...

Moga dengan berkat doa dan berkat sokongan semua kepada  Tuan Guru Haron Din dengan rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT memberikan kesembuhan terhadap beliau AMIN...



KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.