Showing posts with label Khairi Jamaludin. Show all posts
Showing posts with label Khairi Jamaludin. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

DAHSYAT! KHAIRY JAMALUDIN KETUA PEMUDA YANG SENTIASA PERTAMA

KHAIRY JAMALUDIN terbukti seorang Ketua Pemuda yang serba boleh... malah menjadi Ketua Pemuda yang pertama menjadi model bagi menyokong industri fashion batik Malaysia..

Khairy Jamaluddin dan isterinya mengayakan batik rekaan Khalid Shamsudin untuk piala seri endon 2010 yang berlansung baru-baru ini… sama cantik sama padan... macam pinang dibelah dua...

Khairy Jamaluddin buat catwalk


Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno


Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno buat catwalk


Tahniah bang! ini pasti akan menaikkan imej politik Khairy... malahan menjawab keraguan akan keupayaan Khairy menyelesaikan masalah Pemuda UMNO dan Negara... rupanya dia sibuk buat kerja lain yang sebenarnya merintis jalan menyatukan Pemuda UMNO dan BN... iaitu menerusi fesyen show...

wah! makin ramailah geng pemuda pasang 2-3 lepas ni... dengan model2 fesyen pulak tu... tahniah Khairy kerana merintis aktiviti ini...

Kepada yang kutuk khairy jamaludin.... KALAU ADA BERANI CUBALAH!

Friday, August 27, 2010

KHAIRY NAK KELUAR UMNO MASUK PAKATAN RAKYAT

Sumber :Medan Info Kita


Fakta buat Siti Khairiyah Jamaludin aka Khairy Jamaludin aka Ketua Pemuda UMNO M'sia.

1. Melayu tak pedulu kalau khairy nak keluar UMNO... malahan merasakan lebih baik kerana anda merupakan liabiliti buat UMNO & BN.

2. Ya! MAJORITI ahli UMNO menyokong PERKASA... menyokong perkasa kerana UMNO khasnya pemuda bukan lagi dahan yang Kaum Melayu boleh harapkan... UMNO kini bacul dan penakut! Hak melayu digadai satu persatu untuk Kaum lain... kalau melayu pertahan hak dikatakan perkauman tapi kalau cina cabar hapus kan hak melayu dibiarkan dengan alasan keadilan sosial... yang bangsat! UMNO bersekongkol merelakan... so Khairi boleh keluar dari UMNO!

3. Bukan UMNO ditenggelamkan PERKASA... sebaliknya UMNO malas... lemah... lembik dan TIDAK BUAT KERJA! terutama Pemuda UMNO yang asyik mengutip projek sana sini... duit nak... kerja taknak... dibawah khairy merupakan zaman kegelapan Pemuda UMNO selepas zaman gelap yang diwarisi dari Hishamuddin (Menteri Amaran & Minta Maaf)... jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tak perform!

4. Janganlah bercakap bab terlus kalau pada zaman bapak mertua anda berkuasa anda dan kroni menyamun kerajaan senyap-senyap... apa yang tak terlus lagi di pihak kerajaan... adakah anda mahu berkongsi idea dengan pebangkang iaitu " kalau projek dapat pada kami baru kira terlus" itu macamka???

5. Pemuda hilang keperkasaan... tengok saja gambar dibawah... macam orang bodoh pegi kedutaan serah sumbangan raya... lawak-lawak...


Apa kata letak sahaja jawatan khairy dan biarkan pemangku Ketua Pemuda Umno Malaysia sekarang saudara Razali menjalankan tugas seperti biasa... jangan kacau kalau tak tau...


Tuesday, December 23, 2008

RASUAH : PEMIMPIN UMNO TIDAK INSAF

Salam perjuangan...

Sedih & pilu... kepimpinan UMNO masih tidak insaf... Kebetulan penulis bertemu dengan sahabat lama ketua wanita bahagian dalam satu majlis rasmi baru-baru ini... agak lama juga bercerita berkenaan bahagiannya..

Namun cerita yang menarik ialah mendapat maklumat 1st hand darinya... bagaimana beberapa pemimpin yang telah melepasi pencalonan untuk bertanding tanpa segan silu menabur & melaburkan wang bagi memancing undi... jangan tak tahu gerakan melobi telah dimulakan dan semakin rancak menjelang MAC 2009 ini... Jelas pemimpin UMNO tidak mengendahkan nasihat pelbagai pihak termasuk teguran dari Tun M.

Apapun penulis bersyukur UMNO masih ada harapan kerana BELUM / TIDAK ADA LANGSUNG nama YB Dato Mukhriz Tun Mahatir disebut terlibat dalam politik wang... insyaAllah penulis yakin kebenaran & ketulusan hati untuk berjuang demi agama bangsa & negara penuh ikhlas akan dibalas dengan kemenangan nanti... Amin

Apa yang jelas beberapa nama telah timbul dan dikatakan terlibat dengan politik wang ini a.k.a RASUAH. Nama ini jelas disebut kepada penulis oleh rakan penulis tadi yang mana antara katanya :-


"JANGANLAH PEMUDA BERTUANKAN KHAIRY... "
"RANCAK BENAR ORANG DIA BERGERAK HABIS DITABURNYA..."
" ORANG MACAM NI KE KITA NAK BERTUANKAN - MACAM MANA NASIB BANGSA & ANAK CUCU KITA"
" TAK TAHULAH ORANG-ORANG MUDA NI TAKUT TERPERDAYA ANTARA WANG DENGAN PERJUANGAN"


Suka saya memetik
kenyataan KHAIRY - JANGAN HANYA TUDUH -Utusan 20/12/2008 BOLEH DIBACA DISINI

Namun begitu terdapat juga beberapa nama lain yang dikatakan turut terlibat yang mana nama-nama ini merupakan pemimpin "high-profile" yang "untouchable"... mungkin kerana itu pening juga jawatankuasa disiplin UMNO & BPR nak ambil tindakan... Ini penulis perolehi dari
blog seperti PEMUDA PELAPIS yang boleh dibaca DI SINI

Malang sekali alasan seperti ini dijadikan alasan :-


"kalau aku tak tabur wang kalah pula nanti sebab lawan kita tu dah tabur wang"
"Takkan tak ada apa-apa Dato' kami datang jauh-jauh nak dengar Dato' bercakap?"
"Apa salah aku ambil orang nak bagi kita terima lah"
"Orang nak bagi ambil jelah time undi nanti kita fikirlah lain"


Pemimpin UMNO masih tidak insaf bahawa hanya sedikit sahaja lagi kaki mereka bakal tergelincir dari kekuasaan sekiranya salah langkah yang diambil... dengan berleluasanya rasuah dalam PERGONG 2009 nanti rakyat & masyarakat akan memberi penilaian negatif pada UMNO & rasuah ini akan menjadi modal kepada pembangkang utnuk memburukkan UMNO... akhirnya rating UMNO akan semakin merudum & berkebarangkalian untuk tewas pada PRU-13 nanti...

Jangan biarkan kebencian, kejijikan dan kejian berkaitan rasuah ini dikaitkan dengan UMNO hingga menjadi salah satu imej UMNO...

Jangan biarkan kesetiaan dan kesabaran kami yang cintakan UMNO oleh kerana ketulusan & kesucian perjuangannya.... kian luntur perasaan kecintaan ini dengan tindakan jijik, keji & bodoh yang terus dilakukan oleh barisan kepimpinan UMNO diperingkat atasan dan pertengahan ini... Tidak mustahil kebencian ini bertukar kepada tindakan yang bakal meruntuhkan UMNO nanti... Apabila UMNO Hilang sokongan Rakyat keseluruhan nanti...

Renung-Renungkan selamat berjuang...

Friday, March 7, 2008

Muslihat Pembangkang


Oleh Khairy Jamaluddin


Sungguhpun gerak kerja musim mengundi sudah pun sebati dengan mereka yang bergiat aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO, bagi calon yang bertanding buat julung kalinya, bahang pilihan raya yang sudah pun merebak ke seluruh tanah air lebih hangat rasanya.
Perjalanan saya ke seluruh daerah beradat Rembau, tempat asal usul kaum kerabat saya ini juga lebih bermakna.

Mengharungi kawasan P131 dari persisiran bandar sekitar Paroi hingga ke kampung-kampung di Kota, selatan Negeri Sembilan, pertemuan saya dengan penduduk-penduduk di merata tempat memberi kesempatan juga bagi saya untuk membawa mesej perjuangan Barisan Nasional (BN).

Kerja yang begitu penting bagi saya selain mendengar rintihan masyarakat di sini adalah untuk memperjelaskan perbezaan serta jurang yang luas di antara wawasan perikatan yang kukuh berpengalaman memerintah, dengan ikrar daripada pembangkang yang tidak perlu memegang pada janji.

Manifesto BN yang dilancarkan pada minggu lepas merupakan satu dokumen yang serba lengkap, baik dari segi pengisian mahupun dari segi praktiknya. Ia dirangka dengan teliti dan mengutamakan kepentingan jangka masa panjang.

Perancangan manifesto BN terperinci dan bertanggungjawab, dan yang pentingnya mampu dilaksanakan tanpa membebankan masa hadapan anak-anak kita.

Janji-janji manis yang dibawa oleh pihak pembangkang, sudah tentu tidak akan dapat dikotakan. Jelas sekali bahawa rata-ratanya wawasan yang dilaungkan pihak pembangkang dikarang berdasarkan sentimen populis, bertujuan menarik pengundi bak dendangan lagu merdu.
Siapa pun akan asyik mendengarkan janji harga minyak yang murah, gaji minimum yang lebih tinggi dan lain-lain. Namun dendangan pembangkang ini akhirnya melalaikan kita sahaja semata-mata.

Pihak pembangkang mengambil kesempatan suasana ekonomi global yang murung untuk mempermainkan rakyat dengan ilham fantasi yang tidak berlandaskan fakta. Fokus sebenar mereka adalah untuk mengurangkan majoriti BN demi kepentingan politik sendiri. Begitu mudah janji ditabur sedangkan pihak pembangkang sendiri sedar bahawa mereka tidak akan dapat memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan.

Manifesto parti-parti pembangkang membawa kesudahan yang sama – ia akan membawa padah kepada generasi pewaris akan datang akibat rancangan yang tidak bertanggungjawab.
Seolah-olah membayangi ikrar mereka yang memerlukan perbelanjaan yang boros, pembangkang juga menghabiskan beribu-ribu ringgit mencetak risalah untuk menyebarkan janji yang tak mungkin terkota.

Di kawasan Rembau, saya sempat melihat sendiri risalah Keadilan yang berhiaskan gambar Anwar Ibrahim, menghuraikan bagaimana harga minyak akan diturunkan jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi mandat memegang tampuk kerajaan.

Risalah tersebut menerangkan bahawa Anwar mampu mengurangkan harga minyak. Kononnya, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun beliaulah yang berjaya menetapkan harga petrol pada kadar RM1.10 seliter.

Seperti mana cerita-cerita lain yang sering disampaikan oleh Anwar, cerita ini juga bukan sahaja tidak lengkap tetapi diputar-belitkan sesuka hati.

Hakikatnya harga petrol kita bergantung secara langsung pada harga minyak mentah di pasaran dunia. Dalam era Anwar menjadi Menteri Kewangan, harga minyak mentah di pasaran dunia adalah di antara AS$12 dan AS$26 setong.

Bandingkan sahaja dengan harga minyak mentah hari ini yang sudah melepasi tahap AS$100 setong. Ini bermakna sejak Anwar dipecat, harga minyak mentah telah meningkat lebih 400 peratus.

Harga petrol semasa pada kadar RM$1.92 seliter jika dibandingkan dengan dulu hanya meningkat 75 peratus. Ternyata kerajaan BN telah memainkan peranan untuk melindungi dan memastikan rakyat tidak merasai sepenuhnya kesan negatif akibat kenaikan harga minyak dunia.
Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, memang mudah untuk mengekalkan harga minyak yang murah kerana harga minyak global ketika itu amat rendah. Perbuatan Anwar mengakui bahawa dialah penyebab harga minyak rendah tidak lain dari satu pemalsuan dan penyalahgunaan fakta sejarah.

Apakah ini bermakna janji-janji yang lain juga merupakan penipuan dan muslihat politik semata-mata?

Pihak pembangkang juga berkata bahawa keuntungan Petronas boleh disalurkan untuk membiayai subsidi minyak yang lebih tinggi. Apa yang tidak dihuraikan ialah hakikat bahawa hampir dua pertiga keuntungan kasar Petronas diberi balik kepada kerajaan melalui cukai, dividen dan royalti.

Dana ini pula telah pun disalurkan untuk pelbagai program pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Baki keuntungan inilah nampaknya yang akan digunakan untuk menunaikan janji, menurut pihak pembangkang.

Rizab minyak kita akan kehabisan dalam 10 tahun dan pada tahun 2010, import minyak kita akan melebihi eksport. Oleh itu, kelebihan keuntungan Petronas perlu dilaburkan untuk mencari minyak di negara-negara lain seperti di Asia Tengah, Afrika dan Asia Barat.

Memancing

Jika langkah ini tidak diambil, kita tidak akan dapat mewariskan sumber yang begitu penting ini kepada anak-anak kita. Apa yang nyata, jika janji pembangkang terlaksana, kita tidak akan berupaya untuk mendapatkan minyak ini, justeru masa hadapan kita sudah tentu gelap.
Pembangkang tidak berhenti di situ. Mereka juga menjanjikan untuk menghapuskan semua hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tertunggak demi memancing undi golongan muda. Janji ini tidak masuk akal.

Jika janji ini dilaksanakan, apa yang akan terjadi kepada beribu mereka yang telah membayar hutang PTPTN masing- masing? Adakah mereka akan diberi pampasan? Tidakkah pembangkang sedar bahawa kos pelaksanaan perancangan mereka ini adalah sebanyak RM17.3 bilion? Sebagai perbandingan, jumlah ini merupakan 75 peratus dari keseluruhan peruntukan Kementerian Pelajaran untuk tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Kesembilan!

Tidak terlintas juga pada hemat pembangkang bahawa ini turut menjejaskan kesinambungan penerimaan kemudahan bantuan ini bagi bakal peminjam pada masa hadapan.
Parti Keadilan juga menjanjikan gaji minimum sebanyak RM1,500 untuk menarik perhatian rakyat. Apakah idea ini benar- benar dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat?
Sebenarnya, jika cadangan gaji minimum ini dilaksanakan, ramai yang akan hilang pekerjaan apabila syarikat tidak lagi dapat menampung gaji pekerja. Cadangan gaji minimum ini juga akan mengakibatkan lebih banyak mahasiswa universiti yang menganggur kerana syarikat terpaksa memilih pekerja dengan lebih berhati-hati.

Dari segi makro pula, ia akan menyebabkan syarikat multinasional yang selama ini melabur berbilion ringgit dan menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan berpindah ke negara yang mempunyai kos buruh yang lebih murah. Lebih teruk lagi, kesan gaji minimum akan memberi kesan negatif inflasi, terutamanya jika kenaikan gaji tidak diiringi peningkatan produktiviti.
Harga barang akan naik mendadak dan mungkin melebihi kadar peningkatan gaji. Ini semua akan mendatangkan lebih banyak masalah kepada rakyat jelata, tetapi ini tidak dihuraikan dalam manifesto pembangkang.

Jelas manifesto pembangkang ini mengandungi janji-janji yang membawa akibat buruk yang tersirat. Namun begitu, pembangkang dengan tidak segan silu menyatakan kesan manifesto mereka dapat mengembangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara lebih dari lapan peratus.

Walhal yang sebaliknya akan berlaku, jika semua janji ini dilaksanakan. Defisit fiskal kerajaan akan meningkat daripada 3.2 peratus KDNK sekarang kepada lebih daripada 15 peratus KDNK. Ini merupakan beban hutang masa depan yang akan dihadiahkan oleh pembangkang kepada anak-anak kita jika cadangan mereka dilaksanakan.

Tidak perlu diingatkan bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara. Qada’ dan Qadar menjanjikan pada suatu hari nanti kita akan mewariskan bumi Malaysia yang tercinta ini kepada generasi seterusnya. Sanggupkah kita membelenggu nasib anak bangsa di esok hari gara-gara dibuai janji-janji bersifat sementara?

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Alhamdulillah, setelah mendengar cerita yang sepenuhnya serta penjelasan lengkap yang sengaja diselindung pihak pembangkang, ramai yang tidak tertipu lagi.

Jangan anggap rakyat tidak dapat membezakan antara janji palsu dan janji yang mampu dikotakan. Akhirnya kita pijak jua di bumi yang nyata. Rakyat Malaysia memahami dan tidak sanggup membuat pilihan yang menjejaskan nasib pewaris mereka.

Hanya satu pilihan yang nyata tersedia, landasan kita pada hari ini boleh membawa kepada masa depan yang terjamin buat generasi kini mahupun di masa hadapan. Pada Sabtu ini, 8 Mac 2008 Insya-Allah pengundi akan menunjukkan kematangan mereka, mata tidak lagi dikaburi, hati tidak lagi digerak emosi dan telinga tidak terlalai lagu merdu.

Pada saat dan ketika itu, jelaslah siapa yang akan diberi amanah untuk membawa harapan buat Malaysia tercinta.

* Penulis merupakan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Rembau , Negeri Sembilan.

Monday, March 3, 2008

Warkah buat blogs antikhairy dan penyokong

Salam Perjuangan...

Tahniah kerana jelas perjuangan anda demi kebebasan dan demi ISLAM jelas terlihat dari tulisan dan artikel di sini... yang penuh dengan kata-kata makian, cemuhan, berbaur lucah... cuma nya saya terfikir...adakah ini yang ISLAM mahukan... adakah pemimpin dan penyokong yang bersikap seperti ini kita nak bagi memimpin negara... masyaALLAH... sebelum mengatakan org lain buruk, hodoh dsb... cerminlah dulu diri kita...

Adakah kita ini sudah baik sgt dan mampu memberikan contoh kepada masyarakat sebelum menegur org lain?... kata org tua... meludah ke langit akhirnya terpalit kemuka sendiri...
laman ini juga menggalakkan fitnah dalam masyarakat... dengan adanya gambar lucah dan penyiaran artikel tanpa bukti dan fakta kukuh... bayangkan tuan/puan sekiranya perkara ini benar-benar fitnah dan masyarakat menyebarkannya... yg akhirnya timbul kerosakan dalam masyarakat.. bayangkan dosa yg harus di pikul oleh insan yg menjadi punca dan benih fitnah ini... masyaALLAH...

Bertaubatlah... ingatlah siksaan Allah SWT amat pedih lagi mengerikan... bertaubatlah selagi masih ada masa... ambil la perjuangan yang dilakukan oleh nabi SAW dan para sahabat yg berdakwah dan berjuang dengan penuh ikhlas, tertib serta berhikmah... bersih dari fitnah, caci maki dan kata-kata serta tingkah laku nista...

Jangan kita menghalalkan cara demi matlamat... mempergunakan dan bertopengkan ISLAM walhal agama islam itu hanya dijadikan alat politik untuk mendapat kekuasaan dan kekayaan... masyaALLAH... fikirkanlah... setakat berjubah, berjanggut dan berserban adakah cukup it menjadikan kita umat ISLAM yg baik... walaupun kita tetap mengamalkan perbuatan yg bertentangan dengan ISLAM... seperti mencarut, memaki hamun dan memburukkan saudara ISLAM yg lain... masyaALLAH...

Mungkin inilah yg dikatakan ulama akhir zaman seperti yg dikisahkan oleh para sahabat melalui nabi SAW... kelahiran ulama palsu yg menipu serta membawa kesesatan kepada pengikutnya...
semoga ALLAH SWT memberikan petujuk dan hidayah kepada kita semua agar dapat berfikir dan membuat keputusan yg baik serta bijak seterusnya bersama menuju jalan yg lurus dan benar dan mendapat keredhaan ALLAH SWT... terhindar dari pengaruh golongan seperti itu...

Renung-renungkan selamat berjuang

Tuesday, February 19, 2008

Pesanan Buat KJ

pesanan kepada khairy jamaluddin
1. Kata org tua-tua cepat naik akan cepat jugalah kita jatuh....

2. Kalau dah penat kita berjalan diatas dunia, berhenti duduk sejenak baru sambung perjalanan...

3. Semua org boleh berjaya tapi berapa ramai org yg boleh berbangga dgn cara dia berjaya...

4. Semua org boleh bwk kereta laju tapi berapa org boleh bwk kereta dgn perlahan (cermat dan teliti)...

5.ketika berlari pantas menuju ke destinasi berapa org yg boleh berhenti dan melihat kebelakang untuk bersama membawa mereka yg tertinggal.

6. Kaum lelaki hanya akan berjaya jika berjaya mengawal perkara berikut nafsu kpd perempuan, keinginan kpd harta dan ambisi kepada kekuasaan...

7. pangkat dan kedudukan boleh dibeli tapi rasa hormat dan setia kawan serta pengiktirafan datang dengan keiklasan.

8. niat ikhlas dan usaha yg jujur tanpa mengharapkan balasan akan memastikan kejayaan datang dengan sendirinya.

9. ukur baju badan sendiri sebelum menerima untuk menggalas beban.

* fikirkan maksud tersirat dan tersurat serta maksud mendalam disebaliknya... u'll understand.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.