Showing posts with label Skandal/ Isu Khairy Jamaludin KJ. Show all posts
Showing posts with label Skandal/ Isu Khairy Jamaludin KJ. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

PEMBINAAN JAMBATAN GANTI TAMBAK JOHOR WAJIB DILAKSANAKAN!

Salam Perjuangan

Kepada pemimpin kerajaan terutamanya DS Najib Tun Razak... kenalah respon cepat sikit... cadangan penulis segala projek yang menjadi legasi dari ayahanda Tun Mahathir Mohamed yang ditangguhkan atau dibatalkan oleh PAK tidoLAH harus dikaji pelaksanaannya semula... selain impak kepada ekonomi, keperluan strategik negara turut signifikan bagi meneruskan projek berkaitan...

projek pembinaan jambatan harus menjadi keutamaan... rundingan harus dilakukan dengan singapura... takkan nak biarkan komplek dan kemudahan yang telah siap di johor jadi gajah putih sahaja...

apapun terima kasih DYMM Sultan Johor... kehendak Tuanku juga adalah kehendak rakyat Johor keseluruhannya... daulat tuanku!


MalaysiaKini - Sultan ulangi hasrat ganti Tambak Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.

Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 hari ini, Sultan Ibrahim bertitah pembinaan jambatan berkenaan bukan sahaja memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura malah menjadi kemudahan untuk rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.

Thursday, March 26, 2009

KHAIRI JAMALUDIN KJ MENANG KETUA PEMUDA UMNO : PERWAKILAN PEMUDA UMNO PENGKHIANAT BANGSAT

Salam Perjuangan

Minda penulis masih lagi berfikir dan cuba memahami apakah yang dimahukan oleh perwakilan pemuda... Khairi Jamaludin telah menang selaku ketua pergeram Pemuda UMNO Malaysia - satu kejutan walhal suara akar umbi dan jumlah pencalonan sememangnya mahukan Dato' Mukhriz Tun Mahathir yg jelas mahu membawa perubahan besar dalam Pergerakan Pemuda melalui Slogan "Berani Berubah".

Apakah Perwakilan Pemuda melihat ganjaran kewangan, harta dan pangkat lebih besar daripada idealisma sejati Pemuda UMNO Malaysia... ramai kecewa bukan sahaja ahli UMNO dan pemuda di peringkat marhaen malahan seluruh rakyat Malaysia... Khairy adalah liabiliti kepada UMNO dan Pemuda dan dengan memilihnya apakah dapat memperbaiki Pemuda dan UMNO atau menyebabkan semakin jauh rakyat, ahli UMNO dan golongan muda kepada UMNO...

Benar Dato' Mukhriz HANYA SALAM KOSONG (SK) seperti kata Dato' Najib - Dato' Mukhriz berpegang teguh pada prinsip TIDAK PADA POLITIK WANG! walaupun kita tahu Beri Salah (Rasuah) tak beri Kalah - namun demi perubahan Pemuda dan UMNO Dato' Mukhriz sanggup mengambil risiko ini. Tapi apa balasan perwakilan Pemuda??? Pemuda sendiri mengkhianati perjuangan UMNO dengan memilih Khiry.
.
Terbukti Khairi BERSALAH POLITIK WANG! dan tanyalah kepimpinan UMNO di bahagian atau tertinggi mereka tahu Khairy tabur duit untuk lobi kemenangan ini... tapi kenapa masih mahukan Khairy??? Khairy janji projek ke? Khairi SALAM ISI (RASUAH) menyebabkan mereka memilih Khairy...

Pelik jika pencalonan Mukhriz sikit punya berlambak... banyak meninggalkan jauh Khir Dan KJ tetapi akhirnya Mukhriz mendapat tempat tercorot undian selaku ketua pemuda... apa yg berlaku... Apakah sogokan pergi karaoke, disko, rumah urut, wanita, janji projek, wang HARAM dan lain-lain lagi melenturkan hati perwakilan pemuda??? Bagi saya pemuda sudah hilang maruah dan perwakilan yg mengundi Khairy menjahanamkan UMNO dan mengkhianati MELAYU dan ISLAM...

Keadaan begitu tegang hinggakan Kemenangan Khairy ini, yang diberikan terbukti bersalah dan hanya dihukum diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pemilihan Umno (main duit) , dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz. Mereka berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno. Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.

Mungkin TERBUKTI benar wujud konspirasi bagi memenangkan Khairy (KJ) yg mana berita mengatakan Pak Lah sudi lepas jawatan Presiden UMNO dan PM kepada Najib dengan syarat Najib Bantu Khairi jadi Ketua Pemuda dan projek-projek kroninya jangan diganggu atau dibatalkan seperti Pak Lah buat pada Tun Mahatir.

Harapan kini terletak pada saudara Razali "Kid" selaku naib Ketua Pemuda UMNO yg berjaya menumbangkan regu Khairy iaitu Rizal Merican... Harapnya Rizal teguh dengan prinsip dan jati diri tulen pejuang dan berani menegakkan kebenaran walau terpaksa mencabar Khairy selaku ketuanya nanti kerana yg pasti Khairy akan menggunakan senjata sama "kepala agong" untuk mengekalkan sokongan kepada beliau...

Saya yakin kalau 1 lawan 1 KJ lawan Mukhriz pasti Mukhriz menang... sebab Razali "kid" menang lawan Rizal disebabkan undi solid perwakilan yg mahukan perubahan dalan UMNO dan Pemuda... Kekalahan Mukhriz adalah kerana berlaku perpecahan undi bagi perwakilan yang mahukan pembaharuan dengan undi pecah antara Mukhriz dan Khir Toyo... Takdir Allah SWT siapa yg dapat melawannya... kita harus akur. Saya Berbangga dan Menjunjung ketulusan dan sikap gentleman Mukhriz walaupun tewas teruk masih naik ke pentas mengangkat tangan Khairy membuktikan mukhriz mementingkan perpaduan dalam Pemuda UMNO walau jauh disudut hati kita semua tahu Mukhriz lah yg sepatutnya menang... dan telah tertewas akibat permainan jijik, keji dan hina Khairy...

Apa akan jadi selepas ini ya? Apakah telah berakhir perjuangan membawa perubahan dalam Pemuda UMNO? TIDAK!!!... Kepada Pemimpin Pemuda yang mendokong aspirasi berani berubah dan mahu membawa perubahan kita perlu fleksibel dan menyusun semula gerakan kita dan terus berpegang jitu kepada prinsip dan semangat pejuang sejati... biarkan mereka yg mahukan wang, duit, harta, pangkat dan projek bernaung dibawah Khairy... namun kita harus bersatu dan berani bersuara menegur dan bertindak jika budaya itu terus dipupuk dan menular dalam Pergerakan Pemuda walau kita berperang dan berpatah arang dengan Ketua Pemuda KJ ini.

Apakah kita ingat org yg menang kerana menggunakan taktik keji, hina dan busuk akan cuba membersihkan Pemuda dari gejala yang dia sendiri amalakan???.

Walaupun usaha dilakukan rasanya apakah akan mendapat kepercayaan dan sokongan??? Bos sendiri main duit nak betulkan kami??? apa akan jadi nanti??... namun saya percaya Allah maha adil dan janji Allah itu benar... bersama kita berdoa agar Allah mentakdirkan perjuangan yg suci dan benar-benar sejati akan mencul bersama pergerakan Pemuda UMNO ini...

Moga Allah memberikan ketabahan hati dan semangat buat Mukhriz dan rakan-rakan pejuang tulen dalam Pemuda UMNO agar terus berjuang tanpa jemu walau menghadapi ketewasan ini... percayalah Allah bersama orang-orang yang benar...

Teruskan Perjuangan Demi ISLAM, Melayu dan Negara

Tuesday, January 6, 2009

WAN FARID : CALON PILIHAN PAK LAH & KJ

Salam Perjuangan...

Terbukti maklumat disalurkan penulis amat tepat sekali dengan mengambil kira pengesahan maklumat dari Kenyataan Tun Mahathir(rujuk dibawah)... mungkin ramai tidak bersetuju dengan penulis namun pemilihan Wan Farid telah menimbulkan keresahan dikalangan UMNO KT sendiri... Wan Farid baru sahaja memenangi pemilihan ketua bahagian KT dan team yang kalah masih tak sejuk lagi.... Namun sebagai kroni dan sahabat baik Khairy Jamaludin (KJ) seterusnya PLah (tido lah) ramai hanya mampu mendiamkan diri... artikel penulis boleh dibaca seperti berikut :-

Wan Farid : Kenali Calon BN PRK KT (P36)
Skandal Gambar Wan Farid Calon BN Parlimen KT - Penjelasan

Ikuti Kenyataan Tun Mahathir

Dr M: Wan Farid proksi Pak Lah - Sumber Malaysia Kini

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu."Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Walaupun Dr Mahathir tidak mengulas lanjut, tetapi beliau jelas dilihat merujuk kepada Wan Ahmad Farid sebagai seorang yang rapat dengan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi... Baca Berita Selanjutnya DI SINI

Wednesday, December 24, 2008

WAN FARID : KENALI CALON BN PRK KT (P36)

TAHNIAH !!!

Proksi & teman rapat Khairy (KJ) telah berjaya diangkat menjadi calon BN untuk PRK KT. Betul ke seluruh akar umbu UMNO Bahagian KT mahukan Wan Farid ini? Apakah Wan Farid calon pilihan PLah atau Calon pilihan Khairy? pening-pening macam-macam orang cakap... namun yang pasti situasi GANJIL telah timbul...

kalau betul nama Wan Farid dipertimbangkan awal lagi kenapa Wan Farid dilantik menjadi Senator untuk penggal kedua & mengangkat sumpah baru-baru ini? kenapa PLah tak sambung je Wan Farid sebagai senator kan lebih mudah dia jadi calon... dan terus jadi timbalan menteri atas kapasiti Ahli Parlimen... PELIK

Kerana kalau Wan Farid tewas kali ini dia tidak akan dapat kekal sebagai timbalan menteri sebab nak lantik senator hanya boleh 2 penggal berturut-turut... apakah tiada perancangan strategik di peringkat UMNO? perancang & pemikir strategik PLah tak buat kerja ke? ATAU ada tangan ghaib yang menaikkan nama Wan Farid disaat akhir hingga berjaya jadi calon BN untuk PRK KT ini...

Apapun yang pasti... orang-orang Khairy (KJ) akan turun berhabis-habisan bagi memastikan proksi & teman baik Khairy akan meraih kemenangan demi jaminan sokongan politik terutama dari Terengganu kepadaKhairy (KJ) akan berterusan dengan kemenangan Wan Farid di KT... mungkin KJ akan kurangkan bajet sebab duit yang ada dia nak laburkan lebih banyak ke persaingan sengit ketua pemuda UMNO Malaysia - tapi yg pasti maklumat memberi tahu KJ sedia memperuntukkan wang besar bagi mensponsor jentera pemuda di PRK KT nanti...

Mari kita kenali Calon BN - Pilihan KJ untuk PRK KT (P36) 2008 ini...

SERBASEDIKIT PROFILE
  • Nama : Wan Ahmad Farid, Berusia 46 Tahun
  • Bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London
  • Merupakan anak jati Kuala Terengganu.
  • Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

DALAM POLITIK

  • Beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 Menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998
  • Menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.
    Beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu pada tahun 2001
  • Menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
  • Menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik 2008

Gambar ini belum diSAHkan kesahihannya yang mana penulis perolehi di SINI dari Blog Mummu Rokiah. Namun jika disahkan saya pasti :-

  • Hobi beliau adalah berkaraoke & menyanyi...
  • cita-cita asal pasti ingin menjadi penyanyi...
  • minuman kegemaran air suam sebab jaga suara...
  • makan tambahan pasti madu lebah dan tongkat ali untuk jaga stamina...
  • akanan kegemaran yang tidak pedas dan masam untk jaga suara juga...
  • Tempat kegemaran untuk berjumpa & berbincang pastinya di tempat karaoke kegemaran beliau...
  • Lagu kegemaran pastinya yang 'high-note" tengok gaya tarik semacam je tu & lagu duet yelah ditemani gadis cantik ( tengok gambar)...
He he he apapun ini hanya telahan saya... Cuba tengok gambar tu... kesan super impose ada kot... mana-mana yang hebat komputer ni sila analisis... nanti KiTa kongsikan fakta KEBENARAN INI...



Renungkan & Selamat Berjuang

Thursday, October 30, 2008

SKANDAL KHAIRY JAMALUDDIN (KJ)

Salam Perjuangan

Ditengah kehangatan musim bagi proses pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mana KJ juga turut bertanding sengit dengan Y.B Dato' Mukhriz telah tersebar gambar-gambar skandal KJ yang penulis peroleh dari salah satu blogs
Penulis harus menegaskan bahawa kesahihan gambar ini boleh dipertikaikan... namun berdasarkan maklumat berkaitan gambar ini berserta ulasan dalam blog berkenaan membolehkan penilaian matang dilakukan oleh kita.

Adalah amat mengecewakan jika benar-benar KJ terlibat dalam aktiviti sebegini... namun amat malang lagi jika perkara ini tidak benar dan hanya bertujuan mengenakan beliau... kita harus bertanggung jawab dalam berita yang kita sebarkan agar imej seseorang yang nampak baik dan berwawasan seperti KJ tidak disalah tafsir sebenarnya berkelakuan tidak elok sebegini...

Nanti apakah persepsi pemuda UMNO lain???... mahukan mereka dipimpin oleh KJ yang rupa-rupanya hanya menggunakan retorik pejuangan bangsa dan Islam Hadhari sebaliknya memiliki bahagian diri yang hitam dan tersembunyi...

Walau bagai mana pun diharapkan agar perwakilan pemuda UMNO menilai sematangnya dan usah dipengaruhi unsur-unsur luar yang cuba manggangu gugat proses pemilihan nanti...
Setakat ini belum ada lagi Skandal melibatkan Y.B Mukhriz yang dilihat merupakan seorang pemimpin muda tulen yang berani serta berwawasan yang dijangka mampu membawa pemuda UMNO ke tahap yang tersendiri...
Adalah wajib perwakilan pemuda meneliti latar belakang calon dan "track record" calon-calon ketua pemuda ini... pilih lah yang berjuang ikhlas demi agama bangsa & negara... calon yang bersih dan tiada kontroversi sama ada rasuah, wanita, keperibadian dan skandal melibatkan syarikat kerajaan... ikhlaskan hati... apakah wang yang dicari & lebih penting atau nasib anak, cucu dan generasi kita yang mendatang...
Berikut Petikan dari Blog berkenaan :-

Bagi memastikan maklumat cukup dan kalau mahu jadi kes dan tidak dibuang keluar oleh Mahkamah Persekutuan, ana kena sebutkan tempat, alamat, haribulan dan masa - Heritage Mansion, Jalan Kemunting off Jalan Doraisamy, KL, bulan Jun, lebih kurang hari Khamis 17 haribulan, dan antara waktu pukul 10:00 pm ke pukul 2:00 am

Cukup maklumat kalau mahu buat kes.

Kalau tidak cukup puashati, ana kata kerusi-kerusi itu wujud di Master Lounge Heritage Mansion (kalau hari ini tidak diubahsuai untuk hilangkan bukti) kerana ia kerusi sama yang diduduki artis-artis selebriti dalam gambar di bawah ini. Wow!

Kalau tidak percaya, bandingkan gambar bawah ini dan katakan wujud ke tidak kerusi-kerusi seperti itu. Wow!

Kalau tidak cukup juga, ana beritahu orang yang berada disebelah Khairy berbaju merah itu adalah tuan punya tempat bernama William. Wow!

Ada kerusi-kerusi kosong kerana dua orang lagi ia-itu Dax atau Firmansyah Muhammad Kalo dan Jason Lo tidak ada di kerusi. Mungkin sedang buang air dan berdansing.

Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian. Dahulu cuma satu tingkat dan sekarang sudah ada dua tingkat.

Kelab ini memang selalu didatangai penuh dengan selebriti-selebriti, termasuk Maya Karin. Wow!

Gambar ini diambil pada akhir tahun lepas semasa dia belum kahwin. Muga jadi isteri yang soleh dan berpakaian yang sopan macam Ziela ye.

Ada juga Hannah Tan yang menarik orangnya. Wow!

Jadi kalau Khairy rasa tidak salah pergi ke tempat-tempat sedemikian, katakan seluasnya. Bukankah Khairy percaya pada liberalisasi, globalisasi, meritokrasi dan keterbukaan. Ini adalah cara bersosial dan membina Setiakawan?

Ana pun percaya pada keterbukaan. Sekarang malam panas, ana selalu tidor tak pakai baju.Amacam Hannah, nak masuk Islam? Ana boleh ajar bab munakahat.

Boleh cuba-cuba raptai ijab kabul dengan Husin. Wow!Ana sudah tidak terlalu banyak Wow! lah hari ini ...

Nukilan Husin Lempoyang Pada 12:25 PM

Renung-renungkan selamat berjuang

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.