Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Friday, May 22, 2015

PANAS TERSEBAR VIDEO MUHYIDDIN NAK JATUHKAN NAJIB WAJIB TENGOK DAN DENGAR BETUL-BETUL

Dahulu ntara individu yang kehadapan menyahut seruan Tun Mahathir untuk menjatuhkan PAK LAH adalah Tan Sri Muhyiddin dan semua pihak TERUJA malah BERTEPUK TANGAN apabila tersebar video TS Muhyiddin kononnya hentam 1MDB... tapi sebelum tu moh kena dengar betul2... apa yang TS Muhyiddin kata... dan video tersebut juga mendedahkan suara si LAHANAT pengkhianat, tali barut dan gunting dalam lipatan yang wujud dalam umno sendiri...




Cuba dengar ada suara manusia LAHANAT laungkan "jatuhkan presiden" maka lahanat ini perlu dicari dan dikenal pasti kerana LAHANAT ini merupakan batu api dan musuh dalam selimut bagu UMNO... malah LAHANAT ini juga yang merakam dan menyebarkan video ini dengan liciknya agar timbul sangsi dan pergaduhan antara TS Muhyiddin dan DS Najib... 

FUCK YOU LAHANAT!!!

Friday, May 8, 2015

TERIMA KASIH PENGUNDI BN DI PERMATANG PAUH

Terima kasih kepada pengundi permatang pauh yang mengundi BN. Walau pun tewas BN tewas penuh maruah dan sewajarnya kita berbangga dengan kerja keras yang ditunjukkan sepanjang kempen PRK Permatang Pauh ini. Malah disiplin komitmen dan toleransi ditunjukkan petugas parti BN amat membanggakan walau berdepan dengan PROVOKASI GANAS, MAKI HAMUN DAN SERANG banjingan PARTI KEGANASAN RAKYAT - PKR....



InsyaAllah ada hikmah disebalik segalanya... yang benar pasti mengatasi kebatilan... kepada sahabat semua TERUSKAN PERJUANGAN DAN JANGAN KENAL ERTI PUTUS ASA... MARILAH KITA ISTIQOMAH DALAM SATU JAMAAH DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA


Wednesday, May 14, 2014

KERAJAAN TERENGGANU STABIL ADUN BUKIT BESI ROSLEE DAUD KEMBALI MENJADI WAKIL BN-UMNO

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
.

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
 
Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
.
ADUN Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar UMNO "Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
.
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Thursday, June 14, 2012

JANGAN KE LUAR NEGARA DALAM MASA TERDEKAT INI

Semasa tahun 2004 penulis mendengar kisah sedih dan kecewa BAKAL CALON Pilihanraya yang TIDAK DAPAT MENJADI CALON kerana Partinya tidak dapat mengesan dan menghubungi beliau kerana dipercayai berada di luar negara. 


Sehingga saat akhir BAKAL CALON ini tidak dapat pulang dari luar negara dan kerusi yang sepatutnya beliau tandingi diberikan kepada orang lain. Individu yang menggantikan beliau kini sudah maju jaya dan khabarnya sekarang menjadi TIMBALAN MENTERI. Sehingga kini BAKAL CALON itu menyesal tak sudah meratapi kesilapan beliau.

IRONIKNYA kejadian ini disebut oleh Dato' Seri Najib 2-3 minggu lepas kepada beberapa pemimpin dan menteri yang berjumpa beliau kerana  mahu meminta izin/kebenaran/memaklumkan mereka nak bercuti atau mempunyai urusan ke luar negara. DS Najib tidak menghalang atau membenarkan mereka ini pergi sebaliknya dengan ringkas menceritakan KISAH BAKAL CALON TAK JADI 2004 itu kepada mereka.


Sudah pasti pemimpin dan menteri berkenaan dapat MENGHIDU dan MENANGKAP maksud yang ingin disampaikan Perdana Menteri kita iaitu PILIHANRAYA KE 13 kini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Cuma tarikh yang pasti belum jelas namun AMAT HAMPIR SEKALI.

Jadi kalau pemimpin atau menteri nak ke luar negara dalam tempoh terdekat ini faham-faham sahaja lah kalau tak dapat jadi calon jangan nak merajuk atau bersedih nanti macam BAKAL CALON TAK JADI pada tahun 2004 tu....

Ahli PAS yang kunun-kununnya ISLAMIK dan BERIMAN boleh tangguhkan menunaikan RUKUN ISLAM FARDU HAJIi semata-mata pilihanraya takkan yang kita yang biasa-biasa tak boleh tangguh kut kalau setakat melancung, bercuti atau urusan lain di luar negara.

Tapi kalau tangguh RUKUN ISLAM FARDU HAJI semata-mata politik itu sudah rosak akidah tapi tak mengapa kuota Ahli PAS yang nak tangguh haji tu boleh bagi pada penulis kerana ALLAH dan ISLAM adalah yang utama dan pertama kerana kuasa dan politik hanyalah sementara di dunia yang fana ini... Akhirat jua dunia yang kekal ABADI....

Thursday, March 15, 2012

Thursday, December 9, 2010

DAHSYAT! KHAIRY JAMALUDIN KETUA PEMUDA YANG SENTIASA PERTAMA

KHAIRY JAMALUDIN terbukti seorang Ketua Pemuda yang serba boleh... malah menjadi Ketua Pemuda yang pertama menjadi model bagi menyokong industri fashion batik Malaysia..

Khairy Jamaluddin dan isterinya mengayakan batik rekaan Khalid Shamsudin untuk piala seri endon 2010 yang berlansung baru-baru ini… sama cantik sama padan... macam pinang dibelah dua...

Khairy Jamaluddin buat catwalk


Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno


Khairy Jamaluddin ketua pemuda umno buat catwalk


Tahniah bang! ini pasti akan menaikkan imej politik Khairy... malahan menjawab keraguan akan keupayaan Khairy menyelesaikan masalah Pemuda UMNO dan Negara... rupanya dia sibuk buat kerja lain yang sebenarnya merintis jalan menyatukan Pemuda UMNO dan BN... iaitu menerusi fesyen show...

wah! makin ramailah geng pemuda pasang 2-3 lepas ni... dengan model2 fesyen pulak tu... tahniah Khairy kerana merintis aktiviti ini...

Kepada yang kutuk khairy jamaludin.... KALAU ADA BERANI CUBALAH!

Friday, October 22, 2010

ADA SORANG PEMUDA UMNO MEROYAN GILA PUBLISITI


Penulis berkesempatan melepak di PWTC mlm tadi dan terperasan banner yang "lain macam"... sembang punya sembang member perwakilan kata ada mamat terlebih perasan pulak pi boh banner sekeliling PWTC nak promote diri he he he.

Seingat penulis yang acap kali pergi PERGONG ni he he he... menteri pun tak gantung banner begitu. Lagaknya mengalahkan menteri atau MT Umno. Keliling PWTC digantung banner yang memapar wajahnya.

Difahamkan ini adalah sebahagian kempen 'promosi' dirinya kepada para perwakilan kerana dia telah memasang cita-cita untuk bertanding MT dalam pemilihan akan datang.

Lawak-lawak... sampaikan sekumpulan Pemuda Umno di sebuah restoran dua malam lepas kata mamat itu sudah terlebih perasan dan sedang berada di dunia khayalan. Dia perasan dirinya terlalu hebat... apapun RBF dah tolong kempenkan untuk saudara Sohaimi Shahadan agar cepat-cepat dapat jadi MT he he he... klik sini

Banner 1 berhampiran lampu isyarat PWTC dan Hentian Putra
Banner 2 depan lampu isyarat pejalan kaki di berdepan The Mall
Banner 3 di depan Hentian Putra. Difahamkan ada lagi banner-bannernya yang tergantung di tempat lain termasuklah di susur masuk ke PWTC dari Jln Tun Razak.

FAKTA
  • Lebih 80 % Pemuda Umno tidak suka kepada orang ini. Kata mereka dia seorang opportunist.
  • Dia juga mendakwa rapat dengan PM...
  • RBF kata niat sebenar dia mungkin... Nak jadi calon di Dun Templer , nak jadi Ketua Bahagian Selayang dan nak bertanding MT dalam pemilihan akan datang. Satu lagi adalah nak projek.
  • Satu lagi muda-muda lagi sudah dapat Dato' , apa jasa pada negara ?


Friday, July 23, 2010

STRATEGI POLITIK TERHEBAT - KAJIAN PENDAFTARAN PENGUNDI : UMNO WAJIB TAHU

.
.
UMNO WAJIB TAHU... JANGAN JADI BODOH... STRATEGI TERHEBAT POLITIK DEMI MENJAMIN KEMENANGAN PRU 13... DARI SEGI STATISTIK UMNO DAN BN KINI KETINGGALAN...



MAKLUMAT AM:

Mendaftar pemilih baru menerusi penolong pendaftar oleh parti politik muncul kaedah paling popular manakala Pakatan Rakyat (PR) lebih agresif mengambil peluang ini dengan bilangan didaftar oleh ikatan itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini dua kali lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN).

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.

Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.

Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.

PAKATAN MENDAHULUI

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.

PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.

PR DAN Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.

STATISTIK DAN ANGKA PENDAFTARAN

‘Kek’ dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.

PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.

Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.

Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.

Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

PAS mendaftar 38,631 PENGUNDI BARU dan PKR mendaftar13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.

MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.

SENARAI PENOLONG PENDAFTAR

Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).

PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).


STRATEGI PENDAFTRAN MENGIKUT NEGERI

Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.

Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.

Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini. Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.

Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.

UMNO & BN FIKIRKAN SENDIRI... HARAPAN YANG UMNO & BN ADA MENGHADAPI PRU 13 DENGAN STATISTIK INI...

TENGKU NAN JANGAN BUAT KERJA SEBAB NAK MENGAMPU JE... KERJA BAGI MENANG UMNO & BN BUKAN SEBAB NAK SENANGKAN HATI PEMIMPIN TERTINGGI UNTUK DITIPU BAHAWA UMNO & BN KINI DILANDASAN BETUL WALHAL AKHIRNYA JATUH SEBAB KOBODOHAN SENDIRI...
.

Friday, May 15, 2009

UMNO BODOH : KAKITANGAN TERTINGGI PERKHIDMATAN AWAM, PERUNDANGAN SOKONG PEMBANGKANG

.
Salam Perjuangan...
.
Saya boring... sebab UMNO sendiri bodoh dan menggali lubang kubur untuk tanam diri UMNO sendiri... lihat berapa ramai kakitangan awam - terutama pentadbir tertinggi (52, 54 & JUSA) juga kakitangan perundangan (pendakwaraya, Hakim (bukan biasa-biasa), BAR Council) menyokong pembangkang... belum dikira lagi pegawai, kakitangan bawahan hingga ke PRA...
.
Teringat saya dulu di Universiti kami selaku penyokong kerajan dihina dicaci tapi teguh berjuangan (politik kampus) hingga berubahlah universiti kepada pro kerajaan (kami tubuh pro-Aspirasi)... tapi apa kami dapat??? ramai yang patah hati berjuang macam nak mati... tapi kita tengok yg banyak dapat kerja kerajaan geng geng yg sokong PEMBANGKANG... bukan yang orang biasa-biasa presiden, calon dan exco MPP Univesiti yg jelas waktu pilihanraya kampus guna lambang PAS, PKR - PEMBANGKANG... tapi dapat kerja kerajaan???
.
Kami amat kecewa... kerajaan tak lakukan tapisan ke??? malahan kami yang ada track record aktif membantu kerajaan pulak yg tak dapat kerja kerajaan... ada kawan yg hadiri PAC (temuduga PTD) kena sindir elok awak jadi ahli politik la... tak ditapis langsung bukan sorang dua malah beratus-ratus hinggakan kini pengurusan tertinggi kerajaan sudah sudah dipenuhi penjawat awam yg pro pembangkang... sekarang kalau kita berborang dengan kakitangan kerajaan di sesetengah jabatan bila kuta bagi pendirian PRO-Kerajaan kakitangan lain pun akan pandang semacam je... apa punya gila! dalam jabatan kerajaan yg UMNO dan BN memerintah jadi terbalik macam duduk jabatan pembangkang Malaysia pulak... iskh sampai tahap macam tu...
.
Kerajaan jangan nak selindung lagi lah... saya sure kerajaan akan nafikan... nafikanlah dan Pembangkang tak rugi malah untung sbb kerajaan biarkan perkara itu terus berlaku dan tak ambil tindakan... lama-lama makin ramai sokong pembangkang lepas ni... FIKIR berapa banyak maklumat sulit kerajaan boleh bocor? kenapa kalau kita teliti keputusan perundangan kini lebih memihak pembangkang... hakim ramai pe yg berani terbuka tunjukkan dia condong pada pembangkang... siap kerja kerajaan idkereta tampai stiker pembangakang siap sokong kempen pembangkang...
.
tulah saya kata UMNO dan BN gali kubur sendiri... tak ada strategi dan perancangan strategik agar rakyat jelas dan faham seterusnya menyokong pendirian kerajaan... kakitangan awam sendiri tak sokong kerajaan macam mana rakyat diluar sana???... kerana kebodohan pemimpin UMNO jugaklah ini asyik dan syok memerintah... perkara asas iaitu undi dan sokongan rakyat tak dijaga... hinggakan ada yang sokong kerajaan pun akhirnya beralih arah... menyokong pembangkang sbb tak ada faedah sokong kerajaan ni selain kekecewaan...
.
Bukti kebocoran maklumat dan tindakan pro pembangkang. Tengok kepelikan yg berlaku semasa kes Nizar sebagai MB di umumkan
.
1. Pelik apabila nizar bintang tiga begitu yakin kesnya akan menang di Mahkamah Tinggi KL isnin lepas.
2. Beliau sudah bersedia dengan beberapa perkara antaranya,beliau sudah siapkan kenyataan akhbar beliau dan dibawa serta diedarkan oleh Setiausaha beliau sebaik sahaja Mahkamah membuat keputusan. Maknanya beliau telah tahu yang beliau akan menang.
3. Beliau juga telah memasang siap-siap perkataan MENTERI BESAR PERAK di kereta beliau. Sedangkan ianya telah dibuang sebelum ini.
4. Pada sebelah paginya,lembu sapi peliharaan nizar bintang tiga telah menulis siap-siap di dalam blog beliau, yang mana beliau percaya kepada Mahkamah Malaysia.
5. Pelik ! selama ini orang-orang parti pembangkang tidak percaya kepada Mahkamah, tetapi tiba-tiba di pagi hari keputusan tersebut mereka percaya kepada Mahkamah. klik sini Anda rasa tak apa yang saya rasa ? Walahualam. Anwar oh Anwar........
.
.
Talibarut dalam kerajaan bersepah malahan melimpah ruah... bodoh punya UMNO... tak tau dek untung... boring nak tulis... MKN, BKN, RISIK, BTN, KEMAS, JHEK, PENERANGAN dan tangan yg sepatutnya bekerja jaga kerajaan terus membodohkan diri... lantak la...
.
p/s ; entah-entah Najib pun sama bodoh macam Pak tido Lah... haiiiiii... lantak la luncai biarkan terjun dengan labu-labunya... selisih malaikat 44
.
.

Tuesday, January 6, 2009

WAN FARID : CALON PILIHAN PAK LAH & KJ

Salam Perjuangan...

Terbukti maklumat disalurkan penulis amat tepat sekali dengan mengambil kira pengesahan maklumat dari Kenyataan Tun Mahathir(rujuk dibawah)... mungkin ramai tidak bersetuju dengan penulis namun pemilihan Wan Farid telah menimbulkan keresahan dikalangan UMNO KT sendiri... Wan Farid baru sahaja memenangi pemilihan ketua bahagian KT dan team yang kalah masih tak sejuk lagi.... Namun sebagai kroni dan sahabat baik Khairy Jamaludin (KJ) seterusnya PLah (tido lah) ramai hanya mampu mendiamkan diri... artikel penulis boleh dibaca seperti berikut :-

Wan Farid : Kenali Calon BN PRK KT (P36)
Skandal Gambar Wan Farid Calon BN Parlimen KT - Penjelasan

Ikuti Kenyataan Tun Mahathir

Dr M: Wan Farid proksi Pak Lah - Sumber Malaysia Kini

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu."Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Walaupun Dr Mahathir tidak mengulas lanjut, tetapi beliau jelas dilihat merujuk kepada Wan Ahmad Farid sebagai seorang yang rapat dengan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi... Baca Berita Selanjutnya DI SINI

Wednesday, December 24, 2008

WAN FARID : KENALI CALON BN PRK KT (P36)

TAHNIAH !!!

Proksi & teman rapat Khairy (KJ) telah berjaya diangkat menjadi calon BN untuk PRK KT. Betul ke seluruh akar umbu UMNO Bahagian KT mahukan Wan Farid ini? Apakah Wan Farid calon pilihan PLah atau Calon pilihan Khairy? pening-pening macam-macam orang cakap... namun yang pasti situasi GANJIL telah timbul...

kalau betul nama Wan Farid dipertimbangkan awal lagi kenapa Wan Farid dilantik menjadi Senator untuk penggal kedua & mengangkat sumpah baru-baru ini? kenapa PLah tak sambung je Wan Farid sebagai senator kan lebih mudah dia jadi calon... dan terus jadi timbalan menteri atas kapasiti Ahli Parlimen... PELIK

Kerana kalau Wan Farid tewas kali ini dia tidak akan dapat kekal sebagai timbalan menteri sebab nak lantik senator hanya boleh 2 penggal berturut-turut... apakah tiada perancangan strategik di peringkat UMNO? perancang & pemikir strategik PLah tak buat kerja ke? ATAU ada tangan ghaib yang menaikkan nama Wan Farid disaat akhir hingga berjaya jadi calon BN untuk PRK KT ini...

Apapun yang pasti... orang-orang Khairy (KJ) akan turun berhabis-habisan bagi memastikan proksi & teman baik Khairy akan meraih kemenangan demi jaminan sokongan politik terutama dari Terengganu kepadaKhairy (KJ) akan berterusan dengan kemenangan Wan Farid di KT... mungkin KJ akan kurangkan bajet sebab duit yang ada dia nak laburkan lebih banyak ke persaingan sengit ketua pemuda UMNO Malaysia - tapi yg pasti maklumat memberi tahu KJ sedia memperuntukkan wang besar bagi mensponsor jentera pemuda di PRK KT nanti...

Mari kita kenali Calon BN - Pilihan KJ untuk PRK KT (P36) 2008 ini...

SERBASEDIKIT PROFILE
  • Nama : Wan Ahmad Farid, Berusia 46 Tahun
  • Bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London
  • Merupakan anak jati Kuala Terengganu.
  • Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

DALAM POLITIK

  • Beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 Menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998
  • Menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.
    Beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu pada tahun 2001
  • Menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
  • Menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik 2008

Gambar ini belum diSAHkan kesahihannya yang mana penulis perolehi di SINI dari Blog Mummu Rokiah. Namun jika disahkan saya pasti :-

  • Hobi beliau adalah berkaraoke & menyanyi...
  • cita-cita asal pasti ingin menjadi penyanyi...
  • minuman kegemaran air suam sebab jaga suara...
  • makan tambahan pasti madu lebah dan tongkat ali untuk jaga stamina...
  • akanan kegemaran yang tidak pedas dan masam untk jaga suara juga...
  • Tempat kegemaran untuk berjumpa & berbincang pastinya di tempat karaoke kegemaran beliau...
  • Lagu kegemaran pastinya yang 'high-note" tengok gaya tarik semacam je tu & lagu duet yelah ditemani gadis cantik ( tengok gambar)...
He he he apapun ini hanya telahan saya... Cuba tengok gambar tu... kesan super impose ada kot... mana-mana yang hebat komputer ni sila analisis... nanti KiTa kongsikan fakta KEBENARAN INI...



Renungkan & Selamat Berjuang

Tuesday, December 23, 2008

RASUAH : PEMIMPIN UMNO TIDAK INSAF

Salam perjuangan...

Sedih & pilu... kepimpinan UMNO masih tidak insaf... Kebetulan penulis bertemu dengan sahabat lama ketua wanita bahagian dalam satu majlis rasmi baru-baru ini... agak lama juga bercerita berkenaan bahagiannya..

Namun cerita yang menarik ialah mendapat maklumat 1st hand darinya... bagaimana beberapa pemimpin yang telah melepasi pencalonan untuk bertanding tanpa segan silu menabur & melaburkan wang bagi memancing undi... jangan tak tahu gerakan melobi telah dimulakan dan semakin rancak menjelang MAC 2009 ini... Jelas pemimpin UMNO tidak mengendahkan nasihat pelbagai pihak termasuk teguran dari Tun M.

Apapun penulis bersyukur UMNO masih ada harapan kerana BELUM / TIDAK ADA LANGSUNG nama YB Dato Mukhriz Tun Mahatir disebut terlibat dalam politik wang... insyaAllah penulis yakin kebenaran & ketulusan hati untuk berjuang demi agama bangsa & negara penuh ikhlas akan dibalas dengan kemenangan nanti... Amin

Apa yang jelas beberapa nama telah timbul dan dikatakan terlibat dengan politik wang ini a.k.a RASUAH. Nama ini jelas disebut kepada penulis oleh rakan penulis tadi yang mana antara katanya :-


"JANGANLAH PEMUDA BERTUANKAN KHAIRY... "
"RANCAK BENAR ORANG DIA BERGERAK HABIS DITABURNYA..."
" ORANG MACAM NI KE KITA NAK BERTUANKAN - MACAM MANA NASIB BANGSA & ANAK CUCU KITA"
" TAK TAHULAH ORANG-ORANG MUDA NI TAKUT TERPERDAYA ANTARA WANG DENGAN PERJUANGAN"


Suka saya memetik
kenyataan KHAIRY - JANGAN HANYA TUDUH -Utusan 20/12/2008 BOLEH DIBACA DISINI

Namun begitu terdapat juga beberapa nama lain yang dikatakan turut terlibat yang mana nama-nama ini merupakan pemimpin "high-profile" yang "untouchable"... mungkin kerana itu pening juga jawatankuasa disiplin UMNO & BPR nak ambil tindakan... Ini penulis perolehi dari
blog seperti PEMUDA PELAPIS yang boleh dibaca DI SINI

Malang sekali alasan seperti ini dijadikan alasan :-


"kalau aku tak tabur wang kalah pula nanti sebab lawan kita tu dah tabur wang"
"Takkan tak ada apa-apa Dato' kami datang jauh-jauh nak dengar Dato' bercakap?"
"Apa salah aku ambil orang nak bagi kita terima lah"
"Orang nak bagi ambil jelah time undi nanti kita fikirlah lain"


Pemimpin UMNO masih tidak insaf bahawa hanya sedikit sahaja lagi kaki mereka bakal tergelincir dari kekuasaan sekiranya salah langkah yang diambil... dengan berleluasanya rasuah dalam PERGONG 2009 nanti rakyat & masyarakat akan memberi penilaian negatif pada UMNO & rasuah ini akan menjadi modal kepada pembangkang utnuk memburukkan UMNO... akhirnya rating UMNO akan semakin merudum & berkebarangkalian untuk tewas pada PRU-13 nanti...

Jangan biarkan kebencian, kejijikan dan kejian berkaitan rasuah ini dikaitkan dengan UMNO hingga menjadi salah satu imej UMNO...

Jangan biarkan kesetiaan dan kesabaran kami yang cintakan UMNO oleh kerana ketulusan & kesucian perjuangannya.... kian luntur perasaan kecintaan ini dengan tindakan jijik, keji & bodoh yang terus dilakukan oleh barisan kepimpinan UMNO diperingkat atasan dan pertengahan ini... Tidak mustahil kebencian ini bertukar kepada tindakan yang bakal meruntuhkan UMNO nanti... Apabila UMNO Hilang sokongan Rakyat keseluruhan nanti...

Renung-Renungkan selamat berjuang...

Friday, September 12, 2008

SERAH KUASA AWAL : PM ABDULLAH BADAWI TERKEJUT

Ni Apa Hang Cerita Ni...

Dipetik dari artikel :Abdullah terkejut
Oleh HAMDEN RAMLI dan HELMI MOHD. FOAD

Nota : Terkejut atau pura-pura terkejut... atau satu lagi marah kerana ada yang berani mempersoal keputusan dia... Takkan Pak Lah tak tahu gelombang diperingkat bawahan memang nak dia berundur... jangan dengar sangat nasihat penasihat agung di kiri kanan pak lah kerana mereka menasihati dan menyampaikan maklumat demi kepentingan diri mereka...

Saya bagi satu cadangan agar PLah mengadakan pungutan suara atau kaji selidik tahap kepercayaan kepada kepimpinan beliau secara terbuka atau senyap-senyap oleh individu yg terlus dan jujur yg tak ada kepentingan dan buat ini demi bantu paklah dan negara... tengok berapa kerat rakyat masih sokong PLah... susah-susah bagi bujet pada saya dan biar saya buatkan... insyaAllah secara jujur dan teliti saya akan usahakan keputusannya.... selepas itu nilailah semua kedudukan Pak ALh sama ada mahu kekal atau menyegerakan untuk berundur...

Apapun saya yakin TS Muhyiddin tidak ada niat serong... cuma ia disensasikan oleh media masa. Tp buat PLah percayalah apa dikatakan TS Muhiddin itu adalah realiti masyarakat dan realiti yg perlu difikirkan secara mendalam oleh PLah dan Pengganti... sesuai atau tidak 2010 walhal kita perlu menangani byk cabaran...

Kemarahan dan luahan emosi kebanyakan kami adalah kerana kami masih sayang pada perjuangan UMNO ini... jangan biarkan kemarahan dan emosi ini bertukar kebapa kebencian dan pengkhianatan... bertindaklah dan betulkan segalanya selagi Allah SWT memberikan masa... sebelum keadaan terlewat sepenuhnya....

PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui pada 2010.

Perdana Menteri menegaskan, tarikh peralihan itu bukan sahaja dipersetujui oleh Kabinet tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) UMNO. “Saya terkejut kerana sebagai sebahagian daripada ahli Kabinet saya, dia (Muhyiddin) telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan yang telah dipersetujui bersama sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.Semalam, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah ‘tenggelam’ dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Abdullah berkata, beliau tidak memilih untuk terus berkuasa sehingga tarikh yang dipersetujui itu untuk ‘bersuka-suka’. “Ada banyak kerja yang perlu dibereskan. Ada banyak masalah yang perlu diatasi dan ada banyak program yang telah saya nyatakan sebelum ini bahawa saya mesti menyiapkannya.

“Antaranya pembaharuan terhadap sistem kehakiman dan polis yang telah saya mulakan dua tahun lalu. Saya juga berjanji untuk membasmi kemiskinan tegar. Saya mahu berkerja bersungguh-sungguh (untuk menjayakan semua kerja itu),” katanya. Perdana Menteri menambah, beliau juga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan terhadap UMNO.

“Ini semua telah menjadi tanggungjawab saya,” katanya. Ditanya sama ada Muhyiddin akan dipanggil bagi menjelaskan kenyataannya itu, Abdullah berkata: “Tidak ada keperluan untuk bertanya saya tentang apa yang akan saya lakukan.” Mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO, Abdullah berkata, perkara tersebut akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

“Ini berkaitan parti. Pandangan saya seorang masih belum memadai,” katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya menghentikan penyebaran khabar angin tentang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti.
Beliau turut kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang suka memperbesarkan khabar angin itu sehingga meningkatkan kredibiliti khabar angin berkenaan.“Biarlah khabar angin terus jadi khabar angin,” katanya

Thursday, June 19, 2008

BENIH KERETAKAN POLITIK DAN KESTABILAN NEGARA

Komen artikel di Blog DrKhir
di http://www.drkhir.com/2008/06/antara-undi-tidak-percaya-dan.html

Salam Perjuangan

Jikalau diteliti melalui peraturan perjalanan perlimen seperti yg DSKT nyatakan peluang amat tipis sekali untuk melakukan undi tidak percaya berkenaan.

Namun bagi kami rakyat "marhean" yg mengikuti perkembangan politik amat berharap agar usaha ini memberikan satu cetusan minda dan perubahan dalam tapuk pemikiran PM dan penasihat beliau agar mendengar suara akar umbi rakyat yg mahukan perubahan. Tidak mustahil mereka akan tumbang atau digulingkan.

Mungkin tidak berjaya namun benih usaha untuk melakukan undi tidak percaya ini telah bermula an tidak mustahil dengan perancangan teliti oleh gabungan MP BN dan PR pada sesi akan datang akan menjadi kenyataan.

Benar mungkin ini taktik bagi mengalih perhatian semua kepada fokus mempelbaiki budget negara terutama dalam berhadapan situasi ekonomi mencabar ini. Tetapi seperti kata DSKT MP harus insaf dan bersedia bahawa inilah masa paling sesuai untuk berbahas dan berjuang demi kebajikan dan memperlbaiki keadaan negara sekarang.

Jika nak berpolitik tidak mengapa teruskan kerana sebahagian besar rakyat golongan marhaen amat dahagakan perubahan kepimpinan kerajaan.

Tapi Jangan dilupa tanggung jawab MP berjuang dan menghasilkan keputusan di dewan rakyat yang membawa kebaikan pada rakyat.

Harus ditekankan bukan perubahan kerajaan dipinta tetapi pucuk pimpinan kerajaan. Usah biarkan hati kami golongan marhaen ini terus terluka dan dilukai oleh kepimpinan kerajaan. Bimbang kalau marah dan benci kerana sayang ini akhirnya bertukar menjadi kebencian yang benar-benar mendalam yang mungkin tidak dapat diubati lagi.

Waktu itu... Peluang untuk berundur secara terhormat dan bermaruah akan hilang sama sekali sebaliknya pucuk pimpinan bersama penasihat-penasihatnya akan tersungkur, dipinggir lantas dibuang dari tapuk pimpinan dengan penuh kehinaan dan keaiban.

Petanda kejatuhan dan keretakan tiang yang menyokong organisasi BN telah pun kelihatan mungkin tanpa menunggu PRU 13 akan berlakunya tsunami yang diramalkan oleh TDM yg bakal mengejutkan kita.

Saya pasti tersungkurnya BN nanti akan dikenang dan di bukukan dalam sejarah yang memalit aib kepada keluarga, anak, cucu dan generasi pucuk pimpinan kerajaan yang berkenaan yang menyebabkan keruntuhan ini.

Akhirnya kita akan berfikir yang mana itulah manusia... sebaik-baik keturunan beragama, sebaik insan yg digelar "bersih" dan memiliki ilmu Islam yang dalam (hadhari) akhirnya tidak mampu menahan godaan dunia, kekayaan, kekuasaan, keegoan diri, sifat ujub dan mementingkan keturunan serta "penasihat". Itulah godaan yang maha hebat selaku pemimpin dan tidak dapat di elak.

Disebabkan tidak mampu menahan godaan itu maka sanggup pucuk pemimpin itu menggadaikan kestabilan serta meruntuhkan legasi suci pejuang negara hanya demi kedunian, kekayaan, kekuasaan, keegoan diri, sifat ujub dan keturunan serta "penasihat".

Moga Allah kurniakan taufik, hidayah dan membuka hatinya agar rela berkorban demi kesejahteraan dan kebahagiaan generasi kita yang mendatang dengan berundur dengan bermaruah...
Renung-renungkan, Selamat Berjuang

Tamparan Hebat buat UMNO dan Barisan

Artikel dipetikdari sumber berikut http://umnodu.blogspot.com

Buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, seorang Perdana Menteri bakal dicabar dengan usul hilang keyakinan di dalam Parlimen. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan bukan dari Pakatan Rakyat, tetapi parti komponen Barisan Nasional sendiri – SAPP dari Sabah.Sebenarnya keadaan di Sabah sangatlah rumit semenjak PRU-12.

Kemenangan mereka (yang juga menjamin kemenangan Barisan) seakan-akan diketepikan kepimpinan dalam pemilihan kabinet.Maka satu persatu isu-isu (yang bukannya isu baru) dibangkitkan parti-parti Sabah demi “mempertahankan Sabah”. Pada pendapat penulis, walaupun isu-isu ini dijadikan mainan politik, ianya masih harus ditangani demi kepentingan rakan-rakan di Sabah.

Ya, memang benar UMNO tidak patut tunduk kepada ugutan sebegini. Tetapi malangnya UMNO sekarang tidak berada dalam posisi untuk mempertahankan diri. Jika satu-persatu parti komponen Barisan memprotes, dan UMNO kekal bersahaja, akan tiba masanya UMNO hanya memegang kerusi mereka sahaja – adakah ini cukup untuk menangkis serangan Pakatan Rakyat?Yang menjadi persoalan adalah bagaimana keadaan boleh meleret sehingga jadi sebegini?

Desas-desus pengumuman oleh SAPP telah diketahui sejak beberapa hari yang lalu. Adakah kepimpinan Barisan leka sehingga terlepas pandang masalah ini?Di manakah “rundingan minit terakhir” yang acapkali digunakan untuk menyelamatkan keadaan parti?Dan apakah tindakan seterusnya? Tiada respon segera. Seakan-akan mencabar lagi tindakan seterusnya dari SAPP mahupun parti-parti komponen lain. Jangan sampai ugutan menjadi realiti.Buat masa sekarang SAPP masih lagi kekal di dalam Barisan. Kepimpinan sekarang terjerat.Jika mereka halau SAPP keluar Barisan, maka Pakatan dapat lagi beberapa kerusi. Jika tiada tindakan, ianya akan melemahkan lagi posisi kepimpinan.

Sedarlah bahawa SAPP ini parti yang tidak besar tetapi mempunyai wakil di dalam Parlimen. Tindakan mereka ini adalah seakan-akan “eksperimen” untuk melihat sama ada benarkah parti-parti komponen lain ingin “melompat” ke Pakatan Rakyat.SAPP masih lagi dalam Barisan. Bukan Barisan yang mereka marahkan, tetapi kepimpinan. Tidak musytahil, malah kemungkinan besar, majoriti MP Barisan dari Sabah menanti peluang untuk bertindak. Maka tindakan seterusnya haruslah bijak dalam percaturan politik ini.Ahli-ahli akar umbi UMNO harus sedar tentang realiti politik sekarang. Jangan leka sehingga tiba satu hari tiada lagi UMNO untuk disokong.rocky's bru: Personal greed, says Badawi

Tuan Penasihat! Tuan Penasihat! Apa saya nak buat??!!!!

Petikan adalah dari sini http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

"Tuan penasihat, tuan penasihat, apa sudah jadi?," Tuan Sadiq Sigaraga mendesak-desak setelah mengetahui SAPP mengeluarkan kenyataan tiada keyakinan.

"Sabar Tuan Sadiq, sabar Tuan Sadiq, ini semua hanya permainan saja.

"Itulah kau. Aku sudah mahu mengundur, tetapi engkau tahan-tahan. Kalau aku mengundur, bukankah aku nampak terhormat!""Kita tidak boleh buat kerja terburu-buru. Saya pasti kita boleh tangani ini semua. Kita telah jumpa mereka dan kasi jawatan. Sekarang kita tawarkan macam-macam lagi yang lain. Jangan lupa tuan, anak tuan dan sepupu isterinya banyak hutang," ujar Kassim Pantalon, lawyer kaki belit yang juga penasihat Sadiq Sigaraga.

"Apa kita hendak buat?""Itu senang sahaja. Kita jumpa semua ketua-ketua cawangan. Kita pujuk baik-baik. Suruh mereka datang Putrajaya. Kita kasi tikar sembahyang dan kain. Selokkan duit yang berjasa RM50, 100. RM150 dan RM200.

"Bagi masaalah Sabah, kita tawarkan jawatan Pengerusi Dewan, kita tawarkan jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Bangku Belakang, dan kita tawarkan ....."Belum habis Tuan Penasihat memberi cadangan, kerani Tuan Saddiq mengetok pintu.

"Masuk!" suruh Tuan Saddiq."Tuan Sadiq, kita kalah dalam keputusan mahkamah. Sanglang kena pilihanraya kecil. Kuala Kangsar dan Kulim pun dijangka pilihanraya kecil. Anwar, Saudagar Minyak Jub Jub pun dah mahu bertanding.

"Botak kepala aku, Tuan Penasihat. Dalam perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan pun saya kena balun. Ini hendak jumpa rakyat bawah. Baru nak selesaikan satu masaalah, sudah datang menimpa lagi masaalah-masaalah lain. Macam mahu menang pilihanraya kecil? Ini semua kamu punya pasal, Kassim Pantalon!

" reaksi Sadiq sudah agak marah."Sabar Tuan Sadiq, jangan marah nanti kita kena jual.""Ini semua pasal Ghasidah, kahwin dengan suami tak guna!"

Dalam tidak semena-mena, timbul Abdul Wahub dari belakang pintu, "Ayahanda marah?"

Wow! Selagi tak undur si tua kerepot, lagi sial negara aku.

Friday, June 6, 2008

PENDEDAHAN TUN KES SALLEH ABBAS

Petikan komen di blog che det:
sila click di sini untuk membaca fakta sebenar Kes Pemecatan Salleh Abbas
http://test.chedet.com/che_det/2008/06/the-tun-salleh-saga.html

Salam Perjuangan,

RINGKAS, TEPAT DAN PADAT... akhirnya setelah meneliti kedua-dua fakta yang dikemukan dan saya membuat perbandingan cerita dengan cerita TDM terbukti punca sebenar pemecatan adalah dari Tun Salleh sendiri...

Moga TDM kalau dapat cetak dalam bentuk pamplet dan edar keseluruh pelusuk negara untuk membersihkan nama TDM... yang semamngnya tindakan Kerajaan... diulangi kerajaan bukan TDM bertepatan dengan prinsip perlembangaan.

Bagi kerajaan PLah sekarang... apa sudah jadi... nampaknya barisan pemikir dan strategis PLah sekali lagi tersilap percaturan... usaha untuk mempopularkan PLah akhirnya memakan diri... samalah dengan bebarapa isu lain sebelum ni yg akhirnya back-fire balik pada Kerajaan...
inilah akibat PLah tak semak fakta dan bukti sebenar dgn teliti asyik dipengaruh oleh budak mentah politik dan penasihat dungu disekelilingnya...

Pemimpin yang sebegini tidak harus dikekalkan kerana membawa kerosakan dan perpecahan serta ketidak stabilan pada negara...

Harap TDM dapat buat satu perhimpunan raksaksa di putrajaya desak PLah berundur. saya dan rakan-rakan bersedia memberikan sokongan... apakata kita namakan perhimpunan ini dengan nama "PERHIMPUNAN SEJUTA RAKYAT" muat rasanya putrajaya untuk menerima sejuta penyokong tun dari seluruh negara...

Akhirnya saya mendokan agar tun kekal sihat dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT... moga akan lahir seorang pemimpin seperti TDM demi memimpin generasi mendatang nanti... Amin ya Allah.

Renung-renungkan selamat berjuang

Pengorbanan Demi Kestabilan

Salam Perjuangan...

Gigi dan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri... perselisihan dan "bergaduh" mustahil lah tidak terjadi inikan suami isteri apatah lagi keterlibatan dalam politik...

Allah SWT dalam Al-Quran dan beberapa hadis nabi membenarkan perselisihan dan pertelagahan pendapat dalam usaha mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan kemaslahatan ummat dengan syarat tidak membawa perpecahan dan kerusakan kepada masyarakat ISlam yg membawa kepada kelemahan dan ruang musuh Islam.

Dalam bab ini... gaduh dan berselisih hal kepentingan negara bukan soalnya tetapi suasana ketika ini yang mana perbuatan menegur kepimpinan negara dilihat seperti melakukan doa yg amat besar. Wal hal pada zaman pemerintahan sahabat dan kulafah-Ar Rashidin dulu perbuatan menegur secara terbuka bukan menjadi kesalahan dan pimpinan akan menerima teguran dengan hati yg terbuka seterusnya mempelbaiki pemerintahannya berdasarkan teguran-teguran yg di buat...

Zaman moden ini, insan yg dilihat mewarisi darah golongan ulama, berimejkan bersih dan kelihatan beriman takkanlah tidak memahami dan terbuka berkaitan perkara ini. Sepatutnya sebagai insan yang merasakan dirinya lebih kamil dan memahami pelbagai cabang pengetahuan Islam hingga lahirnya Islam Hadhari tidak mampu memahami keadaan ini atau sifat EGO, perasaan UJUB dan meninggi diri sudah menguasai diri hingga merasakan diri telah terlalu sempurna hingga tidak boleh ditegur.

Pelbagai kaedah digunakan bagi menyekat suara-suara teguran sama ada diperingkat bawahan hingga keatasan. Dari cawangan hingga MT diberikan arahan tertentu yg memfokus supaya presiden dijunjung dan didewakan... paling penting tak boleh di tegur... Ugut nak ambil tindakanlah... lucut jawatan lah... tarik balik projek lah... ugut dedahkan melalui BPR... ha macam mana org tak takut... macam mana suara teguran itu ingin sampai... menyebabkan PLah buta hati dan minda sbb disogokkan berita enak oleh org2 berkepentingan disekelilingnya... masalahnya PLah tau mau dgr cakap org lain... tak petul, tak boleh dipercayai yg boleh dipercaya i hanya "sahabat2", budak tingkat 4, anak dan menantu... akhirnya rosaklah negara akibat kelemahan PLah...

Jadi salahkah jika satu perjuangan berteraskan merubah keadaan ini agar negara lebih aman dan makmur tanpa memperjudikan masa depan negara dengan risiko tumbangnya kerajaan sekarang akibat kelemah PLah... kalau PLah patriot sejati sudah pasti dia memikirkan kedudukannya semula yg mungkin disebabkan kepimpinannya kerajaan tumbang seterusnya apath nasib melayu islam dibawah kepimpinan berteraskan Kafir Harbi DAP??? waktu itu sudah terlambat waima menangis air mata darah pun tidak akan dapat mengembalikan hak dan maruah kita... mungkin jadilah nanti Melayu Islam Malaysia seperti hina dan tertekannya Melayu Islam di Singapura...

Atau kita lebih rela memejamkan mata dengan sebarang kemungkinan yg mungkin berlaku di masa depan atas sbb sogokan dan hujan kemewahan yang di taja oleh tangan-tangan busuk yang lebih rela menggadaikan masa depan negara demi memenuhkan mulut, perut dan kepuasan bawah perut...

keadaan kritikal kini... BN dan UMNo tidak seutuh dahulu... rakyat juga kini tidak meletakkan kepercayaan ditahap terbaik pada kerajaan BN... MP dalam BN juga goyah... apakah usaha merawatnya merupakan perjuangan yg sia-sia... kajilah akhirnya faktor ketidak stabilan negara, BN dan sebala-galanya datang akibat kelemahan dan salah keputusan serta dasar pemerintahan yang diputuskan PLah... oeleh itu jika tanpa PLah keadaan ini dapat di pulihkan mengapa tidak kita berkorban dan merasa kepahitan sekali ini daripada merasakan kepahitan buat selama-lamanya....

Teguh dan yakinlah dengan gelombang perubahan ini... bukan kita mahu menjadi Jebat, waima perusak perpaduan hanya perubahan pucuk pimpinan yg menyebabkan kita berpecah sebegini... berubahnya kepimpinan bakal menyatukan semula Melayu ISlam dan UMNO dan membawa kestabilan semula kepada ekonomi dan negara... amin
Renung-renungkan selamat berjuang

Sebagai BOS Rakyat pula sengasara...

Salam perjuangan...

Siapapun akan kecewa dengan kenaikan ini yang begitu mendadak dan dilihat dibuat dengan begitu terburu-buru... sekelip mata tanpa makluman awal atau hint terus pengumumuan di buat... "saya PLah PM selamanya dengan amat gembiranya menaikkan harga minyak Malaysia sbb kerajaan nak beli makanan... duit dah makin tak ada ni... faham2lah" sekian dari PM PLah.

Adakah kerajaan tidak merancang dnegan teliti dan melakukan kajian menyeluruh sebelum mengambil inisiatif ini. Dengarnya budak tingkat 4 yang "come out" dgn penyelesaian ini dan berhasil dengan keputusan tangkap muat perbincangan dan "brainstorm" kurang 2 minggu.

Mungkin sahabat akrab dan kroni-kroni PLah tak mengapa sbb masing2 dah kaya raya dan byk duit tp org susah dan miskin di pendalaman dan kampung2 apa citer? cukup ke dengan levi yg bakal diberi kerajaan tu? rasanya pembuat dasar dan pemikir PLah tak cukup bijak dan tak layak menjadi penasihat sbb rasanya di luar sana ada lagi bakat yg boleh memberikan cadangan penyelesaian lebih baik dan bernas...

Ada beberapa persoalan...

1. kenapa perlu tiba2 naik dgn tinggi dan mendadak... kenapa tidak berperingkat demi mengurangkan impak tekanan kepada rakyat.

2. kenapa umum tiba2 kenapa tak bagi saja tarikh kenaikan itu seminggu awal agar rakyat dapat merancang atau tak bagi tarikh tappi mention la bulan ke minggu bila nak naik.

3. Kerajaan tak ada duit sgt ke masa ni sampai tiba-tiba terpaksa buat begitu... atau income kerajaan sekarang tak begitu byk berbanding zaman TUN... tu yg tak boleh cover... yelah dasar dan perancangan ekonomi hancus... Dengar koridor-koridor yang PLah gila pi rasmi tu dpt jana berbilion-bilion Dollah ha mana duit tu??? guna lah untung cover subsidi minyak.

4. Zaman TUN kerajaan lebih rela melaksanakan pendekatan agar tekanan sebegini atau perkara yg bakal membebankan rakyat diserap dan ditanggung kerajaan tanpa rakyat merasa impak terus... kini kerajaan lebih rela rakyat sngsara dari menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya... setuju tak Penasihat2, Pemimpin2 dan PM kini kurang bijak dan bukan yg terbaik bagi memerintah negara??? TUKAR...

Kerajaan dan konco-konconya boleh jajalah statistik ke... data mana pun... yang penting harga minyak tetap naik... dan beban rakyat kini makin menigkat. Faham atau tak kenapa minyak naik hanya penyejuk hati seketika...namun sesuap nasi untuk isteri anak-anak tetap perlu dicari... itu yg sengsara sbb minyak oh minyak..

lagi satu kita bincang pasal "KUASA BELI" Kenapa zaman TDN dulu subsidi ini amat dititik beratkan... sbb perbezaan kuasa beli... katakan kita apung harga minyak negara ikut dunia contah harga minyak dunia 1.00 dollar dan di malaysia kita tukar dalam ringgit katakan RM 3.36. apakah kuasa beli RM 3.36 dapat menyamai kuasa beli USD 1.00. jawapannya TIDAK... dengan USD 1.00 kita mampu dapat barang lebih di US berbanding RM 3.36 di malaysia. so siapa yg lebih terbeban dengan kenaikan harga minyak kalau harga minyak di apungkan sama harga pasaran dunia di US atau Malaysia ... jawabnya Malaysialah... jadi subsidi minya masih relevan dan adalah satu keperluan Di Malaysia...

Sebagai kerajaan yang baik tidak perlu lah mengheret rakyat untuk menanggung bebanan dan kesengsaraan akibat harga minyak ini. Kita rakyat yang membayar cukai dan memilih kerajaan... PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan dibayar gaji dan ditanggung oleh duit pembayar cukai kami rakyat... kalau nak ikutkan rakyatlah BOS kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan sebab kami rakyat yang memenangkan PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan. Sebagai BOS, rakyat tidak mahu tahu jalan penyelesaian yang mesti ditanggung PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan yang pasti kita mahu keputusan... keputusan itu mestilah tidak membebankan rakyat selaku BOS... ada ke BOS kene menanggung kepayahan akibat ketidak cekapan org yang digajinya sebagai contoh PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... sebagai BOS kalau kita tidak puas hati kita boleh pecat atau buang je orang yg kita bayar gaji tapi tak boleh nak perform macam PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan ni...
Ingatan kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... kamu semua bukan apa hanya org yang bertuah dipilih untuk menjaga amanah rakyat... sbb rakyat bagi mandat masa PRU 12 dulu... jangan suka hati sgt, sbb bila-bila masa shj jawatan itu Allah mampu tarik... patutnya PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan zuhud dan muhasabah diri dalam mentakbir negara tapi tidak dok sibuk kumpul harta dan ambil kesempatan dari jawatan yg dipegang... kesimpulan mudah... dari sakit hati dan nasib rakyat tak terbela baik kita bersatu kita TUKAR PEMIMPIN... itu saja jalan pemyelesaiannya... dan dapat memberi pengajaran bagi yg gila kuasa dan pangkat...

renung-renungkan selamat berjuang

Thursday, June 5, 2008

Pengkhianat.. TDM? EZAM? PENULIS?

Petikan komen dalam
kpmu.net : Mahathir seperti tuhan masa depan
malaysia hari ini : Mahathir tuhan masa depan
Salam Perjuangan,

Memetik tulisan di artikel ini ” LEBIH baik dilihat menjadi katak daripada dikenali sebagai pengkhianat parti kerana maruah seorang pengkhianat lebih hina dan busuk daripada seekor katak dan katak kadang-kadang harganya di pasaran lebih tinggi daripada seekor khinzir ataupun kambing dan itulah frasa yang sesuai untuk menyanggah kenyataan Tun Mahathir apabila mengulas kemasukan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO.”

Nak tanya ni siapa pengkhianat yg dimaksudkan Tun, Ezam atau Penulis???

TDM..... Benar ke Tun mengkhianat parti? Tun mahu membetulkan keadaan dalam parti dengan cara keluar dari parti kerana tidak ada satu saluran pun melainkan cara ini sbb cara perbincangan atau demokrasi sudah disekan dari dalam UMNO sendiri. Kenapa perlunya parti dibetulkan sbb byk foktor yg memberikan imej buruk UMNO dan lemahnya pemimpin atasan terutamanya PLah adalah faktor utama yg mneyebabkan kalahnya BN dalam PRU12 dan dijangkakan kalau PLah tak mau berundur sebelum PRU13 akan runtuhnya kerajaan BN dan kerajaan campuran baru akan terbentuk yg mana tidak lagi mendokong Melayu dan Islam yang amna dasarnya akan lebih liberal dan kaum melau dan Agama Islam akan di tekan mungkin nasib bangsa melayu akan ajdi seperti melayu Singapura. Tak pentingkah semua ini??? anak cucu tuan penulis apa kan jadi nanti bila perkara ini berlaku??? TDM juga mengeluarkan kenyataan beliau ahli yg keluar jangan menyertai parti lain sebaliknya masuk semua UMNO selepas pucuk pimpinan berubah… Sejarah dan sumbangannya kepada Negara juga tidak boleh dipertikaikan jadi bertepatank e istilah Pengkhianatan pada TDM… jagan kurang ajar… pastinya TIDAK.

Ezam… YA dan jelas ezam pengkhianat yang mungkin kini terus menjadi pengkhianat dengan menjadi kuda trojan kepada UMNO atau kembali menjilat ludahnya dengan bertaubat kembali pada UMNO. Ezam lah individu yg menggerakkan REFORMASI dan kekacauan serta ketegangan tahun 1999. Yang mana gerakan yang dipelopor Ezam melahirkan PARTI KEADILAN yang kini adalah kuda tunggangan Anwar@CIA@Yahudi yang memporak perandakan negara dan meracun rakyat dengan kepercayaan demokrasi bebas yang menjahanamkan negara dan mengkakis kepercayaan antara kaum... kajilah terbukti Ezamlah penyebab ANWAR dibebaskan dan kini berkempen memburukkan Malaysia demi mendapat kekuasaan... kesimpulannya Ezam lah insan yang menyebabkan pergolakan kuasa dan ketidak stabilan negara kini yang telah dimulakannya bermula tahun 1999 lagi... ha sekarang terbukti EZAM boleh digelar PENGKHIATAN atau BEKAS PENGKHIANAT.

Penulis... siapa penulis??? saya tak kenal pun... tapi kalau seseorang itu melakukan tindakan atau usaha serta terlibat menyumbangkan ke arah melemahkan dan menjahanamkan Islam, Melayu dan Malaysia pastinya mereka-mereka itu boleh digelar PENGKHIANAT. Menilai dari tulisan tuan yang pro kepada pucuk pimpinan UMNO PLah mungkin boleh disimpulkan penulis sebahagian dari pengkhianat juga kerana menyokong pemimpin yang menggunakan tangan-tangan busuk dan jijik untuk terus berkuasa walaupun dia tahu dengan dia kekal berkuasa mungkin bakal mengakibatkan Islam, Melayu dan keistimewaannya kan tergadai akibat runtuhnya kerajaan pimpinannya nanti... kononnya mencari damai abadi tapi untuk keluaraga dan diri kekuasaan dan harta di cari. bukan satu rahsia satu Malaysia sudah tahu tingkah laku Plah... dan cara hidupnya yang kebaratan walaupun berimejkan imam hadhari... kalau itupun penulis tidak mampu lihat dan nampak jalan yg sebenar atau pun nampak tapi demi kekuasaan dan harta masih sanggup menyokong dan menegakkan kebathilan ini... layaklah penulis digelar PENGKHIANAT...

Akhirnya mengata dulang paku serpih... mengata orang rupanya tuan yang lebih... Renung-Renungkan selamat berjuang.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.