Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, March 10, 2016

MAHATHIR LUPA KESETIAAN NAJIB SEMASA BELIAU HAMPIR TERLUNGKUP DI CABAR KU LI DAN ANWAR

Suci benarkah Mahathir hingga sewenangnya mahu menjatuhkan pemimpin sekarang seolah dia lupa Najib juga berperanan menyelamatkan hayat beliau bukan sekali malah dua (2) kali ketika dicabar Ku Li dan Anwar. 

Nescaya jika tidak kerana kesetiaan Najib itu Mader tidak akan dapat kekal selama 16 tahun menjadi PM... kalau Najib tidak setia nescaya sudah tamat hayat Mader sebagai presiden UMNO dan PM... Itulah Najib tidak pernah dalam langkah beliau mendaki naik ke puncak pimpinan memijak atau menjatuhkan sesiapa... malah kekal setia dan taat pada pimpinan walau dilanda badai sebesar mana sekalipun.

Apakah Mader ingat semua itu??? tidak bukan! kerana yang ada dalam minda beliau hanyalah dendam dan amarah yang puncanya adalah aduan kroni taikun rapat beliau yang kehilangan manapoli dan projek serta black ekonomi kerana berlaku rasionalisasi dan sistem baru percukaian dibawah Najib...

Mengamuk kerana Najib mengabaikan kemahuan Mader yg mahu projek mega di bawah kroni beliau diteruskan walhal projek itu bakal membebankan rakyat seperti projek sedia ada konsesi tol dan lain-lain yang memakan berbilon wang rakyat sepanjang konsesi 30 tahun yg diberikan. Merajuk kerana menganggap beliau hilang kuasa kawalan menentukan hala tuju negara terutama keputusan berkaitan masa depan politik khususnya nasib anak beliau Mukhriz Mader. 

Apakah jika Mukhriz kekal sebagai MB mader akan keluar UMNO... jawapannya tidak... namun beliau akan kekal hentam kerajaan kerana 2 faktor di atas... dan kini sebab anak beliau tidak lagi menjadi MB beliau keluar UMNO buat kali ke 3 menghentam umno malah lebih jijik demi kuasa, pengaruh dan niat menjatuhkan kerajaan beliau sanggup melacurkan maruah berpakat dengan pembangkang.

Dan kini waima menghadapi cabaran dan tekanan Najib tidak menggunakan taktik licik jahat dan kejam seperti yang dilakukan MAHATHIR sewaktu mahu mengekalkan zaman pemerintahan beliau... Ku Li dan Anwar difitnah diaibkan dibongkar dan dijaja segala macam perkara hingga dipenjara. Bandingkan.... Mahathir dan pengkhianat UMNO sampai sekarang bebas bergerak berucap dan memfitnah termasuk pembangkang juga... kalau zaman Mahathir baru selangkah dua bergerak nescaya ISA dan penjara tempatnya...

Tindak tanduk mahathir sekarang bukan demi rakyat sebaliknya kesumat semata-mata bab cerita lain hanya dijadikan alasan untuk menghalalkan usaha menjatuhkan pimpinan negara... termasuk opurtunis yang mahu mengkudakan gerakan mahathir untuk berkuasa memerintah seperti muhyidin dan pembangkang...

bak kata Najib "Apa lagi permintaan Mahathir yang tidak lagi saya penuhi" jangan sampai pepatah melayu di ubah " Harimau Mati meninggalkan belang... Mahathir mati meninggalkan PERPECAHAN"

KEPUTUSAN pemilihan UMNO pada 24 April 1987 menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad menang tipis dengan majoriti 43 undi untuk jawatan Presiden parti. GAMBAR ARKIB UTUSAN
KEPUTUSAN pemilihan UMNO pada 24 April 1987 menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad menang tipis dengan majoriti 43 undi untuk jawatan Presiden parti. GAMBAR ARKIB UTUSAN

PADA malam 23 April 1987, kira-kira 29 tahun lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, 

Cukup genting pada masa itu pe­rebutan kuasa antara dua tokoh – Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Hilton menjadi markas jentera Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li. Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April

Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr. Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terde­sak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan calang-calang orang dan Dr. Mahathir merasakan dia boleh dikalahkan.

Berlaku perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik Mela­yu ketika itu. Satu peperangan politik umpama kisah Clash of the Titans dan David and Goliath. Akibatnya terbentuk dua team. Team A dan Team B. Team A Mahathir bersama Tun Ghafar dan Anwar Ibrahim serta Team B Ku Li bersama Musa Hitam, Pak Lah, Datuk Manan Osman, Rais Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain. Najib selaku Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan menyatakan sokongan kepada Team B. 


Dr. Mahathir yang terdesak membuat perancangan. Dipanggil semua penasihatnya, termasuk ADC atau Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Beliau perlu memikirkan dengan cepat. Masa tidak lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya. Hanya 11 jam sahaja yang tinggal. “Ali pergi cari Najib cepat!” kata Dr. Mahathir kepada Pak Ali.

Dr. Mahathir mengarahkan pengawal peribadinya itu mencari Najib. Najib perlu dibawa dengan kereta besar Perdana Menteri ke Hotel Hilton pada malam itu juga. Najib perlu ditunjukkan kepada perwakilan. Sokongan Najib kepada Dr. Mahathir adalah penentu.

Dr. Mahathir mengarahkan supaya satu kerusi di meja utama dikosongkan bagi memberi tempat kepada Najib.   “Kemudian Ali memberitahu saya Najib sudah sampai.” Kata Idris, beliau nampak Najib tiba dengan kawan lama sekolahnya di St. John’s Institution, bernama Dr. Tiagi.


Apabila Najib masuk semua hadirin bangun bertepuk tangan. Nada ucapan tiba-tiba bertukar. Dr. Mahathir amat gembira de­ngan kemunculan Najib itu.


Akhir sekali keesokan harinya Dr. Mahathir menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang tipis. Dr Mahathir menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.


KLIK SINI - BACA LANJUT ARTIKEL DI BIG DOG DOT COM

Monday, February 15, 2016

PANAS TABUNG HAJI TERIMA SURAT BANK NEGARA LAGI VIRALKAN BEB !!!

kalau benda ni jd viral kan amat bagus sekali boleh teruskan siri pendedahan TABUNG HAJI seperti sebelum ini sampai surat BNM sebelum ni mencetuskan pencarum mengeluarkan caruman hingga rugi dividen 8% hasil fitnah pembangkang dikepalai manusia dari Pundan Mr. LAPIJI... ni surat baru jum ramai2 viralkan.. yeaa yeahhhh!!!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXlAjkDja8WLUmwuVowcIzJZir5q7A__MJRyi-qNUFKLj0o6txIbQbsckHJkmwYPhiej3g4hXArNa8PNlK-lOeIOd39ern_uhElPyzWpjjPCMEg6vE8lhhtGf_KE8uQltnXa3NogLY5KA/s1600/FB_IMG_1455426382035.jpg

HEBOH TOLAK KUOTA KERJA 1.5 JUTA BANGLA TAU TAK HANYA MASUK BILA ADA PERMINTAAN MAJIKAN

Saya sebagai majikan nak cakap, KENAPA majikan mahukan pekerja asing berbanding orang Malaysia.

1. Bila diberikan arahan, pekerja Bangladesh akan menuruti. Bukannya seperti orang Malaysia yang sibuk bermain Facebook.
2. Pekerja asing bekerja dengan ikhlas, bukan merungut 24 jam komplen tentang majikan.
3. Mereka boleh diharap. Kita boleh mengharapkan mereka selesaikan kerja walaupun kita sedang bercuti. Kalau orang Malaysia, saya sudah kena banyak kali. Kita cuti, dia pun tak datang. Esok berhentilah. Macam mana perniagaan nak maju kalau pekerjanya sekejap ada sekejap tak ada? Tak sempat nak melatih, dia dah mula bosan. Langsung tak boleh diharap.
4. Perangai Melayu malas yang susah nak dibuang. Kita kena ketuk mereka dulu, barulah mereka berjalan.
5. Kita bayar gaji pekerja asing RM900 pun kena ingat, bukan sebab pekerja Bangladesh ini bayaran gajinya murah dan kita ambil. Ramai yang tak tahu bahawa, sebelum seseorang pekerja Bangladesh itu tiba di Malaysia, kita sebagai majikan sudah belanja dekat RM5,000 untuk dia. Setiap tahun pula kena renew, kerajaan pula mengenakan caj yang mahal. Namun, sebagai majikan kita sanggup sebab tahu mereka boleh diharap.
6. Pekerja asing, kalau cuti pun berpada-pada. Juga tiada timbulnya masalah kejap-kejap MC yang dibeli dari klinik.
Mereka juga tiada menyertai geng-geng 3 line ke apa atau sikit hal dengan rakan sekerja terus bawa geng gaduh di tempat kerja, tiada.
Sekian, ini jawapan jujur dari majikan seperti saya. Bukannya teringin sangat nak ambil pekerja asing, penat nak buat medical checkup dia la, itu ini. Tetapi, dari kita lingkup dengan pekerja yang tak boleh diharap, baik kita bayar lebih sikit untuk mendapatkan pekerja yang rajin dan boleh diharap.

http://www.pilihanrayakini.com/2016/02/kenapa-kami-ambil-buruh-asing-majikan.html

Friday, August 23, 2013

TERBONGKAR KANTOI DOKUMEN SOP POLIS TEMBAK MATI GENG KONGSI GELAP 04 DI PENANG DIDEDAHKAN

Pakatan Rakyat dan BAHALOL T Mohan n Wathy moorty amat gembira dengan pendedahan DOKUMEN SOP Polis tembak mati gengster kerana pendekatan penguatkuasa undang-undang iaitu polis AMAT MESRA PENJENAYAH sekali dan jika dipatuhi oleh semua ANGGOTA PDRM akan menjadikan PDRM poli terbaik di plenet ini... tak percaya ce baca:

DOKUMEN SOP SERBUAN KEPADA PENJENAYAH BERAT KEJAM DAN BRUTAL

SOP 1 : KAEDAH SERBUAN - WAJIB MEMBERI SALAM dan KETUK PINTU serta menunjukkan sikap MESRA

ting tong (tekan loceng)... tuk tuk tuk (ketuk puntu)...

polis : assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd penjenayah yg bukan beragama islam. polis tahu penjenayah ada di sini. tujuan kami datang kami datang nak tangkap awak semua sebab guna senjata api BUNUH, ROMPAK dan SAMUN.

SOP 2 :PENJENAYAH MELEPASKAN TEMBAKAN CUBA LARI - teruskan KEMESRAAN dan SABARRRRR!
 
penjenayah : (tembak polis).. beng! beng! beng!

polis : jangan la camtu.. nanti kene peluru sakit tau.. kena pergi hospotal... serah la diri dengan cara baik.. kami datang ni pun cara baik siap bagi salam lagi.. u all kenalah layan kami dengan baik...

SOP 3 :PENJENAYAH TERKEPUNG DAN TIDAK MAHU MENYERAH - teruskan KEMESRAAN dan POLIS kena menyerah diri
 
penjenayah : (tembak polis lagi).. beng! beng! beng!

polis : ye la ye la... tanak serah diri sudah... kami balik dulu la.. kami takleh tembak sbb nanti jadi isu politik... babai semua.. sblm pergi kami nak pesan, jgn wat jenayah lagi tau.. kami tak sukaaaaaaa.. baiiiiiii...

p/s : kepada mangkuk hayun yang tak berakal mungkin nak situasi camni kot... polis mesra rakyat la katakan... KEPALA HOTAK KAU!!!

Kepada pihak polis, korang buat lah apa pun terhadap penjenayah-penjenayah tu, asalkan negara selamat dan aman sudah, itu lebih penting dari sop dan prosidur...

Friday, May 24, 2013

UMNO-BN UPAH IKHWANUL MUSLIMIN MESIR PUJI MALAYSIA DAN TUN MAHATHIR

Umno memang hebat kerana mampu mengupah org arab untuk mengatakan Malaysia negara ISLAM contoh dan memuji malaysia melangit sampai siap kata Malaysia WAJIB dijadikan model ikutan semua.... kalau selama ini tindakan polisi serta pendekatan UMNO dan BN salah silap dan tidak tepat apakah anda rasa Malaysia akan berada di tahap spt sekaran?

Pakatan Rakyat selepas ini pasti menuduh UMNO BN beli dan upah org arab malah pujian dan kenyataan org arab ini palsu belaka. Kalau dah otak letak di lutut dan tapak kaki memang payah nak faham dan nampak kebenaran...


Friday, May 4, 2012

DIBURU POLIS : SENARAI MILITAN DAN PENGGANAS MERBAHAYA MENGANCAM MALAYSIA

Anda warga negara prihatin dan sedia membantu?
Anda bencikan keganasan dan suasana bahaya?
Anda suka undang-undang dilaksanakan dan menjamin hak anda, melindungi anda serta keluarga?
Anda benci demonstrasi dan huru hara dalam negara?
Anda suka pengganas serta pemberontak bemaharaja lela sesuka hati?
Anda suka individu dan kumpulan bersikap radikal dan militan memerintah negara?

JIKA TIDAK MARI BANTU POLIS MENCARI INDIVIDU BERIKUT YANG DI SIFATKAN RADIKAL, MERBAHAYA, MILITAN, GANAS DAN ANTI UNDANG-UNDANG...

CAM BETUL-BETUL KUT KENAL INDIVIDU INI






Penjenayah yang dicari oleh pihak Polis...Sesiapa yang menjumpai penjenayah ini sila hubungi Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email azmiazizi@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 / 019-3872344.

Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.

Thursday, April 12, 2012

LAYU DAN LESU - PASUKAN BOLA SEPAK KITA CECAH RANKING TERBURUK???

KUALA LUMPUR – Ranking pasukan bola sepak negara mengalami kejatuhan empat anak tangga iaitu ke-156 dunia dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas. Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut.

Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan. Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.

Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu.
Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia pada tangga ke-21.

Bagi ranking dunia, Sepanyol masih kekal sebagai pasukan No. 1 diikuti Jerman dan pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay. Ketiadaan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara sepanjang bulan lalu jelas memberikan kesan besar kepada ranking skuad bola sepak negara yang hanya mengadakan perlawanan persahabatan berdepan skuad bertaraf negeri, Sarawak pada 25 Mac lalu.

Mengikut rekod sepanjang tahun 2012, ranking skuad Harimau Malaya tidak pernah mengalami sebarang kenaikan sejak berada pada tempat ke-148 Januari lalu.Jatuh dua anak tangga pada Februari, pasukan negara terus turun ke tangga ke-152 pada Mac sebelum berada pada tempat ke-156 bagi bulan ini.

Namun, skuad Datuk K. Rajagobal berpeluang kembali mendaki ranking FIFA menerusi aksi persahabatan dengan Sri Lanka pada 28 April ini.

Ranking cecah tahap terburuk


Tuesday, March 13, 2012

Idealismalaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Nurul Nadirah Abdullah yang telah ditemui meninggal dunia. Kami mengikuti perkembangan kes ini dengan rapat dan berharap keluarga Nurul Nadirah redha dan tabah menghadapi dugaan ini.

Kami menggesa pihak polis segera mencari serta menangkap individu atau kumpulan yang bertanggungjawab seterusnya segera dihadapkan ke muka pengadilan. Hukuman PALING BERAT harus diberikan kepada manusia yang tidak berperi kemanusiaan dan kejam ini.

Sabarlah INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN... “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

Kepada Allah Berserah


Nurul Nadirah dibunuh, dibakar



JOHOR BAHRU 12 Mac - Teka-teki kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang sejak awal bulan ini akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka manusia rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada Khamis lalu adalah mayat kanak-kanak itu.


Pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka tersebut.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, sampel DNA yang diperolehi daripada serpihan tulang di tempat kejadian telah dihantar ke makmal dan ia sepadan dengan DNA ibunya.


"Sebelum ini, siasatan awal mendapati rangka tersebut milik manusia dewasa. Bagaimanapun setelah siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak yang hilang itu.

Kenapa kasi mati anak aku! - Roselyn

JOHOR BAHRU 12 Mac - "Kenapa kasi mati anak aku!" Kata-kata itu sudah cukup menggambarkan betapa remuk redam hati seorang ibu setelah mendapat tahu kematian adalah pengakhiran kepada penantian ke atas anak perempuannya sejak 12 hari lalu. Roselyn Alan, 25, ibu kepada kanak-kanak malang, Nurul Nadirah Abdullah, 5, hanya mampu menangis tanpa henti lebih satu jam sambil berulang kali menyebut kata-kata itu.

Dek kerana terlalu sedih dia akhirnya pengsan dalam sebuah bilik di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini.

Selain wanita itu, Minah Jol, 56, nenek kanak-kanak yang lebih mesra dipanggil Dirang, turut meraung di sebuah lagi bilik.

Bapa tiri Dirang, Lima Medang, 25, bagaimanapun hanya mampu merenung ke luar tingkap sambil berlinangan air mata.

Friday, December 10, 2010

HORMATI MAHKAMAH - KES SPRM KHIR TOYO


Saya setuju agar DS Khir Toyo untuk tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi...Kebenaran pasti akan datang jua insyallah. Mereka merancang dengan pelbagai rancangan, tetapi yakinlah ALLAH juga Maha Perancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya.

Kepada TS Gani Patail minta tolong juga tutup mulut BANGSAT lain... terutama kalau mulut macam pantat ayam kat bawah ni! mulut tak pernah guna tu yang gatal semacam nak bercakap aje... walau entah apa2


Tiga perenggan atas laporan ini berbunyi berikut:
Tindakan mengheret Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah adalah semata-mata sandiwara politik Umno dan BN bagi menutup salahguna kuasa yang lain, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Katanya, pendakwaan itu lebih menjurus kepada memberi laluan mudah bagi pimpinan parti itu untuk melantik pengerusi badan perhubungan Umno yang baru.

“Ia juga satu helah untuk Umno Selangor menonjolkan imej bersih dengan mengganti pemimpinnya yang sudah hilang kredibiliti.
Bukankah ini menghina mahkamah dengan membuat tuduhan melulu terhadap perjalnan proses keadilan mahkamah?

Dia juga mempersoalkan integriti institusi kerajaan yang termasuk dalamn AKta Hasutan.

Kami nak tunggu bila pula Peguam Negara Tan Sri Gani Patai nak suruh Faekah Husin tutup mulutnya?

OLeh kerana dia tak kahwin dan tak digunakan pun, Gani patut arahnya tutup semua mulutnya ... atas dan bawah.

Artikel asal -
http://theunspinners.blogspot.com/2010/12/gani-patut-suruh-mulut-atas-tu-tutup.html

Wednesday, August 4, 2010

DATO' ABDUL AZIZ MOHD NOR DAN PEMBANTU PERIBADI MATI DITEMBAK : TAKZIAH - AL FATIHAH

Bekas Adun , Dato Abdul Aziz Mohd Nor dan Pembantu Peribadi Mati Ditembak

KM455-7
Lebuhraya Plus
arah Utara
selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010
11 pagi


Kejadian ini dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.

Saya menerima maklumat kes ini kira-kira jam 11-10 pagi dari seorang rakan yang kebetulan melalui laluan di sebelah dan ternampak sebuah kereta tersadai di laluan paling kanan.

Bagaimanapun menurutnya, tidak pasti adakah ianya kemalangan maut kerana impaknya tidak banyak/besar.

Setelah membuat beberapa semakan, akhirnya, setengah jam kemudian baru saya dimaklumkan, ia adalah kemalangan maut.

Setelah tiba di lokasi, saya merasa agak pelik kerana impak yang kecil sebegitu boleh membawa maut kepada kedua-dua pemandu dan penumpangnya.

Persoalan mula timbul adakah ianya berkaitan dengan kes jenayah atau sebaliknya.


Ia membabitkan bekas Adun Permatang, Dato ABdul Aziz Mohd Nor , 63 tahun ditemui maut di dalam Toyota Caldinanya.

Seorang wanita, Siti Rohana Ismat, 43 tahun, yang juga dipercayai pembantu peribadinya, juga ditemui maut di dalam kenderaan ini.

Terdapat dua kesan tembakan pada kepala mangsa.

Kereta ini ditemui terbabas dan merempuh besi pembahagi lebuhraya.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Bedah siasat sedang dilakukan dan punca sebenar kematian akan diketahui.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver di dalam kereta ini bersama lesen memiliki senjatapi dan peluru

Pistol ini disahkan milik Dato Abdul Aziz.

Dato Abdul Aziz sebelum ini mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008. Pilihan raya umum ke-12 yang lalu, arwah digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.


Abdul Aziz meninggalkan seorang isteri, Siti Fatimah Md Noor dan 3 anak - Pensyarah Unimas, Nor Azila 40, pensyarah Unisel Nor Azian 37 dan Exco Pemuda UMNO, Mohd ANis Hashim, 33.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Isyak malam ini. Selepas selesai proses bedah siasat, jenazah di bawa keluar jam 5-30 petang tadi.Tembakan mengenai kepalanya.

Abdul Aziz merupakan bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan menjadi Adun Permatang, Kuala Selangor dari 2004-2008.

Manakala jenazah Siti Rohana Ismat dibawa keluar dari bilik jam selepas selesai bedah siasat kira-kira jam 6-50 petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Sg Gulang-gulang, Tanjung Karang.

Siti Rohana yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tg Karang,terkena tembakan di kepala. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Siasatan turut dilakukan samada kes membabitkan bunuh dan bunuh diri.


Kenalan dan Pemimpin Politik Masih Sukar Terima Kematian Aziz

Datuk Abdul Aziz Mohd Noh

SHAH ALAM: Pelbagai pihak khususnya para pemimpin Umno masih tidak dapat mempercayai bagaimana bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh ditemui mati di dalam kereta dengan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat, pada pagi Selasa.

Menurut polis, kedua-duanya mati dalam keadaan mangsa kemungkinan menembak pasangan sebelum menembak dirinya sendiri.

Hasil bedah siasat mendapati Siti Rohana mempunyai dua kesan tembakan di kepala manakala Aziz pula dengan satu kesan tembakan juga di kepala.

Kebanyakan yang hadir ke majlis pengebumian Aziz berkata, mengenali Aziz, mereka tidak percaya ada orang yang mahu membunuhnya apatah lagi untuk dia mengambil nyawa di tangannya sendiri.

Aziz berusia 64 tahun manakala Siti Rohana, 43.

Aziz mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohd Anis yang mengikuti jejak langkahnya bergiat aktif dalam Umno sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan hasil penemuan bedah siasat tersebut.

Beliau juga mengesahkan, hasil siasatan awal polis dan juga hasil keterangan saksi yang sempat menyaksikan kejadian itu mendapati, tidak ada pihak ketiga terlibat dalam kejadian tersebut.

Polis turut menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan tiga butir peluru masih berada di dalam kelongsong.

“Hasil siasatan kita mendapati hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam kereta ketika kejadian itu berlaku dan perkara ini disahkan oleh para saksi yang melihat kejadian itu.

“Bagaimanapun, untuk tujuan penyiasatan kami akan mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes bunuh dan pihak polis telah menghantar revolver tersebut ke makmal Jabatan Kimia untuk ujian balastik,’’ katanya.

Katanya lagi, kereta yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa ketika ditemui tersadai di laluan laju (sebelah kanan) di kilometer 455.7 Lebuh Raya Lembah Klang Utara berdekatan Sg Buloh pada lebih kurang jam 11 pagi Selasa.

Sementara itu, Mohd Anis, 33, ketika ditemui berkata, dia menerima panggilan telefon pada lebih kurang jam 11.30 pagi daripada salah seorang ahli keluarga memaklumkan akan kejadian itu.

Kata Anis, bapanya keluar dari rumah mereka di Seksyen 9, Shah Alam pada lebih kurang jam 9 pagi menuju ke pejabat mereka di Seksyen 16 Petaling Jaya.“Bila tiba di pejabat, dia menaiki kereta bersama Rohana menggunakan kereta Rohana menuju ke Tanjung Karang untuk menghadiri satu majlis di sana.

Mohd Anis juga memaklumkan yang bapanya memang memiliki pistol.

Abdul Aziz terpilih sebagai ADUN Permatang pada pilihan raya 2004 selepas berkhidmat untuk sekian lama dengan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar selaku setiausaha politik dan sebelum itu sebagai setiausaha sulit dan pegawai khas sewaktu Abu Hassan menjadi menteri.

Beliau berhenti pada tahun 2001 selepas isu kontroversi peletakan jawatan Abu Hassan sebagai menteri besar. Seorang menteri yang mengenai Abd Aziz ketika mereka sama-sama berkhidmat sebagai setiausaha politik lagi menghubungi seorang pengarang mStar Online melalui SMS menyatakan kesukaran untuk mempercayai akan apa yang telah berlaku kepada Allahyarham.

Beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai seorang yang ceria, lemah lembut dan tidak pernah bercakap kasar dengan orang. Beliau akan dikenang sebagai seorang operator politik yang sentiasa bekerja di belakang tabir dan tidak suka berada di barisan hadapan.

Seorang lagi bekas Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, beliau berasa sedih apabila mendengar berita kematian Abdul Aziz yang beliau sifatkan sebagai seorang ahli politik veteran yang setia kepada ketuanya.

Dalam pada itu, rakan Abdul Aziz yang sama-sama berkhidmat dengannya sebagai wakil rakyat, Datuk Ch’ng Toh Eng berkata, dia dan ramai lagi terkejut besar apabila mendapat khabar berita mengenai kematian Abdul Aziz.

“Saya pertama kali mengenalinya pada tahun 1980an ketika beliau masih lagi berkhidmat dengan Datuk Seri Abu Hassan dan kami sangat rapat,’’ kata Ch’ng.

Satu perkara tentang Abdul Aziz yang dia tidak dapat lupakan ialah kebolehannya untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa Tamil dan juga Hokien.

Dia juga seorang yang sangat sederhana dan tidak pernah bercakap kasar dengan orang dan sentiasa mengambil berat akan soal-soal dan isu masyarakat Cina ketika berkhidmat sebagai setiausaha politik Abu Hassan.

Abdul Aziz meninggalkan balu, Datin Siti Fatimah Md Nor, 62, tiga orang anak dan empat cucu. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Isyak.

Turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya ialah bekas bosnya sendiri, Abu Hassan, Dr Khir, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas ahli Parlimen Shah Alam dan menteri kabinet, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Sementara Siti Rohana, pula berasal di Kampung Sungai Gulang-Gulang in Tanjung Karang.


Thursday, July 29, 2010

GURU BOLEH TERLIBAT POLITIK

Guru gred 41 hingga 48 dibenar terlibat dalam politik

27/07/2010 12:14pm

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,” kata Mohd Sidek.

Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama

ULASAN :

Kelebihan masih tidak ketara sama ada pada Pakatan atau UMNO-BN sebab ramai guru-guru memiliki kesedaran politik... sebelum ini pun dah ramai guru terlibat secara senyap... sambilan... terbuka... dalam gerakan politik... jangan strategi makan diri sudahlah kerana ramai guru yang pro PAS masih sembunyikan kuku yang berani terbuka UMNO sahaja...

.

JANGAN PERGI MAKANAN OLD TOWN WHITE COFFEE TAK HALAL

Makanan di Old Town White Coffee tidak halal!!!


Assalamualaikum pembaca2 sekalian,

Sudahlah secara nyata rakan teman yang mahu membuka francais Old Town White Coffee Kopitiam ditempelak pengurusan company ini bahawa mereka tidak mahu lagi memberikan peluang kepada pengusaha francais Islam... mereka nak buka kepada pengusaha cina sahaja... wah ni dah lebih bukan sahaja racis nak sabotaj melayu lagi... sekarang terbuka pekung dan isu Old Town White Coffee Kopitiam TIDAK HALAL... mari kita lihat kebangsatan Old Town White Coffee Kopitiam ini...

Hanya 2 kopitiam yang mempunyai sijil halal iaitu Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. dan Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. Maklumat ini akan diperolehi sekiranya kopitiam dicari di direktori halal.

PENGURUSAN Old Town White Coffee Kopitiam BERBOHONG kerana logo halal masih digunakan oleh Old Town White Coffee Kopitiam. Ummat Islam tertipu dan rasa teraniaya kerana makan makanan tidak halal yang menyebabkan kita tidak berjaya mematuhi syariat Islam... ADA SAPA-SAPA NAK SAMAN PENULIS NAK JOIN...

BUKTI Carian di direktori halal JAKIM memang tidak akan memaparkan Old Town White Coffee Kopitiam sebagai halal. COMPANY Old Town White Coffee Kopitiam SEBENARNYA didaftarkan di bawah syarikat White Cafe Sdn. Bhd.

Jika carian dilakukan, keputusan berikut akan diperolehi:

(klik untuk gambar penuh)


Old Town White Coffee ada dalam senarai halal JAKIM. Jadi, apakah yang digembar-gemburkan sekarang ini yang Old Town White Coffee Kopitiam tidak halal?

Sebenarnya, senarai tadi tidak lengkap kerana tidak menyenaraikan secara penuh produk2 yang halal.

Jika diteliti sijil halal yang didapati di website Old Town White Coffee sini, APA YANG HALAL HANYA sebahagian minuman yang disajikan di Old Town White Coffee Kopitiam.

Sijil tersebut boleh dilihat di website itu di tab "Our BUSINESS" di bahagian "Our Laurels". Ini adalah gambarnya:

(klik untuk gambar penuh)


TAPI MEREKA BERBOHONG DENGAN MEMAPARKAN logo halal JAKIM yang digunakan pada iklan2nya adalah bersandarkan kepada SIJIL HALAL UNTUK SEBAHAGIAN MINUMAN SAHAJA...

MEREKA MENIPU untuk menarik pelanggan2 yang beragama islam menjamu selera di restoran berkenaan TAKTIK MEMAPARKAN SIJIL HALAL TANPA PENERANGAN BAHAWA HANYA SEBAHAGIAN MINUMAN HALAL - YANG MANA ORANG ISLAM MENYANGKAKAN KESELURUHAN PRODUK OLD TOWN WHITE COFFEE HALAL...

Kesimpulannya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk sebahagian minuman sahaja.

oleh itu kenapa masih mahu pergi ke Old Town White Coffee??? sedangkan banyak lagi pilihan yang JELAS HALAL ada di depan mata... dah lah terbukti Old Town White Coffee Kopitiam sabotaj melayu Islam dengan sekarang siap tidak mahu bagi francais pada org Islammakanan org Islam pun di sabotaj... kalau nak sokong juga dengan pergi ke Old Town White Coffee Kopitiam ni teman tak tau nak habak apa... mungkin BODOH adalah paling tepat...

Jurnal Halal
.

Surat Teoh dirahsia peguam untuk DAP mainkan perkauman

Benarkah Peguam Sembunyikan Surat Teoh Beng Hock??

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tampil pada hari ini untuk memberikan kenyataan berkenaan kredibiliti peguam yang mengendali inkues mendiang Teoh Beng Hock.

JMM telah mendapat maklumat bahawa peguam yang dilantik oleh pihak Kerajaan bagi mewakili mengendalikan inkues tersebut telah menyembunyikan satu maklumat penting yang tidak didedahkan dan dibentangkan untuk inkues tersebut.

Tan Hock Chuan, peguam yang dilantik disebut telah menyembunyi 'surat berbahasa cina tulisan tangan Teoh Beng Hock yang menyatakan rasa tidak tenteram/gusar/bimbang tentang masalah yang melanda beliau. Dan di dalam surat tulisan mendiang Teoh itu, dia telah menerima ancaman dan mahu membunuh diri.’

JMM mendesak pihak berkuasa menyiasat segera mengenai kebenaran kewujudan surat tersebut supaya mendiang Teoh beng Hock dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat inkues yang adil dan peguam-peguam yang mewakili inkues tersebut tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda jahat di dalam memecah belahkan perpaduan di dalam negara.

JMM menyatakan kebimbangan mengenai sentimen mengapi-apikan kebencian masyarakat Cina terhadap SPRM dan orang-orang Melayu amnya. Tindakan beberapa golongan ini dilihat sangat berbahaya dan mengancam keselamatan negara.

Inkues yang dijalankan bagi menentukan sebab kematian mendiang Teoh Beng Hock ada unsur-unsur jenayah atau sebaliknya bagi tindakan pendakwaan jenayah telah diekploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memperburuk-burukkan SPRM sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan pihak kerajaan dengan tujuan bagi meraih simpati daripada masyarakat Cina.

Maka kebenaran kandungan surat tersebut adalah penting untuk dijadikan bahan bukti di dalam inkues bahawa mendiang Teoh Beng Hock telah mendapat ancaman yang membahayakan diri beliau dan niat beliau untuk membunuh diri.

Kandungan surat yang ditulis oleh mendiang Teoh beng Hock adalah bahan bukti dan tidak boleh disembunyikan oleh mana-mana pihak.

Sekiranya benar ada perbuatan menyembunyikan surat ini oleh peguam tersebut, beliau wajib disiasat segera bagi mengenal pasti individu-individu dan organisasi lain yang terbabit dan tujuan serta agenda mereka berkomplot menyembunyikan surat yang ditulis sendiri oleh mendiang Teoh Beng Hock.

Sumber: Jaringan Melayu Malaysia
.

Friday, June 26, 2009

3 JAMBATAN KE SINGAPURA : NAJIB JANGAN SALAH LANGKAH

Salam...

Terbaca Blog Kuda Kepang mengenai keperluan sebenar adalah menggantikan tambak johor dan bukannya membina jambatan ketiga. Apa yang disabotaj Pak Lah berkaitan cadangan jambatan Tun M dahulu harus diteruskan.

Apapun keputusan Sultan Johor yang tidak berkenan untuk pembinaan jambatan ke tiga ini sudah dijangka memandangkan singnifikan keperluannya yg masih samar. Pembinaan jambatan ke 3 juga akan menimbulkan isu keselamatan seperti terlalu banyak pintu keluar masuk, kalau perang memudahkan tentera darat singapura menyeberang ke Johor... Impak alam sekitar dan sebagainya...

Najib jangan jadi Pak Lah... tolong lah rasional & profesional sikit... nanti sejarah berulang "harapkan pagar, pagar makan padi + harapkan penasihat, penasihat menjahanamkan diri"
Sendiri fikirlah ya... Salam Perjuangan

Thursday, June 25, 2009

SELSEMA BABI H1N1 : ANCAMAN SEMAKIN MEREBAK - KEMENTERIAN KESIHATAN BIMBANG



Salam Perjuangan...


Merujuk kepada siaran berita TV3 dan sumber berita Utusan (disini) telah mengesahkan artikel yang penulis siarkan sumber dalaman rakan penulis adalah BENAR, TEPAT DAN PADAT.


Boleh dibaca disini : Artikel pada June 23, 2009 bertajuk MINTA KERAJAAN TERLUS WABAK H1N1 - SELSEMA BABI MEREBAK : NEGARA SEMAKIN CEMAS


Sumber terkini memberitahu bahawa 80 kes HIN1 telah dikenal pasti dan jangkitan pasti akan meningkat memandangkan banyak suspek yg mendapat jangkitantidak dapat dihubungi / dikesan yg pastinya akan menginfeksi virus ini kepada individu sekitarnya - transisi domestik


Sumber Utusan : 12 lagi kes baru H1N1
Sumber Malaysia Kini : H1N1 kini 80 kes, 11 tempatan


Apa yang pasti jika diteliti fakta ini pasti membimbangkan (sumber berita jam 8.00 malam TV3 25/6/09) PC Ketua Pengarah Kesihatan:-


1. 69 kes jangkitan luar negara & 11 Domestik - 14% jangkitan tempatan : penularan dalam negara yg membimbangkan
2. Minggu lepas 21 - minggu ini 80 : Peningkatan 400%
3. Kementerian Kesihatan mengakui berlaku kebocoran dalam prosedur pengesanan - ada pesakit H1N1 terlepas masuk dalam negara kita yg tidak kita ketahui siapa.
4. Kementerian Kesihatan mengakui ada suspek kes H1N1 yang gagal dikesan hingga kini menyebabkan proses kuarantin tidak dapat dilakukan - dibimbangi menyebabkan menginfeksi domestik.
5. Kementerian Kesihatan mengakui ada suspek kes yang tidak mematuhi prosedur kuarantin sepenuhnya - dibimbangi menjangkiti org lain.
6. Enam Buah Sekolah (6) telah terlibat sama ada kuarantin / ditutup kerana terdapat pesakit positif H1N1 : bayangkan jika terjadi penyebaran berapa ramai sebenarnya terlibat.



Cadangan Kepada Kerajaan



1. Wujudkan Talian Pandemik - talian 1-800-***
2. Perketatkan saringan - telah dilaksanakan kerajaan
3. Larangan Perjalanan Ke Negara Jangkitan Tinggi - cth Larangan Ke Melbourne Kerana dah lebih 1,000 kes positif H1N1 dikesan
4. Laman Web Pandemik H1N1 - maklumat am + no contact kecemasan
5. Menggunakan media massa sebagai medium penyebaran amaran dan maklumat berkaitan H1N1.

Bersama Kita Mencegahnya..... Kepada Allah Berserah

FITNAH : KES MANOHARA & TENGKU FAKHRY - BUKTI RAKYAT INDON EMOSI, BUTA & TAK RASIONAL

Salam Perjuangan
.
Selain isu selsema babi ada satu lagi isu panas yg kalau kalian ke Indonesia menjadi topik perbualan sekiranya kalian diketahui sebagai warga Malaysia : Kes Manohara Odelia Pinot & Tengku Muhammad Fakhry, Tengku Temenggong Kelantan... Kononnya Manohara diseksa kejam selama ia tinggal di Istana Kelantan. Sorry kalau ada yg boring... tapi percayalah kalau pergi ke seberang anda pasti tension+boring+marah kalau di depan kita selamba org Indon kutuk Malaysia & tanpa usul periksa dan buat penghakiman sendiri... Nak menjawab lebih-leih kang kita balik kena... tak balik Malaysia aku...
.
Apapun sentimen kebencian terhadap Malaysia sudah tersemai dan terus disuburkan oleh media massa Indon... Itu kelemahan kalau media tak terkawal & terlalu bebas suka hati bapak mereka siar cerita fitnah dan yg bodohnya rakyat Indon terus percaya bulat-bulat. Media tak memikirkan langsung berkenaan hubungan luar Indonesia yg mungkin akan terjejas akibat berita fitnah itu... media+rakyat Indon terlampau "Gila+Emosi Melampau+Buta - kerana tak mahu melihat kebenaran sebaliknya memaparkan berita fitnah demi sensasi".
.
Isu Tengku & Manohara ni memang jelas kes INDON tak tahu dek untung... senang cerita ibu, kakak & manohara ambil kesempatan ke atas Tengku Fakhry... kepada tengku jadikanlah ini pengajaran lawa, bergetah, muda dan cantik TAK GUNA kalau peribadi BUSUK, JIJIK & BERNANAH... Kalau dah keturunan perempuan murahan dia tetap perempuan murahan walau dipakaikan EMAS, INTAN & BERLIAN. Jadi Kahwinilah seseorang wanita itu kerana Agamanya sesuai dengan saranan Nabi S.A.W.... Korang boleh bacalah KISAH SEBENAR KES MANOHARA DI SINI...
Aku bagi lagilah contoh kebencian yang ditanam media kepada rakyat Indon selain kes Manohara ni :
.
1. Kes pembantu rumah di dera & seksa di Malaysia - PANAS! macam semua majikan kat Malaysia macam tu... sampai ada ungkapan "Kalau pergi bekerja di Malaysia mencari maut/mati" pada hal punyalah ramai "bibik" Indon di negara Arab hilang tanpa dikesan, didera & seksa, ada yg di rogol & dianiaya secara seksual - tak ada pun media Indon hebohkan... senang cerita mereka memang benci Malaysia!
.
2. Malaysia mahu jajah Indonesia - Kes Pertikaian Kawasan di perairan Ambalat : macam-macam kapal perang Malaysia ancam kapal perang Indonlah... Tentera Malaysia tidak hormat, macam samseng dan lain-lain lagi... cerita seperti ini disensasikan dan digunakan untuk membakar semangat patriotik bangsa Indonesia kanon Malaysia musuh. Padahal setiap tahun hampir 3 Billion duit Malaysia masuk ke Indon sebab Malaysia bagi kerja kat org Indon... Bodoh punya Indon!
.
3. Termasuk isu politik tau jangan tak tahu... Media Indon gambarkan kerajaan Malaysia zalim, rasuah, tidak adil, suka aniaya & rakyatnya dikongkong... siap dia media Indon membela lagi Anwar itu sebagai pemimpin agung di Malaysia dan lain-lain. Gila! media indon pula yg lebih lebih... bayangkan contohnya kalau media Malaysia... Utusan, BH, Metro, TV3 putar belit berita sokong golongan pemisah selatan Thai atau sokong gerakan yg nak tumbangkan kerajaan di Thailand - ko rasa apa yg akan kerajaan Thailand lakukan??? tu nak kata Media Indon GILA!
.
Padahal kalau kau nak tahu sebenarnya masalah dari rakyat Indonesia kepada Malaysia lagi banyak :-
.
1. Pendatang Haram
2. Datang Malaysia merompak, menyamun & mencuri
3. Masalah sosial kepada masyarakat (gejaka sosial etc)
4. Melakukan pembunuhan + samun + peras ugut
5. Masalah Ekonomi (bunuh peluang ekonomi org tempatan)
6. Melarikan anak dara, isteri dan janda
7. Merosakkan rumah tangga org
8. Sendiket penyeludupan dadah dan manusia etc
9. Sendiket penyeludupan senjata api
10. Sendiket curi kenderaan (kereta+motor etc)
11. Kes Rogol + culik + tebusan
12 Dan macam-macam lagilah yg ko boleh fikirkan sendiri.
.
Maklumat rakan bagi tau kat penjara sekarang 50-50 pendatang dengan tempatan... sebenarnya kes jenayah banyak dilakukan pendatang jugak...
.
So fikirla sendiri sama ada bagus sangat ke bangsa INDON ni... dan org INDON perlu berterima kasih dan bersyukur sebab Malaysia lubuk rezeki kalian serta membalas jasa bukan membalas kebaikan Malaysia dengan mencaci maki, menaburkan fitnah dan membusukkan hubungan kedua negara ini serta bersikap tak tahu dek untung.
Jangan jadi INDON yang Emosional tak tentu hala, Gila Terlampau dan Buta tak mahu menyelidik mencari kebenaran sebenar...
.
Fikirlah sendiri...
.
.

Tuesday, June 23, 2009

MINTA KERAJAAN TERLUS WABAK H1N1 - SELSEMA BABI MEREBAK : NEGARA SEMAKIN CEMAS






Salam Perjuangan



Rakan memberi tahu saya agar mengelakkan untuk hadir dengan sengaja ke tempat awam yang ramai pengunjung dan mengelak dari melakukan penerbangan domestik apatah lagi antarabangsa kerana tahap sebenar merebaknya penyakit selsema babi H1N1 sebenarnya serius. Menurutnya apa yang didedahkan media dan kerajaan hanyalah sebahagian kecil melalui cerita sebenar seperti sekolah ditutup, pesakit dikuarantin dan sebagainya... (baca sini)



Hakikat sebenar terdapat beberapa kelemahan dalam mengesan dan monitoring system yg dilaksanakan contohnya apakah mereka-mereka yang dikhuatiri dijangkiti ini dapat dikesan dengan segera dan dikuarantin tanpa sempat menginfeksikan org lain semasa diluar... contoh penumpang kapal terbang yg bersama dalam penerbangan dengan pesakit yg confirm mengidap H1N1... sebenarnya tidak 100% ke semua yg disyaki dapat dikesan atau dikuarantin dgn segera yg memungkinkan penyebab berlaku jangkitan domestik...

Pandemik atau wabak H1N1 ini bukan wabak biasa kerana jangkitannya boleh membawa maut dalam tempoh 2-7 hari jika tidak mendapat rawatan antiviral. Selain itu ia juga terlalu amat mudah berjangkit melalui titisan air ketika bersin... bercakap etc. Kerajaan tidak perlu berfikiran terlalu jumud bimbang dengan pendedahan sebenar akan menimbulkan suasana panik dan tidak terkawal... sebaliknya dengan penapisan maklumat sebenar akan menambahkan keparahan yg berlaku sedangkan ia dapat ditangani dengan lebih baik melalui pendedahan maklumat sebenar. Rakyat kini kian bijak jika tidak kenapa kerajaan BN hampir tumbang pada PRU lalu...

Mohon kepada kerajaan melakukan hebahan sebenar maklumat berkaitan H1N1 agar rakyat dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak H1N1 ini. Wujudkan talian free tol dan hebahkan di TV sebagai talian pandemik bagi melaporkan suspek jangkitan H1N1...

Kepada Allah berserah...


KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.