Showing posts with label Pak Lah. Show all posts
Showing posts with label Pak Lah. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

PAK tidoLAH AKA TUN DOL PEMBAWA MALAPETAKA

Salam Perjuangan

Aku terkejut sgt... rupanya Pak TIDOlah menjadi dalang membawa Ambiga Keling Parya Interlok jumpa DYMM YDP Agong... PM, TPM & Menteri KDN tak dimaklumkan... Pak TIDOlah buat sendiri... Habis punah, rosak perancangan kerajaan untuk HARAMKAN DAN HAPUSKAN anasir perosak negara ini... jahanam negara...

Seingat aku bermula dia jadi PM... apa sahaja dia sentuh menjadi bencana & malapetaka... Bermula dengan pembebasan ANWAR... bencana dalam PEMUDA UMNO menerusi sentuhan "KJ"... pelbagai huruhara semasa sentuhan PEMERINTAHAN beliau (BERSIH, HINDRAF etc) ... malah UMBN hancur hasil sentuhan "panas" beliau... sekarang membantu BERSIH 2.0 jumpa DYMM YDP Agong...

Sentuhan Midas ... jadi emas.

TAPI Setiap sentuhan samDOL ...

... menghancurkan negara


TAK PERCAYA BACA AERTIKEL BERIKUT

sumber : PAPUKARI

Mari kita imbau kembali sejarah Bersih 1 yang tercetus dulu, cuba korang ingat balik kenapa Bersih waktu tu dapat sambutan? Kenapa? Come on, jangan la kita jadi manusi hipokrit ok. Bukan setakat Bersih je tapi parti-parti yang dah nak hampir pupus semua mendapat nyawa semula? Kenapa?

Kita sendiri pun semua tak boleh tahan waktu tu, terasa susahnya hidup ni, mana bisa aku lupakan saat dan ketika itu! Ya tuan dan puan semua, kalau tak kerana Tun Dol bodoh nak mampos maka UMNO tak la dihina seteruk ini. Ini adalah hakikat.


Sial yang dibawak oleh manusia bernama Abdullah ni terpaksa ditanggung oleh PM sekarang. Tak patut kan? Ingat kan si sialan ni dah bersara maka dah settle la masalah tapi kalau dah sial tu memang sial la jugak kan? Mari kita baca apa yang ditulis oleh
Anak Omak pasal Tun Dol bebal nak mampos ni:

Polis sudah uruskan isu Bersih 2.0 dengan baik, tetapi dalam diam-diam Tun Dol sudah berjumpa dengan Dato Ambiga, Pengerusi Besih 2.0 dan aturkan dia berjumpa dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.


Ambiga menang diketahui baik dengan Tun Dol. Dia dapat Dato pun hasil usaha tun Dol. Ambiga yang mengatur makan malam untuk Bar Council bersama kerajaan untuk menyelesaikan masaalah antara kerajaan dan Bar Council. Masa itu, tiga hakim diumumkan pampasan tanpa asas untuk diberi. Ini kerja bodoh Dato Zaid Ibrahim.


Semasa Tun Dol beri nyawa kepada Ambiga, dia sudah mula ketakutan dan nyawa di hujung tanduk. Keadaan dan orang ramai (melainkan yang bodoh taksub atau bahlol tak faham) semua sudah berpihak pada polis dan kerajaan.


Rakyat sudah sedia faham dan terima alasan dan justifikasi tindak tanduk polis, pelbagai pendedahan mengenai keselamatan sudah dibuat, dan hubungkait dengan anasir subversif luar negara sudah didedahkan. Peniaga dan rakyat dah berbulu dan benci dengan Bersih 2.0. NGO dan UMNO semua sudah bagai disuntik semangat baru untuk menentang Bersih 2.0


Tapi Tun Dol si Bahalol tua tak tahu nak mampos pergi memandai untuk konon menjadi perantara di antara Bersih 2.0 dengan Agong/kerajaan. Akhirnya hanya rancangan polis dan kerajaan terkacau, AGong turut sama malu dan Anwar besar kepala.


Sebagaimana berlaku semasa Tun Dol menjadi Perdana Menteri, semua yang dipegang dan cuba lakukan semuanya berakhir dengan kersoakkan dan kehancuran. Begitu juga dengan kes ini.

Semua arrangement dengan Agong ini dilakukan tanpa pengetahuan Perdana Menteri, Timbalan PM dan Menteri Dalam Negeri. Kemungkinan pihak pengurusan Istana bawah Tengku Bentara bersekongkol dengan Tun Dol. Kepala Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek perlu dipelangkong atas kecuaian ini.


Selepas perjumpaan dengan Ambiga dengan Agong, Anwar sudah ambilalih Bersih. Dia terus berdegil dan mahukan Stadium Merdeka dan perarakan jalanan ke arah stadium .


Mana tidak dia berdegil, dia sudah dapat putarbelit dan jaja nama Agong.


Dia dapat pusat untuk berkubu dan masih berdegil mahu adalah perarakan jalanan. Ini hanya memalukan Agong dan kerajaan.


Selain itu, Anwar naik besar kepala tidak mahu mohon permit polis dan anggap Bersih mengatasai undang-undang dan peraturan yang mana perlu diberi keistimewaan. Lagi memalukan Agiong dan kerajaan.


Kini Anwar berupaya melakukan rampasan kuasa ala rusuhan jalanan Mesir seperti yang dirancangkan. Dah baik-baik mereka akan tunduk dan hentikan perhimpunan, Tun Dol bukan saja membantu mereka untuk dapat berhimpun dan memalukan polis, kerajaan dan UMNO, mereka boleh lakukan lebih dari itu.


Adakah ini usaha Tun Dol untuk memalukan kerajaan? Adakah ini tindakan Tun Dol untuk balas dendam ke atas Najib yang enggan menerima Khairy masuk kabinet? Khairy pun membuat kenyataan yang memalukan dari expedisi Gaza mentakana dia akan bersama Bersih.


Kepala hotak budak undi pos. Dia ingat terer sangat dia di Rembau. Dia kena sedar dia bukan wakil rakyat tapi wakil pos. Dia menag atas saluran undi pos keapda kawasannya.


Berbalik kepada permintaan keapda Najib mahukan Khairy jadi Menteri, apa yang dia sumbang sebagai Ketua Pemuda. Pemuda lembab dan tidak bergerak bawah Khairy. Prestasi Khairy hancur. Macam mana nak kasi jadi Menteri?


Macam mana nak terima Khairy jika dia bersungguh-sungguh sudah katakan dia akan menjadi duri dalam daging untuk memastikan prestasi Najib lebih teruk dari Tun Dol semasa tahun 2008.


Nampak gayanya, Tun Dol mahu sabotaj agar UMNO dan BN Kalah teruk dalam PRU akan datang.


Bukan setakat itu saja sialnya Tun Dol, dia turut dikaitkan dengan tuduhan rasuah dalam salahlaku seorang bekas Penasihat Bank Negara yang dituduh menerima wang RM100,000 untuk mendapatkan projek bagi seorang ahli perniagaan.


Read more...

Friday, June 6, 2008

Sebagai BOS Rakyat pula sengasara...

Salam perjuangan...

Siapapun akan kecewa dengan kenaikan ini yang begitu mendadak dan dilihat dibuat dengan begitu terburu-buru... sekelip mata tanpa makluman awal atau hint terus pengumumuan di buat... "saya PLah PM selamanya dengan amat gembiranya menaikkan harga minyak Malaysia sbb kerajaan nak beli makanan... duit dah makin tak ada ni... faham2lah" sekian dari PM PLah.

Adakah kerajaan tidak merancang dnegan teliti dan melakukan kajian menyeluruh sebelum mengambil inisiatif ini. Dengarnya budak tingkat 4 yang "come out" dgn penyelesaian ini dan berhasil dengan keputusan tangkap muat perbincangan dan "brainstorm" kurang 2 minggu.

Mungkin sahabat akrab dan kroni-kroni PLah tak mengapa sbb masing2 dah kaya raya dan byk duit tp org susah dan miskin di pendalaman dan kampung2 apa citer? cukup ke dengan levi yg bakal diberi kerajaan tu? rasanya pembuat dasar dan pemikir PLah tak cukup bijak dan tak layak menjadi penasihat sbb rasanya di luar sana ada lagi bakat yg boleh memberikan cadangan penyelesaian lebih baik dan bernas...

Ada beberapa persoalan...

1. kenapa perlu tiba2 naik dgn tinggi dan mendadak... kenapa tidak berperingkat demi mengurangkan impak tekanan kepada rakyat.

2. kenapa umum tiba2 kenapa tak bagi saja tarikh kenaikan itu seminggu awal agar rakyat dapat merancang atau tak bagi tarikh tappi mention la bulan ke minggu bila nak naik.

3. Kerajaan tak ada duit sgt ke masa ni sampai tiba-tiba terpaksa buat begitu... atau income kerajaan sekarang tak begitu byk berbanding zaman TUN... tu yg tak boleh cover... yelah dasar dan perancangan ekonomi hancus... Dengar koridor-koridor yang PLah gila pi rasmi tu dpt jana berbilion-bilion Dollah ha mana duit tu??? guna lah untung cover subsidi minyak.

4. Zaman TUN kerajaan lebih rela melaksanakan pendekatan agar tekanan sebegini atau perkara yg bakal membebankan rakyat diserap dan ditanggung kerajaan tanpa rakyat merasa impak terus... kini kerajaan lebih rela rakyat sngsara dari menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya... setuju tak Penasihat2, Pemimpin2 dan PM kini kurang bijak dan bukan yg terbaik bagi memerintah negara??? TUKAR...

Kerajaan dan konco-konconya boleh jajalah statistik ke... data mana pun... yang penting harga minyak tetap naik... dan beban rakyat kini makin menigkat. Faham atau tak kenapa minyak naik hanya penyejuk hati seketika...namun sesuap nasi untuk isteri anak-anak tetap perlu dicari... itu yg sengsara sbb minyak oh minyak..

lagi satu kita bincang pasal "KUASA BELI" Kenapa zaman TDN dulu subsidi ini amat dititik beratkan... sbb perbezaan kuasa beli... katakan kita apung harga minyak negara ikut dunia contah harga minyak dunia 1.00 dollar dan di malaysia kita tukar dalam ringgit katakan RM 3.36. apakah kuasa beli RM 3.36 dapat menyamai kuasa beli USD 1.00. jawapannya TIDAK... dengan USD 1.00 kita mampu dapat barang lebih di US berbanding RM 3.36 di malaysia. so siapa yg lebih terbeban dengan kenaikan harga minyak kalau harga minyak di apungkan sama harga pasaran dunia di US atau Malaysia ... jawabnya Malaysialah... jadi subsidi minya masih relevan dan adalah satu keperluan Di Malaysia...

Sebagai kerajaan yang baik tidak perlu lah mengheret rakyat untuk menanggung bebanan dan kesengsaraan akibat harga minyak ini. Kita rakyat yang membayar cukai dan memilih kerajaan... PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan dibayar gaji dan ditanggung oleh duit pembayar cukai kami rakyat... kalau nak ikutkan rakyatlah BOS kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan sebab kami rakyat yang memenangkan PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan. Sebagai BOS, rakyat tidak mahu tahu jalan penyelesaian yang mesti ditanggung PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan yang pasti kita mahu keputusan... keputusan itu mestilah tidak membebankan rakyat selaku BOS... ada ke BOS kene menanggung kepayahan akibat ketidak cekapan org yang digajinya sebagai contoh PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... sebagai BOS kalau kita tidak puas hati kita boleh pecat atau buang je orang yg kita bayar gaji tapi tak boleh nak perform macam PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan ni...
Ingatan kepada PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan... kamu semua bukan apa hanya org yang bertuah dipilih untuk menjaga amanah rakyat... sbb rakyat bagi mandat masa PRU 12 dulu... jangan suka hati sgt, sbb bila-bila masa shj jawatan itu Allah mampu tarik... patutnya PM dan kabinetnya serta jentera kerajaan zuhud dan muhasabah diri dalam mentakbir negara tapi tidak dok sibuk kumpul harta dan ambil kesempatan dari jawatan yg dipegang... kesimpulan mudah... dari sakit hati dan nasib rakyat tak terbela baik kita bersatu kita TUKAR PEMIMPIN... itu saja jalan pemyelesaiannya... dan dapat memberi pengajaran bagi yg gila kuasa dan pangkat...

renung-renungkan selamat berjuang

Thursday, May 22, 2008

APA SUDAH JADI TUN DAN PAK LAH


HARAPKAN PAGAR, PAGAR MERUNTUHKAN BANGSA
AKRABNYA KETIKA ITU...
MELETAKKAN KEPERCAYAAN...

BAKAL PENGGANTI DEMI MASA DEPAN BANGSA...


MOGA MENERUSKAN KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN GEMILANG

AMANAH DAN KUASA DIWARISKAN DEMI MASA DEPAN NEGARA DAN GENERASI AKAN DATANG TERUS CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

INGIN BEBAS DARI BAYANGAN "BIG BOS" MELALUI KUASA YANG SUDAH DIPEROLEHI

RUPANYA AKRAB DULU... MEMBANTU MEMBEBASKAN ANCAMAN NO 1 NEGARA BAGI MEMBERI RUANG PENGKHIANATAN NEGARA BERLAKU SETERUSNYA MELAKSANAKAN AGENDANYA... ADAKAH INI KEBETULAN ATAU DIRANCANG ???

BUKAN LAGI AL-GHAZALI DAN AL-SHAFIE ATAU BUKA KITAB SUCI YANG DI CARI DAN DI IMPIKAN TAPI KEPENTINGAN KELUARGA DAN KRONI SERTA DUNIAWI YANG DICARI

KUMPULAN OXFORD, PENASIHAT DAN BUDAK TINGKAT EMPAT DIAMANAH MENTADBIR NEGARA... LANGSUNG MENJAHANAM NEGARA DENGAN KEPUTUSAN BUDAK MENTAH DAN SEWENANGNYA...

MENYEDARI KESILAPAN MELANTIK PENGGANTI TDM KEMBALI...HINGGA SANGGUP KELUAR UMNO DEMI BUKTIKANKESUNGGUHAN
RAKYAT PROTES DAN MENOLAK BN DI SEBABKAN KESILAPAN TADBIR URUS, DASAR DAN KEPUTUSAN PAK LAH YANG MERUGIKAN NEGARA SEBALIKNYA HANYA MENGUNTUNGKAN KRONI DAN KELUARGA...

LEBIH SAYANG UMNO DAN NEGARA DARI PADA PAK LAH MESSAGE TERBUKA APAKAH PAK LAH TIDAK MELIHATNYA LAGI

RAKYAT SUDAH MEMBUKTIKAN DALAM PRU 12 PROTES DAN TOLAK KEPIMPINAN PAK LAH.... MELAYU DAN UMNO MAKIN LEMAH... APA TUNGGU LAGI







Tuesday, April 22, 2008

Kelulusan Sijil Halal Bertukar Tangan (HDC)

Salam perjuangan...

Dengar-dengar dan dah betul dah sijil halal kini dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC). Menurut maklumat yg tak sedap di dengar, langkah ini ditentang pelbagai pihak termasuk oleh Datuk Zahid Hamidi (Menteri JPM) dan Dato' Wan (pengarah JAKIM) serta byk pihak lain. Pihak luar juga termasuk negara islam lain juga kurang setuju kerana meragui kredibiliti... sbb bab agama yang telah di koporat kan. Namun Pak Lah tetap dgn pendiriannya mengkoporatkan bab "HALAL" bagi meningkatkan keefisyenannya.

Kakitangan JAKIM di bahagian pensijilan halal juga secara paksa rela terpaksa berkhidmat kini kepada HDC. Kebenarannya HDC cantik di atas kertas sahaja tapi realiti company tu masih tiada apa-apa selain mengharapkan struktur jentera JAKIM. Company ini juga tiada individi berkredibiliti dalam bidang agama yg bersama mereka...

Salah satu sebab juga tak puas hati dengarnya Mr. Oxford menjadi master mind dibelakang tabir dan individu berkuasa di HDC. Nama dia sah-sah tak masuklah sbb takut jadi skandal terbaru namun yg jelas Pak Lah mahu Mr. Oxford memantau menyelia dan mengurus tadbir dari belakang HDC ini.

layari http://www.hdcglobal.com/v3/

Laman ini pun masih underconstruction kebanyakannya pada 22 April ini.

Lagi satu perhatikan pada team management HDC (jgn tengok betul-betul HARAM)http://www.hdcglobal.com/v3/aboutHDC/management.htm kata nak meluluskan sijil halal barang makanan ummat Islam, namun kaum hawa kat HDC ini pun masih belum dapat meng"HALAL"kan diri mereka dengan menutup aurat dengan bertudung. Dekat situ shj dah ada unsur keraguan berkaitan pensijilan halal ini... benda basic pun tak dapat buat inikan benda yglebih besar dalam memutuskan HALAL atau HARAM makanan bagi ummat Sslam. Satu lagi nanti kerap ustaz, mufti dan ulama kang terkhilaf pulak membuat keputusan akibat melihatkan keseksian team pentadbiran syarikat meluluskan "HALAL" ni.

Tahniah Pak Lah... satu lagi projek yang membanggakan dari Pak Lah n Kroni dengan kerja sama Alunni Oxford demi negara dan rakyat Malaysia. Semoga selamat makmur negara Malaysia ini... amin

Friday, March 14, 2008

Pak Lah Apa Cerita??? Presiden UMNO syok sendiri...

Saya tidak akan letak jawatan - Abdullah09/03/2008 6:54pm

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan. — BERNAMA.

PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan

Oleh Zulkiflee Bakar, Fauziah Arof dan Helmi Mohd. Foad

SOKONGAN... Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat kepada para penyokong Barisan Nasional di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. – Gambar Zaki Amiruddin.

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.
Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Perdana Menteri berkata, walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya itu, namun BN tidak kalah.
“Oleh itu, sebagai ketua parti, esok pukul 11 pagi saya akan mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri) di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil disambut laungan Hidup Pak Lah! Hidup BN! oleh para penyokong BN yang berada di Seri Perdana.

Abdullah menegaskan, beliau mengetahui ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan, katanya penyokong-penyokongnya di Kepala Batas menangis dan ingin datang ke Putrajaya untuk berjumpa dengan beliau.

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” katanya sambil bertanya kepada hadirin adakah beliau kelihatan sakit.

Sambil menyifatkan sokongan yang diterimanya hari ini memberikan semangat kepada beliau, Abdullah berjanji akan berusaha mengukuh dan menguatkan BN dan UMNO bagi membolehkan parti itu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto demi mewujudkan negara yang Selamat, Aman dan Makmur.

‘‘Kehadiran saudara-saudari memberikan saya semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini kerana agenda kita belum habis lagi. Saya hendak pastikan rakyat bahagia dalam negara kita ini,” katanya.

Sehubungan itu, Pengerusi BN itu meminta ahli-ahli komponen parti berkenaan tetap teguh, kuat dan terus bersemangat serta menyokong parti berkenaan.

‘‘Terima kasih dengan sokongan yang diberikan kepada saya dan saya tidak akan mengecewakan saudara-saudari semua.

“Saya mahu saudara-saudari sekalian menjadi tenaga untuk perpaduan, tenaga untuk menyatukan ahli-ahli dalam parti kita, tenaga untuk memberi kekuatan.

“Ia akan menjadi tenaga untuk segala perjuangan dan usaha-usaha kita bagi membolehkan parti kita lebih teguh dan menjadikan kerajaan kita lebih berjaya pada masa depan dengan melaksanakan apa yang terbaik,” katanya.

Abdullah kemudian mengakhiri pertemuan itu dengan melaungkan slogan Hidup UMNO! Hidup Barisan! dan bersama-sama hadirin menyanyikan lagu Barisan Kita serta membaca surah Al-Fatihah.

Di Kuala Lumpur sebelum itu, Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Jalan Tun Razak bagi membincangkan usaha membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 2008.

Kehilangan

Kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri menjadi bualan apabila BN kehilangan majoriti dua pertiga selepas hanya mampu memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum itu.

Malah, parti komponen itu turut kehilangan kuasa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor serta gagal merampas Kelantan.

Keseluruhannya BN kehilangan 58 kerusi Parlimen kepada parti pembangkang berbanding keputusan pilihan raya umum 2004. Pada tahun itu, BN menang 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Beberapa menteri kanan Abdullah turut kecundang dalam pilihan raya 2008 yang dianggap paling buruk dalam sejarah BN sejak 1969 dan disifatkan sebagai tsunami politik.

Mereka yang tewas ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu; Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsudin. Turut tewas ialah 10 timbalan menteri.

Di Pulau Pinang, BN bukan sahaja gagal mempertahankan negeri itu malah Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut kecundang di Parlimen Batu Kawan.

PM Abdullah perlu bertanggung jawab penuh dan berundur


Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) yang tamat pada petang Sabtu 8 Mac 2008 melihatkan prestasi buruk parti memerintah Barisan Nasional (BN) semenjak Parti Perikatan menghadapi Pilihanraya Umum pertamanya, 1955. BN telah kehilangan empat Kerajaan Negeri disamping Kelantan, yang telah pun diperintah PAS semenjak 1990 dan hampir keseluruhan kerusi Parlimen di Kuala Lumpur tumbang ke parti Pembangkang.

Jika diperhalusi keputusan PRU 12 ini, BN hanya mampu mempertahankan 140 kerusi dari 222 kerusi dalam Dewan Rakyat dan 307 kerusi DUN dari 505 yang dipertandingkan. Walaupun mampu mengekalkan lapan Kerajaan Negeri (Perlis, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka), namun begitu dua daripadanya gagal mendapat 2/3 majoriti.

Kerusi kerusi yang dimenangi di Johor pun memperlihatkan majoriti undi yang menurun, satu negeri dimana BN berbangga dengan penguasaan 100% dalam PRU yang lepas lepas, termasuk PRU 10 November 1999.

PRU 12 kali ini menampakan bukan sahaja pengundi pengundi Bukan Melayu tidak mengundi parti parti komponen BN, malah jelas bahawa terdapat pengundi pengundi Melayu sendiri yang mengundi parti seperti DAP, walaupun parti ini disifatkan sebagai ‘anti Melayu’ dan ‘tali barut’ PAP diMalaysia. Ini merupakan pengalihan sikap pengundi.

Akibatnya begitu strategik. Bukan sahaja parti chauvinis Cina DAP dapat menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang, parti PKR yang sebelum ini disifatkan “hampir terkubur”, terutama selepas kekalahan Pembangkang ditiga Pilihanraya Kecil sebelum ini berjaya meraih luar jangkaan 31 kerusi Dewan Rakyat. PAS berjaya menubuhkan Kerajaan diKedah dan berkemungkinan besar akan menjadi Menteri Besar ke III mereka diPerak.


UMNO mampu mengekalkan 79 dari 117 kerusi yang dipertandingi manakala parti parti komponen MCA, MIC dan Gerakan hanya ditingalkan dengan 15, 3 dan 2 kerusi sahaja. Di Sarawak, PBB berjaya meraih 14 kerusi mewakili warga Bumiputra negeri itu. Sebaliknya, PKR meraih 31 kerusi, DAP meraih 28 kerusi dan PAS meraih 23 kerusi. Sebagai kontrast, pada PRU Mac 2004, mereka hanya mempunyai 1, 12 dan 6 kerusi sahaja. Ini merupakan peningkatan 3100%, 233% dan 383%!

Ini merupakan kejutan besar dan perubahan ini disifatkan media sebagai “Tsunami politik”. Sekarang ini, sejarah politik Malaysia berubah landskap dan kali pertama, Senator mewakili PKR dan DAP akan dilantik kedalam Dewan Negara.

Sekarang masa untuk muhasabah diri. Dimana sebenarnya kesilapan utama BN sehingga mengalami prestasi paling buruk diproses peti undi. Pada PRU 11 empat tahun lalu, BN dengan bangganya mendapat 199 kerusi dari 219 kerusi Dewan Rakyat. Kali ini, BN hanya mampu mengekalkan 140 kerusi sahaja. Ini pengurangan 29.65%, dalam tempoh satu penggal sahaja. Jelas, ketirisan keyakinan ini adalah dasar dasar yang diperkenalkan, perlaksanaan dasar dan isu isu seperti kenaikan kos hidup, peluang aktiviti ekonomi runcitan yang menurun dan skandal skandal melibatkan beberapa pemimpin politik yang begitu hebat diperkatakan.

Persoalan sekarang, apakah dan bilakah Kepimpinan sanggup memikul kepertanggung jawaban kekalahan buruk BN di lima + satu negeri dan rata rata prestasi buruk BN seluruh Negara?
Ramai orang dan banyak suara berpendapat Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar menerima kepertanggung jawaban ini sebagai Pemimpin dan opsyen yang terbaik dan paling terhormat ialah berundur. Mantan Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri untuk lebih 22 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad sesungguhnya berpendapat demikian. Beliau menegaskan sebagai seorang pemimpin, PM Abdullah perlu bertanggung jawab atas kekalahan ini dan melepaskan kuasa kepada pemimpin lain, agar keyakinan rakyat kepada BN dikembalikan. Ini amat penting kerana dasar dasar pembangunan perlu diteruskan dan tanpa 2/3 majoriti dalam Parlimen, undang undang yang menjurus kepada pembangunan akan lebih sukar diluluskan.

Dipetik dari Utusan Malaysia:
Abdullah perlu pikul tanggungjawab kekalahan - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 9 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.
“Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, seperti kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu.

“Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus.
Beliau telah memusnahkan UMNO, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.

Dr. Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

“Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri,” katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr. Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa di sebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

“Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka,” katanya.

Kepada soalan lain, Dr. Mahathir berkata, bagaimanapun terserah kepada UMNO untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.

“Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara,” katanya.

Dr. Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

******************************************************

Namun begitu, begitu ramai sedang menderita kerana sindrom ‘Tidak sanggup menerima kenyataan’ (State of denial). Ini begitu jelas apabila pemimpin pemimpin tertinggi menyatakan dengan lantang sokongan padu mereka kepada Kepimpinan PM Abdullah sedangkan rata rata akar umbi menyatakan sebaliknya, sebagaimana ditafsir mudah dari keputusan mengejutkan PRU 12 ini. Jika dianalisa dan perhalusi, orang orang Melayu hari ini bukan sahaja sanggup mengundi Pembangkang seperti PAS dan PKR, malah ada yang tergamak mengundi DAP. Ini termasuk ahli ahli UMNO sendiri.

Malangnya, awal awal lagi PM Abdullah dengan angkuhnya menafikan segala cakap cakap beliau akan meletakan jawatan. Beberapa pemimpin pemimpin UMNO sendiri telah membai’ah kepada Kepimpinan PM Abdullah agar meneruskan memimpin BN dan Kerajaan, walaupun ‘hampir pincang’ dan tidak diserahkan kepada orang lain.

Dipetik dari Utusan Malaysia, Isnin 10 Mac 2008:


PM tak letak jawatan — * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan
Oleh Zulkiflee Bakar, Fauziah Arof dan Helmi Mohd. Foad

SOKONGAN… Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanat kepada para penyokong Barisan Nasional di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi. – Gambar Zaki Amiruddin.

PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam.Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Perdana Menteri berkata, walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya itu, namun BN tidak kalah.

“Oleh itu, sebagai ketua parti, esok pukul 11 pagi saya akan mengangkat sumpah (sebagai Perdana Menteri) di hadapan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil disambut laungan Hidup Pak Lah! Hidup BN! oleh para penyokong BN yang berada di Seri Perdana.

Abdullah menegaskan, beliau mengetahui ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan beliau meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan, katanya penyokong-penyokongnya di Kepala Batas menangis dan ingin datang ke Putrajaya untuk berjumpa dengan beliau.

“Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah S.W.T.,” katanya sambil bertanya kepada hadirin adakah beliau kelihatan sakit.Sambil menyifatkan sokongan yang diterimanya hari ini memberikan semangat kepada beliau, Abdullah berjanji akan berusaha mengukuh dan menguatkan BN dan UMNO bagi membolehkan parti itu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto demi mewujudkan negara yang Selamat, Aman dan Makmur.

********************************************************

Jelas semenjak empat tahun ini, “Tradisi membela rakyat” dan “Selamat, Aman, Makmur” merupakan satu cliche’ yang tidak lagi diyakini, malah dimomok rata rata rakyat Malaysia. PM Abdullah wajar menerima iktibar yang ditujukan kiasan oleh dua rakan kongsi kanan perkongsian kuasa Kerajaan BN iaitu Dato’ Seri Ong Ka Ting dan Dato’ Seri Dr. Lim Kheng Yaik. Juga gesaan (dalam bentuk rayuan) Dato’ Mukhriz Mahathir, agar “mesej rakyat yang ditafsirkan sebegitu jelas” itu di’dengari dan teliti’ dan “Melakukan terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN”.

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia kembali kepada BN, sesuai dengan slogan “Tradisi membela rakyat” dan yang terbaru “Selamat, Aman, Makmur”,PM Abdullah Ahmad Badawi perlu berundur dan meletakan semua jawatan termasuk kedudukan politik dan parti, serta merta.

Inilah yang opsyen terbaik untuk UMNO, orang orang Melayu, BN dan Malaysia. Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak wajar mengambil tempat sebagai Pemangku Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia. Malaysia dan Kerajaan Persekutuan amat perlu kepada perubahan drastik dan strategik ini, agar rakyat Malaysia rata akan kembali yakin kepada BN untuk meneruskan pembangunan Negara pada PRU 13, dijangkakan empat tahun lagi.

Jelas prestasi PM Abdullah jauh sekali dari “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. “Mari bekerja bersama saya” bukanlah satu yang rakyat Malaysia boleh terima lagi, dari keputusan PRU 12 ini. Jika benar sebagaimana ungkapan PM Abdullah sebagai “I have big ears!” dan semasa sidang akhbar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia “I am not that stubborn!“, maka beliau wajar dengar dan akur kepada ‘mesej jelas rakyat Malaysia’ pada PRU 12, Sabtu 8 Mac 2008.

Jangan jadi seperti Adolf Hitler, yang enggan menerima bahawa Jerman telah kalah dan tentera berikat makin lama makin hampir kepada Berlin sehingga beliau membunuh diri selepas tentera Soviet sudah mara ke kota Nazi itu, sedangkan separuh Jerman sudah hancur dibedil tentera berikat dan rakyat sudah pun menderita. Ambil iktibar Maharaja Hirohito yang sanggup menyerah kalah dan diaibkan dari kedudukan ’separa Tuhan’ (semi devine) itu apabila tentera berikat mengebom kotaraya Hiroshima dan Nagasaki atau Napolean Bonaparte apabila dikalahkan Duke of Wellington dengan bantuan Blucher di Waterloo, Belgium, tanpa membiarkan Perancis dirakusi penjajah.

Tiada untungnya menang sorak, kampung tergadai.
Allah selamatkan Malaysia

DRAF PETISYEN KEPADA PAK LAH

:Posted on Wednesday, March 12 @ 01:29:23 MYT Topic: Satu Gambar Seribu Bicara

PETISYEN:

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.” Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:
a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggib.
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:
a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura.
c.Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapurad. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan:
a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:
a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.
b. membenarkan "media bashing" terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.
c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgitd. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involved” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.
e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.
f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO
a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.
b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.
c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.
d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Malahan tindakan membenarkan Khairy menggunakan pengaruhnya dalam pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO menyebabkan beliau diejek (boo) selepas diumumkan menang tanpa bertanding. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan pemilihan Khairy sebagai calon Parlimen Rembau.
e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.
f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.
g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”
h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.

9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO.

Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat. Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.

Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. ATAU

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan. Sekian, terima kasih.

Note:
Atas permintaan dan cadangan ramai berikut ialah draf petisyen yang akan diedarkan kepada Ahli UMNO secara online dan bercetak. Sebarang cadangan dan pertanyaan boleh hubungi demokrasimalaysia@yahoo.com atau para pentadir laman ini. Dicadangan juga petisyen ini hanya terbuka kepada Ahli UMNO. Nama sebenar dan nombor keahlian serta nombor telefon akan diperlukan bagi membolehkan petisyen ini dianggap sah dan relevan. (Tidak perlu tulis butiran di dalam komen ini kerana ia hanya diperlukan setelah dilancarkan secara rasmi.) VERSI KEMASKINI 12/03/08:1.28PM)

Thursday, March 13, 2008

Abdullah Hj Ahmad masih tidak berubah



Petikan Dari Sang Kelembai:


Kami tidak kata bahawa saya di sana dan saya hanya bercakap untuk orang Melayu (dan) saya tidak mahu bercakap untuk orang lain.

Saya telah katakan bahawa saya Perdana Menteri untuk semua dan saya tetap dengan pendirian itu, katanya.Petikan : Utusan Malaysia 11hb Mac 2008.

Berdasarkan kenyataan itu "Saya Perdana Menteri" oleh Abdullah Hj Ahmad maka jelaslah bahawa sebaik sahaja beliau di lantik semula sebagai Perdana Menteri dan mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya dia masih tidak berubah, malah masih angkuh dan sombong yang berterusan dan menunjukkan kebingungannya walhal semua tahu bahawa dalam Perhimpunan Agung UMNO di selalu menyebut slogan “Hidup Melayu”. Bukankah itu satu bentuk perjuangan untuk Melayu atau mungkin memperalatkan Melayu tetapi yang untung adalah Patrick Lim serta kuncu-kuncu anak dan menantunya yang sebilangan besar bukan Melayu dan sebenarnya perkataan Hidup Melayu tidak pernah disebut oleh mana-mana Perdana Menterinya sebelumnya.Rakyat hari ini telah menyaksikan bagaimana gilanya dia hendak dilantik menjadi Perdana Menteri dengan mengetepikan satu peraturan melantik seorang Perdana Menteri bila dia sendiri menyampaikan kepada Yang Di Pertuan Agong sehingga KSN - Ketua Setiausaha Negara tidak berperanan sebagai pegawai yang sepatutnya menjadi perantaraan bagi melantik Perdana Menteri dan mengumumkan perkenan Yang Di Pertuan Agung mengenai pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan majlis menghadap bagi tujuan mengangkat sumpah.

Persoalan besar kenapa BN-Barisan Nasional kalah begitu teruk sehingga terlepas bukan lima negeri malah enam negeri jika di ikut konsep majoriti bila Wilayah Persekutuan dikuasai oleh pembangkang 10 dari 13 kerusi yang di pertandingkan.Rakyat nampaknya mengikut fenomena yang pernah wujud dalam tahun 1969. Bila rakyat yang baru 12 tahun mengecap udara kemerdekaan dan yang memperjuangkan itu adalah UMNO tetapi apabila menyentuh soal kepentingan rakyat, pemilih atau pengundi mengetepikan jasa dan sumbangan UMNO dan Perikatan tetapi sungguhpun tidak menafikan sumbangannya.

Apakah sebab para pengundi bertindak sehingga menafikan 2/3 kekuatan Perikatan jika tidak dia bantu oleh ahli Parlimen Sabah dan Sarawak? Sebabnya ialah, selepas beberapa tindakan yang dilakukan oleh Tunku Abd Rahman dalam beberapa isu semasa yang melibatkan orang Melayu dan keputusan mengeluarkan Singapura dari Malaysia serta dari segi orang bukan Melayu ialah soal kedudukan tanah yang diduduki dan gaji kaum buruh termasuk pekerja ladang.Dan yang terpenting ialah persetujuan Tunku Abd Rahman meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan kepada Tun Abd Razak setelah didesak oleh MKT - Majlis Kerja Tertinggi UMNO (sebutan masa itu) menjelang PRU ke 3 itu.

Tetapi apabila tibanya masanya, Tunku bertukar pendirian bila bertanding semula di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Dan soal Tunku sudah bersetuju berhenti menjadi Perdana Menteri itu telah tersebar dikalangkan orang-orang awam. Di sini segalanya bermula kekalahan teruk Perikatan di tahun 1969.Hari ini isunya sama, walau pun MT- Majlis Tertinggi UMNO menyokong penuh dan tidak pernah menyebut atau mendesak meletakan jawatan Perdana Menteri kepada Abdullah Hj Ahmad walau pun semua orang UMNO tahu dan sudah menjadi tidak rahsia lagi bagaimana garang Annuar Musa dari Kelantan meminta Dr Mahathir Mohamad meletakan jawatan Perdana Menteri selepas prestasi BN merosot selepas PRU ke 10 dan menikus di zaman Abdullah Hj Ahmad kerana melindungi beberapa kes rasuahnya yang ditahan pendakwaan oleh Abdullah Hj Ahmad.Begitu juga isu pembatalan jambatan baru ke Singapura, kenaikan harga barang walau rakyat ditipu dengan kenaikan gaji tetapi terdapat berjuta kaum buruh dalam sektor swasta masih gaji di tahap lama dan Abdulah Hj Ahmad tidak melayan gaji minima yang diperjuangkan kaum buruh dan banyak wang negara untuk dibelanjakan dicurah kepentingan perniagaan anak, menantu dan kroni.

Maknanya isu tahun 2008 sama dengan tahun 1969 kenapa UMNO tidak belajar darinya, atau semua orang UMNO tidur sama dengan Abdullah Hj Ahmad yang terkenal dengan tidurnya.Dan adalah tidak benar bahawa apa yang dikatakan oleh Johari Baharom seorang bekas guru jasmani yang dilantik menjadi Timbalan Menteri kerana jasa mengalahkan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai perwakilan UMNO di Kubang Pasu dalam TV 3 bahawa selepas PRU Ke 10, UMNO tidak mendesak Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan yang berbeza dahulu gesaan peletakan jawatan itu dibuat oleh Menteri-menteri atau Menteri Besar yang bermasalah yang di Ketuai oleh Shahidan Kassim dan Khalil Yaakob tetapi hari ini oleh akar umbi.

Kekalahan BN banyak faktornya dan jika hendak mengkaji sebab-sebabnya, Abdullah Hj Ahmad yang suka memecahkan masalah dengan menyerahkan orang lain menyelesaikan dan yang dia tahu hanya membuat Suruhanjaya Diraja, elok benar diwujudkan satu Suruhanjaya Di Raja membuat siasatan dalam ketelusan SPR-Suruhanjaya Pilihan Raya atau Suruhanjaya Bebas menyiasat kekalahan BN dan di mana akan sendirinya akan menjelaskan kenapa.Bagi mereka yang ada asas sains politik, mereka tidak ada apa-apa yang menghairankan akan kekalahan BN dan UMNO itu kerana dengan keputusan yang ada membuktikan bahawa BN sudah gagal dalam manifestonya yang bertemakan Cemerlang Gemilang dan Terbilang yang dibawa oleh Abdullah Hj Ahmad dalam PRU ke 11 dan ditukarkan ke slogan yang pernah digunakan dalam tahun PRU ke 5 yang berbunyi “Keselamatan Keamanan Dan Kemakmuran, ini memberi pengertian bahawa pemikir yang berdamping dengan Abdullah Hj Ahmad seorang yang ketandusan ide dan pemikiran basi seperti ide Pembangunan Koridor yang menjadi ejekan yang dikenali dengan nama Pembangunan Kaki lima.

Dari malam kekalahan BN hingga ke Mesyuarat MT UMNO dan BN jelaslah bahawa Abdullah Hj Ahmad masih bersikap sombong, angkuh dan mental “disorder”. Kesimpulannya bahawa Malaysia walau mempunyai ramai intelek yang dikira cerdik pandai tetapi berada di dalam gua dan tidak pernah melihat cahaya seperti yang berlaku dalam siri ISU terbitan RTM, di mana seorang ahli panel mempertikaikan kemampuan Parti Pembangkang untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya.Nak kata bodoh kepada ahli panel keterlaluan, bukankah dengan kemenangan Parti Pembangkang menafikan 2/3 di Parlimen dan enam negeri akan menyukarkan kenaikan harga barang kerana akan mengakibatkan BN akan tidak popular dan hilang dari peta parti politik di PRU mendatang.

Bukan itu satu cara berjayanya Parti Pembangkang kalau tidak dapat menurunkan harga minyak melalui kuasa politik terhadnya sekurangnya menahan kenaikan harga melampau untuk kepentingan kapitalis yang didukung oleh UMNO dan BN.Bagaimana pun Abdullah Hj Ahmad tidak akan berubah, walau pun dia mendapat sokongan tidak melebihi 100 orang pemimpin UMNO dan BN tetapi ada 26 juta menolaknya, Jom kita bungkus UMNO dan BN dengan kertas belacan sama seperti Tajul Rosli Ghazali yang takut bini itu bagi duit dengan pemimpin UMNO Perak yang dibungkus dengan surat khabar yang dikenali dengan nama duit belacan pada PRU yang ke 13 yang akan menjadi nombor sial kepada Abdullah Hj Ahmad dan UMNO.

Pak Lah Oh Pak Lah

Semoga Pak Lah Serius Dan Tidak lena Lagi...
Jangan dengar sangat penasihat yg berada dikeliling mu...
yang sentiasa membawa perkabaran baik... membohongi dirimu
bukalah mata... usah tidur lagi...
demi agama bangsa dan negara...
Pak Lah oh Pak Lah...
Kawan yg baik bukan sahaja menyampaikan perkabaran gembira
tetapi juga perkabaran buruk dan menegur sahabatnya...
mungkin Pak Lah dah lupa pada sahabat-sahabat...
Yang bersama susah dahulu...
kini hatimu hanya teringat pada kaum kerabat sahaja...
yang mengumpul kesenangan...
bangunlah pak lah..
Pak Lah Oh Pak Lah
Jagalah dirimu...
Jadilah Imej pemimpin Islam sebenar...
bimbing lah keluarga mu
sebelum engkau boleh membimbing negara
Pak Lah Oh Pak Lah

Lembutnya... ermmm

Sempat Ni,Belum Ambik Gambar Lagi...

Ermmm... apalah hang cerita pasal perjuangan nie.... mengantuk....


Tiba-tiba pening ni... ermmm kene tidur kejap

Ermmm... Projek... Koridor... Masyuk nanti....

Cantik Isteri Hang Pakai Tudung.... Anak, Menantu, Isteri Aku Moden Sikit....

Amin... ermm.... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

zzzzzzzz..... zzzzzzzzz.... Sejuk ermmm... zzzzzz

Ermmm... mendayu-dayu... buat aku terti.... zzzzzzzz

Khir aku tido abis ko kejut... hang jgn tido...


Ermmm Barisan Nasional Banyak kalah Takpa Tido Dulu.....


Monday, March 10, 2008

Ada Apa Abdullah Badawi

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja jadi PM terus tangguh beberapa projek yang telah diluluskan oleh kabinet yang beliau anggotai?
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja naik membenarkan penjualan Pantai Holdings kepada Parkway Singapura?
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM terus melantik Kalimullah bermaharajalela di NSTP.
Apa ada pada Abdullah Badawi bila sahaja menjadi PM, banyak editor Melayu NST tertendang keluar.
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, anak menantu sudah tunjuk taring?
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, RMK 9 penuh kecelaruan.
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, lain di mulut lain yang dibuat.
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, mengaku ini "Idea Saya."
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, bekas PM dihina dan dicerca.Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, menantu jadi hantu.
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, Proton makin banyak rugi
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, AP bersepah milik Hanif dan Aziz
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, buang Ketua Bahagian yang menang bertanding.
Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, sudah pandai panggil orang Iblis
Apa ada pada Abdullah Badawi? tarak apa-apa pun.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.