Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Friday, October 15, 2010

UTUSAN : PILIHANRAYA UMUM 2011

Salam Perjuangan

Bab Pilihanraya Umum 13 ni berat sikit... apapun penulis rasa kerajaan cukup bijak bagi memanfaatkan ruang yang ada disamping analisis trend sokongan pengundi sebelum memutuskan bagi mengadakan Pilihanraya umum. Apapun kerajajaan ada 2-3 tahun lagi untuk terus berkuasa dan tiada sebab yang mendesak bagi mengadakan Pilihanraya umum pada tahun hadapan... kalau Pilihanraya negeri mungkinlah he he he di sarawak.

Apapun penulis yakin isu ini akan di lolongkan dan diputar belit Pembangkang bagi menarik simpati serta mengalih tumpuan terhadap isu yang dihadapi keseluruhan organisasi Pakatan Rakyat... seperti KES Anwar Ibrahim liwat, pemilihan huru hara menggunakan hukum rimba dalam pemilihan PKR, kegagalan mentadbir dinegeri Pakatan Rakyat dan isu penipuan terhadap rakyat dari isu duit judi halal hinggalah projek ladang rakyat... semua ini merosakkan imej mereka dan mereka perlu mengalihkan perhatian rakyat dengan terus menerus menghentam kerajaan.
Percayalah... apa saja yang kerajaan lakukan walaupun usaha itu baik dan demi kebajikan rakyat akan terus di cop dan dikatakan "gulu-gula" atau "rasuah" pilihanraya... itulah ciri ciri munafik dan tidak ikhlas mereka... kalau mereka buat halal tapi kalau org lain macam-macam tuduhan dan fitnah dijaja mereka... Apapun bagi penulis tanya dulu mereka yang dekat dengan "ThinkTank" politik PM mana tau terbocor rahsia he he he... jagan ISA penulis ya he he...

Tapi apa yang pasti akan terdapat komen bangsat! daripada pemimpin pakatan rakayat. Berikut ramalan penulis dan rakan-rakan blogger he he he ... Komen-komen yang bernas adalah seperti dibawah:

1.Bajet nih tak ada apa yang baru.

2.Bajet ni untuk gula-gulakan rakyat terutamanya bg menghadapi PRK Galas dan Batu Sapi

3. PM Najib tak solat Asar dan kununnya tak kusyuk solat Jumaat sebelumnya.

4.Bajet nih lebih mementingkan golongan kaya dan meminggirkan orang miskin

5. Kalau penjawat awam Persekutuan tak der bonus atau bayaran insentif, kerajaan fuckatan di Penang,Selangor, Kelantan dan Kedah akan bagi bonus kepada kakitangan awam negeri bg menunjukkan mereka lebih baik dari kerajaan BN

6.kerajaan tipu fakta terutamanya indeks FDI, indeks persaingan global dan indeks jenayah

7.Kerajaan sengaja tak turun harga barang keperluan meskipun harga minyak turun dan RM makin kukuh. Sebaliknya menggunakan wang lebihan utk projek kroni dan PRU 13.

8. Projek besar-besar diumumkan ni sure untuk mark-up bagi peruntukan BN PRU 13 nanti...

KALAU ADA LAGI BUBOH DI RUANG KOMEN HE HE HE....


UTUSAN 15/10.2010 : Penangguhan GST gambaran pilihan raya tahun depan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Keputusan penangguhan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seolah-olah mengesahkan kemungkinan kerajaan akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 2011.

OSK Research dalam nota penyelidikan meramalkan Pilihan Raya Umum akan diadakan pada separuh kedua 2011 selepas pilihan raya Negeri Sarawak pada awal tahun depan.

Selain isu GST, firma penyelidikan itu turut meramalkan pengurangan subsidi dan kenaikan tarif akan ditangguhkan sehingga pilihan raya berakhir.

''Keputusan tersebut mengambil kira sensitiviti politik berhubung pelaksanaan GST,'' katanya.

OSK Research berkata, ramalan berhubung pilihan raya itu dibuat selepas mengambil kira berita-berita positif yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur, sentimen pasaran yang dijangka meningkat pada separuh pertama 2011.

Sementara itu AmResearch tidak menolak kemungkinan kerajaan akan memperkenalkan GST pada tahun depan, setelah mendapat bantahan kuat daripada orang ramai.

''Tahun depan mungkin waktu terbaik kerana persekitaran ekonomi dijangka lebih stabil dan kondusif,'' katanya.

Menurut AmResearch, GST menerima banyak bantahan disebabkan kebanyakan orang masih belum mengetahui maklumat GST secukupnya.

Semalam, Kementerian Kewangan dalam kenyataan akhbarnya berkata, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaannya.

Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik, kata kementerian itu.

Bagaimanapun, ia berkata, kerajaan menyedari akan kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Kerajaan kali pertama mengumumkan cadangan pelaksanaan cukai GST sebanyak empat peratus pada bacaan kali pertama di Parlimen pada 16 Disember 2009.

Namun, Rang Undang-Undang GST yang dijadualkan dibentangkan buat kali kedua di Parlimen pada Mac 2010 untuk pelaksanaan cukai tersebut menjelang suku ketiga 2011 ditangguhkan.

Pelaksanaan GST dicadangkan bertujuan untuk mengurangkan defisit bajet daripada tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2009 kepada 5.4 peratus pada tahun depan.


MALAYSIA KINI - BN siap sedia hadapi p'raya mengejut, kata Anwar

Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Katanya, adalah jelas kerajaan BN tidak memikirkan kesannya ke atas rakyat apabila membentangkannya tahun lalu.

Menurut Anwar, kerajaan “takut” kerana tidak mampu menangani asakan oleh Pakatan Rakyat yang berpendapat cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"BN kini terdesak menjelang pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi. GST bukan rang undang-undang yang dirangka dengan baik dan penangguhan kali ini adalah kerana pilihan raya kecil dan kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut,” katanya,

Semalam, kementerian kewangan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST.

Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu.

"Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu.

Friday, March 7, 2008

Bangganya Aku Pangkah PAS


Andainya Pas menang PRU-12 kali ini, aku pasti individu yang bertuah dan dengan bangganya bercerita pada kawan-kawan aku, PAS menang sebab undi aku. Buat pengetahuan umum, akulah individu yang berusaha siang malam, hujan dan panas untuk pastikan Parti Angan-angan Saja menang.Jadi, wajiblah aku mendabik dada dan berbangga diri kerana disebabkan usaha aku maka rakyat Kelantan dapat melihat PAS membawa kemajuan yang tidak terhingga terhadap AGAMA dan BANGSAku.Bangga sungguh aku bila melihat :-

1) Pemimpin aku berjaya memperdaya dan menghasut rakan-rakanku supaya mengikut sahaja apa yang disampaikan kerana penyampaian pemimpin aku berdasarkan al-Quran dan hadis Islam sebenar walaupun mereka tahu mereka sebenarnya sudah terpesong jauh.

2) Akibatnya kehidupan rakan-rakanku porak-peranda daripada berakhlak mulia dan menurut perintah Tuhan kepada berakhlak serupa haiwan melampaui hukum Tuhan.

3) Bangga aku melihat pemimpin aku berTOPENGkan jubah dan serban sedangkan aku tahu niat mereka hanya untuk mengaburi mata saudara-saudaraku.

4) Bangga aku melihat pemimpin aku MEMPERMAINKAN ayat al-Quran dan MEMPERSENDAKAN sunnah demi mengejar kemenangan sehingga memperdayakan saudara-saudaraku dengan mengatakan 'mengumpat itu bukan dosa'

5) Bangga aku melihat rakan-rakanku yang terpelajar berada no.1 dalam carta PENGANGGURAN disebabkan tiada pembangunan disediakan sejak Parti pujaan aku memerintah Kelantan.

6) Bangga aku melihat anak-anak sebangsa aku berada no.1 dalam carta RUSUHAN JALANAN.

7) Bangga aku melihat para pemimpin aku berada no.1 dalam carta PENIPU-PENIPU BESAR terkenal di dunia.

8) Bangga aku melihat para pemimpin aku amat senang MENGHASUT anak-anak melayu sehingga terabai kebajikan diri sendiri.

9)Bangga aku melihat pemimpin yang aku lantik telah berjaya mendidik saudara-saudarakusupaya mengikut suruhan Tuhan sehingga terciptanya pelbagai pegangan katanya ajaran Tuhan.

BANGGA SUNGGUH AKU.

BANGGA SUNGGUH AKU.

BANGGA SUNGGUH AKU.

Teruskanlah tradisi mengundi PAS, Semoga dengan mengundi PAS dapatlah kita lihat anak-anak, cucu-cucu dan keturunan kita dapat tergolong dalam golongan di atas..UNDILAH.. UNDILAH.. UNDILAH .. Parti Angan-angan Saja.. PAS..

"Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai

Bukti PAS Cakap Tak Serupa Bikin

Kita Tak Tipu Cuma Strategi Pilihanraya

Mereka mendabik dada mengatakan merekalah pejuang demokrasi tulen tetapi apa yang telah ditunjukkan adalah sebaliknya. Inilah wajah sebenar parti-parti politik pembangkang. Mereka boleh diibaratkan ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik’, ‘paku dulang, paku serpih; mengata orang, dia yang lebih’.

Sekiranya kita melawat blog-blog mereka dan menulis bait-bait komentar di bawah mana-mana entrinya untuk menjawab fitnah atau mendedahkan fakta kepincangan mereka, sudah tentu komentar kita tidak akan dipaparkan.

Maka, di mana kebebasan suara yang mereka laung-laungkan? Di mana keadilan yang mereka perjuangkan? Jika sudah biasa mencari kesalahan dan mendedahkan keburukan orang lain, usahlah takut jika keburukan sendiri diperkatakan orang. Di mana prinsip berani kerana benar? Atau sebenarnya mereka takut kerana salah?

Seharusnya mereka menjadikan diri mereka itu contoh jika mahu orang lain menuruti kehendak dan nafsu mereka tetapi sebaliknya pula berlaku. Mereka seolah-olah ingin memberitahu kepada semua rakyat, inilah demokrasi ciptaan mereka. Mereka adalah samseng blog khususnya dalam komuniti Wordpress sehingga memaksa semua blogger tunduk kepada kemahuan mereka semata-mata. Mereka ini tidak layak untuk hidup bermasyarakat, apatah lagi menjadi pemimpin kepada masyarakat.

Jika kita merujuk sebuah entri pada 25 Disember 2007 dalam sebuah blog berkaitan parti pembangkang yang diberi tajuk ‘Jangan Layan Blog Pro BN Yang Menipu Rakyat Sembunyi Kebenaran!’, di situ ada dipaparkan ayat seperti berikut:

“(Maaf! alamat semua blog itu tidak akan dinyatakan disini kerana tak nak bagi promosi percuma kat mereka. Biar rating pembaca mereka ‘0′, boikot je kalu jumpa. Biar mereka tulis tapi tak ada orang tahu dan baca apa yang mereka tulis..buang masa sahaja)”

Orang-orang seperti inilah yang diherdik di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t.,
“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telah pun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.” (Surah An-Nisa’: 54).

Bolehkah kita bayangkan seandainya mereka ditakdirkan memerintah negara? Jika dalam ruangan yang sekecil ini pun tidak ada toleransi, maka bagaimanakah keadaan mereka dalam ruang yang lebih besar tatkala memegang tampuk sebuah kerajaan?

Jadi, apa yang mereka laung-laungkan bahawa tiada demokrasi dalam negara, mansuhkan ISA, kerajaan mengamalkan rasuah dan sebagainya hanyalah agenda politik untuk memenangi pilihan raya. Apabila kelak mereka memenanginya, pasti apa yang diperjuangkan jauh sekali akan dibuat kerana mereka mula melihat bahawa mengekalkannya adalah lebih baik demi keutuhan kerajaan yang baru.

Bukankah perlakuan mereka yang penuh dengan pembohongan dan kepalsuan ini telah terbukti sebaik sahaja mereka berjaya menawan dan membentuk Kerajaan PAS Terengganu selama 3 setengah tahun bermula 1 Disember 1999 sempena Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 30 November 1999 yang lalu? Berikut adalah antara bukti-buktinya bahawa mereka itu ‘cakap tidak serupa bikin’:

PECAT, SINGKIR DAN TUKAR PEGAWAI: Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Besar pada 1 Disember 1999 berjanji tidak akan membalas dendam kepada penyokong UMNO tetapi beberapa hari selepas itu pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang menyokong UMNO ditukar dan dipecat. Dalam bulan itu juga, Dato’ Che Mat Jusoh, Setiausaha Kerajaan pada waktu itu telah disingkirkan. Begitu juga Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang menyokong UMNO ditukarkan secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Manakala pada 17 Disember 1999 pula, Hj Abdul Hadi dengan angkuhnya telah berkata anggaplah itu sebagai ‘takdir Allah’.

JAWATANKUASA MASJID DITAMATKAN: Pada 2 Mei 2000, ahli-ahli Jawatankuasa Masjid yang belum tamat tempoh perkhidmatannya ditamatkan oleh Kerajaan PAS Terengganu membabitkan 400 buah masjid dan 4,000 ahli jawatankuasa.

PECAT DAN GANTUNG IMAM / BILAL: Menggantung dan memecat imam-imam dan bilal-bilal masjid yang diketahui tidak menyokong PAS dan yang terlibat dengan JKKK.
PECAT PENGARAH TATI: Pada 27 Disember 2002, PAS telah memecat Pengarah TATI, Dr. Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam kerana enggan memberikan geran (wang ehsan) kepada Kerajaan PAS Terengganu padahal geran tersebut telah diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk TATI. Selain itu, pemecatannya juga disebabkan beliau telah membongkar dan mendedahkan penyelewengan di TATI.

JKKK DIMANSUH DAN DIHARAMKAN: Pada Januari 2000, PAS memecat ketua-ketua kampung dan menamatkan serta mengharamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan digantikan dengan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR).

UPU DIMANSUHKAN, KAKITANGAN DIPECAT: Unit Perpaduan Ummah (UPU) ditutup dan 420 kakitangan dipecat atas alasan agensi politik UMNO. Kemudian digantikan pula dengan Unit Pembangunan Insan dengan melantik dan membayar elaun kepada kader-kader PAS. Bekas calon PAS bagi DUN Ajil yang telah tewas dilantik pula sebagai Pengarahnya.

TAMATKAN BANTUAN KEMISKINAN: Pada November 2000, PAS menamatkan kira-kira 1,500 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri terdiri dari kalangan orang-orang miskin, ibu tunggal dan warga tua yang disyaki tidak menyokong PAS.

TAMATKAN ELAUN GURU AL-QURAN: Pada Julai 2001, PAS menamatkan elaun 2,048 guru Al-Quran kampung yang telah dilantik semasa zaman pemerintahan BN. Turut ditamatkan ialah mubaligh dan guru agama Yayasan Islam Terengganu sejak Januari 2001 lagi.

IMBUHAN HAFIZ AL-QURAN DIHAPUSKAN: Mulai Januari 2001, imbuhan bagi hafiz dan haafizah Al-Quran termasuklah yang buta penglihatannya ditarik balik. Elaun Qariah berjasa bagi Hajah Rogayah Sulong juga turut ditamatkan.

ZAKAT UNTUK PENYOKONG PAS: Orang-orang miskin yang diketahui menyokong UMNO dinafikan haknya oleh JSR untuk memperolehi wang zakat yang dibahagi-bahagikan di setiap masjid di kampung-kampung.

ANAK EXCO PUN DAPAT WANG ZAKAT: Anak-anak kepada dua Exco Kerajaan PAS Negeri pada ketika itu, YB Abu Bakar Chik dan YB Abu Bakar Abdullah telah diberi wang zakat untuk anak-anak mereka belajar di luar negara. Haji Abdul Hadi Awang pula berbohong dengan menafikan adanya anak-anak ahli Exco diberi wang zakat. Apabila pihak UMNO mengemukakan dokumen sebagai bukti, beliau pun berkata, “anak Exco berhak terima wang zakat kerana itu fisabillillah.” Wang Zakat digunakan sesuka hati oleh PAS termasuk dibelanjakan untuk membayar elaun kader-kader PAS antara RM600 dan RM800 sebulan dan wang zakat itu juga diagihkan kepada sekolah-sekolah milik parti PAS.

RAMPAS WANG EHSAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN: Pada Disember 2000, Kerajaan PAS merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada institusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri.

RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM: Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan PAS Terengganu.

HALAU KANAK-KANAK TADIKA KEMAS: JSR yang baru ditubuhkan oleh PAS telah bertindak menghalau kanak-kanak tadika KEMAS dari balai raya dan lain-lain premis milik Kerajaan Negeri yang berjumlah 391 kesemuanya.

HALAU PENDUDUK MISKIN: Pada 27 November 2002, ketika umat Islam berpuasa bagi hari yang ke-22, penduduk miskin yang diketahui menyokong UMNO di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut telah diusir keluar. Pembinaan surau di penempatan itu juga dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.

PREMIUM TANAH DINAIKKAN: Bayaran premium tanah dinaikkan oleh Kerajaan PAS sebanyak 20 peratus berdasarkan harga pasaran semasa. Berbanding semasa pemerintahan kerajaan BN sebelumnya yang premiumnya hanya antara RM200 - RM800 seekar.

MEMBENARKAN TERNAKAN KHINZIR: Pada 15 Disember 1999, Haji Abdul Hadi menarik balik larangan menternak babi oleh Kerajaan BN Negeri sebelum ini dengan motif mendapat sokongan bukan Islam.

LULUS 8 LESEN ARAK: Pada tahun 2000, Kerajaan PAS meluluskan 8 lesen penjualan arak di Terengganu dengan alasan Islam tidak menghalang berbuat demikian sedangkan sebelum dapat memerintah, mereka menuduh kerajaan BN negeri tidak Islamik kerana membenarkan penjualan arak.

GUNA KERETA MEWAH: Dahulu mereka mencemuh pemimpin kerajaan UMNO menggunakan kereta mewah tetapi pada 5 Februari 2001, Haji Abdul Hadi ketika berucap di Kompleks Seri Iman mempertahankan Exco Kerajaan PAS yang menggunakan kereta mewah (Mercedes) dengan memberikan alasan bahawa kereta tersebut lebih laju, selesa, mengelak kerosakan dan cepat sampai.

PERLEMBAGAAN NEGARA KAFIR: Pada 1981, Hj Abdul Hadi berucap di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu dengan mengatakan orang-orang UMNO sebagai kafir kerana mengekalkan perlembagaan negara yang dikatakan sebagai perlembagaan penjajah dan jahiliyah.
Lain pula apabila pada Januari 2003 dalam satu ucapan dan amanat terbarunya mengenai Strategi Menghadapi Pilihan Raya Ke-11 yang lalu, beliau pula berkata akan mengekalkan perlembagaan yang sedia ada jika menang pilihan raya dan peruntukan mengenai Islam didakwa beliau sebagai mencukupi dalam Perlembagaan Negara yang ada sekarang.

Pas Semakin Tidak Berprinsip!!!


Penulis sangat bersemangat menulis tentang pemimpin Pas yang semakin galak menipis maruah Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan terbukti bahawa pemimpin Pas kini sudah terpesong daripada prisip perjuangan Islam yang didukunginya.
Penulis hendak mempersoalkan dengan persoalan ‘apakah prinsip sebenar parti Pas’ dan persoalan sebeginilah yang mesti difikirkan oleh para pemimpin Pas yang kian terlanjur menggunakan muslihat kotor dalam politik dan berpura-pura kononnya pemimpin yang Islamik di mata masyarakat.

Kejahilan para pemimpin Pas dalam bab kemaafan dan tidak berdendam(artikel pembangkang) membuat penulis diterjal persoalan; dimana maruah pemimpin Pas yang dulunya berpegang pada prinsip mendidik dan membina individu-individu, masyarakat dan negara supaya menjalani kehidupan seharian berpaksikan tauhid.

Semenjak dari penubuhannya lagi, Pas telah mencanangkan penubuhan sebuah negara Islam. Kini, setelah hampir 50 tahun bergerak sebagai sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, konsep negara Islam ala Pas ini masih kabur dan fantasi semata-mata.
Terbukti para pemimpin Pas kini masih mempunyai pemikiran, perangai, perspeksi yang jahat terhadap kerajaan UMNO/BN dan Inilah mainan politik BA terutamanya Pas yang boleh menghancurkan negara. Cuba bayangkan sekiranya ditakdirkan Allah, pemerintahan negara jatuh ke tangan golongan-golongan 'haprak parpu' (BA) ini. Belum apa-apa sudah mula berebut pahaman yang harus dibawa.

Yang membezakan di antara kesemua itu hanyalah Ilmu dan hidayah kebenaran yang diberikan oleh Allah dan ternyata para pemimpin Pas tidak boleh menerima kenyataan dan tidak menerima kebenaran yang dibawa oleh dalil-dalil yang dikemukakan di dalam Al-Quran dan hadis yang hanya ‘jumud’ terhadap pandangan ‘golongan sendiri’.

Pas yang kononnya parti Islam tetapi sewenang-wenangnya menggunakan perkataan-perkataan yang menghina terhadap musuhnya seperti taghut, firaun dan sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang mudah terpengaruh dan tercetuslah apa yang dikatakan rusuhan.

Akibatnya, tokoh-tokoh agama, para ulama, para ustaz di bawah naungan Pas tanpa segan silu lagi membelakangkan prinsip hidup Islam dengan mengatakan orang ini tidak betul dan orang itu salah. Tidak salahlah kita menyalahkan parti Pas adalah pencetus sebenar isu rusuhan yang berlaku di Terengganu baru-baru ini.

Penulis berasa, di dalam Islam, jahat dalam politik sama sahaja jahat di luar politik. Malah jahat Pas dalam politik mengakibatkan bangsa rosak, negara kucar-kacir dan agama dipesongkan sesuka-hati sedangkan jahat di luar politik, paling memuncak jahat seseorang itu bersifat individu yang memberi kesan tidak menyeluruh seperti rompakan dll.

Tapi bagaimana dikatakan Pas jahat di dalam politik? Bukan sahaja rakyat menjadi mangsa Pas (tahun 2004 menyebabkan Kelantan mencatat kadar tertinggi kemiskinan) sebaliknya satu negara, tergadainya maruah bangsa, hinanya agama rasmi, rosaknya kedaulatan undang-undang, terlucutnya kuasa raja-raja dan lain-lain lagi.

Setelah pelbagai pembohongan Pas didedahkan oleh pemimpin, media dan penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sedikit demi sedikit hasutan yang dipupuk oleh Pas telah terhakis dan masyarakat mula sedar akan penipuan besar yang cuba dibawa oleh Pas.

Hingga hari ini, Islam sebagai Ad-din hanyalah slogan politik Pas. Kalau perjanjian untuk menegakkan Islam sebagai Ad-din pun mereka enggan tandatangani, bayangkan pula perjanjian-perjanjian lain. Pas adalah parti yang memperalatkan Islam untuk kepentingan politik.

Terbukti rakyat negeri Kelantan sudah serik berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas sejak hampir 17 tahun lalu dan penulis mendapat khabar rakyat negeri itu sendiri mengaku mereka tidak mahu lagi mengundi Pas sebaliknya ingin kembali ke pangkuan jalan dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Al-Quran tidak melarang kita berbeza pendapat. Hadis juga tidak melarang, tetapi kedua-duanya melarang kita berpecah-belah. Tetapi Pas masih ingin menyalahkan kerajaan UMNO/BN dalam mentadbir kerajaan. Pas sentiasa mahu menegakkan benang basah seolah-olah suara mereka lebih lantang dari suara-suara ulama yang diiktiraf.

Kerajaan BN melalui UMNO telah menyediakan landasan yang lengkap untuk umat Islam mendalami ilmu agama Islam dan mengamalkannya tanpa sebarang halangan. Tidak akan ada kemenangan tanpa kekuatan. Tidak ada kekuatan tanpa kesatuan dan tidak ada kesatuan tanpa silaturrahim. Demikianlah yang dikatakan ‘Pas semakin tidak berprinsip’.

Pas Sanggup Seleweng Ideologi Capai Matlamat

Untuk menang, parti politik seperti Pas, sanggup melakukan apa saja, walaupun terpaksa menyelewengkan ideologi dan melintar-pintaskan penyokong. Rekod pilihan raya lalu menunjukkan prestasi Pas hanya meningkat apabila ia bekerjasama dengan parti pembangkang seperti pada Pilihan Raya Umum 1969, 1974, 1990 dan 1999. Pada 1969, Pas mewujudkan persefahaman dengan parti pembangkang, termasuk pembangkang bukan Melayu, untuk menentang Umno dan Perikatan. Pada pilihan raya itu, Pas menang 12 kerusi Parlimen dan 40 negeri.

Begitu juga ketika Pas bergabung dengan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan campuran pada 1974, Pas memenangi 14 kerusi Parlimen dan 46 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 1990, Pas berjaya menawan semula Kelantan daripada BN setelah mewujudkan kerjasama dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang disertai Parti Semangat 46. Pas menang tujuh kawasan Parlimen dan 33 kerusi DUN ketika itu. Pada pilihan raya 1999, Pas menubuhkan Barisan Alternatif (BA) dengan DAP dan Keadilan (kini Parti Keadilan Rakyat - PKR), dengan mencapai kemenangan 27 kawasan Parlimen dan 98 kerusi DUN. Kejayaan ini adalah yang terbesar buat Pas dan ia adalah lebih dua kali ganda berbanding ketika ia bergabung dengan BN 25 tahun sebelumnya.

Ketika pilihan raya 1999 iaitu sewaktu bekerjasama dengan DAP dan Keadilan, Pas berkompromi dan memadamkan ideologi serta manifestonya untuk menubuhkan negara Islam. Kerana hendak 'memberi muka' kepada DAP, dan menang dalam pilihan raya, Pas sanggup menjadi hipokrit dan menggugurkan matlamat yang terpenting dalam ideologi Islam parti itu. Ini menunjukkan Pas sanggup tidak menjadi Pas, asalkan parti itu dapat melihat peluang memperluaskan kuasanya, walaupun pada ketika ia dapat mengalahkan calon Melayu sendiri yang mewakili Umno-BN dan memenangkan calon bukan Melayu DAP di kawasan yang bercampur dengan jumlah pengundi Melayu kecil. Pernah berlaku perbalahan dalam Pas disebabkan taktik ingin menang dalam pilihan raya 1999, tetapi ia berjaya dibendung. Namun pada 2004, Pas sekali lagi digegarkan oleh perbalahan dua "puak sekular" dan "puak Islam" dalam parti itu yang berpunca daripada keghairahan untuk menang besar dalam pilihan raya seperti dilakukannya pada 1999. Dalam Pas, fenomena yang berkisar daripada perebutan pengaruh antara puak 'sekular' dan 'fundamentalis' boleh disusur sejak 1956. Pada tahun itu, Dr Burhanuddin Al-Helmi mengambil alih kepemimpinan Pas yang merosot daripada Dr Abbas Alias, setelah beliau mengalahkan Zulkifli Mohamad dalam pemilihan parti.

Kerana pembabitan beliau dalam gerakan politik kiri sebelumnya, Dr Burhanuddin pernah tidak diyakini dan dicurigai untuk memimpin Pas pada 1956. Oleh itu, di samping meraikan kemenangan dalam pemilihan tahun itu, pemimpin Pas mengingatkan Dr Burhanuddin supaya tidak menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Namun sepanjang masa ketika beliau menjadi wakil rakyat Pas, suara lantangnya yang kedengaran jelas mengenai kebangsaan Melayu, ketuanan Melayu dan Melayu Raya. Malah dia bersumpah ketika Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan dalam tahun 1948 yang dia akan terus memperjuangkan kebangsaan Melayu atau nasionalisme Melayu. Beliau membuat ucapan penting mengenainya di Parlimen dan menyokong usul Datuk Onn bahawa kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu mestilah bernama 'Melayu'. Kemudian apabila usul dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober 1961 untuk menubuhkan Malaysia, Dr Burhanuddin menyokong usul kerajaan ini. Beliau kemudian menambah 'Melayu Raya' kepada usul itu untuk mencakup Indonesia, Filipina dan Kepulauan Melayu.

Tetapi usul pindaan Dr Burhanuddin ini ditolak oleh Parlimen. Walaupun nasionalisme atau assabiyah ini pernah diterima oleh Dr Burhanuddin sebagai salah satu prinsip, selain Islam dalam perjuangan Pas, namun kepada pemimpin Pas tahun 1980-an, perjuangan yang berasaskan assabiyah menjadi haram. Selepas Dr Burhanuddin meninggal dunia pada 1969, kepemimpinan Pas jatuh kepada Tan Sri Mohd Asri Muda, juga seorang nasionalis yang ditugaskan untuk merealisasikan penubuhan sebuah negara Islam. Kerana tidak bersetuju dengan beliau berikutan mirip kepada nasionalisme, pemimpin Pas yang cenderung kepada revolusi ala Iran mengatur gerakan untuk menggulingkannya. Namun menoleh ke belakang, apakah bezanya Pas di bawah mana-mana pemimpinnya dulu atau sekarang. Bukankah semuanya menggunakan nama agama untuk menang pilihan raya? Bezanya, kali ini, Pas menggantikan manifesto 'negara Islam' dengan 'negara kebajikan' kerana ingin mengambil hati rakan kongsinya, PKR dan DAP. Bukankah ini penyelewengan?

Muslihat Pembangkang


Oleh Khairy Jamaluddin


Sungguhpun gerak kerja musim mengundi sudah pun sebati dengan mereka yang bergiat aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO, bagi calon yang bertanding buat julung kalinya, bahang pilihan raya yang sudah pun merebak ke seluruh tanah air lebih hangat rasanya.
Perjalanan saya ke seluruh daerah beradat Rembau, tempat asal usul kaum kerabat saya ini juga lebih bermakna.

Mengharungi kawasan P131 dari persisiran bandar sekitar Paroi hingga ke kampung-kampung di Kota, selatan Negeri Sembilan, pertemuan saya dengan penduduk-penduduk di merata tempat memberi kesempatan juga bagi saya untuk membawa mesej perjuangan Barisan Nasional (BN).

Kerja yang begitu penting bagi saya selain mendengar rintihan masyarakat di sini adalah untuk memperjelaskan perbezaan serta jurang yang luas di antara wawasan perikatan yang kukuh berpengalaman memerintah, dengan ikrar daripada pembangkang yang tidak perlu memegang pada janji.

Manifesto BN yang dilancarkan pada minggu lepas merupakan satu dokumen yang serba lengkap, baik dari segi pengisian mahupun dari segi praktiknya. Ia dirangka dengan teliti dan mengutamakan kepentingan jangka masa panjang.

Perancangan manifesto BN terperinci dan bertanggungjawab, dan yang pentingnya mampu dilaksanakan tanpa membebankan masa hadapan anak-anak kita.

Janji-janji manis yang dibawa oleh pihak pembangkang, sudah tentu tidak akan dapat dikotakan. Jelas sekali bahawa rata-ratanya wawasan yang dilaungkan pihak pembangkang dikarang berdasarkan sentimen populis, bertujuan menarik pengundi bak dendangan lagu merdu.
Siapa pun akan asyik mendengarkan janji harga minyak yang murah, gaji minimum yang lebih tinggi dan lain-lain. Namun dendangan pembangkang ini akhirnya melalaikan kita sahaja semata-mata.

Pihak pembangkang mengambil kesempatan suasana ekonomi global yang murung untuk mempermainkan rakyat dengan ilham fantasi yang tidak berlandaskan fakta. Fokus sebenar mereka adalah untuk mengurangkan majoriti BN demi kepentingan politik sendiri. Begitu mudah janji ditabur sedangkan pihak pembangkang sendiri sedar bahawa mereka tidak akan dapat memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan.

Manifesto parti-parti pembangkang membawa kesudahan yang sama – ia akan membawa padah kepada generasi pewaris akan datang akibat rancangan yang tidak bertanggungjawab.
Seolah-olah membayangi ikrar mereka yang memerlukan perbelanjaan yang boros, pembangkang juga menghabiskan beribu-ribu ringgit mencetak risalah untuk menyebarkan janji yang tak mungkin terkota.

Di kawasan Rembau, saya sempat melihat sendiri risalah Keadilan yang berhiaskan gambar Anwar Ibrahim, menghuraikan bagaimana harga minyak akan diturunkan jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi mandat memegang tampuk kerajaan.

Risalah tersebut menerangkan bahawa Anwar mampu mengurangkan harga minyak. Kononnya, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun beliaulah yang berjaya menetapkan harga petrol pada kadar RM1.10 seliter.

Seperti mana cerita-cerita lain yang sering disampaikan oleh Anwar, cerita ini juga bukan sahaja tidak lengkap tetapi diputar-belitkan sesuka hati.

Hakikatnya harga petrol kita bergantung secara langsung pada harga minyak mentah di pasaran dunia. Dalam era Anwar menjadi Menteri Kewangan, harga minyak mentah di pasaran dunia adalah di antara AS$12 dan AS$26 setong.

Bandingkan sahaja dengan harga minyak mentah hari ini yang sudah melepasi tahap AS$100 setong. Ini bermakna sejak Anwar dipecat, harga minyak mentah telah meningkat lebih 400 peratus.

Harga petrol semasa pada kadar RM$1.92 seliter jika dibandingkan dengan dulu hanya meningkat 75 peratus. Ternyata kerajaan BN telah memainkan peranan untuk melindungi dan memastikan rakyat tidak merasai sepenuhnya kesan negatif akibat kenaikan harga minyak dunia.
Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, memang mudah untuk mengekalkan harga minyak yang murah kerana harga minyak global ketika itu amat rendah. Perbuatan Anwar mengakui bahawa dialah penyebab harga minyak rendah tidak lain dari satu pemalsuan dan penyalahgunaan fakta sejarah.

Apakah ini bermakna janji-janji yang lain juga merupakan penipuan dan muslihat politik semata-mata?

Pihak pembangkang juga berkata bahawa keuntungan Petronas boleh disalurkan untuk membiayai subsidi minyak yang lebih tinggi. Apa yang tidak dihuraikan ialah hakikat bahawa hampir dua pertiga keuntungan kasar Petronas diberi balik kepada kerajaan melalui cukai, dividen dan royalti.

Dana ini pula telah pun disalurkan untuk pelbagai program pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Baki keuntungan inilah nampaknya yang akan digunakan untuk menunaikan janji, menurut pihak pembangkang.

Rizab minyak kita akan kehabisan dalam 10 tahun dan pada tahun 2010, import minyak kita akan melebihi eksport. Oleh itu, kelebihan keuntungan Petronas perlu dilaburkan untuk mencari minyak di negara-negara lain seperti di Asia Tengah, Afrika dan Asia Barat.

Memancing

Jika langkah ini tidak diambil, kita tidak akan dapat mewariskan sumber yang begitu penting ini kepada anak-anak kita. Apa yang nyata, jika janji pembangkang terlaksana, kita tidak akan berupaya untuk mendapatkan minyak ini, justeru masa hadapan kita sudah tentu gelap.
Pembangkang tidak berhenti di situ. Mereka juga menjanjikan untuk menghapuskan semua hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tertunggak demi memancing undi golongan muda. Janji ini tidak masuk akal.

Jika janji ini dilaksanakan, apa yang akan terjadi kepada beribu mereka yang telah membayar hutang PTPTN masing- masing? Adakah mereka akan diberi pampasan? Tidakkah pembangkang sedar bahawa kos pelaksanaan perancangan mereka ini adalah sebanyak RM17.3 bilion? Sebagai perbandingan, jumlah ini merupakan 75 peratus dari keseluruhan peruntukan Kementerian Pelajaran untuk tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Kesembilan!

Tidak terlintas juga pada hemat pembangkang bahawa ini turut menjejaskan kesinambungan penerimaan kemudahan bantuan ini bagi bakal peminjam pada masa hadapan.
Parti Keadilan juga menjanjikan gaji minimum sebanyak RM1,500 untuk menarik perhatian rakyat. Apakah idea ini benar- benar dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat?
Sebenarnya, jika cadangan gaji minimum ini dilaksanakan, ramai yang akan hilang pekerjaan apabila syarikat tidak lagi dapat menampung gaji pekerja. Cadangan gaji minimum ini juga akan mengakibatkan lebih banyak mahasiswa universiti yang menganggur kerana syarikat terpaksa memilih pekerja dengan lebih berhati-hati.

Dari segi makro pula, ia akan menyebabkan syarikat multinasional yang selama ini melabur berbilion ringgit dan menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan berpindah ke negara yang mempunyai kos buruh yang lebih murah. Lebih teruk lagi, kesan gaji minimum akan memberi kesan negatif inflasi, terutamanya jika kenaikan gaji tidak diiringi peningkatan produktiviti.
Harga barang akan naik mendadak dan mungkin melebihi kadar peningkatan gaji. Ini semua akan mendatangkan lebih banyak masalah kepada rakyat jelata, tetapi ini tidak dihuraikan dalam manifesto pembangkang.

Jelas manifesto pembangkang ini mengandungi janji-janji yang membawa akibat buruk yang tersirat. Namun begitu, pembangkang dengan tidak segan silu menyatakan kesan manifesto mereka dapat mengembangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara lebih dari lapan peratus.

Walhal yang sebaliknya akan berlaku, jika semua janji ini dilaksanakan. Defisit fiskal kerajaan akan meningkat daripada 3.2 peratus KDNK sekarang kepada lebih daripada 15 peratus KDNK. Ini merupakan beban hutang masa depan yang akan dihadiahkan oleh pembangkang kepada anak-anak kita jika cadangan mereka dilaksanakan.

Tidak perlu diingatkan bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara. Qada’ dan Qadar menjanjikan pada suatu hari nanti kita akan mewariskan bumi Malaysia yang tercinta ini kepada generasi seterusnya. Sanggupkah kita membelenggu nasib anak bangsa di esok hari gara-gara dibuai janji-janji bersifat sementara?

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Alhamdulillah, setelah mendengar cerita yang sepenuhnya serta penjelasan lengkap yang sengaja diselindung pihak pembangkang, ramai yang tidak tertipu lagi.

Jangan anggap rakyat tidak dapat membezakan antara janji palsu dan janji yang mampu dikotakan. Akhirnya kita pijak jua di bumi yang nyata. Rakyat Malaysia memahami dan tidak sanggup membuat pilihan yang menjejaskan nasib pewaris mereka.

Hanya satu pilihan yang nyata tersedia, landasan kita pada hari ini boleh membawa kepada masa depan yang terjamin buat generasi kini mahupun di masa hadapan. Pada Sabtu ini, 8 Mac 2008 Insya-Allah pengundi akan menunjukkan kematangan mereka, mata tidak lagi dikaburi, hati tidak lagi digerak emosi dan telinga tidak terlalai lagu merdu.

Pada saat dan ketika itu, jelaslah siapa yang akan diberi amanah untuk membawa harapan buat Malaysia tercinta.

* Penulis merupakan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Rembau , Negeri Sembilan.

Tuesday, February 19, 2008

Tarikh Pilihanraya 2008

salam perjuangan,

menurut maklumat kawan, Pemimpin di Malaysia menggunakan rujukan untuk menentukan tarikh-tarik penting berdasarkan kepada ilmu falak atau ilmu bintang.

Ini merupakan salah satu rahsia yang diperturunkan dari pemimpin terdahulu dan diwarisi dari generasi ke generasi.

Dalam Islam cabang ilmu falak ini amat luas dan Islam ada lah pelopor ilmu ini. Sebagai comtoh Ulamak terkenal Tuan Guru Abdullah Fahim adalah ahli Falak tersohor dan insan yang menentukan tarikh kemerdekaan negara. PM kita adalah cucu kpd tuan Guru.

menurut maklumat kwn, tarikh penting akan ditentukan berdasarkan kedudukan buruj berbentuk dacing ( LIBRA) di angkasa dan susun serta koordinasi kedudukan buruj ini dengan buruj-buruj lain yang membawa kepada firasat dan maklumat kebaikan dan keuntungan yg dikecapi untuk urusan itu.

Contoh tarikh kemerdekaan 31 ogos 1957, kajian menunjukkan buruj dacing ini berkedudukan di ufuk maghrib diatas langit memayungi bumi Malaysia bertuah Kerana melalui ilmu Falak ini pemimpin telah dapat memandu urusan kemerdekaan dan dilaksanakan tanpa menumpahkan setitis darah pun. senag cerita mudah x susah lancar... walau ada halangah dapat diatasi.

Satu lagi kes KEBETULAN pada jam 4.30 pagi, 22 Mac 2004, pengisytiharan kemenangan BN dengan majoriti 2 per 3 diumumkan tatkala Buruj Libra (Dacing) benar-benar berada atas kepala iaitu pada kedudukan zenith.

Mengikut maklumat kajian Ilmu falak ke atas peristiwa pemecatan DSAI waktu itu dapat dibaca melalui koordinasi dan kedudukan buruj dia ngkasa yang mana menggambarkan pergolakan dan ketidak stabilan.


Mengikut kedudukan terbaik buruj ini dengan mengambil kira negara Malaysia, beberapa tarikh didapati begitu sesuai yang mana kedudukan buruj ini, koordinasinya diangkasa memberikan kedudukan yang menggambarkan firasat dan maklumat kebaikan dan keuntungan yg dikecapi untuk urusan itu ialah pada
19 May 2007 (telah berlalu), 25 November 2007( lepas dah), 15 Disember 2007 (kejap lagi), dan 15 Mac 2008 (tahun depan da).

Apapun pilihanraya penting kerana menentukan halatuju dan masa depan negara kita tercinta.... MALAYSIA

Pilihan harus bukan atas dasar emosi, kemarahan, sikap ikut-ikut org dan sambi lewa.

Jangan pilih pihak yg cakap banyak tp kerja tak buat, menimbulkan fitnah tanpa bukti kukuh mula2 kata ada last2 habuk pun tak da..., memperguna rakyat cari populariti, imej baik tapi belakang sama haprak kadang lagi teruk...

Ini masa depan kita mesti fikir panjang sebelum membuat keputusan.

Fikir kerajaan yang kestabilan, kerajaan yg terbukti berjaya, Fikir demi anak cucu dan generasi akan dtg, Kerajaan yg mampu bertindak dan membangunkan negara.Jangan mudah terpengaruh fitnah dan dakyah org asing tanpa bukti dan fakta kukuh... Mereka sengaja mahu begitu kerana cemburu kejayaan negara dan mahu jatuhkan negara kelembah kehancuran...

Semoga Allah SWT senantiasa melimpahi Rahmat dan Keberkatan keatas bumi MALAYSIA ternta ini selamanya agar anak cucu dan generasi kita sentiasa terpelihara dan dapat hidup aman bahagia.

Renung-renungkan dan selamat berjuang

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.