Showing posts with label PAS kelantan. Show all posts
Showing posts with label PAS kelantan. Show all posts

Monday, March 23, 2015

GENG USTAZ BERKOPIAH PEJUANG ISLAM PUN KHIANAT MENIPU BERBOHONG DAN SABOTAJ UKHWAH

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub jelas perlu mengawal anak buah beliau agar lebih menghargai salam ukhwah dan persahabatan yang mula dijalin diantara UMNO dan PAS... tidakkah beliau sedar bahawa geng anwaris dalam PAS sedang cuba mensabotaj dan menghanjurkan jalinan ukhwah ini???


Musibah banjir dikelantan UMNO dan kerajaan pusat bertungkus lumus membantu mengetepikan fahaman politik, pertandingan PRK DUN Chempaka... UMNO mengalah dengan tidak meletakkan calon tanda menghormati tok guru dan sebagai tanda ukhwah malah dalam pengundian enakmen HUDUD kesemua 12 ADUN UMNO menyokong usul PAS tersebut.... Malah tidak putus salam dan jalinan ukhwah diusahakan UMNO tanpa jemu demi kemaslahatan ummah UMNi berkorban dan terus bekorban... namun kenapa PAS masih tidak sedar lagi perkara ini dan mahu bermusuhan terus dengan UMNO....


Pimpinan tertinggi terutama ulama dalam PAS mungkin benar faham namun perlulah mereka juga membina dan memerintahkan anak buah mereka supaya berhenti mensabotaj penyatuan dan uhkwah yang diusahakan ini... dan mula membina kerjasama serta persefahaman berlandaskan penyatuan ummah...

Pergi jahanam sama cauvanis DAP
Pergi mampus sama munafikun PKR

Melayu dimartabat dan Islam di daulahkan dengan penyatuan dan ukhwah ini... tepuk dada fikir dan tanya iman... dimana kah kita...

Friday, February 13, 2015

BELASUNGKAWA : NIK AZIZ NIK MAT SUDAH MENINGGAL DUNIA (1931-2015) AL-FATIHAH




13 FEB : Jenazah allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat disemadikan di tanah perkuburan Pulau Melaka sesudah disembahyangkan pada jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka yang terletak bersebelahan rumahnya di Kota Baru, Kelantan.

belasungkawa nanmSekaligus, Malaysia menyaksikan satu lagi penamatan episod perjuangan seorang insan kerdil yang berjaya mencatatkan namanya dalam lipatan sejarah politik negara.

Allahyarham Nik Aziz, 84, bekas Mursyidul Am Parti PAS adalah seorang ahli politik yang mengabdikan dirinya dengan parti itu sejak 1967.

Sejarah akan mengenang beliau sebagai Menteri Besar Kelantan paling lama memegang tampuk kuasa sejak 1990 hingga 2013.

Nik Aziz atau lebih mesra dipanggil Tok Guru dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu 10 Januari 1931 dalam sebuah keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Islam dan merupakan anak kedua daripada sembilan adik-beradik.

Selain didikan keluarga, Nik Aziz dihantar ke pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Terengganu sejak berusia 9 tahun namun pengajiannya tergendala lantaran Perang Dunia ke II sebelum menyambung pengajian di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu dari 1945 hingga 1952.
nik aziz rareBeliau kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India dalam bidang Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an dan Hadis disusuli pengajian bidang Tafsir di Pakistan pada 1957.

Beliau juga memiliki ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab dari Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir selain ijazah sarjana (M.A) jurusan kehakiman dan perundangan Islam dari universiti sama sebelum pulang ke tanah air pada Februari 1962.

Sebaik pulang, beliau membuka Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka dan mengajar di situ pada sebelah petang manakala di sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin dan sebelah malamnya pula berkhidmat sebagai guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964, beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Nik Aziz melangsungkan perkahwinan pada usia 31 tahun dengan wanita pilihan orang tuanya, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan dikurniakan 10 cahaya mata.

Menganggotai PAS pada 1967 dan dipilih menjadi calon Ahli Parlimen Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) susulan kematian Ahmad Abdullah pada 1969 dan kekal Ahli Parlimen di kawasan itu sehingga 1986 sebelum berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api sehingga sekarang.

nik aziz berdoaPada 1971, beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat hingga 1995 disusuli perlantikan sebagai Mursyidul Am PAS mengantikan Haji Yusuf Rawa.

Beliau dilantik memikul amanah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990 selepas pakatan pembangkang yang dikenali Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menang Pilihan Raya Umum ke 8 dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Sepanjang pentadbirannya, beliau memperkenalkan sistem pentadbiran Islam malah telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hukum hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

Pun begitu, Nik Aziz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar pada Mei 2013 dan digantikan dengan Datuk Ahmad Yakob sebaik PAS terus diberi mandat memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Keputusan itu satu kejutan terutama bagi rakyat Kelantan dan seluruh ahli PAS kerana tiada ura-ura beliau akan berbuat demikian.

Sekalipun tidak lagi memegang jawatan itu, Nik Aziz tetap meneruskan khidmat sebagai Mursyidul Am PAS dan tetap juga memberikan komen yang ada kalanya mencetuskan kontroversi terhadap pelbagai isu politik semasa.

Namun satu perkara luar biasa yang dilakukan allahyarham ialah beliau meneruskan amalan mengajar kuliah agama bergerak sejak 1962 lantaran menyifatkannya sebagai kerja paling mulia kerana ia adalah pekerjaan para ‘Anbia’.

Apa pun, Malaysia tetap kehilangan satu watak tokoh berwarna-warni yang pasti kekal dalam lipatan sejarah perjuangan politik negara.

Thursday, January 29, 2015

SERANG BALAS ISU PBT LIM GUAN ENG HENTAM PAS KELANTAN SEBUAH KERAJAAN LEMAH DAN GAGAL

Hanya kerana PAS tidak setuju dengan pilihanraya PBT Lim Guan Eng dan DAP menyerang PAS Kelantan menghentam kelantan sebuah kerajaan lemah dan GAGAL. 

DAP terus menerus mahu menceroboh dan cuba melacurkan PAS dengan melihat rentetan sebelum ini DAP menentang HUDUD, Mahu Kalimah ALLAH dibenarkan digunakan kafir harbi, Bersekongkol dengan PAS-MA, menyerang Presiden PAS.. dan meletakkan PAS tidak bernilai langsung.... seumpama memperguna dan menjadikan PAS kuda tunggangan dan BONEKA demi politik semata-mata...

Apakah pemimpin dan ahli pas serta penyokong PAS mahu terus membiarkan PAS diperbodohkan DAP yang jelas KAFIR HARBI... kata pejuang ISLAM... tapi kenapa mahu terus jilat punggung DAP... tak mahu tentang dan tinggalkan KAFIR HARBI LAKNATULLAH DAP???? Islam hanya tinggal pada nama... Islam hanya tinggal pada sebutan... Islam hanya ALAT... PAS WAJIB BERTAUBAT!!!

Friday, May 3, 2013

NIK AZIZ BUAT MESYUARAT TERGEMPAR MAHU KEMAS BARANG ATAU TIDAK BIMBANG KERAJAAN KELANTAN TUMBANG

Kepada rakan-rakan di kelantan terutamanya yang mau pulang dari perantauan jangan kira diri sendiri je yang dah senang lenang bekerja dan membina kehidupan di luar kelantan... yelah bila kelik je klate sibuk nok undi Tok Guru Nik Aziz dan PAS... 

Jom fikir panjang dulu bagaimana dah berpuluh tahun Kelantan sekarang amat memerlukan perubahan dan ini disuarakan mereka terutamanya yang tinggal dan menetap di kelantan... Orang yang tinggal di kelantan MARAH sebab pengundi luar yang menyebabkan PAS kekal memerintah selama ni... Dah lah duduk di luar kelik ngundi mudoh je ngundi PAS walhal kami yang duduk di klate memang mahukan perubahan... ok ok bertenang!!!

Jangan gaduh-gaduh apa kata KITA BAGI PELUANG SEKALI JE kepada Barisan Nasional untuk memerintah Negeri Kelantan... kalau tak suka BN lepas tu RAKYAT KELANTAN boleh tukar kerajaan PAS pada PRU akan datang. Lagi pun Rakyat Kelantan bakal dapat macam-macam dan tak rugi apa pun jika BN berjaya memerintah Kelantan... 

BERIKUT TAWARAN JIKA BN BERJAYA MEMERINTAH KELANTAN... Fikir panjang jangan anda rakyat kelantan RUGI!!!
SILA Klik Poster Bagi Besar Sikit

Tuesday, April 23, 2013

BANGSAT! PENYOKONG PAS GANAS DAN GILA BELASAH WARTAWAN RTM HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN


Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.

SUMBER : http://mediawangsamaju.blogspot.com/

Monday, April 1, 2013

BILA YA MALAYSIA TERPILIH JADI TUAN RUMAH OLIMPIK SEBAB NIK AZIZ DAN PAS KELANTAN NAK BINA STADIUM OLIMPIK???


Jangan ketawa tau walaupun perut anda rasa geli sekarang seperti sedang digeletek dengan ribuan jari jemari ibarat ribuan janji yang MAHA MUSTAHIL ditunaikan yang sedang ditaburkan Pembangkang sekarang demi meraih undi... adakah anda rela terperdaya he he he... jom fikir panjang sikit... 

 Meskipun banyak projek mega dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan masih gagal ditunaikan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta rakyat 'memberi kepercayaan' kepada satu lagi projek mega iaitu stadium bola sepak.
 
Walaupun tidak memaklumkan bila projek itu dijangka siap, Nik Abdul Aziz memberitahu stadium itu lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia dan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China. .Majlis pelancaran projek bernilai RM320 juta membabitkan kawasan seluas lebih 100 hektar itu berlangsung di kaki Bukit Merbau di sini.

Tindakan mengumumkan pembinaan sebuah stadium tersebut dilihat cuba menyaingi pengumuman tujuh projek besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melawat Kelantan pada 20 Januari lalu.

Selain pembinaan stadium baharu, Najib turut mengumumkan projek lain merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menyelesaikan masalah air.

''Saya hari ini begitu gembira," kata Nik Aziz dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah tersebut.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Angkatan Generasi Melayu Muda baru-baru ini menyifatkan projek stadium itu merupakan satu lagi sandiwara kerajaan Kelantan. 

Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, beberapa projek mega Pas Kelantan sebelum ini hanya menjadi kenangan untuk rakyat antaranya Jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pelabuhan Pantai Sri Tujoh, Bandar Baru Pengkalan Kubor serta Koridor Depu.




Wednesday, October 31, 2012

JOM SOKONG NGO ROYALTI @ 'R' TUNTUT HAK RAKYAT KELANTAN

Pertama kali penulis menyokong penuh NGO Pembangkang dan di Kelantan pulak tu... hebat perjuangan mereka ini... kita wajib sokong dan bantu mereka... perjuangan mereka jelas demi rakyat Kelantan... Hidup NGO ROYALTI!


Ini baru betul. Ini baru perjuangan Rakyat Kelantan yang wajib disokong! Ini baru perjuangan kumpulan "Royalti" atau "R" yang sebenar. Sudah 22 tahun Kerajaan PAS Kelantan sudah "merompak"  dan mengambil hasil bumi Kelantan dan menidakkan hak Rakyat Kelantan. Bantuan yang dihulurkan selama ini sekadar ala kadar. Pembangunan tiada. Hanya mengharapkan Kerajaan Pusat. Pengangguran berleluasa. Rakyat Kelantan berhijrah ke negeri-negeri luar untuk mencari pekerjaan. 
Royalti minyak hanyalah sekadar untuk menutup kebangkitan Rakyat Kelantan yang sudah sedar dari lena yang panjang.  Rakyat Kelantan wajib bertanya kepada Kerajaan PAS Kelantan, ke manakah hasil balak, pasir, bijih besi dan emas digunakan! Rakyat Kelantan tahu PAS Kelantan mampu membina banyak bangunan-bangunan parti yang canggih manggih yang megah di seluruh Kelantan. Rakyat Kelantan pula dapat apa? Air bersih pun tak dak!!!









Friday, August 17, 2012

PAS LAKSANA HUDUD IKUT HUKUM MAJLIS FATWA DAP LEPAS PRU 13

Sudah-sudahlah nak BERBOHONG, MENIPU dan MEMPERBODOHKAN rakyat... Macam mana PAS nak laksanakan Hudud kerana untuk meluluskan rang Undang-Undang HUDUD PAS perlu sokongan dan kelulusan 2/3 dari ahli Parlimen (dewan rakyat). 

 

Wednesday, August 8, 2012

TEMA SAMBUTAN TERBODOH DI MALAYSIA

Pembangkang KUTUK DAN FITNAH MACAM-MACAM berkaitan tema sambutan Kemerdekaan ke 55 iaitu : " 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Sedar atau tidak tema ini RELEVEN dengan perjuangan yg diharungi kerajaan BN dan UMNO untuk RAKYAT DEMI memartabatkan negara seterusnya menunaikan janji kepada rakyat untuk merubah negara sewaktu memerdekakan negara dahulu.

TAPI cuba fikir tema oleh PAS KELANTAN ini : SELAMAT HARI GURU - "BERTANI SATU IBADAH". Ada yang releven ke? kenapa GURU kena BERTANI??? bukan mengajar atau mendidik? ALLAH bayar cash... suka buruk-buruk dan fitnah orang lain... sekarang semua fikir balik...

SIAPA SEBENARNYA BODOH, DANGKAL DAN PENDEK AKAL 

Tuesday, July 31, 2012

DAYANGKU INTAN HINA DAN FITNAH RAKYAT DAN NEGERI JOHOR

Setelah menganalisis trend semasa saya dapati dengan menyertai PAS anda dapat 7 Kemahiran HEBAT iaitu

1. Belajar menyebarkan berita Bohong, Tipu dan Tak Betul
2. Menjadi mahir dalam Menfitnah dan Putar Belit agar rakyat dibohongi
3. Jadi pandai memburuk-buruk dan menghina kumpulan lain yang tak sebulu dengan mereka
4. Berasa lebih ISLAM dan BERIMAN dari orang lain yang tak sertai PAS sebab konon pejuang ISLAM
5. Dapat lesen MENGHINA orang lain yang kurang beriman dan bagus macam dia yang dah masuk PAS
6. Menjadi ekstremis dan membina sifat militan dalam diri dgn membenci KERAJAAN atas nama JIHAD
7. Rasa selamat dah dunia akhirat dan boleh buat apa saja sebab dengan sertai PAS confirm masuk SYURGA PAS.

Itu lah yang terjadi pada ekstremis Ustazah CELUP Dayangku Intan yang sudah khatam 7 Kemahiran HEBAT dengan menyertai PAS... .. mungkin ada org susah tapi tak perlulah guna ayat macam kelantan tu bagus sangat.... semua tahu Kelantan ketinggalan jauh dalam pelbagai asperk dengan Johor macam langit dengan bumi.... tak guna dabik dada pejuang ISLAM lah kalau BERAK BERSEPAH FITNAH dengan PEMBOHONGAN bertabur merata!

Friday, July 27, 2012

PENIPUAN DAN MANIPULASI DINAR EMAS : PENDEDAHAN BEKAS PENGARAH EKSEKUTIF KELANTAN GOLDEN TRADE (KGT)

KENYATAAN MEDIA NIK MAHANI MOHAMED

Saya percaya rakyat malaysia amnya adalah rakyat yg berakal dan boleh memahami semua perkara dengan saksama.


 Semua kena tipu lagi... Susut nilai dan tiada nilai dagangan
.
Tindakan Polis Kelantan menutup siasatan kes jenayah dan jenayah komersil ke atas KGT bukanlah bererti Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) dan pengurusannya tidak bersalah kerana ianya di gugurkan atas sebab kes-kes laporan dibuat oleh orang awam. Di dalam kes melibatkan syarikat, polis memaklumkan hanya akan bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh pemilik atau Ahli Lembaga Pengarah syarikat sendiri.

HEBAT JOM JADI PEGAWAI KHAS HUSAM MUSA FAEDAH LUMAYAN MENANTI

.
Tanggal 11 November 2011 seorang pegawai khas Exco Kanan Kerajaan Kelantan , Husam Musa, yang bernama Kamarulzaman Abdullah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Kelantan. Beliau terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari membuat kerja Husam Musa. Berita kemalangan tersebut boleh dibaca di sini.
 .
.
Semalam laman rasmi Pas,harakahdaily, melaporkan berita Kerajaan Kelantan melalui agensi serta anak syarikatnya menyalurkan sumbangan kepada enam penerima serentak sempena bulan Ramadhan ini yang membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM640,000.
 .
Salah seorang penerima sumbangan tersebut adalah Farawaheeda Binti Matwi, isteri kepada bekas pegawai khas Husam yang meninggal dunia dalam kemalangan seperti laporan diatas. Apa yang mengejutkan sumbangan yang diterima oleh Farawaheeda adalah sumbangan yang tertinggi diterima. Jumlahnya Empat Ratus ribu Ringgit Malaysia (RM 400,000.00).
Berikut adalah berita dan gambar yang dilaporkan oleh harakahdaily.


Husam menyampaikan cek kepada Farah isteri kepada arwah Kamarulzaman
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melalui agensi serta anak syarikatnya menyalurkan sumbangan kepada enam penerima serentak sempena bulan Ramadhan ini yang membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM640,000.
Sumbangan diberikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (Sawit), Kelantan Golden Trade (KGT) termasuk melalui program kebajikan kerajaan negeri sendiri.
Antara penerima isteri allahyarham Kamaruzzaman Abdullah (Pegawai Khas Datuk Husam Musa),
Farah Mat Wi, isteri bekas Adun Chetok, (Ustaz Hussin Ibrahim), Siti Marjan Salleh.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, di pejabatnya semalam.
Turut menerima sumbangan sembilan mangsa kebakaran di Wakaf Che Yeh pada 1 Mac lalu yang melibatkan sumbangan sebanyak RM30,000.Husam berkata, turut menerima sumbangan hari ini Tabung Amanah Tok Kenali sebanyak RM200,000 yang disumbangkan KGT.
“Selain itu Baldah Toyyibah turut menerima sumbangan sebanyak RM4,720, lebihan wang bidaan KGT sempena ekspo baru-baru ini,”ujarnya.Katanya, moga sumbangan ini dapat membantu mereka khususnya bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.Farah ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas keperihatian terhadap keluarganya selepas arwah suaminya meninggal.
Bagaimanapun, bagi Farah wang tersebut bukan untuk dirinya, sebaliknya beliau hanya pemegang amanah ke atas yang lebih berhak.“Terima kasih banyak pada semua,”ujarnya.Kamaruzzaman meninggal dunia sewaktu pulang dari program menuntut royalty dari kerajaan Pusat pada 11.11.11 lalu.
Adakah kerana beliau isteri kepada bekas pegawai khas Husam maka beliau layak menerima sumbangan yang terlalu istimewa hingga mencecah RM 400,000.00 daripada Kerajaan Kelantan ? Bagaimana pula dengan keluarga-keluarga kakitangan Kerajaan Negeri yang lain yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ?
.
Apakah mereka juga menerima ratusan ribu ringgit ?
 .
Jika benar apa yang kami lontarkan, nampaknya amalan kronisme yang melampau yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan. Kami tidak berniat untuk mempertikaikan sumbangan yang diberikan. Namun ianya sesuatu yang tidak patut kerana menjelang Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi, masih ramai keluarga yang susah di Kelantan yang patut juga mendapat sumbangan. Balu kepada bekas pegawai khas Husam masih lagi muda dan hanya mempunyai seorang anak berbanding dengan orang susah lain yang mempunyai anak yang lebih ramai.
.
Balu-balu lain di Kelantan mungkin tidak bernasib baik kerana arwah suami mereka bukannya pegawai khas Husam.
.



Thursday, July 26, 2012

PETANDA BALA ALLAH AKAN MELANDA KELANTAN


Kubah Masjid Jatuh Di Negeri Serambi Mekah, Apa Tandanya?

Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap RAKYAT dan NEGERI Kelantan dibawah pemerintahan Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan dan tanpa segan silu mencemar ISLAM menerusi fatwa-fatwa sesat dan mendabik dada jaguh ISLAM walhal melacur Islam demi sokongan KAFUR HARBI dan kuasa....
 
Tambahan kejadian itu berlaku dalam bulan Ramadhan, bulan penuh barakah dan kemuliaan. 
 

Wednesday, July 11, 2012

ORANG KEDAH TOLAK BUKU PEMIKIRAN JIN KELUARAN GAY

Iman orang kelantan tak sehebat dan seampuh orang kedah buktinya pemimpin PAS kedah merangkap YB Menteri Besar Kedah terus terang berani menolak buku Jingga - buku pemikiran JIN keluaran GAY. Berbanding MB Kedah dikatakan MB Kelantan bertaraf WALI, Tok Guru dan Keramat Hidup tapi kenapa bacul dalam menegakkan kebenaran dan prinsip sebenar ISLAM? Jadi penukut sebab nak jaga hatri Kafir Harbi demi cita-cita dan kuasa memerintah malaysia walau ISLAM tergadai.... apa punya muslim da....


Wednesday, July 4, 2012

SEMUA PROJEK MAIN HENTAM SAJALAH INI PEMIMPIN DAN PARRTI YANG KITA NAK BAGI PERINTAH MALAYSIA??? BIAR BETU!

Nampaknya Husam Musa terus menjadi beban kepada Pas di Kelantan dengan projek-projek bodohnya.

Masihkah ingatkah anda kepada projek lebuhraya dia yang berharga RM 1.9 bilion ?

Kepada yang tak ingat atau tak berapa ingat boleh lihat di sini

Projek besar RM 1.9 bilion....

Majlis pecah tanah telah dilakukan....

Kutipan derma dari orang ramai telah dilancar dan telah pun dikutip....
 
Tetapi sungguh mengejutkan rupa-rupanya projek itu belum lagi mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Kelantan.


Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.


Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka
akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.


Bagaimana kalau Exco tak lulus ?

Apa akan jadi kepada duit derma orang ramai ?

Friday, June 8, 2012

DERMA BARANG ELAK PENYELEWENGAN SUMBANGAN BINA LEBUHRAYA KELANTAN

Semalam Rakyat Kelantan tiba-tiba menjadi begitu pemurah dan baik hati serta prihatin dengan sanggup bersusah payah menderma dan menyumbang alatan dan bahan pembinaan kepada Kerajaan PAS Kelantan walaupun Rakyat Kelantan tidaklah KAYA RAYA malah hidup daif, miskin dan kekurangan di bawah pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan.

Sumbangan ini diberikan ikhlas tanpa mengharap balasan walaupun mereka tahu MEREKA DIJANJIKAN TIKET SYURGA malah lebih pantas dengan menggunakan lebuhraya yang bakal dibina nanti.

Rakyat Kelantan berhimpun bagi menderma bermacam peralatan dan bahan binaan bukan sahaja untuk pembinaan Lebuhraya yang DILANCARKAN maru-baru ini malah dengan harapan derma ini dapat membantu Kerajaan PAS Kelantan menyiapkan semua janji projek-projek Kerajaan PAS Kelantan kepada rakyat negeri ini sejak 22 tahun lalu hingga kini seperti berikut:

Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion

Bukan kah derma dan sumbangan digalakkan dalam ISLAM malah jika melakukan WAKAF pahalanya lebih besar lagi. Malah Kerajaan Kelantan tanpa segan dan malu minta sumbangan rakyat untuk pembinaan lebuhraya pula walaupun sudah acap kali sumbangan dan derma diminta dari rakyat tetapi satu pun projek berkenaan tidak dilaksanakan.
 
 
 
Namun begitu penulis myuskil tapi kenapa Nik Aziz dengan nada jauh hati dan juga berkecil hati menulis seperti berikut:
 

Nik Aziz jelas terpalit rasa malu apabila kononnya dihina oleh Rakyat Kelantan...
 
Sememangnya beliau memang mudah lupa. Beliau lupa bahawasanya orang yang menyarankan supaya Rakyat Kelantan menderma peralatan bagi membantu Kerajaan PAS Kelantan adalah EXCO beliau sendiri, yakni oleh Datuk Husam Musa. 
 
Husam kata, kalau tak dapat sumbang dalam bentuk kewangan, derma dalam bentuk barangan juga diterima. 
 
Sekarang apabila Rakyat Kelantan menderma dalam bentuk barangan, kenapa pula Menteri Besar Kelantan ingin berkecil hati?
 
APAKAH KERANA CANGKUL,PENYODOK DAN BAHAN BINAAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI DANA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI ???
 

PELANCARAN K-POP YANG HALAL OLEH PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telah mengumumkan konsep persembahan K-POP HALAL yang lain semuanya jatuh HARAM waima yang datang dari korea sekalipun... lebih mengharamkan kalau K-POP itu sebahagian dalam penganjuran program oleh Kerajaan UMNO atau BN.

Tema pelancaram K-POP HALAL adalah "PASTI HARAM UNTUK MU TAPI BOLEH JADI HALAL KALAU UNTUNG BUATKU"

Tag Line K-POP HALAL pula adalah "Double Standard BIASALAH BRO!"


CONTOH K-POP HARAM

Himpunan Sejuta Belia PUTRAJAYA
Max247

PERSEMBAHAN K-POP HALAL

MTV World Stage Shah Alam

Bertam Night 2012














































Monday, June 4, 2012

WAKAF LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN SATU SKIM PENYELEWENGAN


29 Mei 2012, Kerajaan PAS Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan "Lebuh Raya Husam" yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.

 




Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.


[b]No akaun : 03036 01 000 3031

[b]Bank : Bank Islam

[b]Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd


Namun bila disemak di mesin ATM untuk deposit wang, nama yang tertera pada pemilik akaun adalah Tetuan Rowstead Sdn Bhd. Ini satu penipuan yang jelas dibuat oleh Kerajaan PAS Kelantan terhadap rakyat. 






Mengapa minta duit rakyat untuk buat lebuhraya tetapi masuk dalam akaun Tetuan Rowstead Systems Sdn Bhd? Siapa pemilik akaun Rowstead Systems ini? Mengapa Husam Musa tidak tampil membuat kenyataan siapa Tetuan Rowstead ini? 


Hasil dari maklumat syarikat tersebut, sekumpulan pejuang maya Facebook telah membuat siasatan terperinci dan mendapati satu pekara yang amat mengejutkan berkenaan syarikat tersebut . Mari kita lihat hasil carian SSM syarikat tersebut.







KLIK IMEJ



Adalah mengejutkan bila hasil semakan mendapati nama Hussam Musa tertera didalam dokumen pendaftaran syarikat tersebut. Sumbangan diminta untuk dimasukkan kedalam akaun tersebut dan Hussam Musa salah seorang dari penerima sumbangangan tersebut. Hebat bukan?
JOM UBAH!
CUKUPLAH UNDI DAN SOKONG PAKATAN RAKYAT!

Thursday, May 31, 2012

LEBUH RAYA KE SYURGA MENJANJIKAN PERJALANAN LEBIH PANTAS!

Tahniah satu lagi projek sebagai jalan ke SYURGA kali ini lebih hebat lebih besar iaitu projek lebuhraya... masyaALLAH... betul jalan itu akan lebih pantas sekali dengan menggunakan lebuhraya ini... malah kepada dermawan boleh saja menyumbang wang sebagai tiket ke syurga kerana seperti janji PAS derma demi PAS janjinya SYURGA!

Sebelum terlebih syok... baik kerajaan KELANTAN cuba menunaikan janji bulan dan bintang yang dilaksanakan sebelum ini.... yang turut menggunakan mudus operanti serupa... berjanji dan akhirnya memperbodohkan RAKYAT KELANTAN...

Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion

CUKUPLAH MARI BERHENTI SOKONG DAN UNDI PAS/PAKATAN RAKYAT!

image1 (Gambar) Kelantan Bina Lebuh Raya KB KK Hanya Menggunakan Wang Derma!!! Tahniah

Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang/ derma boleh berbuat demikian. Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031
Bank : Bank Islam
Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (dahulu dikenali ROWSTEAD SYSTEMS SDN BHD)





































Kesian Rakyat Negeri Kelantan. Pagi-pagi buka paip keluar air teh susu, lagi sedih buka keluar air kopi. Bertambah sedih bila buka paip keluar angin sahaja. Antara air dengan lebuhraya, mana satu yang lebih utama? Utamakanlah benda yang menjadi Keperluan Rakyat dan bukan Kehendak. Hendak mandi, hendak masak, hendak ambil air sembahyang, semuanya memerlukan air bersih. 22 tahun pemerintahan masih gagal memeberikan perkhidmatan asas kepada Rakyat. Sekarang sibuk berjanji untuk membina lebuhraya percuma dengan memerah hasil keringat Rakyat atas nama sumbangan dan derma untuk bekalan pahala ke syurga Nik Aziz.



Apalah diharap dengan janji-janji Kerajaan PAS Kelantan ini untuk membina lebuhraya percuma? Sedangkan banyak janji-janji terdahulu yang masih belum dikotakan oleh mereka. Sekadar memberikan beberapa contoh. Masih ingatkah lagi dengan batu asas di bawah sebagai penanda aras satu projek? Batu asas projek jambatan PAS (merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Palekbang - Kota Bharu) yang diletakkan 16 tahun dulu disempurnakan oleh KDYMM Sultan Kelantan. Sampai sekarang tidak nampak tanda-tanda akan dibina. Batu Asas Jambatan Palekbang yang dijanjikan oleh Nik Aziz 16 tahun yang lalu, kini hanya tinggal batu. Jambatannya entah ke mana.

Mana pula Stadium yang kononnya ingin dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan di Bukit Merbau, Pasir Puteh? Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan ini yang dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011. Sehingga sekarang jangan katakan stadium, batu asas pun tak nampak lagi.





Thursday, May 3, 2012

NIK AZIZ TAJA RAKYAT LANGGAR UNDANG-UNDANG SILA BERSIH DI KELANTAN DULU

Kepada Nik Aziz, Pemimpin PAS Kelantan dan RAKYAT Kelantan semuanya... sebelum sibuk-sibuk nak sokong BERSIH... Anda semua perlu BERSIH segala kekotoran, kedaifan dan kemiskinan di Kelantan.

1. Air untuk diminum rakyat kena lah BERSIH

2. Sokong pemimpin yang betul-betul BERSIH

3. Pentadbiran negeri tiada rasuah, penyelewengan dan BERSIH

4. Kalau berjanji kena tunai dan BERSIH dari penipuan

5. Parti PAS juga kena BERSIH dari kumpulan ANWARISdan pengaruh KAFIR HARBI DAP

6. Fahaman agama dalam PAS kena BERSIH dari "fatwa" politik dan putar belit agama semata-mata demi raih sokongan

7. Pemimpin dan ahli PAS perlu BERSIH dalam tutur kata terutama dalam menghasut, memfitnah  dan menyebarkan pembohangan atau memburukkan sesama ISLAM.

8. PAS perlu BERSIH dari fahaman liberalisme yg di import dari PKR

9. Pemimpin PAS kena BERSIH dari menyimpan DENDAM dan AMARAH BENCI kepada UMNO kerana sama-sama "mengucap syahadah" dan "ISLAM" seterusnya berusaha bersatu ke arah penyatuan ummah.

10. KESIMPULAN - Bukankah BERSIH itu sebahagian ajaran ISLAM...


NIK AZIZ TAJA RAKYAT UNTUK LANGGAR UNDANG-UNDANG MENERUSI BERSIH

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin.

Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari wang parti, sebaliknya kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya, bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

KARTUN NIK AZIZ BERSIH
*Sibuk dok laung BERSIH tapi dah 22 tahun memerintah, air Kelantan masih lagi KOTOR!

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.