Showing posts with label Fakta Islam. Show all posts
Showing posts with label Fakta Islam. Show all posts

Thursday, April 16, 2015

HARUS DI SIASAT NALLAKARUPPAN BERANI TERBUKA MEMPERSOALKAN ORANG ISLAM DALAM DEWAN NEGARA


 
Gamat seketika sidang Dewan Negara di Parlimen sebentar tadi.....

Senator Datuk Seri Nallakaruppan selaku salah seorang daripada Ahli Dewan Negara bertanyakan soalan, kenapa sudah tiga kali YAB Datuk Sri Najib bersumpah dengan nama Allah bahawasanya beliau tidak mengenali Altantuya tetapi kenapa masih ada orang yang beragama islam tidak mahu percaya dan terus kaitkan Najib dengan kes pembunuhan ini....?

Seterusnya Nalla melahirkan persoalan jika bangsa melayu bergaduh sesama melayu, siapakah yang akan rugi..?  Begitulah hebatnya perhatian Nalla terhadap keharmonian tanahair kita....

NOTA : Nampak Islamik pakai kopiah jubah bagai... Cakap pun macam Islamik sebut bab sokong Islam sokmo... Siap Mengaku tu lagi dialah pejuang Islam yang Islamik... TAPI sayang BAB BERTINDAK tak nampak langsung ISLAMIK... Mahzab apakah itu JIKA... membenarkan menabur fitnah... mengata macam-macam... caci maki hamun merata-rata... membenarkan prinsip Islam yang hanaya menguntungkan golongan dia... APALAGI kalau bukan MAHZAB LAPAR KUASA tajaan PAS...

Nallakarrupan lebih mendalami prinsip ISLAM berbanding ustaz celup goreng tepung yang di JUAL PAS PIS PUS... MAMPUS...

Thursday, August 9, 2012

MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ SETUJU HARAM BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR HARBI DAP

Sememangnya kenyataan bahawa DAP HARAM DISOKONG UMAT ISLAM adalah BENAR malah WAJIB DIPATUHI UMAT ISLAM SELURUHNYA... justifikasinya DAP adalah KAFIR HARBI yang berusaha membuat kejahatan, keburukan dan  kemudharatan kepada ISLAM... Malah jelas dibuktikan dengan pendirian DAP yang menentang idea HUDUD, Negara Islam malah mempersoal pergaka-perkara dalam perlembagaan yang menjamin hak Melayu dan Islam...

INSAFLAH SEMUA!


Nik Aziz sudah bersetuju 26 tahun lalu BAHAWA HARAM BERKERJASAMA DENGAN PERTUBUHAN BUKAN ISLAM... terutamanya yang bersifat KAFIR HARBI macam DAP... berdasarkan KETINGGIAN ILMU agama NIK AZIZ.

Tu 26 tahun lepas... habis sekarang ni Nik Aziz makin rendah ke ILMU dia boleh jadi redha bersekongkol dengan DAP demi KUASA dan PANGKAT... Islam diketepikan... apa cerita... MInta NIK AZIZ muhasabah diri depan ALLAH agar komited dengan "fatwa" beliau 26 Tahun dulu.... 

TOLAK DAP demi ISLAM
BUKAN SOKONG DAP demi KUASA

Thursday, May 10, 2012

KEPUTUSAN MAJLIS FATWA AMAT TEPAT : MAJORITI UMAT ISLAM MENYOKONG

Marilah kita bersatu mempertahankan institusi ISLAM iaitu Majlis Fatwa - Cuba FIKIR dan tanya IMAN adakah tidak relefen fatwa yang dikeluarkan itu? Cukup baik kerana fokus objektif adalah menghalang huru-hara dan perbuatan merosakkan negara. serta pematuhan undang-undang oelh semua. JAHAT dan HARAM kah jika kita mahu menegakkan dan mematuhi undang-undang???


Usaha memburukkan Majlis Fatwa sebenarnya didalangi KAFIR HARBI dan alatnya merupakan orang yang bertopengkan ISLAM dalam PAS dan PKR... bodoh bukan ummat ISLAM sendiri yg berperanan menghina dan menjatuhkan institusi ISLAM... tapi itulah hakikatnya..


OLEH ITU... MARI KITA BERHENTI UNDI dan SOKONG Pakatan Rakyat... Cukup sekali kita bagi undi!


Moga Allah pelihara UMMAT ISLAM dan Hancurkan MUSUH ALLAH itu termasuk Kafir Harbi dan golongan MUNAFIKUN!




Apa pula komen yang akan menyusul dari kepimpinan PAS dan PKR selepas membaca fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan ini?

Sudah pasti, mereka akan mengatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah alat UMNO yang telah dicaturkan untuk menguntungkan pihak UMNO. Namun, apabila fatwa ini nanti berpihak kepada mereka, secara 360 darjah mereka akan terus mengatakan bahawa ini adalah fatwa yang wajib diikuti oleh seluruh masyarakat di Malaysia.

Itu tidak ditambah lagi dengan fatwa-fatwa yang terkeluar dari mulut Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam hal ehwal keagamaan ini, marilah kita letakkan dulu fahaman politik masing-masing dan sama-sama memikir dan mematuhi fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan kepada kita sebagai umat ini.

Jadi, janganlah kita anggap bahawa setiap apa yang dibuat itu semuanya alat politik UMNO... 


 MAJLIS FATWA DIHINA





Sebagai umat Islam kita harus mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan kepada institusi fatwa negara. Saya mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Malaysiakini dan Zunar yang menghina institusi Islam dan Umat Islam. Cukuplah selama ini martabat Islam diperkotak-katikkan dan dipermainkan. 
 
Amat berharap agar umat Islam bersatu mempertahankan institusi fatwa. Soal bersetuju atau tidak dengan fatwa yang dikemukakan itu terserah pada perhitungan masing-masing. Tapi jangan sesekali institusi dihina dan dicerca mahupun tergamak merestui segala pencabulan yang dilakukan ke atasnya demi kepentingan tertentu.

















Monday, May 7, 2012

MAJLIS FATWA - HARAM SERTAI DEMONSTRASI CETUS HURU HARA DAN KEKACAUAN

HARAM maksudnya kalau buat berdosa dan tinggal dapat pahala ada FAHAM TAK? Bukan apa.. aku takut lembu pakai kopiah tak faham... upppss! depa mana tau Hukum... 
 
Bagi lembu-lembu dan penjilat ini HALAL maksudnya apa saja tindakan atau perbuatan yg MENGUNTUNGKAN mereka walau langgar undang-undang dan ajaran ISLAM itulah  HALAL. 
 
HARAM kalau apa-apa tindakan atau perbuatan yang baik, adil dan membantu selaras dengan undang-undang dan ajaran ISLAM oleh KERAJAAN atau UBN yg dilihat MERUGIKAN mereka itulah HARAM.

Yang dekat bawah ni... FAKTA betul tau bukan FATWA SESAT PAS or NIk Ajiz ya...

 
 ABDUL Shukor Husin (dua kanan) sambil diperhatikan Othman Mustapha (kanan) bercakap pada sidang akhbar Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di Sepang, semalam.
 
SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan adalah haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu kerana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lalu.

"Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah, niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak boleh bersetuju ke arah usaha mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.

Panel jawatankuasa tersebut yang dianggotai 24 ahli termasuk 14 mufti yang mewakili setiap negeri menegaskan, tindakan tersebut adalah haram dan bertentangan dengan pandangan majoriti ahli sunah wal jamaah yang menjadi panduan umat Islam di negara ini.

Abdul Shukor berkata, semua perhimpunan yang bertujuan tidak baik termasuk perhimpunan haram, Bersih 3.0 baru-baru ini tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat sebaliknya hanya mencetuskan huru-hara dan menyusahkan orang lain.

"Kita mengikut pandangan ahli sunah, perhimpunan itu haram dan tidak boleh. Bukan saja Bersih 3.0, ada banyak lagi perhimpunan asalkan tujuannya tak baik, hasilkan natijah tak baik, melanggar undang-undang dan sebagainya sedangkan kita ada cara yang baik, maka kita berdosa," katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
Menurut Abdul Shukor, umat Islam juga dilarang sama sekali menyertai perhimpunan jika ia bertujuan menjatuhkan kerajaan yang sah selagi ia tidak membawa kepada kemusnahan, kemurkaan atau maksiat kepada Allah.

Sebaliknya, katanya, Islam menganjurkan umatnya supaya menggunakan saluran yang betul dan berhemah seperti perbincangan tanpa perlu menggadai keamanan dan kesejahteraan umat.

"Mereka yang terlibat perlu sedar dan insaf bahawa tindakan yang dilakukan bukannya ajaran Islam sebab Islam tidak pernah menyuruh umatnya mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara untuk mencapai sesuatu agenda.

"Lebih-lebih lagi sekiranya terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintah yang sah, ia ditegah sama sekali oleh Islam, termasuk seperti menderhaka kepada ulul amri," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, muzakarah tersebut turut membincangkan mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut Abdul Shukor, isu tersebut jelas haram dan umat Islam dilarang sama sekali untuk menyokong atau menunjukkan simpati kepada golongan tersebut.

"Isu itu sudah ditegaskan dalam Islam yang ia haram, oleh itu, tidak perlu ada sebarang fatwa macam sembahyang yang diwajibkan kerana ia sudah jelas,'' katanya.

Ditanya mengenai sokongan kepada pemimpin yang secara terang-terangan berpihak kepada LGBT, beliau berkata, umat Islam wajib menolak pemimpin tersebut kerana ia tidak menepati kehendak agama.

"Dalam Islam, apabila mahu memilih dan mengikut pemimpin ada kriteria yang perlu diikuti seperti pemimpin itu mestilah seorang yang berpengetahuan, amanah, bermoral dan mempunyai kredibiliti tinggi serta berpegang teguh pada agama yang dianuti,'' katanya.

Monday, August 1, 2011

FAKTA SEJARAH ISLAM GEMILANG DI BULAN RAMADHAN


“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya, sebagai petunjuk kepada manusia, sebagai penjelas dari petunjuk dan Al-Furqan (pembeza hak dan batil)” (Al-Baqarah)

Bulan Ramadan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERANG BADAR
Pada hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125 bermaksud, “Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya”.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di Lembah Watir.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan 10,000 tentera Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al-Fath ayat 1 bermaksud,”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Di sini tapak tempat berlakunya Perang Badar di bulan Ramadan. Perang Al-Furqan (Pembeda antara Hak dan Batil). Di sini turun Malaikat membantu tentera Islam. Di sini golongan sedikit dan serba kekurangan menewaskan golongan lebih ramai dan lengkap bersenjata.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat Islam ketika itu benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al-Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al-Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama 8 kurun bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi membuka Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH DI PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Khilafah Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan para sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. 

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad bernama Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

KUBU AMPUH “BAR LEV” MILIK ISRAEL DITAWAN
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. 

Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Tuesday, April 7, 2009

MUFTI ARAHKAN HENTIKAN PERSENDA AYAT ALLAH

Salam perjuangan

Mufti dah berikan arahan... tolong hormati sensitiviti ummat Islam dan Melayu... Agama Islam bukan boleh dijual beli macam PAS dan PKR yang telah menjual agama mereka kepada DAP demi kuasa... tolong hormati. Ummat Islam dah lama bersabar... kalau DAP teruskan kebangsatannya dan sanggup menjual kami pun sanggup membeli!

PETIKAN AKHBAR :

KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik. ''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.

Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya.''Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah," tambah kenyataan itu lagi.Sumber: Utusan Malaysia, 7 April 2009

Monday, March 3, 2008

Apabila Hasad Mengambil Tempat, Kebaikan Akan Terpinggir


S. S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Mufti Negeri Perlis


Hikayat kisah-kisah melayu lama banyak memuatkan tabiat melayu yang amat cenderung untuk hasad dengki antara satu sama lain. Saya tidak pasti sejauh manakah kebenaran kisah-kisah tersebut. Namun yang pasti samada kisah itu benar atau bohong, atau separuh bohong, unsur hasad dengki mempengaruhi masyarakat melayu sehingga kisah-kisah yang berunsur sedemikian terbentuk dan diwarisi.


Mungkin ianya kisah yang ada asalnya, atau igauan perekanya yang selalu terbayang unsur-unsur hasad dengki yang sering mengambil peranan dalam masyarakatnya. Lihat sahaja Hikayat Hang Tuah, Hang Nadim dan berbagai kisah-kisah yang lain. Kisah-kisah itu menggambarkan betapa hasad dengki telah mengambil tempat utama dalam kemuncak kisah dan pemikiran ingin mengambil manfaat dari kebolehan individu lain dipinggirkan. Mungkin ada masyarakat lain juga yang demikian, kerana hasad dengki adalah ‘penyakit antarabangsa.


Dari segi realitinya, walaupun tidak semua, orang kita selalu hasad apabila melihat sesama kita maju ke hadapan. Padahal itu bukan sifat yang baik bagi satu bangsa yang sedang bersaing membangunkan kaum mereka. Dahulu jika ada orang melayu yang berkebun di kampung akan ada yang menyindir: “nanti habislah sayur cina tidak laku”. Jika ada yang cuba berniaga akan ada yang memperli: “nanti tutuplah kedai cina, aku nak tengok berapa hari boleh bertahan”.

Pada zaman ini pula, jika mereka melihat orang lain kaya-raya, mereka tidak pernah atau jarang mempertikaikan “daripada taukeh itu dapat duit, atau boleh kaya?” Namun jika ada sebangsa dengan mereka yang kaya, terus sahaja ada pemikiran negatif bermain di kepala sebahagian kita. Sangkaan jahat dek hasad pun akan muncul, lalu mereka akan berkata: barangkali ada ‘orang atas’ yang tolong dia, atau barangkali rasuah, atau kroni atau barangkali itu dan ini.
Nilai-nilai negatif itulah yang menguasai pemikiran ramai tanpa terlebih dahulu dimulakan dengan sangkaan baik dan mendoakan agar sesama kita mendapat rezeki yang halal. Perangai ini sebenarnya bermula dari sikap bangsa melayu itu yang ramai tidak ada keyakinan kepada diri sendiri untuk berkemampuan seperti ‘orang lain’, juga berhasad dengki jika melihat di kalangan bangsanya ada yang lebih ke hadapan.


Barangkali ramai yang ‘begitu melayu’ akan sensitif dengan apa yang saya sebut ini. Namun tokoh melayu yang agung Zaaba telah pun menyebut hal yang sama sejak lama dahulu. Dalam bukunya ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’ yang diharamkan oleh golongan agama konservetif pada zamannya, Zaaba menyebut: “Demikian pula jika hendak berniaga, orang kita tiada bermodal dan tiada upaya mencari modal walau modal kecil-kecil pun dengan ikhtiar sendiri; dan sentiasa mereka mengaku tiada upaya itu!


Sebaliknya jika ada modal pula, mereka tiada upaya menjalankan perniagaan itu dengan jalan-jalan yang betul dan cara yang teratur, serta dengan amanah dan jimat cermat, sehingga mencapai kejayaan dan dipercayai orang. Padahal bangsa-bangsa lain yang datang sebagai ’sengkek’ mula-mulanya ke negeri ini dengan tiada mempunyai sebarang harta dan wang belanja, hanya ada tulang empat kerat dan akal ikhtiar serta kepercayaan akan kebolehan dirinya dapat mereka berikhtiar mencari wang.


Bahkan dilihat mereka negeri ini sememangnya negeri yang kaya raya, dan semua perkara boleh jadi wang, sehingga sampah di tepi jalan itupun boleh jadi wang belaka; sebab itulah mereka berkumpul ramai ke sini. Kemudian setelah dapat wang maka dengan berjimat-cermat dan berdikit-dikit dikumpulkan mereka lalu mereka membuka kedai kecil-kecil; barangkali di kampung-kampung, di kebun-kebun getah atau di hulu-hulu.


Tetapi kerap kali yang kecil itu akhirnya menjadi besar dan maju lalu mereka berpindah berkedai di bandar-bandar pula. Kesudahannya sehingga penuh segala bandar negeri-negeri Melayu ini oleh kedai dan tempat perniagaan mereka sahaja; dan segala pasar pun kecil besar pada kebanyakan tempat, mereka jugalah yang memegang dan memenuhinya!
Sekalian itu ialah terutamanya oleh sebab mereka kuat berpegang kepada kebolehan sendiri. Begitulah sedikit daripada contoh yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan kita daripada mereka itu dengan sebab mereka ada perangai percaya kepada kebolehan diri sendiri dan kuat bergantung kepada ikhtiar diri sendiri, dan kita tidak.


Ya, berkecualian daripada keadaan yang telah diceritakan itu tentulah ada dan boleh terdapat di sana-sini. Tetapi berapa orang? Barangkali tidak ada satu dalam seribu atau sepuluh ribu. Yang terlebih banyaknya ialah seperti yang diceritakan itu juga. Maka selagi tidak kita ubah sekalian ini, diganti dengan perasaan dan pemandangan hidup yang lebih baik, tidaklah akan diubah Tuhan hal kita, melainkan akan terbenam juga di dalam kubang kita yang ada ini selagi kita kekalkan sifat-sifat kelemahan yang ada pada diri kita sekarang.” (Zaaba, ‘Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri’, Dewan Bahasa & Pustaka, hlm 17-18).


Barangkali sebahagian orang melayu sudah pun mengalami proses minda dan persepsi. Namun di kebanyakan kampung, apa yang disebut Zaaba masih kelihatan segar. Salah satu sebab yang menghilangkan keyakinan masyarakat melayu adalah banyak tersebar bicara dan ucapan manusia yang hasad sesama sendiri yang selalu meluahkan perkataan buruk apabila melihat orang lain lebih baik atau memiliki keistimewaan. Ramai yang suka mempertikai kelebihan orang lain untuk dijatuhkan daripada membincang kesusahan sesama sendiri orang untuk dibantu.


Maka apabila ada seseorang yang memiliki kelebihan atau kebaikan segala pergerakannya akan diperhatikan. Bukan untuk dicontohi, tapi untuk dikeji. Pantang ada salah dan silap dia akan dihentam. Namun jika ada seseorang yang melarat dalam kesusahan, tidaklah pula mereka sibuk berbincang bagaimana hendak membantu. Itulah hasad yang mencukur pegangan agama seseorang.


Maka hasad adalah musuh utama sesuatu masyarakat. Lebih buruk dari segala jenis penyakit. Hasad ini berasal dari bahasa ‘Arab, kita sebut dalam bahasa kita sebagai dengki atau kita gabungkan arab dan melayu menjadi hasad dengki. Hasad secara mudahnya bermaksud perasaan inginkan agar nikmat atau kelebihan atau kebolehan atau keistimewaan yang ada pada insan lain terhapus.


Maka seseorang yang hasad selalu gelisah atau tidak puas hati melihat apa yang dimiliki oleh pihak yang dihasadnya. Jika perasaan itu dilayan, maka maka si pendengki ini akan menyusun strategi agar hasrat buruk itu tercapai. Maka lahirlah angkara-angkara buruk terhadap individu yang dihasadnya, tanpa dosa dan kesalahan melainkan kerana memiliki kelebihan.


Masyarakat yang dipenuhi dengan hasad akan dipenuhi berita utamanya; jatuh menjatuh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah, tuduh-menuduh, maki-memaki, kata mengata dan segala macam perkara yang mendengarnya sudah memenatkan jiwa apatah lagi mengalaminya. Lihat dalam dunia politik melayu, tidak habis-habis dari perkara yang seperti itu. Padahal mereka semua mengaku muslim dan orang Islam itu bersaudara.


Dalam dunia golongan agama juga bukan sedikit perkara yang seperti itu. Bahkan dalam dunia akademik universiti juga kadang-kala hasad berjaya mendapat tempat sehingga merobohkan nilaian ilmiah. Dalam dunia pekerjaan dan perniagaan juga demikian. Sebab itu Nabi s.a.w bersabda: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama”. (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang sahih, juga diriwayatkan oleh al-Tirmizi).


Dalam dunia politik, ada kelompok manusia yang sanggup mewakafkan diri untuk berfikir bagaimana untuk menjatuhkan orang lain. Habis satu pilihan raya kepada pilihan raya yang akan datang. Habis satu pemilihan kepada satu pemilihan. Kerjanya tidak habis-habis. Tanpa batasan dosa dan pahala.


Demikian dalam perniagaan, kekeluargaan, pendidikan dan berbagai lagi. Si pendengki kadang-kala tidak pernah kenal letih dalam usaha menghilangkan kebahagiaan orang yang didengkinya. Seakan mereka membantahkan kurniaan atau nikmat Allah kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. Allah mengingatkan kita dengan firmannya, (maksudnya) “apakah patut mereka itu dengki kepada manusia disebabkan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka?” (Surah Ali ‘Imran: 54).


Bagi si pendengki atau kaki hasad ini, berita gembira untuknya bukan ajaran al-Quran atau sunnah, tapi kisah keburukan lawannya. Jika ada isu buruk orang dihasadnya, ceria dan tersenyum wajahnya. Jika ada kebaikan orang yang dihasadnya pula maka bermasam mukalah dia. Amat berbeza watak seperti ini dari ajaran Allah dan RasulNya yang menyuruh kita bergembira dengan berita baik dan berdukacita dengan berita jahat yang menimpa saudara muslim.


Mereka ini bagaikan lalat bangkai; yang busuk dicari, jika jatuh ke dalam minyak wangi ia mati. Padahal Allah memerintahkan kita semua; tanpa mengira orang politik atau selainnya: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain.


Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Surah Al-Hujurat: 12).


Penafsir terkenal, Sayyid Qutb menyentuh ayat ini dengan begitu mendekati kehidupan muslimin di zaman kini, beliau menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan perlaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun.


Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi, atas apa alasan sekali pun untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai. Hukumlah manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain.


Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka. Demikianlah nas ini (larangan mengintip) menempatkan dirinya dalam sistem pelaksanaan dalam masyarakat Islami. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama.” (rujukan: Sayyid Qutb, Fi Zilal Al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al-Syuruq). Namun atas ketamakan dan hasad dengki, ramai yang melarang pantang-larang ini.


Dalam urusan agama pun bukan sedikit hasad dengki. Kadang-kala kita jumpa sesama yang berjubah atau berlabel agama pun hasad-menghasad tanpa alasan yang benar. Ditolak pendapat yang benar dan dalil yang sahih kerana soal umur, daerah dan aliran. Lalu timbul hasad dengki diikuti mencerca dan menfitnah sesama yang memakai baju agama. Bukan kerana mempertahankan fakta dan kebenaran, tetapi dek perasaan dengki dan hasad.


Dalam sejarah Rasulullah s.a.w, golongan yang paling mengetahui tentang kebenaran baginda ialah golongan ahli Kitab. Namun merekalah yang paling kuat menentang baginda. Mereka menolaknya kerana hasad, sebab Nabi Muhammad bukan dari kelompok mereka. Lalu kedengkian itu menguasai jiwa mereka. Firman Allah: (maksudnya) “Banyak di kalangan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Baqarah: 109).


Bahkan hasad dengki boleh berlaku di kalangan kaum keluarga yang rapat, apa hendak dihairankan jika ianya berlaku di kalangan seagama. Sehingga kadangkala sanggup berpakat dengan musuh luar untuk menentang saudara seagama hanya disebabkan perbezaan parti atau kumpulan. Dalam sejarah Nabi Yusuf a.s., beliau dicampakkan ke dalam telaga oleh abang-abangnya sendiri, hanya kerana hasad dengki.


Al-Quran menyebut ucapan mereka: “Ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.” (Ramai di antara mereka berkata): “bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik.”" (Surah Yusuf: 8-9).


Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Manusia ini terus berada dalam kebaikan selagi mereka tidak dengki-mendengki.” (Riwayat Al-Tabarani, disahihkan oleh Al-Albani). Sabdanya juga: “Tidak akan terhimpun dalam jiwa hamba Allah iman bersama dengan hasad” (Riwayat Ibn Hibban dihasankan oleh Al-Albani). Masyarakat yang dipenuhi dengan hasad adalah masyarakat yang kotor di sisi Tuhan dan porak peranda dalam agenda kehidupan.


Sumber: Mingguan Malaysia, 13 Januari 2008 & drmaza.com

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.