Showing posts with label Parti Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Parti Keadilan. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

KAKITANGAN PERMATA BUAT LOPRAN POLIS BERSEDIALAH STAF KEADILAN DAILY UNTUK KE PENJARA DAN SAMAN FITNAH PERMATA DAPAT 711 JUTA

Golongan munafikun memang tak serik-serik malah otak nya bergeliga dan tangannya sentiasa GATAL untuk menulis berita fitnah, bohong dan tipu. Kecelakaan golongan ini jelas sekali bila ada pula pengikut bangang dan taksub percaya bulat-bulat fitnah yang di keluarkan menerusi surat khabar NAJIS milik mereka...

Mereka perlu diajar... laporan polis... tindakan undang-undang dan saman 100 juta bagi lingkup terus organisasi MUNAFIKUN ini.


Friday, June 8, 2012

PELANCARAN K-POP YANG HALAL OLEH PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telah mengumumkan konsep persembahan K-POP HALAL yang lain semuanya jatuh HARAM waima yang datang dari korea sekalipun... lebih mengharamkan kalau K-POP itu sebahagian dalam penganjuran program oleh Kerajaan UMNO atau BN.

Tema pelancaram K-POP HALAL adalah "PASTI HARAM UNTUK MU TAPI BOLEH JADI HALAL KALAU UNTUNG BUATKU"

Tag Line K-POP HALAL pula adalah "Double Standard BIASALAH BRO!"


CONTOH K-POP HARAM

Himpunan Sejuta Belia PUTRAJAYA
Max247

PERSEMBAHAN K-POP HALAL

MTV World Stage Shah Alam

Bertam Night 2012














































Thursday, April 14, 2011

HEBAT! DOA DAN SOLAT HAJAT PAS MUSTAJAB... SYUKUR YA ALLAH!

Salam Perjuangan

Parti Islam Semalaysia HEBAT! MANTOP! sungguh akrab dan dekat mereka dengan ALLAH... lihat betapa berkat dan mustajabnya doa diiringi solat hajat PAS! Alhamdulillah.... MAKBUL! Nik Aziz memang WALI... bukan wali selipor tau... wali PAS! doa beliau hebat, berkat makbul... PAS minta kebenaran... maka Allah berikan kebenaran...

APA? TAK PERCAYA KA? Ni bukti-buktinya....

1. ANWAR MAHARAJA PEMBOHONG! - Terkini Raja Petra Kamrudin mengaku cerita DS Najib & Rosmah dalang pembunuhan altantunya TIPU, BOHONG... dalang mereka cerita adalah Anwar Brahim Al Juburi El Liwati.... dibantu konco-konconya... ALLAH Tunjukkan Kebenaran!

- Isu Perubahan Kerajaan Malaysia 16 SEPTEMBER memperlihatkan Anwar MAHARAJA PEMBOHONG... menipu semua pihak kononnya DYMM Yang DiPertuan Agong, Angkatan Tentera Malaysia, Polis dan ahli politik dalam UMNO menyokongnya seterusnya kerajaan UBN akan ditumbangkan pada 16 September... semua orang ditipu dan di perdaya dengan Anwar mempergunakan nama-nama berkenaan... tidak nampakkah Anwar PENIPU??? klik SINI.

2. MORAL ANWAR KOTOR & JIJIK - Terkini terpapar skandal Video Seks Anwar Ibrahim Dengan Pelacur Cina... PAS puja dan sanjung Anwar... berjuta rakyat Malaysia tertipu dengan imej"WARAK" ala pemimpin Islamik... Akhirnya sisi gelap, kotor dan jijik Anwar terpapar hasil pendedahan "sahabat baik Anwar" Dato' Eskay Shazryl Abdullah yg mendedahkan bukti peribadi sebenar anwar menerusi rakan video Seks Anwar dengan PELACUR... sehingga kini Anwar membuat penafian lisan tetapi gagal menangkis bukti sedia ada... wajah yang mirib Anwar, Isu Jam tangan OMEGA dan lain2 lagi... yang menakutkan pihak PERISIKAN Singapura dan US mungkin pihak yg melakukan rakaman... bayangkan jika ANwar jadi PM... dan rakaman ini digunakan untuk mengugut Anwar... nescaya Malaysia kini boneka meeka... Sebelum terjadi ALLAH Tunjukkan Kebenaran!

KES 1998 - Jangan dilupakan Anwar juga disebut melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita malahan lelaki dengan dibuktikan dari DNA dari tilam yang diperolehi dari Tivoli Villa... yang paling mengejutkan Anwar ada hubungan intim dengan Shamsidar Isteri Azmin Ali... Malahan terdapat bukti rakaman serta pengakuan video membuktikan Anwar sememangnya Anwar tidak bermoral...

Pihak yang menuduh dan membocorkan salah laku moral anwar PAS - bermula Mat Sabu dan DAP bermula Karpal kini sibuk membela Anwar... pelikkan? kenapa mereka sanggup U Turn? Jawapannya adalah semata-mata demi kuasa... kuasa yang dikejar... tidak kira caranya baik, buruk, jahat & haram... semuanya HALAL kini demi kuasa....

3. ANWAR BERJIWA GAY - Perbicaraan yang berlanjutan LAMA hasil TAKTIK TANGGUH oleh Karpal memualkan kita... kenapa takut jika anda di pihak yg benar... Malah Anwar Takut untuk BERSUMPAH Atas Nama ALLAH dan naik berang jika diajukan isu bersumpah ini! Kes Pertuduhan LIWAT Anwar IBrahim Keatas Saiful Bukhari masih berjalan... sehingga kini pihak Anwar dilihat begitu lemah dalam pembelaan... yang jelas kini kejadian LIWAT memang confirm berlaku... dan terdapat BUKTI Air Mani Lelaki Y dalam dubur Saiful... mana mahu lari lagi kalau DNA sudah dijadikan bukti... yang pelik Anwar tak mahu kasi DNA untuk buat perbandingan... ANWAR KENAPA TAKUT KALAU ANDA TAK LIWAT??? Sekarang sampel bukti DNA Anwar dari penggunaan berus gigi, tuala dan air mineral dijadikan bukti... Takkan Anwar kata DNA tipu kot... Allah Telah Tunjukkan Kebenaran....

KES 1998 - siapa lupa pada nama Sukma dan Azizan serta beberapa nama lain yang dikaitkan dengan kes Salah Laku Moral Anwar terutama dalam seks luar tabii LIWAT... pengakuan, bukti DNA dan rakaman membuktikan Anwar memang melakukan LIWAT... pembebasan anwar pada 2004 adalah dengan keputusan 2-1. Bacalah penghakiman yang mana pembebasan Anwar adalah kerana teknikaliti shj namun Hakin percaya kejadian LIWAT memang berlaku...

4. ANWAR BAPAK RASUAH - Kita mulakan zaman Anwar menjadi Menteri seterusnya TPM masa dengan UMNO dulu... Anwar mendaki tangga politik kerana WANG! semua org dalam UMNO telah Anwar beli sewaktu elit team Wawawan bertanding... hinggakan Tun Ghaffar tokoh kemerdekaan turut terpaksa menarik diri... Anwarlah IBLIS yg membawa budaya politik wang dalam UMNO... lihat sahaja waktu itu... Saudara, Kroni Rapat dan Konco Anwar Ibrahim kembung dengan duit saham, projek dan sebagainya... dengan WANG Anwar kawal segala-galanya... Pendedahan korupsi dan kuasa Anwar dilakukan oleh PAS! tetapi kenapa kini sanggup bersekutu??? Demi Kuasa... segalanya HALAL... prinsip adalah soal kedua! Hingga akhirnya Anwar tersungkur dan didapati bersalah akibat salah guna kuasa dan pertuduhan liwat pada tahun 1999... Allah Telah Tunjukkan Kebenaran....

KES SABAH
- Kalau sesiapa ingat tahun 1994 kerajaan Sabah kemenangan pembangkang (PBS) dibawah pimpinan Pairin Kitingan waktu itubertukar tangan selepas 2 minggu (klik sini).... ramai YB telah melompat parti masuk BN lantas meruntuhkan kerajaan Sabah PBS... siapa dalangnya kalau tidak Anwar Ibrahim... dengarnya berpuluh beg bimbit hitam diagih dikalangan YB PBS menyebabkan mereka lompat parti... waktu itu Anwar mendabik dada kemenangan BN di Sabah adalah jasa beliau... fikirkan jasa tau RASUAH?

KES LOBI UNTUK LOMPAT SELEPAS PRU 2008 - Rentetan kononnya kerajaan UBN akan tumbang pada 16 September... Anwar telah melancarkan lobi agar MP UBN lompat parti menyertai Pakatan Rakyat... ramai begitu percaya penipuan Anwar Ibrahim hinggakan maklumat mengatakan Anwar telah bertemu MP dari Sabah dan Sarawak bagi menyakinkan mereka hinggakan ada yang telah memberikan janji akan melompat jika Anwar dapat mengurangkan majoriti mudah BN terlebih dahulu... malahan Anwar dikatakan menawarkan beberapa juta RM sebagai ganjaran melompat keluar UBN. KLIK Sini, sini dan sini. Malahan Anwar sanggup hantar MP Pakatan ke TAIWAN semata-mata untuk lobi MP BN lompat parti... Allah telah memperlihatkan betapa Munafiknya Anwar... Itulah Anwar kaki putar belit dan sanggup halalkan apa jua cara hatta yang HARAM kini halal demi KUASA... ALLAH Tunjukkan Kebenaran!

4. ANWAR MUNAFIK AKA RAJA SESUMPAH - Sejak dulu anwar bersikap munafik! Dari zaman Anwar di UM hinggakan memimpin ABIM seterusnya mendaki tangga Jawatan dalam UMNO sehinggalah menjadi Pemimpin ANU-gerah Tuhan (kata jijah) kemunafikan beliau terserlah hebat... Kalau berucap di depan cina kutuk melayu & India, kalau ceramah depan keling kutuk melayu & cina kalau berpidato depan melayu habis cina & keling kena kutuk... bukan itu sahaja berucap dekat luar negara sanggup kutuk Malaysia... HEBAT! memang Anwar spesis sesumpah gergasi... lagi hebat bila dia bersikap bermuka-muka dan suka mempergunakan rakan taulan serta sanggup mengorbankan teman & rakan untuk memastikan beliau terus berjaya... Ramai rasa diperguna, dikhianati dan dibohongi Anwar... Kerana tidak tahan lihat sahaja berapa ramai Teman, Rakan dan Sahabat yang dahulu menyokong kuat Anwar dan sanggup sehidup semati TELAH MENINGGALKAN BELIAU malah MENENTANG ANWAR KEMBALI!


BUKTINYA Professor Dr. Chandra Muzaffar, Zainur Zakaria, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatul, Anuar Shaari, Hajjah Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB Dominique, Professor Dr. Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk Syazryl Eskay, rakan-rakan pengasas ABIM, dan ramai lagi mereka yang terkenal dengan kewibawaan dan integriti yang baik... serta banyak lagi telah meninggalkan Anwar... Allah Memberikan kita petanda untuk meninggalkan yang Batil dan kembali kejalan yang benar... Allah Telah Tunjukkan Kebenaran....

5. PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) LAKNATULLAH - Bermula dengan gerakan Reformasi... kemudian penubuhan GERAK kemudiannya bermulanya pergerakan politik menerusi Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL). Kemudiannya Parti KeADILan Nasional yang kemudiannya digabungkan dengan PRM membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga kini. Tunjang keseluruhan pergerakan ini hanyalah bertumpu untuk membela ANWAR BRAHIM... Mereka inilah yang memulakan demonstrasi jalanan... melakukan rusuhan dan kekacauan... malahan mengajak rakyat melanggar undang-undang... parti ini jugalah yang telah menimbulkan keresahan antara kaum dengan mengapi-apikan hak-hak yang harus mereka miliki hinggakan HINDRAF melakukan rusuhan... tindak tanduk parti ini yang bersikap opurtunis dengan mengetepikan sensitiviti kaum dan agama dalam meraih sokongan amat memualkan...




walaupun berjaya menyatukan pembangkang namun PKR dilihat bukanlah parti dominan sebaliknya mengikut telunjuk DAP yang bersikap anti melayu dan cauvanis... hinggakan PAS turut terheret dan dilihat mendahulukan Cina... yang sedihnya PAS kini turut berubah meninggalkan teras peruangan Islam dan dilihat semkain liberal. Kepimpinan dan perjalanan demokrasi parti penuh dengan korupsi... lihat sahaja perjalanan pemilihan PKR yang caca merba dan penuh keganasan, kekacauan dan kontroversi... hanya karektor yg direstui Anwar and korni yang dapat naik... Mentadbir parti sahaja telah gagal inikan pula mahu mentadbir negeri malahan negara... Allah mahu menunjukkan sikap haiwan dan wajah sebenar parti ini... Inikah Parti yang kita mahukan untuk memimpin negara... Allah Telah Tunjukkan Kebenaran....

BERSAMBUNG...

Teruskan Perjuangan, Kepada Allah Berserah

Wassalam...



Tuesday, April 7, 2009

ANWAR BUAT PENDEDAHAN TERGEMPAR NAJIB : YANG BODOH TERUS DITIPU

Salam Perjuangan...
Anwar terus jadi BADUT SARKAS lagi... seperti biasa YANG BODOH AKAN TERUS DI TIPU... kenapa anwar nak jadi badut??? sbb dia nak pengaruh pengundi di 3 tempat berlangsung PRK terutama di bukit selambau dan bukit gantang... supaya pengundi was-was pada BN dan Dato' Najib dengan harapan terperdayalah mereka... Konon nak buat pendedahan tergempar... YANG DULU JANJI DAK DEDAH 6 KOTAK LAH... BUKTI NAJIB DAN ALTANTUNYA LAH... BANYAK LAGI JANJI ANWAR TAPI DIA TAK TUNAIKAN PUN... Jelas dia BAPA MUNAFIK.. nak terus sokong dia ke? iskh iskh fikir la....
Akhirnya apa jadi malam tadi... lucu.. lucu... nak terbarai perut tengok muka BADUT SARKIS Anwar berpusing-pusing membelitkan cerita ha ha ha... yg lagi lucu masih ada lagi yg percaya nak tunggu 7 April kononnya lepas menang 3 PRK ini baru boleh umum so pengundi ekna bagi Pakatan dan PKR menang... kan BANGSAT bunyinya tu... janji kosong... tu yg saya kata " HANYA YANG BODOH AKAN TERUS DI TIPU... "

MARI KITA BERDOA MEMOHON... SEMOGA ALLAH MENJAHANAMKAN MANUSIA MUNAFIK BERNAMA ANWAR IBRAHIM DAN SELURUH SEKUTUNYA BERSAMA TERBONGKARNYA AGENDA JAHAT YANG TERENCANA DALAM PERANCANGAN DIA BERSAMA MUSUH ISLAM DAN ALLAH ... & Allah memberikan kemenangan kepada perjuangan menegakkan Islam Melayu Dan Negara ini....Amin


Thursday, March 27, 2008

MB BARU SELANGOR LUPA JASA DEB!!!

Menteri Besar Selangor yang baru, mula bercakap...perkataan pertama yang keluar dari mulut nya tidak banyak berbeza dengan apa yg telah dikata oleh Lim Guan Eng sehingga menimbul kan rasa marah orang Melayu di Pulau Pinang.

MB Selangor yang baru itu, tanpa rasa bersalah terus mencaci cerca DEB konon nya dasar yang telah banyak memberi jasa kepada orang-orang Melayu itu sebenar nya sebuah dasar yang gagal dimata beliau. Agak nya MB yang baru itu terlupa bahawa dia juga sebahagian dari produk DEB dan yang juga menjalan dasar-dasar DEB semasa menjadi Ketua Eksekutif PNB.

Bukan kah PNB sendiri telah berjaya mengeluar kan ramai kaum melayu dari paras kemiskinan??? Ternyata, MB yang menjadi harapan kita orang Selangor telah mengkhianati bangsa sendiri. Kuasa dan pangkat yang terhumban keatas bahu nya telah membuat kan dia cepat lupa dunia. Mungkin 'persaudaraan' baru yang dibentuk bersama DAP telah membawa jauh rasa sayangnya kepada bangsa sendiri. Bila situasi ini terjadi, apakah masih ada harapan orang melayu untuk disandar kan kepada manusia seperti itu??.

Jika di Pulau Pinang kenyataan seperti itu telah mengundang rasa marah yang meluap-luap...tetapi di selangor ternyata MB baru itu bernasib baik kerana orang-orang Melayu di sini masih boleh mengawal diri. v Kepada MB Selangor yang baru itu, suka kita berpesan. sekira nya DEB tidak terbentuk apakah orang melayu mampu terlepas dari kepompong seperti situasi sebelum 1969 dulu???

Bukan kah DEB yang dibentuk selepas itu telah mengubah bukan saja sosio budaya melayu tp juga kaum-kaum seperti india dan bumiputra lain??? Jika sebelum 1969, kaum dikenal melalui tempat tinggal nya. Malayu di kampung, india di ladang getah dan cina di bandar. Tapi DEB telah mengubah situasi itu sehingga terbentuk bangsa Malaysia seperti yang ada sekarang. Jika sedemikian besar jasa DEB kepada bangsa Malaysia, tetapi masih juga dianggap gagal oleh PKR dan DAP. Maka sudah barang tentu ada sesuatu yang tidak kena kepada barisan mereka itu!!!

Friday, March 14, 2008

Anwar Dan NED

Baru-baru ini kita telah membaca sebuah rencana hujung minggu tulisan Zin Mahmud, berkaitan dengan hubungan erat bekas pemimpin tertinggi negara yang dipecat dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.Buat pengetahuan pembaca juga yang belum membaca mengenai Paul Wolfowitz ini, beliau adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan regim Yahudi di Palestin. Wolfowitz adalah merupakan salah seorang tokoh yang dibentuk daripada gerakan Yahudi ‘The Jewish Institute for National Security Affairs’ (JINSA), dan telah dilihat sebagai salah seorang yang bertanggungjawab sebagai pencetus perang dan malapetaka politik di Iraq pada tahun 2003, selain arkitek perang di Afghanistan.

Dijelaskan juga bahawasanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporan Utusan 19 Mei 2007, “Saya mengaku pernah bertemu dengan Wolfowitz di Jerman selepas saya keluar dari penjara tetapi pada pertemuan itu saya mengatakan kepadanya Amerika Syarikat (AS) perlu keluar dari Iraq."

Apakah benar beliau hanya berjumpa Wolfowitz itu sekali? Ataupun mungkin juga dua tiga kali sebelum dan sesudah itu? Ataupun selalu berjumpa dengannya terutama ketika sebelum,semasa dan selepas memegang kuasa dalam kerajaan? Apakah tidak mungkin ada atau wujudnya agenda-agenda yang terselindung di sebalik pertemuan-pertemuan tersebut?

Dijelaskan di dalam rencana itu juga, kaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shaha (teman wanita Wolfowitz) dan Biro Hal Ehwal Timur Dekat yang membabitkan negara-negara Asia dan Afrika di pesisiran Laut Mediterranean. "…Dalam perkara ini, Shaha bertanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut. Yayasan itu dinamakan ‘Foundation for the Future’, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Manakala organisasi yang bernama, ‘National Endowment for Democracy’ (NED), yang telah ditubuhkan pada tahun 1983, pada zaman pentadbiran Ronald Reagan,adalah merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang bebas dan bukan bermatlamatkan keuntungan, berperanan membantu menguruskan institusi demokrasi menerusi badan-badan bukan kerajaan yang ada di serata dunia. Pentadbiran Reagan pada ketika itu telah meluluskan peruntukan sebanyak USD 65 juta untuk tujuan promosi demokrasi Amerika ke seluruh dunia menerusi NED ini. Carl Gershman adalah seorang yang berbangsa Yahudi, yang telah menjadi Presiden kepada badan ini sejak April 1984.

Secara kesimpulannya, di dalam pertubuhan NED ini mempunyai ramai lagi tokoh Yahudi yang berselindung di dalam perjuangan demokrasi, tetapi matlamat utama mereka adalah melindungi segala kepentingan Yahudi di serata dunia dan menganggu-gugat ketenteraman dunia-dunia Islam dengan ‘misi demokrasi’ mereka yang tidak pernah kunjung reda, dengan harapan dunia Islam menjadi kucar-kacir dan huru-hara, supaya mudah mereka menakluki ekonomi dan pentadbiran negara-negara tersebut terutamanya negara-negara Islam.
Di dalam laman web GERAK yang dipimpin oleh Saudara Ezzam, anak didik Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada capaian kepada USAID, sebuah pertubuhan yang sama seperti NED tetapi berselindung di bawah program bantuan kemanusiaan.

Harus diingatkan di sini bahawasanya, oleh kerana laporan sebuah laman web menyebabkan bekas ketua sebuah agensi kerajaan disiasat kerana kemungkinan salah guna kuasa, bagaimana pula laporan rencana mengenai bekas pemimpin negara dan partinya yang mungkin menjual kepentingan negara?Apakah tiada tindakan diambil lantaran takut dengan ’suara demokrasi sumbang’ yang dilaungkan?

Lantaran itu, saya sangat menyokong kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin, supaya sahabat baik kepada arkitek perang terhadap Afghanistan dan Iraq ini, menjelaskan hal tersebut dengan terperinci, kerana kita khuatir dan sangat mengambil berat andai ada pengkhianat yang cuba menjual kepentingan negara dan bangsanya sendiri.

Tambahan pula kita rakyat Malaysia, sangat tidak selesa terhadap orang dalam negara ini, yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang terbabit dalam skandal dan salah guna kuasa serta perang di Asia Barat. Berkata benarlah walaupun pahit.

Friday, March 7, 2008

Perilaku Anwar "Si Pengkhianat" Begitu Pelik-

Si Pengkhianat Ketawa Puas Selepas Memburukkan Malaysia

Pulau Pinang -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memburuk-burukkan Malaysia dan pemimpin kerajaan di Singapura.
Sambil menyifatkan perilaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu begitu pelik berbanding ketika beliau berada dalam kerajaan dahulu, Perdana Menteri berkata:

‘‘Saya menganggap sikapnya, caranya sekarang berlainan sangat, dia pandai memburuk-buruk, kata macam-macam sedangkan dia dulu yang mengata terhadap parti pembangkang sampai tidak ada had.

‘‘Sekarang nampaknya dia pun buat perangai macam itu, perangai yang dia tidak suka, sekarang dia melakukannya juga, sampai pergi luar, panggil akhbar dari negara lain untuk mendengar apa yang dia lemparkan (terhadap kerajaan), ini bohong sahaja.”

Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Menaik Taraf dan Pembinaan Pusat Jantung dan Pembedahan Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon dan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Abdullah mengulas mengenai tindakan Anwar yang membawa gerakan memburuk-burukkan Malaysia ke negara jiran dengan menyifatkan kepimpinan negara sebagai gagal.
Menurut Anwar, kegagalan tersebut antaranya berpunca daripada kelembapan ekonomi, rasuah, kenaikan harga barang yang membebankan, amalan kronisme, kuku besi dan perbuatan menafikan hak rakyat bersuara.Anwar melemparkan tuduhan-tuduhan berkenaan di hadapan 50 wakil media antarabangsa di Singapura semalam.

Terdahulu ketika berucap merasmikan projek menaik taraf dan pembinaan pusat jantung serta pembedahan, Abdullah berkata, kerajaan mengambil berat keperluan rakyat terutama kesihatan bagi memastikan rakyat sentiasa sihat.

“Selain usaha menaik taraf hospital, kerajaan membina 15 hospital baru, 22 buah klinik kesihatan dan membangunkan 64 klinik desa yang baru.

“Justeru, kita perlu mengekalkan kerajaan sedia ada kerana semua ini hanya boleh dijayakan oleh BN yang mementingkan amalan demokrasi demi masa depan semua,” katanya.

Thursday, March 6, 2008

Anwar terdesak -- Penasihat PKR sanggup cemar imej negara sendiri di Singapura


Oleh Hasnurul Mohamed dan Yulpisman Asli

KUALA LUMPUR 5 Mac – Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah terdesak sehingga sanggup mencemarkan imej negara sendiri di Singapura. Mereka juga marah dengan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menyebarkan fitnah kepada media asing kononnya hanya penipuan besar-besaran dapat menghalang pembangkang daripada menafikan majoriti dua pertiga BN pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, tindakan Anwar itu membuktikan beliau sangat tertekan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.
“Agaknya dia telah dapat meramalkan bakal mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya kali ini, sebab itu dia buat bermacam-macam pembohongan,’’ kata Rafidah ketika mengulas perbuatan Anwar mengadakan sidang akhbar di Singapura hari ini untuk memburuk-burukkan negara.

Pada sidang akhbar yang dihadiri 50 wakil media antarabangsa di Singapura petang ini, Anwar antara lain memperlekehkan perjalanan pilihan raya di Malaysia dan cuba menjatuhkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula percaya Anwar sengaja mencari alasan bagi menutup malu besar pembangkang apabila kalah dalam pilihan raya Sabtu ini.

“Dia bukan peduli tentang (menjaga) imej negara. Yang dia pentingkan ialah cuba mencari jalan hendak menang. Kalau tidak dapat, dia akan lempar tuduhan liar kepada orang lain,’’ katanya.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula menegaskan, tindakan Anwar menggunakan media asing sebenarnya adalah sebahagian daripada permainan orang luar yang cuba memburuk-burukkan proses pilihan raya di Malaysia.

Anwar dan pihak berkenaan, kata Zainuddin, cuba memberikan gambaran yang sangat buruk iaitu berlaku penyelewengan dalam proses demokrasi di negara ini. “Ini bukan tuduhan pertama yang dilemparkan oleh Anwar. Sama ada BN menang atau kalah, pembangkang akan tetap membuat tuduhan sama,’’ katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan komen Anwar di Singapura itu mencerminkan PKR dan kepimpinannya sudah kehilangan arah sehingga sanggup ke luar negara untuk menagih simpati. “Anwar kena terima realiti yang dia bukan Timbalan Perdana Menteri lagi. Dia terdesak sehingga sanggup buat apa saja termasuk buat bermacam-macam tohmahan... dia tahu pembangkang khususnya PKR tidak boleh ke mana-mana dalam politik Malaysia,” kata Khairy ketika dihubungi.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula menggambarkan dakwaan Anwar di Singapura itu sebagai bukti pembangkang semakin keliru. “Pembangkang mahu menggunakan taktik ini sebagai alasan kekalahan mereka nanti, dan mereka cuba menyalahkan sistem sedangkan SPR bersifat neutral,’’ katanya.

Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pula berpendapat dakwaan Anwar tersebut sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab.“Dia cuma mahu berikan alasan, apabila tewas, senanglah dia menyalahkan kerajaan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Dekan Penyelidikan dan Pasca-Siswazah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustafa Ishak yakin Anwar cuba menutup kelemahan pembangkang khususnya PKR yang mungkin gagal dalam pilihan raya kali ini.Katanya, sokongan rakyat terhadap parti itu merosot dan PKR tidak mempunyai isu besar yang boleh membantu parti tersebut mendapat sokongan pengundi.
“Saya percaya apabila rakyat menolak PKR pada pilihan raya Sabtu ini, berakhirlah karier politik Anwar. Tirai PKR bakal dilabuhkan,’’ katanya.

Profesor Amir Hussin Baharuddin dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) pula berpendapat langkah Anwar memburukkan-burukkan Malaysia di Singapura itu terpalit pada mukanya sendiri. “Kenyataan Anwar itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kemenangannya pada pilihan raya terdahulu ketika dia masih dalam kerajaan turut diraih melalui penipuan. “Sebagai rakyat Malaysia, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian. “Sepatutnya Anwar menyalurkan sebarang permasalahan kepada kerajaan dan SPR supaya tindakan boleh diambil, bukannya dengan menghebahkan kepada media asing,’’ kata Amir Hussin.

Hubungan Anwar-Amerika bahayakan kedaulatan negara

Dr. Chandra Muzaffar.


MUKADIMAHDR. CHANDRA Muzaffar pernah menjadi ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika parti itu ditubuhkan pada tahun 1999.


Chandra memegang jawatan Timbalan Presiden PKR selama dua tahun sebelum menarik diri pada Disember 2001 atas sebab-sebab tidak sehaluan dengan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Saya tarik diri kerana perbezaan pendapat dan tidak bersetuju dengan Anwar,’’ katanya.
Menurut Chandra, Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana pendiriannya tidak konsisten, kurang jelas dan beliau mengamalkan politik perkauman.


Wartawan Utusan Malaysia, Nazrullah Rosli menemu bual Chandra, yang kini mengetuai Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), mengenai beberapa isu berkaitan Anwar dan peluang PKR pada pilihan raya umum 8 Mac ini.


Bagaimanakah saudara melihat kehadiran di ‘belakang tabir’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini?


CHANDRA: Pada hemat saya, prestasi PKR kali ini akan merosot kerana Anwar tidak akan berjaya meraih simpati kerana dia tidak berada dalam penjara seperti sebelum ini.
Pada pilihan raya 1999, Anwar menerima banyak ‘simpati’ kerana dia dipenjarakan dan ia menjadi faktor utama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang di Parlimen Permatang Pauh.


Anwar sudah dibebaskan dari penjara dan faktor simpati sudah tidak wujud lagi. Dengan kata lain PKR dan Anwar yang merupakan pelaku utama parti itu kini akan mendapat layanan yang sama seperti pelaku politik parti-parti lain.


Ini juga bermakna segala kelemahan Anwar juga akan terdedah dan dia terpaksa menanggung risiko kerana rakyat akan menilai dirinya sama seperti mereka menilai pelaku politik lain.
Apakah punca PKR tidak diterima oleh majoriti rakyat di negara ini?


CHANDRA: Ada beberapa sebab termasuk pengakuan terbuka Anwar mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana yang dinyatakannya pada kempen pilihan raya kali ini.
Seperti diketahui umum, DEB melindungi orang Melayu dari segi ekonomi.
Sebaliknya cadangan Anwar itu menimbulkan kemarahan orang Melayu yang tidak bersetuju dan menentang perbuatan menghapuskan DEB.


DEB bagi orang Melayu adalah sesuatu yang penting dan sekiranya ada pemimpin Melayu yang mahu menghapuskan DEB, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima.
Anwar juga dikaitkan secara tidak langsung dengan pertubuhan haram Hindraf. Dia secara terbuka mempertahankan perbuatan kumpulan itu. Masyarakat Melayu tidak senang dengan pendirian politiknya ini. Dan ini membawa implikasi negatif kepada politik Anwar.


Bagaimana pula PKR pada mata masyarakat Cina dan India di negara ini?


CHANDRA: Kedua-dua kaum itu tahu pendirian Anwar semasa dalam kerajaan dulu berhubung beberapa isu melibatkan kepentingan dua kaum itu.


Apa yang diperjuangkannya sekarang jauh berbeza. Misalnya, dalam isu penggunaan bahasa di sekolah Cina, pendirian Anwar sering berubah berdasarkan kehendak golongan yang menjadi sasarannya. Kalau dia hendak dapat sokongan dan perjuangkan orang Melayu, dia akan pilih isu-isu tertentu yang ada kaitan dengan orang Melayu.


Anwar bukan seorang yang berpegang pada prinsip dan dia hanya menyesuaikan diri dengan suasana, kehendak dan iklim politik semasa. Contohnya, kalau mahu meraih sokongan kaum Cina, dia akan memperjuangkan isu masyarakat berkenaan dan melakukan perkara sebaliknya apabila mahu mendapatkan sokongan Melayu. Jadi, matlamat Anwar dalam PKR jelas untuk kepentingan politik dirinya sendiri. Pengundi kaum Cina dan India tahu politik Anwar.


Apakah hubungan mesra Anwar dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dan Barat menggugat sokongan rakyat kepada PKR?


CHANDRA: Bagi masyarakat Melayu dan bukan Melayu, mereka sedar tentang pendirian politik Anwar dalam soal hubungan antarabangsa.


Dia menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu.


Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq.


Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat.


Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat.


Apakah pembabitan Anwar dengan Barat ini yang menyebabkan saudara menarik diri daripada PKR?


CHANDRA: Memang benar. Inilah yang menjadi faktor saya tarik diri pada Disember 2001. Saya lihat faktor ini melemahkan PKR dan mungkin menyebabkan komplikasi serius terhadap Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat dan Barat boleh membahayakan kedaulatan kita.


Jika hubungan seperti itu wujud, bagaimana dia boleh memimpin untuk kepentingan negara ini?
Secara umumnya, orang begini kalau memimpin negara, dia akan melemahkan kerajaan dan negara.


Sebab itulah selama dua tahun dalam PKR, saya tidak tunduk kepada kehendak Anwar kerana pendiriannya tidak konsisten dan tidak berterus terang. Selain pendirian yang tidak konsisten dan kurang jelas, Anwar juga memainkan sentimen perkauman seperti terbukti pada pilihan raya kecil Lunas dulu.


Begitu juga dengan soal politik wang yang diheboh-hebohkan, sedangkan apa yang dilakukannya jauh berbeza. Dia cakap tak serupa bikin. Sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.


Malah, seperti yang saya katakan, dia akan berkompromi dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Friday, February 29, 2008

Warkah Buat Anwar Ibrahim Dari Ahli Parti Keadilan


WARKAH BUAT ANWAR IBRAHIM

Menjadi kelaziman manusia akan mengingati tarikh 14 Februari sebagai hari memperingati Hari Kekasih. Tetapi, saya terpanggil untuk memperingati tarikh 11 Februari sebagai hari “berpisahnya kasih” diantara seorang tokoh pemimpin muda yang mempunyai masa depan memimpin rakyat iaitu Ezam Mohd Nor dengan mantan mentornya Anwar Ibrahim.

Ezam dan Anwar sewaktu kempen di ijok pada April 2007. Nampak macam ok, tapi sebenarnya....??

Ia terjadi pada hari ini ditahun 2007. Istimewanya tarikh ini sebab ianya merupakan hari ulangtahun anak saya yang kedua. Pada hari tersebut saya telah keluar awal pagi untuk menyiapkan bilik mesyuarat di pejabat PKR Negeri Selangor di Shah Alam. Tanggungjawab saya sebagai Setiausaha Perhubungan PKR negeri Selangor digalas dengan membuat persiapan mesyuarat Perhubungan Negeri yang penting untuk menentukan hala tuju parti menghadapi Kongres Nasional 2007.

Sewaktu mesyuarat berjalan, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor iaitu Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim telah memberikan ruang kepada Timbalannya, Ezam Mohd Nor untuk membawa usul yang telah diputuskan diperingkat mesyuarat pengurusan Perhubungan Negeri Selangor. Ezam telah memberikan hujahnya dan membawa usul Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali sebagai penyandang jawatan dikekalkan sebagai Timbalan Presiden. Mesyuarat yang dihadiri oleh hampir kesemua Ketua ketua Bahagian seluruh Selangor mempersetujui keputusan tersebut.

Malang sekali, pada sebelah petangnya kita mendapat berita bahawa Bahagian Kelana Jaya, bahagian pertama dalam Selangor yang mengadakan Mesyuarat Agung pada jam 3 petang mencalonkan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden. Lebih menyedihkan lagi apabila keputusan tersebut diputuskan melalui kiraan undi diantara Dr Syed Husin Ali yang hanya mendapat 7 undi berbanding Azmin yang menerima 23 undi. Sewaktu memberikan penjelasan kepada media, Setiausaha Bahagian PKR Kelana Jaya telah menjelaskan bahawa kehadiran perwakilan adalah seramai 72 orang tetapi sewaktu pengundian hanya tinggal 30 perwakilan sahaja. Angka minima yang disyaratkan untuk melayakkan Mesyuarat Agung itu sah sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Parti.

Seharusnya tumpuan ahli ahli ketika itu adalah menobatkan Anwar sebagai Presiden. Manakala jawatan Timbalan, Naib naib dalam lain lain tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan tumpuan ahli menjadikan Anwar sebagai Presiden apatah lagi sekiranya penyandang jawatan sedia terus berkhidmat.

Penglibatan Ezam selaku Timbalan Pengerusi PKR Selangor sebelum letak jawatan pada 11 Feb 2007. Ezam menjadi orang paling kanan Tan Sri Khalid...

Tanda Awal Ezam Akan Meninggalkan Parti
Keputusan yang diambil oleh Bahagian Kelana Jaya telah menjadikan asas kepada Ezam untuk meletakkan semua jawatannya dalam Parti. Beliau ternyata kecewa melihat ada pimpinan dan ahli PKR ghairah dengan percaturan merebut jawatan yang akan mengakibatkan akar umbi hilang tumpuan kerja. Pada hematnya beliau yakin keghairahan puak puak ini merebut jawatan dan kerancakan menyusun kem kem sendiri terbukti menghilangkan fokus kepada agenda besar parti khususnya kedudukan Anwar sendiri dalam parti tidak diberi perhatian sama sekali.

Keputusan Ezam meletakkan semua jawatan dalam parti adalah langkah akhir sebagai PERINGATAN kepada pimpinan betapa pentingnya untuk memperkasakan parti seterusnya tidak tertumpu kepada perebutan jawatan pada kongres terakhir sebelum pilihanraya.

Sudah berulangkali Ezam berpesan sedemikian dalam pertemuan dengan pemimpin pemimpin pusat dan negeri Selangor, ini dibuktikan dengan keputusannya sendiri tidak akan bertanding sebarang jawatan.

Ezam Lakukan semuanya Untuk Anwar Ibrahim
Sebagai idola dan mentor saya, secara jujur saya melihat bahawa komitmen Ezam untuk Anwar cukup tinggi nilainya. Malah, usaha mahu menjadikan Anwar sebagai Presiden PKR juga telah beliau usahakan dalam bentuk kertas kerja yang dipersembahkan sewaktu Retreat MPT di Hotel Corrus Ampang pada 27 – 28 Januari 2007, beberapa hari sebelum bermula Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

Kepercayaan yang diberikan oleh Ezam dengan melantik saya sebagai Setiausahanya sejak beliau dibebaskan daripada penjara Kajang telah memberikan saya ruang untuk berada disisinya kerap waktu. Bersama sama seorang lagi Setiausahanya yang juga sahabat baik saya, SD Johari, kami sering mengiringi Ezam dalam lawatannya kerjanya keseluruh negara.

Sepanjang persahabatan inilah kami lihat sendiri bagaimana Ezam meletakkan Anwar diatas segala galanya. Azamnya mahu melihat Anwar bebas dari penjara dan seterusnya mendapat rawatan di luar negara, beliau usahakan tanpa henti dan kenal erti putus asa.

Menerusi pengalaman pahit Ezam di Penjara Kajang sehingga dibebaskan pada Jun 2003, beliau dapat bayangkan sendiri terseksanya penderitaan Anwar yang sakit di Penjara Sungai Buloh. Justeru beliau usaha semua cara untuk dapatkan rawatan bagi Anwar termasuk mengaturkan pertemuan antara Dr Wan Azizah dengan Pak Lah di Singapura. Bairpun ketika itu tohmahan bertiup kuat kerana kemampuan Ezam mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, namun yang penting baginya ialah Anwar dapat peluang menjalani rawatan diluar negara.

Jangan juga kita lupa bahawa usaha Ezam yang berjaya membawa Khairy mengadap Anwar dirumahnya bagi mengaturkan urusan passport Anwar berangkat ke Jerman untuk menlajani rawatan sebaik sahaja bebas daripada Penjara Sungai Buloh.

Kesemua ini saya catit sewaktu Ezam memberikan penjelasan pada malam 13 Februari dirumahnya di Shah Alam. Kehadiran teman teman Angkatan Muda, pimpinan Selangor begitu ramai sekali. AMK Kelantan hadir juga dengan membawa banner bertulis “ Sdr Ezam, Kami Pohon Sdr Kembali Dalam Arus Perdana Parti. Kami Memerlukan Kepimpinanmu. Hidup Ezam. Daripada Pimpinan Akar Umbi Negeri Kelantan..” Tetapi yang menyedihkan kami apabila ada dikalangan teman teman yang hadir telah menerima panggilan talipon dan sms menegah mereka hadir kerumah Ezam!

Penjelasan Ezam kepada teman teman pada 13 Februari 2007

Pengorbanan Ezam untuk Anwar ketika itu menjadi benchmark bagi ahli ahli parti terutamanya golongan pemuda untuk berjuang habis habisan untuk Anwar. Sewaktu Ezam berusaha keras mencari jalan rundingan bagi membawa Anwar keluar negara mendapat rawatan, beliau tidak ada pilihan selain daripada bertemu dengan pimpinan kanan UMNO dan kerajaan untuk membuka ruang menemukan Dr Wan Azizah dengan Pak Lah. Ketika inilah pimpinan UMNO yang bertemu Ezam telah mengambil kesempatan untuk menangguk di air keroh dan cuba membawa Ezam menyertai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Ezam dengan tegas memberikan kata dua bahawa seandainya tiada pilihan, beliau sanggup jadi galang ganti sekiranya mereka ini boleh beri jaminan bahawa Anwar akan dibenarkan keluar negara menjalani rawatannya. Dikalangan teman teman, kami melihatkan Ezam sanggup menerima caci hina asalkan Anwar dapat dibawa keluar negara menjalani rawatannya….. Tetapi jelas terbukti tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani melaksanakan permintaan tersebut. Pak Lah sendiri pun tidak berani membuat keputusan tersebut. Yang Pak Lah janjikan sewaktu bertemu Dr Wan Azizah adalah tidak ada campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan rayuan kes Anwar Ibrahim.

Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Shah Alam 2007
Walaupun Ezam tidak lagi memimpin Bahagian Shah Alam, namun atas rasa tanggungjawabnya beliau telah memberikan nasihat dan mengarahkan semua Ajk Bahagian untuk teruskan tugas dan tanggungjawab masing masing.

Saya yang juga Setiausaha Bahagian Shah Alam, telah meneruskan kerja kerja untuk persiapan MATB dan Kongres Nasional 2007.

Kami membuktikan kepada pimpinan parti bahawa MATB berjalan dengan baik dan pemilihan pucuk pimpinan Bahagian juga berjaya dilaksanakan. Kami mengadakan MATB pada 23 Mac yang dirasmikan oleh Ustadz Dr Badrul Amin. Pada MATB ini PKR Shah Alam membuat keputusan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali dikekalkan sebagai Timbalan Presiden.

Ezam Tetap Bantu Tan Sri Khalid di Pilihanraya kecil Ijok
Sungguhpun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti, namun atas nilai persahabatan, Ezam telah memberikan komitmennya untuk membantu calon PKR di Ijok iaitu Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim.

Sepanjang tempoh kempen di Ijok bermula 19 sehingga 28 April 2007, Ezam juga turun padang berkempen habis habisan untuk Tan Sri Khalid. Sewaktu kempen di Ijok ini, Ezam seperti lazimnya telah mendedahkan rasuah Presiden MIC dengan dokumen yang dibacakan sewaktu berceramah.

Pada petang hari mengundi, Ezam telah mengetuai penahanan dua buah bas pengundi hantu di Bukit Badong. Peristiwa yang cemas dan tegang itu telah melihatkan keberanian Ezam berdepan dengan samseng samseng UMNO. Walaupun mereka lebih ganas daripda pihak Polis, namun, Ezam dan ramai rakan rakan Angkatan Muda telah berjaya membawa kedua dua buah bas itu ke Balai Polis Simpang Ijok.





Ezam turun padang di Ijok dan mengatakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim adalah sahabat beliau

Anwar Tak Selesa Dengan Ezam di Ijok?
Ada beberapa insiden yang terjadi sewaktu kempen Pilihanraya kecil Ijok menjadi tanda tanya samada Anwar tidak senang dengan Ezam. Adakah Anwar masih marah dengan tindakan Ezam meletak semua jawatannya dalam parti..?? Dikalangan teman teman, kami sedar bahawa ini benar, kalau tidak diungkap melalui kata kata, tetapi melalui body language atau body gesture jelas terbukti.

Dinyatakan disini salah satu insiden ini berlaku sewaktu program Pentas Angkatan Muda di Bilik Gerakan AMK bertempat di Bukit Badong. Oleh kerana keadaan lalulintas yang sesak di kawasan pekan Ijok, maka Anwar membatalkan lawatannya ke Sungai Darah pada malam 24 April.

Kami dimaklumkan oleh teman teman di Bilik Gerakan AMK bahawa Anwar telah singgah disana walaupun mengikut jadual mereka, Ezam yang seharusnya menjadi “anchor” sebagai penceramah akhir malam tersebut. Sewaktu kami tiba di Bilik Gerakan AMK sekitar jam 11 malam, Anwar sedang berucap. Beliau terpaksa berhenti berucap seketika sewaktu Ezam melalui betu betul dihadapannya kerana ramai peminat Ezam mengambil kesempatan mahu bersalaman dengannya. Namun, Anwar hanya mengumumkan ketibaan Ezam hanya pada penghujung ceramahnya, itu pun dengan gaya seolah olah terkejut dan kononnya baru tersedar bahawa Ezam sudah duduk dipentas tetamu.

Tindakan Anwar meneruskan ucapannya tanpa mahu memberikan ruang buat Ezam telah melahirkan tanda tanya dikalangan teman teman. Diakhir program itu walaupun jam telah menunjukkan pukul 11.50 malam, ramai hadirin telah memohon untuk Ezam berucap walaupun sekejap, sekadar memberikan kata kata pesanan kepada pengundi kerana mereka rindukan ceramah Ezam. Alangkah terkejutnya kami semua, apabila Anwar menegah pengerusi majlis untuk memanggil Ezam, dan Anwar mahu program ditutup. Untuk menyedapkan hati pihak penganjur, Anwar mengarahkan supaya Ezam hadir sekali lagi ke pentas AMK malam esoknya untuk berceramah. Alasan yang diberikan oleh Anwar, beliau tidak mahu kita melanggar syarat syarat berkempen kerana jam sudah hampir pukul 12 malam.

Ada yang mengatakan bahawa “kealpaan” dan “kesilapan” Anwar menari nari dipentas ceramah Ladang Tuan Mee malam berikutnya adalah balasan Allah swt kerana menyimpan rasa hasad dengki terhadap Ezam sewaktu di Bukit Badong……

Kongres PKR Tanpa Ezam
Sewaktu Kongres di Kemaman dan Sungai Petani, ketiadaan Ezam adalah kerana tindakan rakus dan bacul kerajaan Tun Mahathir memenjarakan beliau dan beberapa rakan rakan lain. Ezam pula dipindahkan dari Kem Tahanan ISA Kamunting ke Penjara Kajang.

Walaupun ketiadaan Ezam di Kemaman dan Sungai Petani namun “roh” Ezam amat dirasai semua perwakilan ketika itu. Saya masih ingat sewaktu di Kemaman, kerusi Ketua Pemuda sengaja dibiarkan kosong, Mustapa Kamil Ayub hanya duduk dikerusinya sebagai Timbalan sebagai tanda hormat kepada Ezam. Begitu juga berlaku di Sungai Petani dimana Saifuddin Nasution turut membiarkan kerusi Ketua Pemuda kosong kerana mahukan “roh” Ezam bersama mereka walaupun Ezam di Penjara Kajang ketika itu.

Berbeza sekali sewaktu Kongres di Seremban. Hambar, tawar, dan terbukti kongres yang hilang serinya. Menjelang Kongres AMK, ramai rakan rakan EXCO yang tidak mahu lagi menyertai kepimpinan AMK sebagai tanda solidarity kepada Ezam. Seorang demi seorang EXCO umumkan tidak akan lagi bersama barisan AMK parti.

Sahabat saya, SD Johari juga mengumumkan tidak bertanding jawatan Timbalan AMK walaupun telah mendapat pencalonan tertinggi seluruh negara iaitu sebanyak 68 bahagian yang mencalonkannya. Beliau juga mendapat maklumat bahawa Anwar kurang senang dengan beliau sekiranya masih lagi ada dalam pimpinan AMK, kelihatan seperti Anwar tak mahu lagi ada orang orang Ezam dalam pucuk pimpinan parti.

Sementara itu, pada 22 Mei dalam artikel Malaysiakini malaporkan seorang lagi calon Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mendakwa Shamsul Iskandar menjadi punca mengapa begitu ramai calon menarik diri dari bertanding dalam kongres nasional kali ini. Beliau mendakwa, cakap-cakap Shamsul Iskandar bahawa “beliau tidak suka orang itu dan ini” menyebabkan calon yang mahu bertanding menjadi kecewa dan mengambil keputusan menarik diri.

Kalau dilihat senarai EXCO yang dipilih, sudah tidak ada GAH lagi AMK sekarang. Tidak sehebat senarai EXCO di Kemaman dan di Ipoh. Walaupun dengan hanya dua pencalonan sudah mampu duduk dalam barisan EXCO AMK.


Perwakilan daripada Bahagian Shah Alam Sandiwara Anwar bermula


Sandiwara Anwar di Kongres Nasional 2007
Untuk menghadiri Kongres tahun 2007, saya bersama sahabat baik saya, SD Johari telah memutuskan untuk tinggal di Royal Adelphi Seremban. Selepas check in kami dapati bahawa Presiden dan Anwar Ibrahim menginap di hotel yang sama.

Pada malam menjelang Kongres kami telah pulang ke hotel sekitar jam 11.30 setelah bersantai dan minum minum bersama teman teman di bandar Seremban. Setibanya kami dilobi, kami lihat Hj Abdul Rahman Osman calon jawatan Presiden sedang bersembang dengan Anwar Ibrahim.

Pada hari Kongres iaitu 26 Mei, saya bersama sama perwakilan daripada Shah Alam hadir untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti. Pada ketika inilah, dewan kongres menjadi riuh rendah apabila Anwar Ibrahim mengumumkan tidak mahu bertanding jawatan Presiden. Maka beraturlah dan bersusun susun perwakilan mengambil kesempatan mahu berucap dan berhujah kenapa meraka mahu Anwar teruskan mengambil risiko memegang jawatan Presiden. Pada pengamatan saya dan teman teman, meraka yang berapi api berhujah kebanyakkannya akan bertanding jawatan MPT maka kelihatan seperti mahu berkempen disaat saat terakhir, mahu cari glamour sikit untuk personal glory…..

Tapi yang nyata adalah sandiwara dan lakonan Anwar! Kalau benar Anwar tak mahu jadi celaru dan PKR ini tidak dikenakan tindakan dibubarkan oleh Registrar Of Society [ROS], kenapa tidak sewaktu Bahagian bahagian tengah mengadakan MATB, beliau memaklumkan keputusannya?

Adakah nawaitu Anwar mahu test market dengan melihat sendiri sokongan seluruh ahli ahli parti? Atau nawaitu Anwar mahu memberikan signal kepada isterinya supaya berundur kerana beliau lebih popular dari Presiden PKR? Mengikut kenyataan media PKR 10 Mei 2007, jumlah pencalonan jawatan Presiden; Anwar Ibrahim 120, Dr Wan Azizah 10, Hj Abd Rahman Osman 7.

“Mahathir pun Anwar berani lawan, tapi dengan ROS pun kecut ke?” soalan dari teman saya salah seorang perwakilan Shah Alam.

“Wayang betullah si Anwar nie, kalau ya pun ROS nak ambil tindakan takkan lah esok lusa PKR nie diharamkan? Mestilah melalui proses pendakwaan, pembelaan oleh lawyer lawyer handalan dia….., katakanlah berlarutan sampai 2008, lepas tu Anwar dah bebas dari hukumannya.. Yang penting Anwar mesti secara rasmi jadi ketua kita…” kata kata seorang lagi teman perwakilan daripada Selangor

“Kalaupun ROS mahu haramkan atau bubar PKR ini, kita akan tetap lawan! Kita boleh turun ke jalanraya dan protes…!!! “ kata salah seorang perwakilan yang berhujah disambut dengan laungan dan tepukan gemuruh dalam dewan kongres.

Sandiwara Anwar berterusan hingga kehari penutup kongres. Tanpa rasa hormat kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Anwar telah mengumumkan Dream Teamnya dalam ucapan penggulungannya. Ada yang berpendapat bahawa tindakan Anwar mendapat restu Presiden tetapi hakikatnya, Anwar haruslah menghormati displin parti. Kalau mahu berlagak seperti Presiden, ambillah tanggungjawab secara rasmi.

Akhirnya Ezam Umum Keluar Parti
Sebagai ahli biasa parti, Ezam telah menulis surat rasmi untuk keluar parti kepada saya selaku Setiausaha Bahagian Shah Alam. Surat bertarikh 4 April 2007 kami tidak umumkan serta merta kerana Ezam mahu ahli ahli parti tumpukan focus kepada Pilihanraya kecil Ijok. Seterusnya kami berkeputusan untuk Ezam umumkan sendiri selepas selesai Kongres Nasional 2007.

Pada hemat saya, Ezam buat keputusan ini setelah beliau melihat betapa Anwar tidak serius mengambil kira pandangannya untuk ahli ahli parti lebih focus untuk memperkasakan parti dan ketepikan agenda peribadi. Menempatkan diri dalam line up dream team Anwar merupakan impian sesetengah pimpinan atasan PKR.

Tindakan Anwar yang hanya mahu berunding dengan Ezam untuk menyelesaikan masalah mereka pada saat saat akhir, beberapa hari sebelum Kongres jelas terbukti bahawa prioriti Anwar adalah untuk selamatkan dulu kedudukan Azmin Ali.




Dream Team Anwar

Setelah Azmin selesa dengan ketiadaan Dato Nalla lagi dalam pertandingan Naib Presiden PKR, barulah Anwar mancaturkan jawatan jawatan lain yang saya lihat Anwar punyai rancangan untuk menjadi pemerintah parti menggunakan remote control.
· Saifuddin Nasution dibawa masuk untuk mengurangkan pengaruh Azmin dalam pimpinan.

· Tan Sri Khalid ditukarkan ke jawatan yang lebih besar sebagai Setiausaha Agung tetapi pada hakikatnya, rekod Tan Sri Khalid sebagai Bendahari merupakan halangan dan kepayahan buat Anwar mahu menggunakan dana parti. Ini saya dengar sendiri dari mulut Tan Sri Khalid sewaktu dalam satu mesyuarat pengurusan Perhubungan Negeri Selangor dimana beliau menceritakan Anwar pernah datang kerumahnya memohon untuk menggunakan dana pilihanraya yang telah diamanahkan kepadanya, tetapi beliau tidak mengizinkan dan Anwar pulang hampa dengan tangan kosong.

· Perlantikan Hajjah Fuziah Salleh sebagai Timbalan kepada Azmin merupakan tindakan mengambil hati mantan Ketua Wanita yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden. Menjadi teka teki samada keputusan ini direstui Presiden ataupun tidak sebab dikalangan pimpinan tahu Kak Wan tidak sehaluan dengan Kak Fuziah, jelas disini Anwar pentingkan diri sendiri, asalkan beliau dilihat sebagai penyelamat keadaan biarpun hati dan perasaan isteri sendiri terguris luka….?
"Saya tak pernah ada motif ke atas mana mana individu. Malah dalam isu Azmin, saya yang telah
beri ruang awal kepadanya dalam parti. Peranan pertama Azmin dinegeri dan pusat bermula apabila
saya serahkan jawatan saya sendiri sebagai Timbalan Pengerusi Selangor pada tahun 1999 dan
Pengarah Pilihanraya Pusat parti pada tahun yang sama kepada beliau.." jelas Ezam pada malam
13 Februari 2007 dirumahnya.


Anwar Sanggup Hilang Sahabat
Segala pengorbanan Ezam saya lihat seperti tidak pernah dihargai oleh Anwar. Sejak penahanan Anwar pada 20 September 1998, sehingglah beliau bebas pada 2 September 2004, Ezam tak henti henti bekerja untuk Anwar.

Dari lokap ke penjara, apa saja untuk memperjuangkan pembebasan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Ramai yang melihat sinonimnya Ezam dan Anwar. Gaya berjalan, petahnya berpidato, tonasi suara, lihat Ezam hilanglah rindu pada Anwar. Malah keberanian Ezam dalam tenpoh yang singkat itu meletakkannya sebagai pemimpin muda yang disegani dan dihormati.

Anwar disumbat kepenjara, Ezam pun ikuti jejak langkahnya….. “ Saya akan lawan dan buktikan kebenaran, biarpun nyawa saya jadi taruhan…!!! “ demikianlah petikan ucapan Ezam dalam ceramahnya sewaktu mendedahkan penyelewengan balak mantan MB Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob. Ceramahnya yang terakhir sebelum ditahan ISA dan seterusnya disumbatkan pula ke penjara Kajang.

Sewaktu dalam penjara, Anwar terpaksa menerima kematian bondanya, Hajjah Che Yan. Begitu juga Ezam, sewaktu menjalani hukuman penjara beliau telah kehilangan nenek yang disayangi sejak beliau kanak kanak lagi. Kehadiran Ezam menziarah jenazah neneknya dalam keadaan tangannya bergari dan dikawal rapi oleh warden warden penjara dan pihak polis di Taman Sri Andalas Klang telah diiringi dengan airmata ahli keluarga dan teman teman.

Ramai teman teman menyedari bahawa apa saja yang dilalui oleh Anwar, turut ditempohi oleh Ezam dalam perjuangan ini. Tindakan berani Ezam mengkritik kerajaan dan tidak langsung memohon simpati sewaktu berpeluang membacakan mitigasinya setelah dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Petaling Jaya mengingatkan kami semua kepada perkara yang sama dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu dijatuhkan hukuman. Cuma saya tidak dapat merekodkan mitigasi Anwar kerana tidak berada dalam Mahkamah Tinggi.

Saya kongsi disini antara petikan ucapan Ezam membacakan mitigasinya setelah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kes OSA pada 7 Ogos 2002;

“ … sekiranya mendedahkan salah laku rasuah dan salah guna kuasa pemimpin kerajaan menjadikan saya seorang penjenayah, saya rela untuk seribu kali lagi dihukum dan digelar penjenayah”

“….. mengapa saya tidak serik-serik. Mengapa saya terus berjuang dan berjuang. Dari mahkamah ke mahkamah, dari lokap ke lokap, dari penjara ke penjara. Ianya adalah untuk masa depan anak anak mereka, anak-anak saya dan juga anak-anak tuan-tuan”

Terkini, sewaktu ramai teman teman tertanya tanya samada Ezam akan berpatah balik kepangkuan PKR memandangkan kempen Pilihanraya mumcul lagi, Ezam yang juga merupakan pengasas bersama PKR memberitahu beliau tidak akan sekali kali kembali kepangkuan PKR. "Pendirian saya keluar dari PKR April tahun lalu adalah berasaskan kepada keyakinan parti tersebut telah dibiarkan untuk dikuasai oleh individu-individu oportunis dan unsur-unsur hiprokasi yang membelakangkan nilai dan semangat asal perjuangan reformasi," katanya.Menurutnya lagi, keyakinan tersebut tetap tidak berubah sedikitpun sehingga hari ini.

Menjelang pilihanraya kecil Ijok, Anwar dikatakan telah berjanji untuk mencalonkan Dato Nalla sebagai calon PKR...?

Dato Nallakarupan, sahabat Anwar selama 30 tahun juga telah mengambil keputusan meninggalkannya dan umum keluar parti setelah hilang kepercayaan kepadanya. Keputusan Dato Nalla dibuat menjelang Kongres 2007. Beliau amat kecewa dengan Anwar yang telah menghalangnya bertanding jawatan Naib Presiden kerana khuatir sekiranya Azmin Ali akan tewas atau mungkin Azmin tidak memperolehi undian tertinggi.
Pelik dirasai kerana Dato Nalla seorang sahabat yang sanggup menghadapi ugutan tali gantung sewaktu dipenjara Sungai Buloh telah diketepikan begitu sahaja oleh Anwar? Apakah tiada nilai pengorbanan dan persahabatan sehingga Anwar sanggup mengutamakan perasaan Azmin Ali sahaja.
Seorang lagi sahabat Anwar yang telah meninggalkannya adalah mantan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari. Beliau membuat keputusan untuk keluar parti pada hari MATB Permatang Pauh pada 23 Mac 2007. Anuar Shaari hilang hormat kepada Anwar Ibrahim yang cuba menjadi hipokrit politik apabila menegah perwakilan mencalonkan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden. Menjadi resam mana mana parti politik bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh Bahagian yang dianggotai oleh Presiden parti akan dijadikan ukuran, rujukan serta signal kepada pimpinan dan ahli ahli parti seluruh negara. Sekiranya Anwar menghargai pengorbanan Dr Syed Husin yang sanggup membubarkan PRM untuk digabungkan dengan Keadilan pada tahun 2003, maka keputusan mencalonkan Dr Syed Husin merupakan satu keputusan yang bijak. Apatah lagi Dr Syed adalah penyandang jawatan tersebut. Ini ditambah lagi dengan sms sms yang telah dihantar oleh Dr Syed Husin sendiri kepada ramai pimpinan menyatakan hasratnya untuk terus berkhidmat dalam kepimpinan parti. Alasan yang cuba diberikan oleh pihak Anwar adalah untuk berlaku adil kerana kononnya ramai dikalangan perwakilan Permatang Pauh yang mahukan Azmin dicalonkan sebagai Timbalan Presiden. Alasannya untuk menjaga hati semua pihak, tetapi hakikatnya disini hanyalah untuk menjaga hati Azmin Ali…

Dato Nalla menubuhkan MIUP untuk meneruskan karier politiknya

Ezam dan Anuar Shaari adalah sahabat sejati buat Dato Nalla. Siapakah Anwar dihati Dato Nalla sekarang...?

Ezam masih akrab dengan pimpinan Bhg Shah Alam Ezam memimpin GERAK dengan sokongan teman teman

Hubungan Ezam dengan pimpinan PAS sentiasa baik....


Kemana Anwar Selapas Ini....?
Apakah Pilihanraya kali ke 12 ini dapat menyaksikan ramai pimpinan kanan PKR menjadi Yb...??

Sepertimana yang diperhatikan pemimpin PKR yang sentiasa menempel dan hanya rajin sewaktu hadirnya Anwar dalam mana mana program mempunyai angan angan politik yang tinggi. " aku sebenarnya dah meluat dah dengan PKR nie tapi, tunggulah lepas Pilihanraya. Kalau masa tu aku umum keluar parti, at least adalah recognition sikit, kalau tak disebut sebagai Yb PKR, paling tidak pun akan disebut bekas calon....." demikianlah kata kata seorang pemimpin parti yang masih berhubung rapat dengan kami.

Masih kuatkah PKR tanpa Ezam? Mood pilihanraya apakah akan sama tanpa Ezam?

"kita rehat dulu, setakat pergi melawat Bilik Gerakan, tinjau keadaan, tolong sikit lebih kurang bolehlah kot..." kata teman saya mantan Ajk Bahagian Shah Alam yang bersama saya telah meletak jawatan beramai ramai pada 6 Julai sebaik sahaja Ezam umum keluar parti.

"party without Ezam, tak payah buang masa lah, kita duduk diam diam sudah...." sambut seorang lagi teman saya mantan Ajk Bahagian Klang yang juga sudah keluar parti.

Adakah Anwar akan berjaya dalam cita citanya mahu menjadi Perdana Menteri..?? Mampukah Anwar meyakinkan rakyat setelah ramai sahabat sahabat beliau sendiri hilang kepercayaan dan sudah tidak mahu mempercayainya lagi..??

" kalau Ezam dan Nalla yang sanggup mati untuk Anwar pun dia tak pernah ingat, kita nie siapa..??? " soal seorang teman yang ternyata kecewa dengan sikap Anwar. Beliau merupakan antara sahabat karib Ezam yang menceritakan peristiwa bagaimana Ezam tidak dibenarkan hadir kemajlis pernikahan adik Bahirah kerana ayah Bahirah amat kecewa dengan penglibatan Ezam dalam perjuangan Anwar Ibrahim suatu ketika itu. Akhirnya Ezam mengalah dan mohon keluarga Bahirah teruskan juga majlis tanpanya. Demikianlah harga yang perlu dibayar oleh Ezam yang meletakkan Anwar diatas segala galanya suatu masa dulu. Kini Anwar lebih utamakan agenda sendiri, dan hanya tahu menjaga hati Azmin Ali melebihi segala galanya.

Kemanakah Anwar sekiranya PKR tewas teruk dalam Pilihanraya kali ini...?
Tercapaikah cita cita Anwar mahu menjadi Ahli Parlimen melalui pilihanraya kecil dengan menjadikan salah seorang Yb sebagai Kambing Hitam?
Adakah Anwar akan sekali lagi menghilangkan diri dan terbang ke Washington atau Amerika dengan memberi alasan bertugas dan ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar di universiti luar negara kenalan beliau?
Apakah Anwar akan bubarkan PKR dan menyarankan ahli2nya menyertai PAS atau DAP?
Mungkin Anwar akan menyertai PAS?
Akan berulangkah peristiwa rakyat Malaysia melihat Anwar menyertai semula UMNO dan Barisan Nasional?

Jawatan terakhir sebelum keluar parti, Nazmi adalah Setiausaha Perhubungan PKR Selangor dan Setiausaha Bahagian Shah Alam

Sekian,
Mohd Nazmi Rosli

Luahan Hati Khalid Ibrahim


" alangkah baiknya kalau jadi wakil rakyat BN "

Salam Perjuangan...

Mungkin inilah luahan hati sebenar Bendahari PKR... dan dalam pilihanraya 8 Mac 2008 ini mungkin itulah kata hati beliau yang mahukan raktyat terus menyokong UMNO dan BN. Hanya jasad beliau bersama PKR namun hati jiwa raga serta seluruh kepercayaannya adalah parti UMNO... tu yg sampai terlepas cakap... he he he

Kata-kata Abdul Khalid menimbulkan keriuhan dalam kalangan 150 orang yang hadir kerana beliau "mempromosikan" lawannya pada pilihanraya itu. Beberapa penyokong PKR yang menyedari perkara itu lantas melaung "Tan Sri tercakap salah, Tan Sri tercakap salah" kepada hadirin bagi membetulkan kenyataan.

Ini membuatkan hadirin terus ketawa manakala penyokong BN, yang turut mengikuti ceramah itu, bertepuk tangan.

note : Sebenarnya Khalid Ibrahim memang dari dulu lagi bercita-cita menjadi wakil rakyat BN tetapi beliau tidak layak. Mungkin ketika dia sedang berucap ini beliau membayangkan beliau wakil rakyat BN.

Renug-renungkan sdelmat berjuang...

Penyokong Keadilan Samseng

Salam Perjuangan...



Contoh dan tauladan...

Inilah muka sebenar penyokong keadilan....

adakah individu yg menyokong keganasan dan tindakan liar sebegini harus disokong untuk dijadikan pemimpin negara... masyaAllah...


Tuesday, February 19, 2008

Anwar Ibrahim - satu kepura-puraan

Salam Perjuangan

Dalam wawancara bersama stesen televisyen al-Jazeera, Anwar Ibrahim ditanya oleh Riz Khamis, mengapa beliau dilihat sebagai "all things to all people or try to please everyone."Dengan kata lain, Riz cuba menyoal mengapa terdapat pandangan bahawa perjuangan dan falsafah politik Anwar sentiasa berubah mengikut khalayak.

Ini memang diakui oleh ramai pengkaji politik bahawa Anwar mempunyai kebolehan bercakap topik yang sama dengan pendirian berbeza mengikut khalayak beliau.Malangnya dalam jawapan kepada Riz Khamis, pengacara One on One, Anwar menjelaskan bahawa beliau memetik pandangan-pandangan pemikir dan sasterawan pelbagai kaum sebagai mantera ucapannya sahaja.

Ini bukanlah maksud sebenar pengkritik Anwar mahu pun Riz Khamis. Riz dan ramai lagi orang mahu tahu mengapa Anwar boleh bercakap kepada orang Cina untuk menghapuskan DEB tetapi bercakap kepada orang Melayu mengenai mempertahankan DEB.Orang mahu tahu mengapa Anwar semasa dalam kerajaan bercakap soal kebebasan media bila berada bersama-sama rakan-rakan sekutu beliau di Amerika, tetapi di dalam negara sebdiri beliau menguasai akhbar Utusan, Berita Harian dan Tv3 ketika itu?

Orang ramai mahu tahu mengapa Anwar bercakap kejelikan isu kronisme dan nepotisme kepada masyarakat kewangan antarabangsa (bagi mendapat pujian dan sanjungan) tetapi beliau juga yang mengagihkan saham-saham Hicom sewaktu mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu? Bapa beliau juga, bekas seorang paramedik, telah menjadi Pengerusi IOI sekelip mata dan IOI pula mendapat (dengan bayaran premium) sekian besar tanah di Puchong dan berhampiran Putrajaya.

Orang ramai juga mahu tahu mengapa dua minggu selepas mengisytiharkan Ghafar seumpama bapanya dan tidak akan menentangnya, jentera Anwar sudah bergerak serata negeri bagi menggerakkan sokongan kepada Anwar dalam pemilihan UMNO 1993?Dalam wawancara yang sama, dan juga tulisan beliau di Malaysiakini.com sebelum ini, Anwar mendakwa badan kehakiman negara ini korup dan tidak bebas (dikawal oleh kerajaan)."Abdullah memberi sedikit kebebasan kepada kehakiman dalam mana ada keperluan." kata Anwar kepada al-Jazeera merujuk kepada kepada keputusan penghakiman yang membebaskan beliau.Bukankah aneh dakwaan ini?

Apa sahaja yang menguntungkan beliau maka dianggap keputusan yang adil dan bebas, tetapi apa sahaja yang tidak menguntungkan beliau akan dianggap sebagai tidak bebas.Bukankah sifat Anwar ini tidak lebih seperti ungkapan Jeneral Rabuka, ketika merampas kuasa di Fiji suatu ketika dahulu, bahawa, "Keadilan dan kebenaran bergantung dari sudut pihak mana anda melihatnya"?Jika Anwar benar-benar percaya bahawa kehakiman negara tidak bebas dalam membuat keputusan yang adil, maka beliau sepatutnya mengisytiharkan pembebasan beliau juga dilakukan atas arahan pemerintah bukan kerana beliau tidak bersalah.

Malangnya, Anwar tiada keberanian dan semangat perjuangan tulen untuk berkata demikian. Anwar hanyalah oportunis. Beliau akan menerima apa sahaja keadaan yang menguntungkan dirinya. Perjuangan beliau hanyalah kosmetik semata-mata.Beliau berkata mahukan pembaharuan Keadilan dan Kehakiman tetapi beliau tidak bersedia pun untuk berjuang untuknya jika tiada keuntungan peribadi.Lihat sahaja liku perjuangan Anwar. Beliau akan melupakan perjuangan bila melakukan sebaliknya boleh mencapai keuntungan peribadi.Beliau tinggal perjuangan Islam beliau kerana ditawar sesuatu oleh UMNO. Dalam UMNO beliau ketepikan Ku Li kerana Mahathir boleh menjanjikan jawatan dan kedudukan yang lebih baik.Beliau hanya berjuang untuk reformasi / pembaharuan hanya apabila ditolak oleh UMNO.

Beliau bercakap soal korupsi dan keadilan hanyalah apabila dipecat dan didakwa di mahkamah. Untuk apa ini jika bukan untuk menyelamatkan dirinya? Berpuluh tahun dalam kerajaan, mengetuai Jawatankuasa Anti Rasuah Kabinet, menjadi pemangku Perdana Menteri Selama dua bulan apa yang dilakukannya? Hanya mencari jalan membunuh musuh politiknya sahaja.Kini beliau bersama DAP dan Pas kerana parti tersebut memberi keuntungan kepada beliau.Kini beliau bercakap soal pembaharuan kehakiman dan keadilan (justice) kerana itu modal politik beliau. Jika esok beliau ditawarkan masuk UMNO dengan kedudukan tertentu, pastinya UMNO dan BN akan menjadi baik segalanya.

Maka bercakaplah beliau soal penyatuan Melayu, kepentingan orang Melayu dan Islam sederhana.Maka apa ada dengan reformasi Anwar? Semuanya ciptaan beliau untuk diri sendiri.

Anwar Ibrahim- Pengkhianat Negara

Salam Pejuangan,

DSAI seperti diketahui umum bersahabat rapat dengan Paul Wolfowitz, orang asing pertama yang ditemuinya selepas dibebaskan pada 2 September 2004. Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Presiden Bank Dunia.

Mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Amerika dan Israel. Pernah dipertanggungjawabkan untuk merangka strategi pertahanan semasa Perang Teluk dan merangka bajet sejumlah USD50 billion untuk tentera bersekutu menyerang sebuah negara Islam Iraq. Pernah berkhidmat sebagai Profesor Strategi Rahsia Kebangsaan di National War College pada tahun 1993.

Maka tidak hairanlah jika ada di antara perancangan DSAI bagi menunaikan segala impiannya bersama parti-parti politik pembangkang juga dinasihati dan ditunjuk ajar oleh Wolfowitz ini, seorang Yahudi yang menggunakan orang Islam untuk meruntuhkan negara Islam.

Empat Tuntutan seperti terkandung dalam memorandum yang akan dipersembahkan ke hadapan Yang DiPertuan Agong hanyalah sebagai ‘alat’ untuk menggerakkan kembali reformasi rakyat. Demonstrasi ini cuma ingin dilihat penuh bersejarah dan terbesar dalam episod reformasi pembangkang apabila melibatkan Yang Dipertuan Agong dan rakyat dari kalangan ahli-ahli pembangkang dari seluruh negara serta dipertontonkan di hadapan para perwakilan UMNO, para pemerhati politik dan para wartawan dari seluruh dunia yang ada di ibu kota pada ketika itu.

Mengambil iktibar dari kegagalan di Batu Buruk, kamera-kamera video akan disediakan pada setiap sudut sepanjang demonstrasi dan perarakan tersebut bagi merakam segala bentuk kejadian yang tidak diingini di samping bersedia mencari kesalahan orang lain atau pihak berkuasa. Hasil visual inilah akan digunakan sebagai bahan tambahan ceramah-ceramah politik mereka termasuk sepanjang kempen pilihan raya umum yang akan datang.

Oleh itu, orang ramai yang terserempak dengan boneka-boneka kuning DSAI pada hari tersebut dinasihatkan agar tidak termakan dengan segala bentuk provokasi meskipun diketahui bahawa di kalangan mereka juga akan ada segolongan yang tidak memakai baju kuning. Orang ramai juga disarankan untuk menjauhkan diri bagi mengelakkan bersubahat dengan agen-agen pengkhianat dan pemusnah negara ini.

Perhimpunan yang tiada permit ini jelas melanggar perundangan negara dan sesiapa sahaja boleh didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sekiranya didapati terlibat. Rakyat yang baik akan memperlakukan diri sewajarnya demi kebaikan, keamanan dan keharmonian negara.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.