Proksi & teman rapat Khairy (KJ) telah berjaya diangkat menjadi calon BN untuk PRK KT. Betul ke seluruh akar umbu UMNO Bahagian KT mahukan Wan Farid ini? Apakah Wan Farid calon pilihan PLah atau Calon pilihan Khairy? pening-pening macam-macam orang cakap... namun yang pasti situasi GANJIL telah timbul...
kalau betul nama Wan Farid dipertimbangkan awal lagi kenapa Wan Farid dilantik menjadi Senator untuk penggal kedua & mengangkat sumpah baru-baru ini? kenapa PLah tak sambung je Wan Farid sebagai senator kan lebih mudah dia jadi calon... dan terus jadi timbalan menteri atas kapasiti Ahli Parlimen... PELIK
Kerana kalau Wan Farid tewas kali ini dia tidak akan dapat kekal sebagai timbalan menteri sebab nak lantik senator hanya boleh 2 penggal berturut-turut... apakah tiada perancangan strategik di peringkat UMNO? perancang & pemikir strategik PLah tak buat kerja ke? ATAU ada tangan ghaib yang menaikkan nama Wan Farid disaat akhir hingga berjaya jadi calon BN untuk PRK KT ini...
Apapun yang pasti... orang-orang Khairy (KJ) akan turun berhabis-habisan bagi memastikan proksi & teman baik Khairy akan meraih kemenangan demi jaminan sokongan politik terutama dari Terengganu kepadaKhairy (KJ) akan berterusan dengan kemenangan Wan Farid di KT... mungkin KJ akan kurangkan bajet sebab duit yang ada dia nak laburkan lebih banyak ke persaingan sengit ketua pemuda UMNO Malaysia - tapi yg pasti maklumat memberi tahu KJ sedia memperuntukkan wang besar bagi mensponsor jentera pemuda di PRK KT nanti...
Mari kita kenali Calon BN - Pilihan KJ untuk PRK KT (P36) 2008 ini...
SERBASEDIKIT PROFILE
- Nama : Wan Ahmad Farid, Berusia 46 Tahun
- Bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London
- Merupakan anak jati Kuala Terengganu.
- Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
DALAM POLITIK
- Beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 Menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998
- Menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.
Beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu pada tahun 2001 - Menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
- Menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik 2008
Gambar ini belum diSAHkan kesahihannya yang mana penulis perolehi di SINI dari Blog Mummu Rokiah. Namun jika disahkan saya pasti :-
- Hobi beliau adalah berkaraoke & menyanyi...
- cita-cita asal pasti ingin menjadi penyanyi...
- minuman kegemaran air suam sebab jaga suara...
- makan tambahan pasti madu lebah dan tongkat ali untuk jaga stamina...
- akanan kegemaran yang tidak pedas dan masam untk jaga suara juga...
- Tempat kegemaran untuk berjumpa & berbincang pastinya di tempat karaoke kegemaran beliau...
- Lagu kegemaran pastinya yang 'high-note" tengok gaya tarik semacam je tu & lagu duet yelah ditemani gadis cantik ( tengok gambar)...
Renungkan & Selamat Berjuang
No comments:
Post a Comment