Wednesday, February 22, 2017

KERAJAAN PKR SELANGOR SAYANG RAKYAT SAMPAI SONGLAP TABUNG WANG KHAIRAT KEMATIAN

Tidak cukup dengan pelbagai skandal, isu dan masalah di Selangor seperti pasir, gerbang selangor, caj plastik 20 sen, kenaikan cukai setempat, banjir, projek kuda putih, DEIG, projek babi, kronisme, nepotisme dan 1001 lagi bala bencana buat RAKYAT SELANGOR...

Timbul kini tuduhan bahawa Azmin Ali, Menteri Besar Selangor menyalahguna dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor dengan jumlah RM200 juta adalah merupakan tuduhan yang amat berat sekali.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_ZioX1vjxcQEW7zYHCUgxtgMz8KPfp6BMvqTZsw9x-ra8on-MesvoDax5lIBIgbDHbuthQKxMnuVnHAu5cuhoUoivsPEhqFK_h2Zp3NDIprGdWT0JV_a-2dZXuJrIFOlm32uFbiUAqkcz/s400/img_255194c5278b281308.png


Datuk Seri Jamal Md Yunos sudah 2 hari mengadakan protes di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam,Selasa lepas berkaitan dakwaan salah guna kuasa ini malah telah datang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membawa bukti berkaitan salah guna kuasa ini yang didakwa beliau mendapat bukti berkenaan dari Ahli Parlimen PKR Pandan,Rafizi Ramli.

Dalam dokumen bukti itu, ada sembilan Ahli Parlimen yang bukan dari dalam negeri Selangor mendapat peruntukan dana melalui dana SMUE yang disalurkan di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Dalam bukti iaitu sepucuk surat dari Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada Pengurus cawangan Ambank memohon membuka akaun SMUE. 9 ahli parlimen pembangkang itu adalah :
1) Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, 
2) Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, 
3) Ahli Parlimen Batu, Tian Chua 
4) Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong. 
5) Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, 
6) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 
7) Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzh Anwar, 
8) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok 
9) Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Ada 2 Isu utama

1. Kesemua mereka dikatakan ada kaitan dengan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM10 juta. "Mengapa wakil rakyat bukan dari Selangor tapi Wilayah Persekutuan yang mendapat dana ini?"
2. Ada keraguan timbul tentang penggunaan peruntukan dana dalam SMUE ini apabila ia dikatakan digunakan untuk tujuan lain bukan membantu rakyat negeri itu. Jamal mempersoalkan... Di manakah jumlah peruntukan ini? Adakah ia dari sumber halal? Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa keraguan dalam penggunaan peruntukan SMUE ini yang dilakukan beberapa wakil rakyat atau penyelaras DUN Selangor dan Wilayah Persekutuan.Mereka menggunakan peruntukan ini untuk tujuan lain, bukan membantu rakyat Selangor. 
Kalau duit kebajikan rakyat yang dikhususkan untuk khairat kematian pun DISONGLAP dan DISELEWENGKAN sudah dikira berat dah ni... Apakah tabung ini hanya propaganda demi rakyat namun tujuan sebenarnya adalah untuk DANA POLITIK??? 
Tak mengapa Rakyat selangor kan 62 peratus daripada sejumlah 2,018 responden di Selangor yakin dan percaya terhadap kepimpinan Asmin Ice Cream.


 http://badutrakyat.blogspot.my/2017/02/tu-dia-9-ahli-parlimen-pakatanharapan.html

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.