Tuesday, October 11, 2016

TERBONGKAR PEMBANGKANG BAWA MASUK PERISIK AGEN ASING UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN

Seorang Pakar Analisis US yang membantu kemenangan Barack Obama telah dibawa masuk pembangkang menerusi platform NDI dan INVOKE untuk membantu kemenangan pembangkang di Malaysia. Dipercayai juga mat saleh ini merupakan intelligent dan agen asing terlatih yang hadir sebagai proksi tangan asing yang mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.Kalau sebelum ini hanya dana dibawa masuk dan expertise melatih agen tempatan diluar malaysia sekarang pembangkang sudah berani mebawa masuk agen asing ini secara terus... wahhhh!!! hebat usaha jual negara mereka...

Berdasarkan maklumat kepakaran beliau adalah dalam bidang analisis data dan algorithm yang membolehkan manipulasi sepenuhnya data untuk memandu gerak kerja kempen agar memberikan impak maksimum sama ada secara geo lokaliti atau kumpulan terarah.

Pegawai risikan yang dimaksudkan itu ialah Andrew Claster, Timbalan Ketua Pegawai Analisis Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Claster kini dilaporkan telah menjadi salah seorang sukarelawan Invoke, yang membantu NGO PKR itu dengan program analisis data pengundi.

“Kami menggunakan maklumat yang ada mengenai pengundi untuk mengenal pasti siapa penyokong kami dan siapa yang dapat diyakinkan dan kami akan gunakan sumber-sumber kami sepatutnya,” kata Claster kepada Malaysiakini.

Claster adalah Naib Presiden Penn, Schoen & Berland Associates (PSB) yang berkempen untuk pemilihan semula Senator Hillary Rodham Clinton. Sebelum menyertai PSB, Andrew bekerja di Bank Dunia.


TAHNIAH PEMBANGKANG... SATU LAGI BUKTI CAMPUR TANGAN ASING UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN SEDIA ADA... 

Lepas menang boleh lah bersekutu dengan negara asing terlibat dan lihat saja perubahan hala tuju dan dasar negara selepas ini... baru kuasai dua negeri... ke laut segalanya.... apakah Islam dan Melayu akan terpelihara jika mereka berkuasa???

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.