Monday, September 19, 2016

TUAN GURU DATUK HARON DIN TERIMA KASIH

Peluang yang Allah berikan untuk hampir, rapat dan erat di sisi insan istimewa bernama Haron Din amat saya syukuri kerana terasa terdapatnya tempat untuk dirujuk mendapatkan nasihat, terdapatnya insan hebat untuk dijadikan idola ikutan dan tempat menumpang ukhwah kekeluargaan. 

Politik, ideologi dan pandangan yang berbeza tidak pernah memisahkan kami malah keakraban itu semakin hadir tak kala mencari titik pertemuan dan persamaan dalam persimpangan jalan berbeza bernama perjuangan yang akhirnya menuju matlamat sama untuk mendaulatkan Islam dan negara bangsa. 

Keterbukaan beliau amat saya kagumi... jelas Islam itu teras prinsip perjuangan beliau yang TIDAK SESEKALI akan beliau korbankan. NAMUN beliau tidak meminggirkan malah turut mengambil berat survival bangsa MELAYU itu sendiri. Betapa beliau melihat cabaran, mehnah dan tribulasi yang didokongi gerombolan kafir harbi dan munafikun terus menerus menggoncang Islam dan melayu itu sendiri secara tidak langsungnya bakal menggugat survival anak bangsa dan Islam pada masa hadapan.

Sesungguhnya jalan itu telah dirintis dan persoalan mengapa juga telah dijawab. Maka terpulanglah kepada kita yang masih bernafas di bumi yang fana ini untuk meneruskan perjuangan menuju matlamat yang sama walau menerusi jalan yang berbeza. Moga perbezaan ini tidak menjauhkan kita sebagaimana tauladan yang ditunjukkan sewaktu hayat tuan guru kita.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Pak Lang dan kami sekeluarga redha atas pemergian mu. Betapa rindunya insan kerdil ini nanti dengan senyuman, lembut bicara, tutur kata yang penuh hikmah, gurau senda dan usikan ceria Pak Lang...

Sesungguhnya mati itu pasti... Semoga Allah mempertemukan kita semula di akhirat kelak... Al-Fatihah....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnX3unJDY3VacCMyJ4B_QrKPQZrg9h72aX1fXfJz1Eppot_r22cIeazIBJs-SQqcIsOqwt5BfgeZXjxxNdQrBaEdpwMqZ8lXzKISlCGyvImeTgAl7TyptVNeeSBcPlgdA3OxT7hwWEWYD1/s1600/52e50e9e-689e-44e9-b15e-e51de2b04534.jpg




No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.