KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Wednesday, September 21, 2016
DULU REKRUT DAP STATUS TERKINI MAHATHIR RUPANYA HANYA ALAT @ KUDA BONEKA DAP
Bukti terbaru ini mengesahkan bahawa dari dulu Mahathir sememangnya REKRUT DAP seperti yang dikatakan Lim Kit Siang merangkap BARUA PECACAI yang diperkuda untuk menghancurkan perpaduan dan kesatuan melayu Islam. Termasuklah juga Muhyiddin, Mukhriz dan penjilat taksub mereka.
Bekas Ketua DAP Teluk Intan, Hew Kuan Yau secara terbuka mengakui DAP bertindak ‘menyelamatkan’ Dr. Mahathir dan kini menggunakan bekas Perdana Menteri itu sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
“Kami menyelamatkan Dr. Mahathir dan kami menggunakan beliau sebagai alat untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kami menggunakan Dr. Mahathir untuk membunuh ayam,” katanya yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ dalam klip video berdurasi 43 saat yang disiarkan di laman Facebook MyNation News sejak Isnin dan kini mula viral di media-media sosial.
Sebelum ini pelbagai pihak menyifatkan Dr. Mahathir sudah jauh tersasar apabila sanggup bekerjasama dengan DAP kerana mereka percaya parti tersebut bakal meraih laba paling untung sekiranya Najib dapat digulingkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Dalam pada itu, Kuan Yau mendakwa, langkah DAP memperalatkan Dr. Mahathir adalah kononnya bertujuan menyelamatkan negara ini daripada kepemimpinan kerajaan yang diterajui UMNO.
Beliau juga memberi amaran akan bersuara lebih ‘kuat’ jika ada pihak tertentu cuba menutup mulutnya selepas ini.
“Jika anda mahu saya diam, saya hanya akan lebih kuat bersuara, hanya selepas itu anda akan takut,” katanya tanpa menamakan siapakah yang dimaksudkan beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment