Friday, January 29, 2016

LAPORAN POLIS SEBAB PEGAWAI SPRM MILIKI AKAL KELAS KE TIGA BOCOR MAKLUMAT DAN BUAT KENYATAAN MEDIA SESUKA HATI

Kunun pegawai SPRM berintegriti, patuh undang-undang dan mendokong kebenaran habis kalau memandai buat kenyataan media sendiri dengan sengaja mewujudkan keraguan dan konflik yang akhirnya timbul fitnah dan spin kebenaran itu apa??? 

Malah ada yang memandai bocorkan dokumen dan maklumat konon sepatutnya buat begitu begini walhal masih dalam siasatan dan telah diputuskan secara adil dan terbuka hingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif dan fitnah apakah itu namanya INTEGRITI dan patuh pada undang-undang.

Bila polis masuk siasat SPRM nak siasat bagaimana dokumen dan maklumat bocor konon kata polis campur tangan dan salahkan kerajaan kunun nak sabotaj siap buat solat hajat dan macam-macam... hei pengkhianat jangan senang-senang la guna nama ALLAH sebab nak tutup pengkhianatan sendiri... tak payah nak tunjuk alim sangatlah kalau MENSABOTAJ, MEMBOCOR MAKLUMAT dan MEMBUAT KENYATAAN yang menimbulkan fitnah... ALLAH tak ajar untuk menghalalkan cara demi matlamat....

SPRM tidak lagi benar-benar BERSIH, TERLUS dan PROFESIONAL semuanya gara-gara memiliki pegawai akal kelas ke 3 yang mendokong ideologi PEMBANGKANG pendokong dan penjilat ANUwar, KuT Siang dan Mat Sabun... teruskan bocorkan dan buat kenyataan mengarut... akhirnya kita akan tahu siapa pengkhianat

JANGAN LEPAS NI POLIS MASUK SPRM KAU KATA NAK SABOTAJ LAGI... BANGSAT PUNYA PENGKHIANAT!!!!


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim mengarahkan laporan polis dibuat bagi menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan SPRM cakap tanpa kebenaran pada media berhubung isu keputusan Peguam Negara.

Katanya menerusi satu kenyataan media pada Khamis mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan bukanlah pendirian rasmi SPRM kecuali ia dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik SPRM.

“Tiada pernyataan oleh mana-mana individu patut diberi kepada media sebagai pendirian rasmi SPRM bagi kes-kes ini melainkan jika ia telah dikeluarkan oleh saya.

“Berdasarkan laporan media hari ini mendakwa ada anggota SPRM telah memberi taklimat kepada media yang jelas tidak benar malah melemparkan pelbagai tuduhan. Biar saya jelaskan disini jika benar ia berlaku saya tidak akan bertolak ansur dan tindakan akan diambil,” katanya.

Sehubungan itu tambahnya satu laporan polis akan dibuat bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“Saya sudah mengarahkan supaya laporan polis dibuat supaya perkara ini boleh disiasat secara bebas.

“Pegawai SPRM seharusnya mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab akan sumpah jawatan yang telah mereka lafazkan,” katanya lagi.

Abu turut menjelaskan bahawa SPRM tidak pernah mempunyai masalah dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menutup kes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kes SRC dan dana RM2.6 bilion.

“Seperti yang dinyatakan semalam, rujukan kita kepada SPRM Panel Penilaian Operasi adalah satu prosedur operasi standard sebagai sebahagian daripada proses penutupan mana-mana kes.

“Jelas disini, kuasa Peguam Negara ke atas semua prosiding kes jenayah yang diberikan kepadanya adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 145 (3).

“Kuasa-kuasa ini adalah mutlak dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk SPRM atau mana-mana panel kajian semula atau mahkamah,” ujarnya lagi. - BNBBC News

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa si Bahari dan bininya sgt2 gatal nak buat hebahan personal dalam kes ini? Mesti ada something yang tidak betul yang seolah2 mereka ini mahu segera Najib didakwa atau tidka bebas dari tuduhan

Sebagai penjawat awam yang profesional, perkara peribadi atau persepsi tidak boleh di bawak bercampur dengan tugasan

Apakah mereka telah dilantik sebagai parasit untuk jatuhkan najib? Kenapa beria sgt nk buat statement mendahului keptusan rasmi?

Jika dilihat rekod bini no 2 Bahari ini dengan kes sivil dan juga jawatannya dalam company mempunyai kontraversi (KIST Kelantan)

Org2 macam inilah sebernarya korupsi tetapi mereka dilantik sebagai org yg nak betulkan korupsi?
Jahanam SPRM sbb Pegerusi sibuk ke Hong Kong lah kunun dah dapat penarafan.. last2 kakitangan kanan sendiri pun corrupted.

malulah wahai dato Abu Kassim..

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.