Tuesday, January 26, 2016

DAHULU MUKHRIZ MAHATHIR SUDAH DIBERI PELUANG KINI EGO MEMUSNAHKAN DIRI

http://3.bp.blogspot.com/-OW7NIy02sxk/VqZdAp_bCOI/AAAAAAAABfE/BxtxEbJ4TOM/s1600/Rahim%2BTamby%2BCHik.jpgMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pernah menolak tawaran menyertai kabinet pada rombakan lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendedahkan .

Beliau berkata, sekiranya Mukhriz menerima tawaran Najib menyertai Kabinet, beliau mungkin terhindar daripada kontroversi politik yang melanda sekarang ini.

Menceritakan dengan lebih lanjut, Rahim berkata, beliau bersama Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh pernah menjadi 'pendamai' antara Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Salah satu inisiatif adalah menawarkan Datuk Seri Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang lalu.

"Apabila Tun Mahathir tanya kenapa perlu ubah kedudukan anaknya dari jawatan Menteri Besar Kedah, saya menjelaskan bahawa Najib yakin bahawa kedudukan Mukhriz terancam kerana ramai pemimpin Umno Kedah yang menolak beliau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, Tun Mahathir meminta beliau berumpa Mukhriz untuk menyampaikan tawaran Najib itu dan beliau mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh anaknya.

"Malangnya Mukhriz menolak tawaran Najib. Saya kesal hingga sekarang sebab penolakan ini punca kegagalan inisiatif yang dibuat oleh saya dan Fatmi untuk mendamaikan Najib dan Tun Mahathir," katanya.

Beliau yakin sekirahya, tawaran itu diterima, Mukhriz bukan sahaja terhindar daripada kontroversi politik yang melanda Kedah sekarang, malah hubungan baik Najib dan Tun Mahathir mungkin menjadi realiti historik kepada perpaduan Melayu dan Umno.

- Sinar Online

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.