Selamat BERTUGAS dan laksanakan lah tanggungjawab sebagai sebuah pasukan yang jitu serta mantap berkiblatkan arah yang satu... bersama-sama dapat menzahirkan penyatuan hati (wahdatul qalb) dan penyatuan pemikiran (wahdatul fikr) serta penyatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan penyatuan amal (wahdatul amal) yang akan memelihara kemakmuran Malaysia selamanya.
Kepada yang gugur moga dapat menerima dengan hati yang terbuka dan kekal bersatu dalam saf berjuangan... buktikan anda pemimpin berjiwa besar yang tahan diuji dan tidak mudah kecewa setia kekal membantu pemimpin yang dilantik.
Firman Allah Ta'ala:
يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم
"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan rasa syukur di atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu. Ahmad Zahid berkata, beliau turut menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memperkenankan pelantikan beliau di atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
"Saya ambil tanggungjawab ini dengan terima kasih di atas kepercayaan kepada saya.
"Saya tahu bahawa ini bukan satu habuan, ia adalah satu pertanggungjawaban yang harus saya terjemahkan kepada negara kita," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga turut berkata, beliau memang cukup memahami keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib.
"Saya dapat memahami keputusan Najib adalah keputusan yang berat, namun, kebersamaan antara beliau dan saya dalam memikul tanggungjawab ini tidak dapat saya jelaskan.
"Ia mengulangi sejarah lama, ketika dia jadi Menteri Belia dan Sukan... kemudian, saya dilantik jadi Setiausaha Politik.
"Ini adalah kitaran politik yang tidak pernah saya harapkan. Saya terima sebagai satu takdir qada dan qadar," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau memohon rakan-rakan dalam Kabinet dan ahli Umno malah kepimpinan parti dapat memberi sokongan kepada Najib.
KEPADA ALLAH BERSERAH
No comments:
Post a Comment