DS NAJIB SEBENARNYA SEDIH DAN TIDAK SAMPAI HATI
Hingga DS Najib meminta TS Shukry meminta TS Muhyiddin datang untuk berjumpa beliau di pejabat secara personal... Sahabat semua boleh bertanya dengan TS Muhyiddin kebenaran ini... Dalam pertemuan itu DS Najib secara hati ke hati bertanya mengapa TS Muhyiddin masih terus menerus mempersoal dan dilihat tidak mahu bergerak dan bertanggungjawab sebagai sebuah pasukan yang diketuai beliau dalam kabinet hingga DS Najib bertanya apa lagi yang boleh saya beri untuk memuaskan hati TS Muhyiddin...
Dalam pertemuan itu juga dengan berat hati dan 'gentleman' DS Najib memberi tahu sudah mendapat perkenan DYMM YDP Agong untuk memuktamatkan senarai kabinet tanpa TS Muhyiddin sebagai Timbalan perdana menteri... bukan itu sahaja DS Najib memberi justifikasi dan sebab secara berdepan dengan TS Muhyiddin melakukan keputusan ini.
Dimaklumkan TS Muhyiddin menerima dengan baik segala yang disampaikan DS Najib malah akan akur dengan apa jua keputusan dan mereka bersalaman dan bermaafan dalam suasana suram hiba.
Namun setelah berjumpa dan bercakap terus dengan TS Muhyiddin secara personel DS Najib masih meluahkan kepada 'staf' betapa beliau amat berat hati dan rasa simpati untuk melepaskan TS Muhyiddin dari memegang jawatan TPM... tanyalah staf di pejabat PM yang mengetahui senarai menteri kabinet... masing-masing tidak berani menjangkakan tindakan DS Najib sama ada mengekalkan atau melepaskan TS Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana menteri... hanya DS Najib yang tahu hingga ke detik akhir pengumuman nanti...
KEPUTUSAN MUKTAMAD
Segalanya terjawab juga apabila dengan rendah hati penuh takzim DS Najib mengumumkan senarai kabinet baru 2015 tanpa TS Muhyiddin sebagai TPM dan Menteri Pendidikan. Walaupun berat hati, sedih dan simpati DS Najib dilihat telah membulatkan tekad dan azam membuka buku baru.
Sahabat semua... apa yang ingin saya tekankan adalah DS Najib jauh berbeza seperti langit dan bumi berbanding Tun Dr Mahathir dalam soal menyingkirkan atau menjatuhkan rakan atau individu yang pernah bekerja bersama dengan beliau... Kalau Tun M ditempat Najib mungkin TS Muhyiddin sudah lama di singkir dan dijatuhkan serta dihina dalam soal pemecatan ini...
TS Muhyiddin tidak dipecat hanya tidak dilantik semula dalam rombakan kabinet yang baru... malah DS Najib dengan penuh hemah dan semangat setiakawan memaklumkan secara terhormat terlebih dahulu keputusan ini kepada beliau atas nama persahabatan... Atas itu saya yakin TS Muhyiddin seorang pemimpin yang berjiwa besar dan memahami situasi, kesulitan dan perlunya DS Najib membuat keputusan ini.
HARAPAN DAN DOA
Saya dan rakan-rakan idealismalaysia setulus hati mendoakan kesejahteraan TS Muhyiddin sekeluarga dan semoga dapat terus istiqomah kekal merapatkan diri dalam barisan seterusnya berperanan memperkukuh dan memperkuatkan lagi UMNO atas kapasiti Timbalan Presiden demi mengharungi PRU14 yang mendatang.
KEPADA ALLAH BERSERAH
9 comments:
Terima kasih atas info tuan
AhJibNgok salah Dengar
Bini dia suroh Rombak Kabinet Dapur dia gi Rombak Kabinet Menteri
PERTIKAI 1MDB...... YOULL BE SHOWN THE DOOR.
JADI PENGIKUT SEMUA JADI BAHLOL DOGOL...... CANNOT ASK....... MAKAN DIRI.
PANDAI KIPAS DAPAT JAWATAN.... PROVEN... TENGOK MUKA MUKA DILANTIK..
good...good...melimpah ruah la rezki ko pas ahjib ngan zahhid baca artikel ko pasni.....tp kalo bleh jgn pakai kipas lipas ehhh...zaman skang ni pakai aircond baru sampai ketulang sejuknye...
The writer and najib is super moron of the highest class! Wonder who's Najib advisor in this issue?
Sedih membaca kronologi ini. Dua2 mereka insan hebat dalam jemaah UMNO. TS Muhyiddin hebat kerana beliau letak parti sebagai keutamaan tidak merosakkan parti walau diri sudha tiada berjawatan tinggi
Najib pula gentleman kerana berikan masa dan peluang serta tidak menghina TS Muhyiddin, serta berjiwa tenang, sopan dalam mengaturkan kabinet.
Kita doa pd Allah SWT semua ini menjadi RAHMAT dari NYA. TS Muhyiddin takkan terhina dan beliau akan berdarjat tinggi, keikhlasannya untuk taat pada pemimpin dan jemaah pasti Allah SWT akan ganti suatu yng lebih baik
Indahnya perpaduan dan ukhwah.. semoga Hikmah dr Allah SWT atas semua ini!
Ameen ya Robb!
Wah...bagusnyer ayat....hehe
Muhyiddin knew about his sacking as Deputy Prime Minister an hour before the world when Prime Minister Najib just nodded in reply.
KUALA LUMPUR: Sacked Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, also Umno Deputy President, knew that he would no longer be in the Cabinet after a reshuffle, just an hour before the rest of the world.
Speaking at a media conference in his house at Bukit Damansara on Wednesday, Muhyiddin said the Prime Minister’s Office (PMO) called him at 11.30am on Tuesday. “I was on my way to Sendayan, Negeri Sembilan when I received the phone call,” said Muhyiddin. “I went to meet Prime Minister Najib Abdul Razak at 12 in the afternoon.”
“I asked him ‘do you have anything to say to me?’ He (Najib) kept quiet. I asked him again: ‘Is it about the Cabinet reshuffle, and he nodded.”
Muhyiddin said he asked him again: “Am I not in the list of the new Cabinet?”
“He nodded again.”
Muhyiddin said: “Thank you”.
Najib then held a press conference at the PMO at 1.30pm and revealed a new Cabinet line-up minus Muhyiddin.
Muhyiddin who was Deputy Prime Minister was apparently sacked from his position after he made a speech last Sunday during an Umno Cheras event calling on the Prime Minister to tell the public the truth about the controversial 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
sent by 香港新聞 Compact
pelik tp benar..
bagus skrip drama tuan punya blog.. kalau begitulah pendirian najib patutlah negara tiada haluan dalam pentadbiran sekarang..
Post a Comment