Projek Bas Komuniti percuma di Shah
Alam sekali imbas nampak seperti projek ini memberi manfaat kepada
golongan sasaran seperti golongan pendapatan rendah, warga emas dan
golongan kurang upaya dan perkhidmatan bas komuniti ini melalui 25
laluan. Boleh semak di laman web MBSA, di sini.
Namun, apabila melihat waktu operasi bas berkenaan yang hanya untuk hari
Isnin hingga Jumaat saja dan waktu perkhidmatan sehari hanya 3 kali
perjalanan iaitu jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 4.30 petang, nampaknya
Kerajaan Negeri Selangor hanya bermain wayang untuk memberikan
perkhidmatan kepada Rakyat.
Kita masih ingat bagaimana perkhidmatan Bas Komuniti percuma ke
Perpustakaan Awam Selangor juga seperti melepaskan batuk di tangga.
Bayangkan perkhidmatan hanya:
1. Disediakan pada Hari Sabtu dan Ahad sahaja.
2. Disediakan hanya pada pukul 10.00 pagi dn 2.00 petang sahaja.
3. Disediakan hanya dari Seksyen 18 dan hanya ke perpustakaan sahaja.
4. Cuma sehala sahaja (balik pandai-pandailah korang nak hidup).
Adakah ini satu lagi perkhidmatan yang hanya cuma hendak menipu Rakyat negeri yang paling maju di Malaysia? Syabas Selangorku.
No comments:
Post a Comment