Friday, July 3, 2015

ISU PANGSAPURI DUDLEY AUSTRALIA MARA DAN ANNUAR MUSA TERPERDAYA MENARI IKUT RENTAK PEMBANGKANG




http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.109959.1435859139!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpgMengapa Mara dan Annuar Musa mahu terikut-ikut tekanan dan menggelabah tak tentu hala sampai perlu merehatkan aka 'menggantung' 2 pegawai MARA yang belum terbukti bersalah. Langkah dan tindakan sarkastik sebegini seumpama menampakkan MARA cuba menutup sesuatu dan gelojoh... belum apa-apa dah menggelupur... kenapa tak biarkan sahaja pembangkang pergi MAMPUS bersama tomahan dan fitnah... yang pergi layan kenapa makin naik minyak lah gamaknya...

Apa kata MARA steady ja... teruskan siasatan... bersikap cool... dan terlus... salah kita hukum... tak salah kita SAMAN semua pihak yang menimbulkan isu ini... SAMAN 10 JUTA boleh beli bangunan lagi di Australia...


UTUSAN - KUALA LUMPUR 2 Julai - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil keputusan untuk merehatkan sementara dua pegawai kanan Mara Incorporated (Mara Inc) Sdn. Bhd. sepanjang siasatan berkenaan isu pembelian hartanah oleh syarikat tersebut di Melbourne, Australia dijalankan. Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Annuar Musa, dua pegawai tersebut ialah Pengerusi Mara Inc, Datuk Muhamad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim A. Rahim.

Katanya, keputusan tersebut dibuat untuk memastikan siasatan dapat dijalankan tanpa sebarang keraguan atau syak-wasangka di samping menjaga nama baik Mara serta kedua-dua pegawai itu.

“Kita merehatkan mereka selepas mengambil kira tentang amalan pentadbiran yang dilaksanakan oleh pegawai kita dan selepas meneliti fakta kes ini.

“Namun, ini tidak bermakna kita menemui apa-apa kesalahan buat masa ini, sebaliknya, demi menjaga integriti kedua-dua mereka daripada sebarang tuduhan dan siasatan dapat dilaksanakan dengan lebih telus,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung pembe­lian hartanah di Melbourne oleh Mara Inc di ibu pejabat Mara, di sini hari ini.

Akhbar Australia, The Age dalam laporannya sebelum ini mendakwa, beberapa pegawai tinggi Mara dan seorang bekas ahli politik telah membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan Malaysia untuk membeli sebuah blok pangsapuri yang dikenali Dudley International House di Melbourne pada tahun 2013.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.