Wednesday, October 1, 2014

TAHNIAH KEMENANGAN PRK PENGKALAN KUBOR TANDA RAKYAT MAHU PERUBAHAN DI KELANTAN

Keadaan di Pengkalan Kubor telah kembali tenang seperti biasa berbanding sebulan sebelum ketika dipenuhi orang luar yang terlibat dengan PRK Pengkalan Kubor. Agak lewat penulis tiba dan meninggalkan pengkalan kubor bukan apa sengaja untuk membuat assessment berbeza... biasanya maklumat tepat dan dipercayai muncul apabila keadaan berjalan seperti biasa bukan semasa sedang tumpuan hangat diberikan



Hasil ronda-ronda dan jalan-jalan cari makan di sekitar pengkalan kubor... Jelas bahawa faktor utama kemenangan BN di Pengkalan Kubor adalah kerana Jasa Allahyarham Dato' Zahidi... penduduk tempatan memang suka dan melihat YB mereka ini menjaga kebajikan mereka.Ke dua adalah kerana faktor 'winnable candidate' calon BN itu sendiri... yang mana Mat Razi memang dikenali dan hampir dengan penduduk tempatan berbanding calon PAS yang bukan anak jati kelantan dan jauh dari masyarakat tempatan... 

Ketiga adalah faktor penduduk tempatan yang sememangnya memang mahu kerajaan kelantan yang diterajui PAS di tukar kepada UMNO... percaya atau tidak majoriti rakyat yang menetap dalam kelantan mahukan UMNO memerintah... namun yang menjadi masalah adalah rakyat kelantan yang berhijrah dan bekerja di luar namun balik mengundi di kelantan yang menyumbang kemenangan PAS...

Pok nik hassan 57 dari bunohan begitu beremosi bila berbual bab kerajaan ni... dia yang merupakan penyokong tegar PAS suatu ketika dulu kini berubah menyokong Tok PA (umno). Mudah sahaja katanya org klate yang dok luar di kelantan mari balik dan duduk di kelantan ni 5 tahun jangan keluar-keluar... pastu baru tahu lah nak undi siapa... duduk di luar kelantan mana tahu susah senang rakyat tempatan... lagi satu katanya usah taksub sangat dengan PAS sebab PAS bukan agama... kita ogre isle kena jelas akhlak sebenar orang isle... jangan tengok orang pakai serban lagak alim terus percaya... akhir zaman ramai penipu terutama ogre PAS katanya....

DAP jelas telah melaksanakan kajian sikap di kelantan bagi melihat tahap sokongan dan terbukti rakyat tempatan kelantan mahukan perubahan...

BACA BERITA

DAP supremo Lim Kit Siang has warned that PAS-led Kelantan government may fall into the hands of BN.  Lim said this would be the case if the 4.5 percent vote swing against PAS and by extension Pakatan Rakyat, is replicated in other constituencies in the state.

"If Pengkalan Kubor happens (across all of Kelantan), Pakatan will only get 20 seats and BN will capture 25 seats.

"That means the power to rule in Kelantan would be lost," he told a DAP fundraising dinner in Petaling Jaya last night.

Lim's warning comes a week after PAS Youth chief Suhaizan Kaiat (right) warned that the Islamic party's support among local Kelantanese had fallen below 50 percent, according to a post-mortem by the party's central committee.


photo1
TOK PA dan sahabat di kelantan harus melihat ini sebagai satu peluang besar yang AMAT JARANG SEKALI MUNCUL... cukup-cukuplah 'cah keting' sesama sendiri... kerja kuatlah... rakyat tempatan nak berubah... tukar sekali otak anak kelantan di perantauan tu....

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.