Thursday, July 11, 2013

PRK N01 KUALA BESUT : USTAZ DIKETEPIKAN AZLAN JUSOH DIPILIH SEBAGAI CALON PAS KERANA DIA KAYA RAYA


Haji Enduk @ Azlan Jusoh diakui bukan USTAZ atau ‘ALIM’ untuk mengambil hati pengundi, sebaliknya beliau dicanang sebagai ‘kaya raya’. Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari Pas Besut. Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai ‘BANK’ Pas. Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:

Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ Pas Kawasan Besut.“ – Harakahdaily
Jelas, jolokan ‘BANK’ ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari Pas tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti. Beberapa laman web dan blog pro-Pas juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.


PAS SUDAH BERUBAH... Selama ini parti Pas amat gemar mendabik dada dengan ‘kedaifan’ atau ‘kesederhanaan’ pemimpin mereka. Sebolehnya, Pas akan cuba menunjuk-nunjuk betapa pemimpin mereka miskin tetapi alim. Tindakan ini menjustifikasi tindakan mereka mengutip derma dari penyokong-penyokong mereka setiap kali turun padang.

Tetapi, Kuala Besut menyaksikan Pas BANGGA DENGAN KEKAYAAN pula. Azlan dijulang sebagai CALON TEPAT KERANA KAYA RAYA. Tindakan ini seolah-olah memberi ‘permit’ kepada rakyat untuk meminta derma darinya sekiranya beliau menang. Apakah Azlan sudah memancing dengan derma-derma yang banyak DEMI melayakkan dirinya menjadi calon???

Dengar cerita Azlan rapat dengan Husam Musa dan kawan-kawan PAS di KELANTAN menyebabkan beliau terpilih menjadi CALON bukan disebabkan populariti dan faktor lain kerana jika diambil kira ada calon lebih layak berbanding Azlan.

KENAPA TIDAK PILIH USTAZ ZAWAWI

Ustaz Nik Zawawi Salleh TELAH menang di DUN Kuala Besut PRU 1999. Selepas itu kerier politik Nik Zawawi meningkat Beliau kini adalah Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, badan yang tertinggi dalam PAS. Bukan calang-calang kenapa TIDAK DIPILIH SEBAGAI CALON??? Majlis Syura dianggap sebagai badan tertinggi PAS... kalau nak kata tak kaya Ustaz Zawawi pun boleh tahan berada juga...


KENAPA TIDAK PILIH WAN AZHAR

Ustaz Wan Azhar merupakan Yang Dipertua PAS kawasan dan merupakan anak tempatan yang pulang berbakti dikawasan selepas pulang dari sabah... sebagai YDP PAS kawasan apakah beliau tidak cukup merit dan syarat. Apakah populariti beliau kurang berbanding Azlan???

KENAPA TIDAK PILIH USTAZ RIDHUAN MOHD NOR

Ustaz Ridhuan Mohd Nor merupakan calon PAS Parlimen Besut dalam PRU 13 lalu malah kini Beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan pemuda PAS Pusat. Juga individu yang bukan kepalang dan menjawat jawatan tinggi pusat dan popular dikalangan penduduk setempat. Apakah Ustaz Ridhuan tidak layak???

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.