Wednesday, July 10, 2013

KERJA KERAJAAN BEST UNDI DAN SOKONG PEMBANGKANG PUN DAPAT BONUS DUA SETENGAH BULAN GAJI

Kakitangan Kerajaan mendapat dua setengah bulan gaji sebagai BONUS tahun 2013 kata Datuk Omar presiden CUEPACS. 

Nak tanya Datuk Omar ni... 
apa yang Datuk dan team buat untuk menyedarkan kakitangan awam supaya sokong kerajaan BN??? 
apa yang Datuk dan team buat untuk membantu memastikan kemenangan BN pada PRU13 lalu????
apa yang Datuk dan team buat utk bantu kerajaan BN tangkis fitnah dan dakyah pembangkang???
apa yang Datuk dan team buat untuk agar kakitangan kerajaan dapat menjadi agen penerangan kerajaan seterusnya berupaya mempertahankan dan menangkis fitnah pembangkang???

Nak tanya Datuk Omar lagi...
Berapa ramai atau peratus kakitangan awam ni yang secara tulen ikhlas menyokong kerajaan???
Berapa ramai atau peratus kakitangan awam menjadi TALI BARUT dan SI KITOL menyokong pembangkang???
Berapa ramai atau peratus kakitangan awam MENGUNDI kerajaan dan pembangkang???

TAK MALU kah Datuk Omar, CUEPACS dan kakitangan awam menuntut Bonus dua bulan setengah gaji padahal bersarang dalam sesetengah kementerian dan agensi kakitangan mereka JELAS menyokong pembangkang dan anti kerajaan. 

Apa Datuk Omar ingat PM DS Najib bodoh dan tidak mempunyai maklumat berkaitan... muka tembok betul lah bila bab BONUS nak banyak tapi bila suruh undi dan sokong kerajaan tak mahu... Mana sifat syukur dan berterima kasih hingga sanggup menjadi "Gunting Dalam Lipatan" menikam mereka yang menggaji anda, memberi anda pekerjaan, membolehkan anda menyara keluarga dan membina masa depan.

ATAU KAKITANGAN KERAJAAN SUDAH MENGGADAI MARUAH DENGAN BERPEGANG KEPADA PRINSIP BERIKUT????


KERAJAAN BN
UNDI PEMBANGKANG




omarosman
PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

6 comments:

usin said...

marah nampak? hangin satu badan dgn org gomen ya! apa lu merepek ni admin. bonus tu untuk kerja, bukan sokongan bro. sokong tak sokong, itu hak rakyat yg dilindungi perlembagaan. sepatutnya kalau lu nak meroyan ke, nak hangin satu badan ke, cerita la kenapa tiada mekanisme utk menapis kakitangan awam yg hanya menyokong kerajaan sahaja yg patut mendapat laluan lebih mudah utk kenaikan pangkat. yg menentang kerajaan, beri tapisan ketat sehingga hanya yg benar2 layak sahaja yg diberi peluang, tetapi juga dengan bersyarat. baru la nampak cerdik sikit kalau nak mengamuk bro...

Anonymous said...

saya seorang guru. saya setuju dgn pertanyaan2 tuan apa cuepacs buat utk sedarkan kktgn kerajaan utk sokong BN.
Tapi saya tak setuju dgn anggapan bhw ramai yg sokong pbangkang kerana mereka itu adalah golongn yg vokal maka mereka kelihatan byk. Sedangkan kami yg bersyukur kpd Allah swt ni, adalah silent majority.
Tapi bonus yg byk tu, diberikan ikut gaji kpd pihak atasan(tentu gaji tinggi) tapi mereka adalah gunting dlam lipatan, maka itu adalah kerugian kerajaan.
Sokong BCL.

Anonymous said...

suruh cuepacs ni bagi statistik peningkatan quality pekerja awam...kalau menarik baru bagi..kalau tak bersyukur la apa yang ada

Anonymous said...

Muka datuk omar dah macam muka BONUS... dekat ujung tahun je meroyan mintak bonus... tak ada keje lain ke? betul juga kena tanya apa CUEPACS buat utk support kerajaan... sokongan, undian dan kefahaman kakitangan awam kepada kerajaan BN... klu keje asyik mintak je... aku poonnn boleh mintakan ooiii!!! tak payah jadi presiden cuepacs ponnn...

Anonymous said...

kalau nak sokong dan undi pembangkang... baik korang kakitangan kerajaan terlibat LETAK JAWATAN 24Jam... lu semua serupa PENYANGAK... ramai lagilah kat luar tu yang sokong kerajaan nak kerja... lu berenti 100 org sedia ganti tempat youlah... dah lah jadi tali barut, si kitol, pengkhianat... ada hati nak bonus lebih2 ha ha ha... lu minta bonus dekat ANWAR lah bro... kakitangan kerajaan sokong pembangkang lu TAK ADA MARUAH... MAKAN DUIT HARAM... khhakkk thuiiii!

Anonymous said...

Utusan, 24 Julai 2013:


CUEPACS ASYIK MINTA BONUS



Sila baca artikel akhbar ini dan nilai sendiri.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.