Thursday, January 31, 2013

TUAN GURU DR. HARON DIN DIPERHATIKAN GOLONGAN ANWARI MENCARI ALASAN DIPECAT

Majoriti Ahli PAS menunggu ulasan dari Tuan Guru Dr. Haron Din berkaitan isu pemecatan Utz Nasharudin Mat Isa kerana menganggap apa yang berlaku adalah satu KETIDAKADILAN yang dicipta oleh kumpulan profesional AKA ANWARIS untuk menyisihkan kumpulan ULAMA dalam PAS. Majoriti ahli PAS mahu Tuan Guru Dr. Haron Din membela Utz Nasharudin yang selayaknya menjadi pemimpin pelapis PAS di masa hadapan. 

Semoga Tuan Guru Dr. Haron Din dapat bersuara menentang KETIDAKADILAN ini walaupun berhadapan risiko DIPECAT PAS... Namun percayalah lebih 68% dari keseluruhan ahli PAS bersedia menyokong Tuan Guru Dr. Haron Din dan bersama-sama Tuan Guru Dr. Haron Din jika meninggalkan PAS jika PAS berhasrat memecat beliau...

Bila Nasha dipecat, sudah pasti orang seterusnya yang akan terima padah adalah Haron Din. Ini kerana Haron Din memang sentiasa menyokong Nasha dan berdiri teguh menentang DAP dalam isu kalimah Allah SWT. Beranikah Anwar Ibrahim pecat Haron Din?

Haron Din pernah berkata : "Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan" 7hb September 2012 :

KUALA LUMPUR, 7 Sept - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak nampak mengapa perlu Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini. 

Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu. 

"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti. 

"Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya. 

Berhubung dengan dakwaan ada sumber dalaman mengatakan golongan 'Anwarinas' akan cuba mempengaruhi Majlis Ulama Syura yang mahukan Nasharudin Mat Isa dipecat, Haron Din berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincang di dalam mesyuarat tersebut pada Ahad ini 9 Sept 2012. 

"Kalaupun nak sampai kepada pemecatan, ia bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau pun tidak. "Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan," katanya. - SH

Jika benar bukan kerja Majlis Syura PAS memecat ahlinya, bagaimana pula dengan keputusan terbaru Majlis memecat Nasharuddin Mat Isa? Jika Nasharuddin pun sendiri akui beliau tidak dimaklumkan tentang pemecatan tersebut (baca sini). Maka siapa yang arahkan Nasha dipecat? Sudah pasti ini adalah arahan daripada penasihat PAS iaitu Anwar Ibrahim

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.