Tuesday, January 22, 2013

TERKINI : GEMPAR! DS NAJIB TUN RAZAK MELAWAT GAZA LAMBANG KEBERANIAN DAN SOKONGAN PEMIMPIN ISLAM SEJATI

Mari kita bersama-sama seluruh rakyat Malaysia kita mendoakan keselamatan Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi dan rombongan beliau sepanjang lawatan beliau ke GAZA, kami bangga dengan keberanian PM Dato Seri Najib Tun Razak!!! Hidup PM!!!

Media ISRAEL LAKNATULLAH sudah mula gelisah dengan keputusan lawatan PM kita ke GAZA...
 



BERITA TERKINI : EL ARISH (Gaza): Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Gaza pada Selasa untuk lawatan kemanusiaan yang akan meneruskan komitmen Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Mencipta sejarah selaku Perdana Menteri Malaysia pertama menjejakkan kaki di bumi Palestin, kunjungan itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Najib ke Kaherah, Mesir dan Gaza.

Najib tiba di Kaherah pada petang Isnin ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka akan berlepas ke lapangan terbang El Arish yang terletak 50km dari sempadan Rafah ke Palestin pada pagi Selasa sebelum memasuki Gaza.

Najib akan bertemu Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada pukul 10 pagi waktu tempatan (4 petang Selasa waktu Malaysia).

Di Gaza, Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baru untuk perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas.

Kemudian, Najib akan melawat Universiti Al-Aqsa, di mana beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Turut serta dalam delegasi itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berada di Gaza sepanjang lawatan itu.

Antaranya termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa.

BERNAMA 22 JAN 2013: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memasuki Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin untuk lawatan kemanusiaan hari ini.



Najib yang dijadual memasuki Gaza pada pukul 10 pagi waktu tempatan, merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin itu. Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir dan isteri, tiba di Kaherah pada pukul 9 malam tadi, waktu tempatan.

Di Gaza, Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata Najib juga akan berjumpa dengan anggota-anggota kabinet dan anggota Parlimen Palestin. Kemudian Najib dan Rosmah akan diraikan pada majlis jamuan tengah hari oleh Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi. Sementara itu dalam program berasingan, Rosmah dijadual melawat hospital kanak-kanak Nasser, di Gaza. Di hospital itu Rosmah dijangka memberi ikrar janji sumbangan Malaysia sebanyak RM4 juta untuk hospital berkenaan dan melawat kanak-kanak berbakat di situ.

-Bernama


Kanak-kanak perempuan melarikan diri dari serangan udara Israel di Gaza

Blog Novandri : Laporan yang baru diterima, Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak sudah bersedia untuk masuk ke Gaza. Tiga jam lepas, Najib Abdul Razak telah tiba di Kaherah bagi menjalankan misinya ke Gaza.

Perdana Menteri Malaysia itu merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang akan masuk ke Gaza tanpa sebarang perlindungan atau jaminan keselamatan melainkan ;pasukan pengawal yang menjaga kawalan Perdana Menteri Malaysia kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

Tidak seperti Menteri-Menteri negara yang mempunyai hubungan Dipomatik dengan Israel, mereka diberi jaminan keselamatan oleh pihak Israel. (klik SUMBER)



Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyeh dipetik berkata berkata “Saya membuat jemputan peribadi (kepada Najib) dan amat mengharapkan lawatan segera daripada perdana menteri Malaysia, beliau juga menyatakan dengan bersunguh-bersungguh bahawa beliau pasti akan melawat Gaza,” katanya sewaktu menerima kunjungan hormat rombongan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan undangan ke Gaza yang diterima Datuk Seri Najib Razak daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh sebagai satu pengiktirafan kepada pemimpin Malaysia itu.




KLPOS : KUALA LUMPUR, 21 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Gaza hari ini, dalam apa disifatkan sebagai lawatan yang jarang dilakukan oleh pemimpin asing ke wilayah Palestin yang bergolak.  Najib akan ditemani Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai-pegawai dalam rangka lawatan satu hari, menurut seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita namun tidak mahu namanya disiarkan.
Walaubagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan mengenai tujuan lawatan, dan satu satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.  Malaysia telah lama menjadi pendokong kuat aspirasi rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara berdaulat dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Sewaktu konflik di Gaza November lepas, Najib telah menggesa negara-negara kuasa besar untuk mempengaruhi Israel dan menghentikan apa yang dia disifatkan sebagai pencerobohan tentera terhadap rakyat Palestin.  Perdana Menteri turut berkata Malaysia bimbang mengenai krisis yang tercetus dan bersedia untuk membantu dalam apa jua cara yang mungkin. Beliau juga telah menggesa Hamas, gerakan islam yang mengendalikan pentadbiran di Gaza, untuk mengelak daripada sebarang tindakan yang akan menyebabkan konflik yang lebih memburukkan lagi situasi.





No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.