Wednesday, January 16, 2013

MAKNA TAG LINE LISTEN LISTEN LISTEN BAWANI VS SYARIFAH YANG SEBENAR

Kecoh di FB, You Tube, Twitter, Blog pasal kejadian Listen Listen Listen namun hakikat sebenarnya tidak di rungkaikan dengan baik malah persepsi negatif dilontarkan kepada Syarifah Zohra dan K.Bawani.

Siapa sebenarnya mereka??? K Bawani merupakan Aktivis parti sosialis dan ahli seketeriat JERIT manakala Sharifah Zohrah adalah Presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M. Kejadian berlaku semasa forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?' telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 8 Disember 2012.

Kedua-dua pihak (Bawani dan Syarifah) ada kelemahan menyebabkan terjadinya insiden ini... jangan tengok kelemahan satu pihak sahaja ya...

Pendapat akulah cara Bawani menyoal terlalu emosi dan meleret-leret umpama mahu berceramah pulak serta seolah-olah mengambil kesempatan menghentam satu pihak sahaja dengan cara yang tidak rasional sama sekali demi mempengaruhi audien iaitu pelajar yg hadir.... Manakala Syarifah pula terlalu agresif dengan cara keterlaluan mungkin terlebih memberikan tindak balas secara fizikal,emosi dan kurang cerdik seolah-olah termakan perangkap Bawani yang pro pembangkang tambahan jawapan beliau agak kurang intelektual serta menyakinkan.

Mungkin tindak balas berlebihan syraifah ini dilihat sebagai isu besar seolah-olah menghalang suara mahasiswa namun hakikatnya provokasi dan keceluparan Bawani turut harus kita perhatikan... bukan syarifah sahaja dipersalahkan namun Bawani juga harus dipersalahkan...

jadi tidak timbul isu mohon maaf dari mana-mana pihak dan yang paling penting adalah peristiwa ini harus dijadikan pengajaran kepada mahasiswa atau siapa sahaja yang berhasrat mengajukan soalan agar tertib, beradap dan tidak celupar serta fokus kepada isu. Manakala sebagai panelis atau moderator perlu BIJAK dan tidak mudah terperangkap dengan emosi, melatah atau gagal mengawal diri sebaliknya persoalan dan provokasi perlu dipatahkan dengan fakta, hujah dan idea yang bernas tepat dan berwibawa...

Ya kita seronok dengan TAG LINE... Listen... Listen... Listen tetapi apakah benar-benar mahasiswa mendengar fakta, bukti dan kebenaran PIHAK kerajaan sekarang??? atau seronok dengan pembohongan, fitnah dan putar belit Pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja demi meraih sokongan dan kuasa...

TAG LINE... Listen... Listen... Listen... perlu lebih didengari oleh segenap lapisan masyarakat agar mereka tahu realiti sebenar jasa dan kejayaan kerajaan menunaikan janji kepada rakyat agar dapat diterjemahkan kepada UNDI kepada BN dan UMNO dalam PRU akan datang...

Kepada ALLAH Berserah

http://www.jumiesamsudin.com/2013/01/ulasan-saya-mengenai-kontroversi.html
http://www.rbfonline.net/2013/01/listen-listen-listen-tahniah-sharifah.html
http://anginperubahan.blogspot.com/2013/01/listen-listen-listen-bawani-perlu-baca.html

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.