Monday, June 4, 2012

KALAU DS NAJIB NAK KEKAL SOKONGAN RAKYAT SILA KAWAL DAN BERHENTI TONJOLKAN ROSMAH

Terima kasih lah kalau sebab teguran ikhlas ni penulis di cop pengkhianat dan penentang UMNO dan kerajaan ya sebab kami ni jelas bukannya penjilat dan pengikut bontot atau dibayar sesiapa kerana bagi kami kebenaran itu WAJIB diketengahkan walaupun PAHIT SEKALI! 

REALITINYA... Rosmah Mansur tidak langsung memberikan KELEBIHAN kepada DS Najib dan UMNO/BN sebaliknya Rosmah mendatangkan LIABILITI dan kerugian kerana penglibatan dan tindakan menonjolkan beliau hanya memberikan PELURU HIDUP berbentuk isu kepada pembangkang untuk menembak kerajaan dan UMNO/BN... 

Untuk pengetahuan DS Najib rakyat semuanya meluat dan bercakap mengutuk ROSMAH ni sebab macam "terlebih sudu dari kuah"... bukan rakyat biasa dan pembangkang sahaje malah ahli dan penyokong UMNO pun dah boring dengan Rosmah ni... siapa tak tahu lawak NKRA - Najib Kerja Rosmah Arah (NKRA)... sampai macam tu sekali lah rakyat sudah pandang serong pada Rosmah...

Sempena PRU ke 13 akan datang kami cadangkanlah KUARANTINKAN je Rosmah Mansor tu... tak payahlah bagi dia menyibuk-nyibuk konon menghadiri majlis rasmi ke tak rasmi ke atas kapasiti Isteri PM ke wakil PM ke atau apa sahaja alasan gila glamour Rosmah tu... siapa dia??? setakat BINI PM jerrr....tak ada Menteri lain kah nak wakil PM sampai Bini kena jadi wakil PM pulak...ada menteri atau "think tank" DS Najib tegur perkara ni or sampaikan masalah ROSMAH ni??? tak ada yang berani bukan... bukan apa DS... ini sebab mereka takut DS pinggirkan mereka... yelah mana tau adu domba ROSMAH ni boleh tahan power dia... sorry DS dari dulu ramai perasan...

Kepada DS Najib... Sila arahkan Media massa tutup coverage untuk Rosmah sehingga PRU tamat... ini akan memberikan UMNO/BN kelebihan yang amat dalam berdepan isu dan perancangan strategi PRU akan datang... Lepas ni tolonglah DS Najib kawal sikit Bini tu... tak payahlah biar Rosmah sibuk-sibuk pasal urusan PM... banyak lagi pegawai di JPM tu boleh fikir dan cadang keputusan dan bekerja dengan lebih baik disisi DS Najib... Rosmah boleh bekerja dan membantu tapi dari belakang tirailah... tak perlu glamour terlebih ya...

KEJADIAN TERKINI -
Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan YDP Agong.


ANTARA TETAMU YANG HADIR IALAH ISTERI PERDANA MENTERI,DATIN SERI ROSMAH MANSUR,TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN ISTERI PUAN SRI NORAINEE ABDUL RAHMAN,MENTERI MENTERI KABINET DAN ORANG KENAMAAN.
(Petikan Bernama 3/6/2012 http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=670596 )

Kita amat
BERTUAH kerana punya isteri Perdana Menteri  yang serba boleh yang boleh ketengah ketepi.Tenguk saja semalam bila Perdana Menteri kita sibuk berGAWAI maka 'terpaksalah' DS Rosmah Mansur menggantikan beliau di Majlis Jamuan Teh DiRaja sempena Hari Keputeraan baginda.Ini bukanlah kali pertama DS Rosmah 'terpaksa' menyelamatkan keadaan bila Perdana Menteri tidak dapat hadhir majlis majlis rasmi yang patut beliau hadhir.

Bukan senang nak cari isteri
Perdana Menteri yang boleh buat kerja rasmi Perdana Menteri dan Menteri Menteri saperti yang pernah dilakukan DS Rosmah sebelum ini.Bukan itu sahaja bahkan DS Rosmah handal berkaroake.PENDEKATA beliau memang seorang wanita yang versatile.

MAKA ELUK BENARLAH KALAU PERDANA MENTERI MEMPERTIMBANGKAN DS ROSMAH SEBAGAI SALAH SEORANG CALUN 'WINNABLE' UNTUK PRU13 NANTI AGAR TUGAS DS ROSMAH MENJADI BETUL BETUL RASMI.


http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/06/pelik-tapi-benarmalaysia-boleh.html 

8 comments:

Anonymous said...

setuju... kejap je rosmah oiii... bagi menag dulu...

rakab said...

DS Najib mendahulukan rakyat yang
menyambut hari Gawai,..tindakan terpuji seorang pemimpin negara.

Kehadiran Rosmah di majlis Diraja itu bukanlah sebagai mewakili kerajaan tetapi sebagai menggantikan DS Najib secara peribadi...

Aku rasa tindakan beliau itu memang wajar. Dan ianya tak perlu pun dijadikan isu..

Anonymous said...

penulis rncana ini tak perlu lah nak buat acid test dalam isu ini. DS Rosmah tu ahli perniagaan sebelum DS Najib tu jadi terkenal. Beliau adalah seorang isteri PM yang satu-satunya aku nampak yang proaktif yang kena pada tempat nya, berbanding dengan yang lain-lain. Keep up the good work DS Rosmah. lantaklah sekerat dua ni yang dok mengata.
Lagi satu DS Rosmah ni orang yang pada asalnya memang bijak. Tanpa bantuan DS Najib pun, beliau memang boleh berdikari dan kreatif.

Anonymous said...

Kalau pun cadangan itu baik atau tidak... to play safe dari fitnah Datin Rosmah should lay low...demi rakyat yg cintakan DS Najib.......

We ll respect Datin Rosmah more and more..and be proud of our 1st Lady.

To straighten the records..till now Rosmah did well as 1st lady.Only fitnah yg melampau membuat orang mungkin percaya...hasutan jahat.

Hperancis

Anonymous said...

memang sebaiknya rosmah kurang keluar tv dan surat khabar.
akibat permainan psikologi pembangkang, orang yang pada asalnya tidak membenci pun boleh jadi benci.
kita kat sini mahu ligat najib berjaya. rugi kalau kerana rosmah najib punya kredibiliti jatuh.

-pemuda sygkan negara-

Abg Najib said...

Rosmah sebagai isteri PM sepatutnya hadir ikut PM ke perayaan Gawai... rasanya itu lebih sesuai dan mengelak fitnah dari hadir ke majlis hitea dgn YDP Agong konon atas wakil peribadi PM ka... jaga hati bagi PM ka... org boleh buat byk telahan... kalau majlis tu memang jemput rosmah tak apa... ni yg dia hadir konon atas tiket PM amat tak wajar sekali... atas tiket PM sewajarnya TPM or Menteri... kena bijak la buat tindakan tu... jgn syok je dibelakang org mengata....

Apapun bg aku Rosmah pro aktif dan bagus... tapi tetap kena fikir panjang setiap gerak laku beliau agar SESUAI dan TEPAT sebagai isteri PM... bukan sebagai wakil rasmi atau tak rasmi PM...

Yang utama DS NAJIB dan UMNO/BN Menang... bab lain berkorbanla... Kata Rosmah BIJAK so dia dan penjilat dia kena FAHAM LAHHHHH!

mohd. natar said...

... Berpada padalah. Ikut langkah Dr. Siti Hasmah isteri Tun Dr. Mahathir PM kita yang dahulu. Tiada apa apa komen terhadapnya yang didengari. Bukankah elok macam itu. Najib adalah kepunyaan rakyat. Sementara Rosmah itu bukan. Jadi pandai pandailah membawa dan menyesuaikan diri ...

usin said...

ada sapa2 yg berani "slow talk" direct dgn ds najib? yang ini lebih efisyen berbanding tulis berbondong2 dlm blog yang belum tentu sampai kpd siempunya diri.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.