Sunday, February 12, 2012

CILANAT! HARAM UNTUK UMNO -NAJIB TAPI HALAL UNTUK PAS DAN NIK AZIZ APA CERITA???

PAS Pertikai Kehadiran DS Najib Di Batu Caves, Nik Aziz Rasmi Tokong Buddha Boleh Pulak?


Kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves masih terus dipolitikkan walaupun beberapa hari telah berlalu. PAS terus mencari publisiti murahan dengan mempertikaikan tindakan DS Najib menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya DS Rosmah Mansor.

Agak kurang ajar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu tetapi dalam hal Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat, PAS terus membisu. Lihatlah gambar di atas. Apa pula penjelasan yang mahu diberikan oleh PAS terutamanya Nasruddin? Apa fatwa yang PAS keluarkan sehingga membolehkan Dato Nik Aziz merasmikan tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara dan memakai pakaian rasmi Tok Sami Siam?

CTS telah mendapatkan penjelasan daripada dua rakan CTS beragama Hindu yang kebetulan bersama-sama berkursus bersama-sama selama 2 hari. Menurut mereka, isu DS Najib datang ke Batu Caves telah dipolitikkan oleh PAS dan pihak-pihak tertentu. Menurut beliau, masyarakat Hindu terutama pemimpin-pemimpin Agama Hindu di Batu Caves amat sensitif dengan hukum dan halal haram di dalam Agama Islam. Menurut beliau lagi, DS Najib tidak berada di dalam kawasan kuil atau menyembah berhala. Beliau hanya berada di pentas yang disediakan khas berdekatan dengan kuil di Batu Caves. Lagipun, katanya, Perdana Menteri sendiri mempunyai Penasihat Khas Agama beliau sendiri. Takkanlah isu sebegini besar yang kononnya melibatkan akidah DS Najib terlepas pandang oleh Penasihat Agama beliau?

PAS sepatutnya tidak bersifat ayam jantan, berkokok kuat, telor tak ada. PAS lebih bersifat sebagai kuman di seberang laut nampak jelas sedangkan gajah di depan mata buat tak tau saja. PAS tidak perlu berselindung disebalik Agama dengan mengeluarkan beberapa fatwa mengikut musim kerana umat Islam akan keliru dengan perjuangan PAS sebenarnya. PAS sepatutnya menjawab persoalan Hari Valentine yang dipertikaikan oleh Karpal Singh. PAS sepatutnya berpendirian tegas dalam isu Hari Valentine. Bukan dengan menghalalkan hari yang diharamkan kepada Umat Islam disebabkan ditegur oleh Karpal Singh. PAS jangan jadi dayus. Kalau nak jadi juara berkenaan Islam, jangan hanya berani menegur Kerajaan sebaliknya dengan DAPig  dan pemimpin PAS sendiri, mereka membisu seribu bahasa!

1 comment:

cikgu det said...

Jom lawat..http://upsidet.blogspot.com/

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.