SHAH ALAM 2 Ogos – Kerajaan Negeri Selangor akan menghadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bagi memohon maaf terhadap insiden memalukan yang berlaku ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa 4 Julai lalu.
Menurut laporan akhbar The Malay Mail hari ini, antara insiden memalukan itu termasuk :-
1. kegagalan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut.
2. Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.
3. Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut.
Pengurus Besar Pelancongan Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din berkata, kerajaan negeri sedang menunggu pihak istana bagi memaklumkan tarikh untuk pihaknya menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan perkara itu.
Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah nanti.
Noorul Ashikin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan baginda lebih awal memandangkan jadual ketat Raja Permaisuri Agong sebelum ini.
Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Abdul Khalid sebelum ini telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran insiden tersebut.
Katanya, kerajaan negeri telah membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Sumber: Utusan Online
6 comments:
Memohon maaf bukan jalan penyelesaian. Semua dah besar dan dewasa. Di beri kuasa memerintah negeri lagi.
Takkan tak da akal.
salam
tuan,
x kan guna...
Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah
dah x de melayu ke..
elly ni x layak utk mengadap....
nine nur zulaikha
Salam.
Jangan fikir "perbuatan" ini kecil.
Mungkin ini usaha awal untuk "check" sensitiviti orang Melayu.
Kalau semuanya selesai dengan mudah akan ada lagi insiden-insiden yang lebih "memalukan" Raja dan bangsa.
Aku setuju pandangan dan pendapat nnz.
Hanya seorang Melayu yang layak mengadap Tuanku.
Orang lain tak layak.
Salam semua...
setuju... mereka baru dapat selangor, perak (dulu), kedah dan penang dah terdedah perangai buruk dan huduh spt ni... takut kalau mereka dapat Malaysia apa jadi pada Melayu & raja melayu?
Permaisuri agong dilayan sebegitu... Melayu tak malu ka... cina perlekeh kita...
weh rosmah buat first lady meeeting kat malaysia tapi tak panggil permaisuri.. kenaper korang tak seronok maki hamun?
hahaha..btol 2..jgn jd bias ok.
Post a Comment