Monday, August 23, 2010

PAS JUARA MENYESATKAN - MELAYU ISLAM PULAU PINANG DIBODOHKAN PAS DEMI BODEK DAP

SOLAT JUMAAT : ISLAM DIAIBKAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU MUTIARA

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri,"
dan tiada doa kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.
(petikan Mingguan Malaysia 22 Ogos 2010)



FIKIRAN PENGIKUT PAS SUDAH ROSAK AKIBAT DOKRINASI BERTERUSAN... AJARAN DAN AMALAN PENGIKUT PAS SUDAH SONGSANG DAN SESAT HINGGAKAN DOA DIBACAKAN UNTUK 'KHALIFAH' LIM GUAN ENG DAN TOLAK YANG DIPERTUAN AGONG!

Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) menuduh UMNO membuat fitnah dan pembohongan mengenai nama Guan Eng digunakan dalam khutbah Jumaat pada 22 Ogos 2010 dalam Malaysiakini,

PAS mudah menuduh perkara itu sebagai fitnah dan bohong. Kalau Guan Eng berbohong PAS tidak pula berani menyanggah pembohongan Guan Eng. Sewajarnya kepimpinan PAS daripada Nik Aziz hinggalah kepada PAS di peringkat negeri menyiasat perkara ini dengan telus demi untuk menjaga kesucian agama Islam bukan membela pula Guan Eng. Kalau fitnah, sila saman saksi-saksi yang mendengar khutbah tersebut. Mereka dengar dengan telinga mereka sendiri. Ini bukan fitnah, kejadian ini memang berlaku. Beginikah cara Mujahid menjaga kesucian agama Islam di Pulau Pinang?

Buku ini ditulis untuk mempengaruhi pembaca agar menerima Guan Eng seumpama khalifah Umar Abdul Aziz. Pandang sisi Umar Abdul Aziz oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. ‘Saya ingin mencontohi Khalifah Umaiyah, Khalifah Umar Abdul Aziz dalam gerak kerja saya nanti’ berikut adalah antara kata-kata Lim Guan Eng yang dimuatkan dalam buku di atas.

21 Ogos 2010, khatib di Masjid Kubang Buaya membaca doa berikut "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri". Nama Lim Guan Eng telah digunakan menggantikan nama Yang Dipertuan Agong. Mengapa jadi begini? Kemungkinan besar hasil doktrin dan tarbiah berterusan PAS yang mendakwa Lim Guan Eng umpama khalifah Umar Abdul Aziz. Orang PAS telah terpengaruh dan menjadi taksub. Siapa hendak tanggungjawab bila jadi begini?

“Itu masalah peribadi, saya tak suka komen benda-benda peribadi macam tu,” komen Nik Aziz berkaitan isu nama Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat pada 22 Ogos 2010. Nik Aziz tidak harus lepas tangan. Buku yang diterbitkan oleh Annual Bakri (Setiausaha Politik Nik Aziz) sendiri cuba mendoktrinasi pembaca agar memandang taraf Guan Eng sama dengan Umar Abdul Aziz. Bila ada ahli PAS yang menuruti seruan tersebut, Tok Guru yang mengajarnya perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Mestilah amal makruf, nahi mungkar. Bukan lepas tangan begitu sahaja.

Ini bezanya UMNO dan PAS. Bila Chua Soi Lek meminta agar kuota dihapuskan, UMNO berani tegur Choi Soi Lek. Bila DAP buat salah, PAS tidak berani membetulkan kesilapan. Dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Guan Eng buat apa pun tidak rasis dan salah. PAS halalkan semuanya sebab mereka berjenama DAP, tapi kalau UMNO salah sikit, terus dihamburkan cacian, makian dan sebagainya. Berkawan pun tidak hendak dengan UMNO. Inilah politik PAS yang suka duduk di bawah ketiak DAP. Busuk macam mana pun, PAS tetap puji ketiak DAP wangi. Ahli PAS yang sedar bau sebenar perlu memperbetulkan keadaan ini.

Ini kerana PAS adalah parti politik, parti yang menggunakan Islam sebagai lencana, parti yang telah merosakkan keindahan Islam itu sendiri.


Maka tidak hairan jika sembahyang dua imam nyata dan sememangnya di juarai oleh PAS sejak dahulu lagi. Inikan pula tindakan kontroversi meninggalkan doa terhadap pemerintah Muslim dan mengaminkannya, Yang Di Pertuan Agomg.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.