Wednesday, December 24, 2008

JANGAN CABAR MELAYU : CINA BERUSAHA IKTIRAF PERJUANGAN KOMUNIS

Usaha Pinda Fakta Sejarah Untuk Iktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) Sebagai Pejuang Kemerdekaan Artikel asal dari kembarapolitik.blogspot.com/

PENGKHIANAT !!!

Itulah perkataan yang sangat sesuai buat individu dan kelompok yang kini giat memperjuangkan pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan pada 23 Julai 1948 yang mana kini cuba diberikan penghormatan serta pengiktirafan sebagai Pejuang Kemerdekaan. Cubaan menyeleweng fakta sejarah negara oleh sesetengah individu dan organisasi yang sudah termaktub kemas dilihat sangat jelas sebagai salah satu cara untuk memberikan satu konotasi yang lebih lunak kepada sejarah perjuangan PKM yang selama ini dilihat oleh majoriti orang Melayu sebagai pengganas yang telah membunuh ribuan orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Sejarah keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap majoriti orang Melayu bukanlah cerita dongeng. (Terdapat juga cerita sejarah tentang keganasan pengganas komunis terhadap kaum lain namun adalah lebih baik kaum lain yang menempuh segala kepayahan akibat keganasan komunis ini menceritakannya dari perspektif mereka sendiri). Seluruh orang Melayu sangat berbekas dan berdendam dengan komunis. Kebencian orang Melayu terhadap pengganas komunis berpunca dari pembunuhan dan kekejaman terhadap orang Melau yang dilakukan oleh pengganas komunis sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

Penulis tidak mahu menulis tentang penentangan PKM terhadap Jepun. Motif penentangan PKM terhadap Jepun hanyalah sebagai alasan untuk mendapatkan bekalan senjata bagi mempertahankan diri akibat permusuhan tradisi dalam beberapaa siri peperangan yang tercetus antara China dan Jepun. Penulis hanya mahu member fokus berkenaan keganasan pengganas komunis terhadap orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Seluruh warga Tanah Melayu sudah sedia maklum bahawa pengganas komunis bukan hanya mengangkat senjata membunuh warga Tanah Melayu sebelum kemerdekaan tetapi masih menentang kewujudan negara tercinta selepas kemerdekaan. Dan hasil penentangan tersebut ialah kehilangan ribuan nyawa pahlawan Melayu sehingga tahun 1960.

Apa jadi pada isteri serta ibu yang kehilangan suami? Apa jadi pada anak tanpa bapa akibat penentangan pengganas komunis ini? Bagaimana kehidupan anak tanpa ibu bapa yang bergelut dengan kehidupan yang begitu perit ketika itu? Salah siapa? Tepuk dada tanya akal!Adakah kita bersikap ambil tahu tentang sejarah para pejuang Melayu yang dibunuh kejam oleh pengganas komunis ketika peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Johor? Anehnya, mengapa kerajaan tidak lagi menayangkan filem yang mengisahkan kekejaman pengganas komunis ini?

Mengapa semangat juang para pahlawan Melayu ini tidak dipertontonkan kepada generasi muda kita yang kurang celik sejarah? Masih ingatkah kita dengan kekejaman pengganas komunis seperti dalam filem Bukit Kepong? Masih ingatkah bagaimana bersemangatnya pahlawan kita berjuang hingga ke titisan darah terakhir? Bagaimana dengan sejarah Peristiwa Berdarah di Sungai Semur pada 25 Mac 1950?

Adakah kita ambil tahu kisah perjuangan suci para pahlawan Melayu dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja yang terdiri daripada orang Melayu dan ada antaranya gugur ketika menentang pengganas komunis? Masih tinggi lagikah penghormatan kita terhadap pengorbanan para pahlawan tanah air yang rata-ratanya orang Melayu? Atau pun watak hero dalam kepala kita semua sudah ditukar ganti dengan watak komunis seperti Chin Peng yang kini menjadi idola kita? Tiada lagi perkataan pengganas…tetapi dipuja menjadi idola…hero! Pejuang Kemerdekaan!

Tahukah kita dengan sejarah Rundingan Damai Baling pada 28 dan 29 Disember 1955? Pengganas komunis masih lagi berdegil untuk meneruskan penentangan berdarah walau pun Tanah Melayu ditadbir oleh Kerajaan Perikatan setelah memenangi Pilihan Raya di Tanah Melayu pada Julai 1955. Jadi siapa Chin Peng di mata aktivis yang kini hangat diperjuangkan oleh segelintir individu buta sejarah yang mana mahu mengiktirafnya sebagai Pejuang Kemerdekaan? Mereka memetik beberapa perenggan ayat dari beberapa buku catatan memoir beberapa pengganas komunis untuk memesongkan fakta sejarah yang termaktub. Melihat dan memetik kata-kata individu yang berjuang dalam PKM itu sendiri sebagai kononnya bukti tulen.

Secara logiknya sudah tentu segala yang diperkatakan oleh para pendokong setia ideologi komunis seperti Chin Peng dan lain-lain lebih cenderung memberikan sesuatu untuk menonjolkan kononnya ada kebaikan dalam perjuangan mereka. Dan lebih malang lagi ada juga yang bersimpati dengan ideologi pengganas komunis ini!

Adakah Chin Peng rakyat Tanah Melayu yang perlu diambil berat sehinggakan begitu disanjung tinggi oleh segelintir rakyat negara ini? Bagi penulis, Chin Peng hanyalah seorang warga pendatang berbangsa Cina yang berideologikan komunis yang mana tidak pun diiktiraf kerakyatannya sebelum kemerdekaan mahu pun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Menyebut perkataan Tanah Melayu ini mungkin akan ada yang mengatakan penulis perkauman. Seperti kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersikap perkauman. Perlu diingat bahawa semua tetamu asing yang mencari rezeki di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan bukanlah rakyat Tanah Melayu.

Rakyat Tanah Melayu pada ketika itu hanyalah terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli yang berajakan Raja-Raja Melayu. Tetamu asing pada ketika itu tidak dianggap sebagai rakyat oleh Raja-raja Melayu. Dan orang Melayu langsung tidak terfikir pun pada masa itu tetamu asing yang menetap di negara ini akan menuntut kewarganegaraan (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kontrak Sosial Malaysia, 12 Julai 2008).

Sudah tentulah sebagai bukan warganegara Tanah Melayu mahu pun Persekutuan Tanah Melayu (selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan) Chin Peng yang telah mengganas dan membunuh warga Tanah Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu tidak perlu diberikan tempat dari segala sudut di Malaysia.Terdapat juga cadangan agar orang Melayu menuntut pampasan akibat keganasan PKM, Jepun, British dan lain-lainnya (Sila baca semua artikel berkaitan pengganas komunis di blog Dari Kacamata Melayu untuk kefahaman lanjut). Penulis percaya, setiap kampung Melayu di seluruh Tanah Melayu (merdeka menjadi Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia setelah Sabah dan Sarawak turut serta) menyimpan beribu-ribu cerita keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap orang Melayu.

Cuma cerita ini disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya tanpa direkodkan nilai sejarahnya. Ada kalangan pengendali blog yang cukup berbekas hatinya dengan kekejaman komunis kerana pengalaman pahit ahli keluarga mereka dibunuh oleh pengganas komunis sama ada yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan mahu pun orang awam. Baca luahan rasa blog Barking Magpie berkenaan keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengganas komunis.

Cerita keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh komunis mungkin akan lenyap tanpa direkodkan sekiranya pihak yang berkenaan tidak menjalankan usaha untuk merekodkan nilai sejarah daripada setiap individu yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dengan pengalaman kekejaman pengganas komunis ini. Usaha yang sangat penting ini adalah bertujuan untuk menangkis dakyah jahat segelintir individu yang buta sejarah atau sengaja buat-buat buta sejarah. Usaha blog Jebat Must Die dan blog Dari Kacamata Melayu dalam menangkis pemesongan fakta oleh pelbagai individu adalah suatu usaha yang sangat murni dan penulis amat menghormati usaha Jebat Must Die dan Dari Kacamata Melayu dalam mempertahankan fakta sejarah. Namun, persoalannya dimanakah para intelektual negara dalam bidang sejarah untuk menangkis segala usaha jahat individu yang cuba meminda fakta sejarah yang telah termaktub? Dan mana pula perginya ahli politik yang cintakan tanah air bersuara membela sejarah Malaysia? Adakah pemimpin kita terutamanya pemimpin Melayu sudah terlena dengan permainan politik merugikan bangsa?

Ada suara-suara sumbang rakyat Malaysia (entahlah, penulis meragui kerakyatannya) yang secara lantang memperjuangkan kononnya Chin Peng perlu dikurniakan anugerah tertinggi negara dengan dianugerahkan gelaran Tun!? Sumbangan pembangunan yang bagaimana yang Chin Peng telah sumbangkan kepada Tanah Melayu pada ketika itu? Sumbangan berupa darah dan nyawa orang Melayu yang dibunuh dan digantung oleh para pengganas komunis? Ada juga suara sumbang yang langsung tidak dialu-alukan menuntut agar didirikan monumen atau tugu sebagai menghargai ‘jasa’ komunis ini.

Sehinggakan pemberi komen ini menyatakan sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan pembinaan monumen tersebut. Rujuk artikel Malaysia Today berserta komen-komen pembacanya. Sehingga ke hari ini, penulis percaya dendam yang berbuku atas ‘jasa’ komunis itu masih membara dalam diri majoriti orang Melayu.

Usaha meminda fakta sejarah dengan mendewakan pengganas komunis adalah tidak diketahui motifnya. Hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu apakah motif sebenar mereka cuba menyelewengkan fakta sejarah negara tercinta, Malaysia. Apakah motif sebenar mereka ini pada hemat para pembaca semua? Tepuk dada tanya jati diri!

" Bangsa Melayu Tidak Akan Sesekalai Melupakan Hutang Nyawa & Darah Bangsa Cina Komunis Ini Selamanya : Jangan Cabar Melayu"

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.