Friday, December 19, 2008

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA : Blog perlu ketengahkan komen yang wajar - Dr. M

UNTUK KENANGAN... Adik Mahirah Darwis, 14, (kiri) dari Kampung Puah, Gombak mengambil kesempatan merakamkan gambar Dr. Mahathir Mohamad pada sesi autograf buku tulisan beliau di kedai buku MPH Mid Valley, Kuala Lumpur, semalam.
Komen :

Disebalik kebebasan penulisan perlu mengambil kira tanggungjawab keseluruhan kita terutama kepada ISLAM, RAKYAT & MALAYSIA... kebenaran perlu ditegakkan bersama bukti kukuh & benar... kelemahan & keburukan perlu ditegur agar berlaku pembetulan... kebaikan & cadangan bernas perlu diutarakan agar dapat bersama membina negara sejahtera.

Kepada rakan Blogger kita harus insaf akan tanggung jawab ini... Jika penulisan itu merupakan fitnah yang membawa kepadan kucar kacir & huru hara nescaya bukan sahaja di dunia pastinya diakhirat juga azab & siksa pedih menanti penyebar & penyebab fitnah itu...kepada blogger yang pro pembangkang yang teramat gemar menyebarkan fitnah hingga menimbulkan kerosakan kepada masyarakat (telah terbukti banyak berita dari mereka merupakan fitnah)... berjuanganlah atas isu yang sebenar dan realiti semasa... usah timbulkan dan mencipta isu dan berita sensasi yang berupa fitnah hanya demi mempengaruhi rakyat menyokong mereka... Ingatlah dalam ISLAM "Matlamat tidak menghalalkan cara... "

Kepada pembaca Blog juga jangan lah begitu mudah terpengaruh terutama berita-berita sensasi dan yang memburukkan mana-mana pihak... selidiklah terlebih dahulu dengan mendapatkan fakta yang benar & tepat dari sumber sahih & dipercayai... jangan terus percaya dan sebarkannya kerana takut kita yang menjadi punca fitnah yang membawa keburukan kepada masyarakat... nilai lah sesuatu maklumat itu dengan akal fikiran yang waras bukan dengan emosi kebencian... kerana akhirnya "Kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan & pembohongan"

Renung-renungkan selamat berjuang.... ikuti berita penuh berkenaan


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pengendali laman blog perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dengan memastikan setiap yang ditulis adalah pandangan atau komen yang wajar.

Bekas Perdana Menteri berkata, mereka yang baru hendak menceburi bidang ini pula harus mempunyai pemikiran yang waras iaitu boleh bersifat adil dan tidak menggunakan kemudahan blog untuk melemah atau menjatuhkan sesiapa.

''Ini penting kerana pada saya, blog tidak harus ada penapisan (oleh kerajaan) tetapi pada masa yang sama, jika anda menulis dalam blog bagi tujuan ugutan untuk membunuh seseorang, maka ia tidak baik,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab sempena majlis autograf bersama pembeli buku tulisan beliau yang berjudul chedet.com - Blog Merentasi Halangan di sebuah kedai buku terkemuka di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Seramai 100 orang yang membeli buku tersebut hari ini diberi peluang eksklusif mendapatkan autograf Dr. Mahathir dalam sesi yang berlangsung selama hampir sejam itu. Buku berkenaan yang diterbitkan Berita Publishing Sdn. Bhd. telah dijual sebanyak 9,000 naskhah sejak dilancarkan kira-kira tiga bulan lalu.
Dalam sesi soal jawab tersebut, Dr. Mahathir turut menyeru golongan muda terlibat mengendalikan laman blog kerana ia boleh menajamkan kemahiran menulis.


Katanya, melalui blog juga, seseorang itu dapat meluahkan apa sahaja perkara yang diingininya kerana blog tidak terikat dengan ruang seperti dalam media.

Ditanya mengenai penerbitan memoir kisah hidupnya, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau belum dapat memberikan tarikh sebenar bila ia akan dapat disiapkan.

Menurutnya, ini memandangkan masih ada lagi perkara yang tidak memuaskan hatinya apabila setiap kali membaca drafnya dan ini menyebabkan beliau terpaksa melakukan pindaan dan pembetulan terhadap apa yang telah ditulis.

''Saya cuba tulis memoir lebih daripada enam tahun dan setiap kali saya baca akan ada lagi yang saya tidak puas hati, jadi saya tulis lagi.

''Jurutaip saya pun jadi penat sebab kena buat banyak pindaan sampai lima atau enam kali terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, saya pun tak tahu bila ia akan diterbitkan,'' jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya apakah kemungkinan media elektronik akan mengambil alih peranan media cetak suatu hari nanti sebagai media utama, Dr. Mahathir berkata, semua itu terpulang kepada kandungan berita yang disiarkan.

Menurutnya, kalau berita yang ditulis itu tidak bermakna atau mengarut, maka sudah tentu orang ramai akan menolaknya.

''Untungnya lagi dalam penulisan blog, kita tidak ada penapisan jadi kalau kita tulis sesuatu, maka semuanya akan keluar.

''Kalau bagi temuramah media, belum tentu lagi apa yang saya cakap keluar semua kerana mereka akan siarkan apa yang mereka nak sahaja, malah adakalanya keluar cerita apa yang saya tak cakap pun,'' ujarnya

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.