Tuesday, December 30, 2008

ISRAEL SYAITAN WAJIB DIPERANGI : GAZA BERMANDIKAN DARAH SHAHID RAKYAT PALESTIN

Kemas kini Terkini : 30 Disember 2008

Apakah dunia sudah muak untuk mendengar rintihan rakyat Palestin? Atau dunia sebenarnya sudah muak mendengar jeritan dari negara dan ummat Islam yang mahukan rakyat & negara Palestin dibela? Mengapa dunia seakan-akan hanya melahirkan simpati dan bersuara tidak disusuli tindakan membela negara Palestin ini?

Apakah dunia tidak tahu kerana dosa merekalah semua ini terjadi wal hal sebenarnya tiada negara Israel dan kewujudannya kini hanyalah kerana sebuah perjanjian yang disokong kuasa besar yang menghalalkan Israel terus menjajah dan menzalimi dengan kejam rakyat & negara Palestin... Hanya doa dapat ku panjangkan semoga Allah SWT memberkati perjuangan rakyat Palestin membela Islam, negara & bangsa mereka... Amin

Kepada Allah Hambamu Berserah...

Berita 30 Disember 2008 (Selasa)

GAZA TERUS BERMANDIKAN DARAH

KEJAM... Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi jenazah kanak-kanak Palestin, Dena Balosha, 4, untuk dikebumikan. Dena dan empat ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel, semalam.

BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga.

Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini.Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut. Rejim Yahudi itu terus memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya rejim zionis itu menghentikan keganasan di semenanjung itu.

Artikel Lain Berita 30 Disember 2008:

Syria gantung rundingan dengan Israel
DAMSYIK 29 Dis. – Syria menggantung rundingan damai tidak langsung dengan Israel berikutan serangan rejim Yahudi itu ke atas Genting Gaza

Hamas sedia tandatangani gencatan senjata
DAKAR 29 Dis. - Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal menyatakan kesediaannya untuk menandatangani gencatan senjata dengan Israel di Genting Gaza, yang akan melibatkan Israel menghentikan serangan dan sekatan ke atas wilayah Palestin itu.


Demonstrasi di seluruh dunia kutuk Israel
LONDON 29 Dis. - Beberapa bandar utama di dunia mengadakan demonstrasi semalam memprotes serangan udara Israel ke atas Genting Gaza, yang membunuh lebih 300 orang penduduk Palestin.

Pejuang Hizbullah diarah bersiap-sedia
BEIRUT 29 Dis. - Pemimpin Hizbullah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah berkata, beliau telah meletakkan pejuangnya dalam keadaan bersiap sedia terhadap kemungkinan Israel menyerang Lebanon selepas rejim Yahudi itu menyerang Genting Gaza tiga hari berturut-turut menyebabkan lebih 300 rakyat Palestin terbunuh.

Militan Indonesia rancang hantar 1,000 sukarelawan
JAKARTA 29 Dis. - Kumpulan militan Islam Indonesia merancang menghantar 1,000 orang sukarelawan untuk mempertahankan Semenanjung Gaza, ekoran serangan udara tentera zionis Israel di wilayah Palestin itu.

Oxfam gesa halang Israel
LONDON 29 Dis. - Agensi bantuan Britain, Oxfam menyeru pemimpin dunia agar menghalang Israel daripada melancarkan lebih banyak serangan ke atas Genting Gaza, kerana ia berisiko mencetuskan krisis kemanusiaan.



Berita 29 Disember 2008 (Isnin)

Petikan Utusan 28 Disember 2008 : Israel terus mengganas

BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.
Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.


Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Berita Lain 29 Disember 2008 :-

Israel perhebat operasi tentera di Genting Gaza

Dunia kutuk serangan Israel

Mesir usahakan gencatan senjata

AS pertahankan tindakan Israel

Bila dunia mahu hentikan kekejaman Israel?

Hentikan keganasan Israel


Berita 28 Disember 2008 (Ahad)

115 terbunuh serangan Israel

BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber. Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

Berita Lain 28 Disember 2008 :-

Kuasa dunia gesa hentikan keganasan

Malaysia mahu Majlis Keselamatan PBB bertindak


BUKTI KEKEJAMAN ISRAEL - SYAITAN DUNIA







No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.