Wednesday, December 17, 2008

PAKATAN RAKYAT BERLUMBA TUKAR KERETA : KEBAJIKAN RAKYAT???

Malas nak layan semua ini...

Biarlah depa tukar kereta depa berkuasa... Korang jugak yang undi mereka-mereka ni kononnya berjiwa rakyatlah... negara kebajikan lah... ha sekarang tengoklah mereka buat apa... padan muka kita semua... rupanya bila berkuasa mereka lupa janji-janji mereka sibuk mewahkan diri dulu...

Lepas ni kita tengok apa pula yang depa semua buat... fikir sendirilah dan buat kajian... kenapa lepas depa memerintah 5 bulan tiba-tiba kos selenggara kereta kerajaan naik mendadak... ada org murk-up harga ka... dulu sibuk nak berjimat ni kalau pakai kereta import lagi jimat ka... budak-budak pun tau servis bulanan kereta import ni lebih mahal berbanding kereta tempatan... tu belum tukar barang dia... jangan percayalah konon dapat jimat membohong jetu mereka ni... yelah demi pengaruh rakyat sokong depa... tak percaya tanyalah sesapa yang pernah pakai camry 2.4 kos servis tahunan dia berbanding kereta perdana...

Selangor dengar-dengar dah order CAMRY... Perak pun nak order CAMRY juga... Kedah kata kalau ada duit - mungkin lepas tebang balak di kawasan tadahan nanti adalah duit : pun nak beli CAMRY... pulau pinang pun sama kata tak ada duit sbb dah belanja besar tukar papan tanda tulisan hindu dan cina : tapi kalau ada duit lebih nanti nak CAMRY juga... rasa-rasa tokeh TOYOTA Malaysia ni ada kaw tim apa2 dengan pakatan rakyat ni... entah-entah tokeh toyota malaysia ni ahli pakatan rakyat : mungkin boleh dapat murah kot... kalau tak sama kang nanti ada yang berlumba-lumba tunjuk kerajaan dia lagi power sampai ada yang beli mercedes pulak nanti bahaya - kata Anwar buat keputusan beli camry dahlah...

Apapun kepada rakyat, sahabat handai, rakan-rakan semua fikirlah dan perhatikan apakah keuntungan memberikan undi hinggakan pembangkang ini berkuasa... apa manafaat yang korang dapat??? selain memporak perandakan negara dengan pelbagai isu hinggakan isu perkauman kini hangat ditimbulkan kerana kaum cina melalui DAP terang-terang beranai cabar Islam & Melayu... apa kebajikan yang anda dapat???

Mereka sibuk mengagihkan kontrak dan laba tander kerajaan negeri dikalangan penyokong kuat mereka... mereka rakus membolot peluang hasih kejayaan menguasai negeri-negeri berkenaan tanpa memikirkan kepentingan bangsa dan rakyat keseluruhan asalkan segelintir mereka memperoleh kekayaan & habuan... inikah erti sebenar perjuangan.... renungkan...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.