Monday, September 15, 2008

TINDAKAN ISA : TANGANI PERKAUMAN


Salam Perjuangan

Tindakan Kerajaan mengambil tindakan ISA terhadap 3 individu yang antara pemain utama pencetus isu perkauman amat di alu-alukan... terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya membuktikan yang pemimpin sedia ada kini tidak lagi berada dalam zon "takut" atau "bacul" sehingga berani bangun untuk membela bangsa melayu Islam... tahniah!

Namun begitu selain 3 individu ini, individu lain seperti berikut juga harus dipertimbangkan untuk ISA

1. AnwarBrahim,
2. Karpal,
3. Lim Kit Siang,
4. Gobinder,
5. Para Pemimpin dan pengikut Hindraf,
6. Para Pemimpin Majlis Peguam,
7. Zaid Ibrahim (UMNO),
8. Nizar (MB perak), P
9. ara Pemimpin DAP tertentu,
10 Para Pemimpin GERAKAN, MCA dan MIC tertentu

Yang telah direkodkan kenyataan secara terang terangan dalam surat khabar perdana mahupun media televisyen memperkatakan dan mempersoal serta membangkitkan isu perkauman... Harap kerajaan dapat beri pertimbangan dan buka fail kes setiap satu individu berkenaan untuk mengumpul bukti dan betapa serius impak isu yg ditimbulkan mereka atas masyarakat berkaitan isu perkauman ini... Rakyat Malaysia pasti berterima kasih...

Teresa - memang wajar kerana secara terbuka menimbulkan isu perkauman yg mengguris hati org melayu Islam.

1. Isu tulisan Jawi
2. Larangan Azan menggunakan pembesar suara
3. Memorandum Azan
4. Cuba menyamaratakan Islam dengan agama lain
5. dan lain-lain lagi yang berbentuk usaha menghakis perkara dan keistimewaan orang melayu

Raja Petra - wajar kerana menerusi laman blog kendaliannya telah banyak menimbulkan fitnah yang dipercayaan oleh masyarakat tanpa usul periksa menyebabkan keresahan dan ketidak percayaan serta ketentuan dikalangan rakyat hingga mewujudkan bibit bibit perpecahan dikalangan melayu dan juga melayu dan bukan melayu Islam.

1. Isu Najib-Altantunya
2. Isu menghina Islam & Nabi SAW - JAKIN dan NGO Islam buat laporan polis...
3. Akuan bersumpah Kes Najib & Altantunya
4. Artikel-artikel yang tidak benar - manipulasi emosi dan situasi semasa hingga mewujudkan kepercayaan dikalangan rakyat walau tanpa bukti jelas dan benar.

Wartawan Akhbar Sin Chew Jit Poh - harus ditahan kerana memberikan laporan dan penulisan yang condong kearah memainkan isu dan sentimen perkauman diatas kenyataan Dato' Ahmad Said walhal dalam konteks sejarah masyarakat Malaysia tiada apa yg salah dalam ucapan itu. Namun kerana corak penulisan yg mahu mencetuskan sentimen perkauman isu itu telah menjadi sensasi lantas masyarakat cina terus mempercayainya....
Apapun kini semua harus berhati-hati dan berfikir jauh sebelum cuba mencabar hak dan perlembagaan negara... terutama jangan memeprsoalkan Hak Keistimewaan Melayu... saya yakin jika kerajaan tidak melaksanakan tindakan tegas sebegini... nescaya api kemarahan Melayu Islam akan semakin membuak-buak hinggakan khuatir tidak dapat diredakan... dengan tindakan begini saya yakin sentimen kemarahan melayu Islam akan semakin reda dan keyakinan kepada kerajaan sebagai pembela Melayu Islam akan dapat dikekalkan...
Renung-renungkan selamat berjuang.

1 comment:

Anonymous said...

Memang patut dikenakan tahanan ISA. Dan ISA nampaknya masih relevan dan semasa sifatnya kini. Antinasional dan bertindak membawa anasir subversif adalah musuh negara. Komunis hanya letak senjata tetapi perjuangan masih nyata.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.