Semoga kita sentiasa dapat bertukar-tukar dan berkongsi maklumat sahih serta tepat dalam perjuangan di alam cyber ini...
Bagi penulis ada 3 kebarangkalian :-
1. Sememangnya DSAI melakukan perkara terkutuk itu... buktinya selepas mendapat maklumat Saiful membuat laporan polis pada 26 hb malam itu juga pemimpin PKR mengadakan mesyuarat tergempar... dan dalam mesyuarat itu juga Anwar mendedahkan konon nyawanya diancam dan menegaskan ada kospirasi politik.
DSAI kemudiannya terus ke kedutaan turki dan berkeras untuk tinggal disitu... hingga dihalau keluar. Kesimpulan DSAI macam gelabah nak larikan diri seterusnya mengelak undang-undang Malaysia... ini jelas menunjukkan reaksi org bersalah "kalau benar dan betul kenapa nak takut??? kenapa nak lari???"
Keluarga saiful juga bersetuju mengupah Peguam selepas pemeriksaan kesihatan saiful selesai dilakukan... apakah sememangnya terjumpa kesan air m**i dan DNA DSAI dalam pemeriksaan itu menyebabkan keluarga saiful sanggup menyokong beliau???
Sdr Ezam bekas org kanan DSAI sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa DSAI tidak boleh dijadikan contoh pemimpin Islam yg baik... persoalannya kenapa? Apakah Ezam mengetahui sesuatu???... kerana itu dia sanggup meninggalkan DSAI setelah bermati-matian menghidupkan "REFORMASI" dan mengorbankan jiwanya untuk DSAI.
Ezam juga memberikan kenyataan bahawa DSAI perlu menyelesaikan masalah "PERIBADI" dan "MORAL" yg sudah berlarutan sejak lama dulu - adakah Sdr Ezam menekankan tabiat luar biasa DSAI itu???
Melihat kes liwat terdahulu... DSAI dibebaskan dari sabitan kes liwat bukan sebab Panel Hakim yakin dia tidak melakukan perbuatan tersebut... Penghakiman hakim yg membebaskan DSAI menyatakan bahawa pembebasan itu perlu dilakukan disebabkan berlaku kekeliruan dan keraguan berhubung masa dan tempat kejadian berlaku - senang cerita masalah teknikal utk pembuktian.
Hakim yang mahu mengekalkan hukuman pula dalam penghakimannya menegaskan bahawa kejadian Liwat dan Sex luar tabii oleh DSAI diyakini berlaku dan berjaya disokong oleh fakta dan bukti saintifik yg mana bukti2 ini tidak terjejas walaupun terdapat percanggahan butiran maklumat saksi dari segi teknikalnya... oleh itu hukuman wajar dikekalkan
2. DSAI tidak melakukan dengan lelaki... (DSAI normal sukakan wanita) sebaliknya konspirasi kerajaan. Seperti kata DSAI kerajaan sudah terdesak utk menyekat pengaruh dan kebangkitan DSAI melalui pakatan rakyat...
kerajaan BN bimbang akan ditumbangkan dalam jangka masa terdekat... lagipun DSAI mahu umumkan MP BN 4 org akan keluar dari BN dan masuk pakatan rakyat seterusnya DSAI juga akan mengumumkan bakal bertanding pilihan raya kecil...
sememangnya ancaman bunuh pada Anwar wujud hasil maklumat dari sahabat baik Anwar iaitu CIA amerika dan Perisik Singapura dan DSAI terdesak terus berlindung di kedutaan turki.
Namun DSAI tak perlu bimbang sebab kerajaan Amerika baru keluarkan statment membantah sebarang penahanan dan pertuduhan terhadap DSAI - kerana Amerika yakin ini hanya satu konspirasi politik, tidak mungkin agen terbaik mereka boleh buat kesilapan sebegini terutama memilih TEMAN peribadi...
3. DSAI melakukan master plan politiknya... wujud perancangan dan pakatan strategik yg diatur oleh DSAI dan intelligentnya supaya kerajaan berhadapan tekanan dan dituduh tidak demokratik...
DSAI berpakat dengan mewujudkan kes ini yang mana melalui kes ini kononnya kerajaan berkonspirasi untuk menuduhnya melakukan liwat
Kes ini dipercayai mewujudkan keresahan dan ketidak percayaan rakyat dengan ebgitu teruk sekali kepada kerajaan sekarang... akhirnya rakyat akan protes dan bangkit menyuarakan rasa ttidak puas hati dan akhirnya berlaku tunjuk perasaan dan bantahan dijalanan dan akhrinya suasana kurang aman berlaku - seperti waktu REFORMASI dahulu.
waktu itu DSAI akan bangkit bersama-sama rakyat sebagai pembela dan dengan bilangan MP yg tidak stabil dan goyah dipihak kerajaan disebabkan faktor2 kelemahan PM sedia ada....DSAI akhirnya akan memanipulasikan semua keadaan dan faktor yg ada utnuk meruntuhkan kerajaan dan akhirnya tumbanglah kerajaan dan DSAI mencapai cita-cita politiknya menjadi PM...
APA akan jadi pada masa depan negara??? sendiri mau ingatlah fikir-fikirkan... Dah Amerika banyak tolong DSAI untuk jadi PM... Waktu itu kiblat atau penentu segala dasar dan keputusan negara pastinya berdasarkan telunjuk dan yg menguntungkan AMERIKA... tahniah DSAI, semoga maha hadapan, maruah dan kebahagiaan generasi kita akan datang tidak tergadai dan musnah ditangan pemimpin munafik seperti ini.... Amin Ya Allah
Renung-Renungkan, Selamat berjuang...
3 comments:
Teori yg ringkas tetapi telah membuka minda saya memikirkan kembali keseluruhan cerita bermula kes terdahulu... kesangsian dan rasa was-was berkaitan kes ini pasti terungkai selepas bermukanya penyiasatan etrbuka oleh polis...
DSAI bakal tamat karier politik beliau jika sabit kesalahan kali ini...
Kerajaan tak ada idea lain ke nak kenakan Anwar??? buat lah kes baru... ini guna jaklan cerita sama mana rakyat nak percaya...
Di akhir zaman, manusia yang amanah dikatakan khianat, manusia khianat dianggap amanah...tak perlulah kita ta'sub dengan sesiapa.Keadilan akan ditegakkan oleh Allah yang Maha Adil, bukan manusia yang hanya pandai melaung-laungkannya Berani kerana benar, takut kerana salah.
Semuga Allah memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Engkau yang Maha Berkuasa Tuhanku.
Post a Comment