Wednesday, February 20, 2008

MAFREL dan Abdul Malek Hussin Pengkhianat


Siapa MAFREL?

Abdul Malek Hussin seperti yang diketahui umum adalah pengerusi Malaysian For Free and Fair Elections (MAFREL).

Apa pula latar belakang MAFREL?

Pertubuhan yang ditubuhkan dalam tahun 1999 ini adalah juga anggota Asia Network for Free Election (ANFEL) dan bekerjasama rapat dengan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam bidang penyelidikan. Mempunyai pekerja-pekerja yang dibayar dalam US dolar.

Mengapa pekerjanya dibayar dalam US dolar?

MAFREL mendapat pembiayaan dari National Endowment For Democracy (NED) manakala NED pula mendapat tajaan dari United States Agency for International Development (USAID). Dana USAID pada tahun 2006 sahaja berjumlah USD9.1 billion.

Siapa pula NED?

NED banyak terlibat dalam membeli, mencaturkan atau menentukan kerajaan di seluruh dunia. NED menyalurkan wang terutamanya sewaktu musim pilihan raya bagi mencaturkan kerajaan di Cuba, Venezuela, Costa Rica, Haiti, Panama, Nicaragua, Iran, Iraq, Afghanistan, Slovakia, Bulgaria, Serbia, Ukraine, Georgia, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain.

Bersandarkan ini, tidak mustahil Malaysia juga menjadi mangsa melalui parti-parti politik pembangkang negara.

Marc Bazin pernah menerima bantuan USD36 juta daripada NED semasa pilihan raya Haiti pada tahun 1990; Nicholas Ardito Barletta menjadi Presiden Panama juga dengan dana bantuan NED; George H. W. Bush pernah menyalurkan USD9 juta melalui NED bagi membolehkan Violeta Chamorro menjadi Presiden di Nicaragua.

Maka tidak hairanlah jika mahu dikaitkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mendapat pembiayaan bagi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.

Apa pula tujuan USAID, NED dan KAF (Kondrad Adenaeur Foundation yang juga membiayai IKD) dalam mencampuri urusan negara lain?

Sudah tentulah untuk memastikan bahawa kesemua negara-negara di dunia tunduk kepada Amerika di samping menghapuskan kerukunan agama Islam di muka bumi.

Bagaimana caranya?

Hancurkan ekonomi, gugat kerajaan yang memerintah, timbulkan kekacauan, pecahkan perpaduan kaum dan perkongsian kuasa adalah modus operandi yang dilakukan melalui parti-parti politik pembangkang negara termasuklah orang-orang perseorangan dan badan-badan NGO yang mempunyai kecenderungan membangkang atau memberontak terhadap kerajaan yang sedia ada. Inilah yang sedang berlaku dalam negara.

Inikah yang kita mahukan?

Jika bersandarkan kepada keputusan penghakiman, saman RM2.5 juta terhadap pegawai polis dan Kerajaan yang dimenanginya hanyalah kerana dakwaan tindakan penderaan fizikal ke atasnya sebagai tahanan ISA dan bukanlah kerana kesalahannya terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

Dengan ini, Abdul Malek Hussin masih boleh dianggap sebagai pengkhianat negara setaraf dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamaruddin.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.