Thursday, December 9, 2010

SPRAM BILA NAK SIASAT AZMIN ALI & SHAMSIDAR


terus terang penulis harap SPRM jangan jadi "LEMBU" atau pun "PAHAT & PENUKUL" ketuk baru nak jalan... Kes Khir Toyo SPRM dah kemukakan pendakwaan... namum kes yang lagi lama berlapuk iaitu kes Skandal Azmin Ali & Shamsidar bila dakwa ni...

Nanti orang kutuk SPRM korang melenting tak tentu hala... jumpa PM dah KSU lah merajuk... buatlah kerja cepat...

Pada 17 November 2009, bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan, Anuar Shaari telah membuat laporan polis terhadap Azmin Ali. Segenggam dokumen asli – original sets of documents telah diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan terperinci. Dokoumen dokumen tersebut mendedahkan bahawa Azmin Ali sewaktu bertugas sebagai Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim sekitar tahun 1992 sudah hidup mewah….! Dokumen saham bernilai berjuta juta ringgit jelas membuktikan ada keraguan pada akal kita yang waras untuk bertanya “dari mana datangnya wang yang banyak itu..? Gaji Azmin sekitar RM3,000 tidak mampu membeli saham bernilai lebih RM8 juta …! “

Dokumen dokumen tersebut turut mendedahkan Azmin telah menggunakan isterinya Shamsidar Taharim sebagai proxy untuk segala urusan jual beli saham di BSKL.
Dokumen dokumen tersebut turut mendedahkan Azmin telah menggunakan isterinya Shamsidar Taharim sebagai proxy untuk segala urusan jual beli saham di BSKL.

Blog ini pernah mengulas serta menjelaskan “trick” yang baiasa digunakan dalam mana mana transaksi menggunakan proxy;

Kupasan Saham Azmin : Shamsidar Jadi Proxy, Anwar Lorongkan Jalan…, klik sini

Kupasan Transaksi Wang & Saham Azmin Shamsidar…, klik sini

Tindakan berani Anuar Shaari membuat laporan polis dan menyerahkan segala bentuk bukti telah mendapat reaksi positif daripada Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hassan. Beliau ada memaklumkan bahawa pihaknya menyerahkan kepada SPRM untuk siasat segala dokumen yang sudah diserahkan.
Akhbar The Star melaporkan “IGP: Best If MACC Investigates Azmin on Shares Issues”, klik sini.

Antara pendedahan yang sensasi adalah resit asal [original] pembelian sebuah katil mewah yang mahal oleh Shamsidar dimana harganya mencecah sehingga RM27,000…! Kalaulah membeli perkakas perabot boleh mampu berbelanja sehingga RM27,000, apakah pula jumlah pendapatan Shamsidar pada tahun 1992..??
Pada sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, rakan rakan bloggers ada menyiarkan berita bergambar bagaimana Azmin Ali menunjuk nunjuk dan bermegah megah dengan kemewahannya, sekeluarga berposing didepan kereta Ferari…., milik Azmin..?

Tajuk posting ; Azmin Memiliki Ferari..? klik sini

Berbalik semula kepada Isu Skandal Saham RM8 Juta Azmin. Sewaktu pendedahan dibuat oleh Anuar Shaari, cerita ini turut mendapat liputan yang cukup meluas dikalangan bloggers yang memainkan peranan MENDEDAHKAN dokumen dokumen tersebut menerusi blog….

Skandal RM8 Juta Azmin : Slip Pertama Didedahkan! Klik sini.

Skandal RM8 Juta Azmin : Dokumen Saham Shamsidar Didedahkan! Klik sini.

Lagi Dokumen Saham Shamsidar kami Dedahkan..! Klik sini

Katil KING Size Shamsidar Bernilai ??? Klik sini

Sudah lebih setahun lamanya…. Dokumen asal sudah diserahkan, tetapi Azmin Ali masih bebas, masih kesana kemari naik pentas ceramah Pakatan membelasah sistem kerajaan negara kita….

Nilai RM8 juta ini mungkin lebih kecil nilainya daripada RM3.5 juta kes Khir Toyo…. Kalau Khir Toyo dipersoal kenapa boleh beli hartanah dengan harga RM3.5 juta sedangkan pemilik asal membelinya dengan nilai RM6.5 juta, kenapa tiada pihak “berwajib” mahu mempersoalkan dari mana datangnya wang sehinggakan Azmin ketika berusia 28 tahun hanya memperolehi gaji RM3,000 boleh membeli saham bernilai RM8 juta..???
Kenapa juga tiada pihak “berwajib” mahu mempersoalkan kenapa harga katil RM27,000..?? Samalah juga kaedahnya seperti mempersoalkan harga hartanah pembelian Khir Toyo bernilai RM3.5 juta….

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.