Sunday, December 5, 2010

ANWAR MAHU LANTIK TPM KAFIR HARBI LIM KI T SIANG - ANWAR SABOTAJ MAHU PAS BERPECAH

Sudah tiga kali Hadi Awang dipermainkan Anwar Ibrahim mengenai perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri … Kongres PKR 2009, 26 Mei 2010 dan pada Kongres PKR 2010.

Sudah masuk tiga kali juga Hadi Awang menafikan tahu menahu mengenai perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Nampaknya Nik Aziz terperasan yang dia umpama diktator zaman Nazi yang apa dia cakap semua orang kena fikir... PAS utamakan musyawarah konon... pirah! Nik Aziz perlu disepak keluar dari PAS... dia semakin nyanyuk dan menjadi bebanan pada PAS...



Dan Hadi Awang juga berpendapat Perlembagaan Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika memenangi PRU 13.

Masakan Anwar Ibrahim mahu berpandukan kepada Perlembagaan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat adalah sebuah pertubuhan haram dan tidak berdaftar sehingga ke hari ini. Nampaknya Anwar terbawa-bawa sifat "DICK-TATOR" Anwar dalam PKR ke dalam Pakatan Rakyat yang dirasakan boleh dicatur macam pemilihan PKR. Anwar dapat "rasa" KAFIR HARBI lebih penting serta bagus berbanding saudara "SE-ISLAM"...


Perlu apa Hadi Awang menafikan setiap kenyataan Penasihat PKR jika terpaksa bermandikan air kencing Anwar Ibrahim sebanyak tiga kali dalam masa 2 tahun.

Dalam pada masa yang sama, Nik Aziz menambahkan lagi bengkak di kepala dan hati Hadi Awang bila cukup bersetuju Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sapa Nik Aziz nak buat keputusan tanpa musyawarah dalam PAS? Nik Aziz nak jadi "DICK-TATOR" macam Anwar ke?

Selaku Presiden PAS, Hadi Awang merasakan beliau lebih layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri sedangkan kenyataan Nik Aziz melambangkan Presiden parti itu tidak mempunyai kredibiliti dan keupayaan untuk menjawat jawatan tersebut.


Dalam parti PAS, kuasa politik Nik Aziz melebihi kuasa yang ada pada seorang Presiden, walaupun dinafikan berulang kali oleh pemimpin PAS yang lain. Hadi Awang hanyalah seorang Presiden boneka di dalam parti PAS.

Hadi Awang penyebab amarah Nik Aziz masih belum lenyap dengan kegatalan beliau yang mahukan kerajaan perpaduan di antara UMNO dan PAS menjadi kenyataan. Panas benar hati orang tua yang bernama Nik Aziz dengan tindakan Presiden parti.

Kenyataan Nik Aziz yang bersetuju dengan perlantikan Kit Siang hanyalah bertujuan menyakitkan hati Hadi Awang. Puas hati beliau.


Tidak menghairankan apabila Nik Aziz mahu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM ) bagi menggantikan pemimpin yang bermasalah dalam PAS. Kata bidalan … pukul anak sindir menantu.

Hadi Awang yang memulakan langkah kerajaan perpaduan, Nasharudin Mat Isa yang terpaksa menanggung beban beliau sehingga digelar ‘sampah yang menyusahkan’. Cacian Nik Aziz sebenarnya ditujukan tepat ke muka Hadi Awang.


Pertembungan kuasa di antara Hadi Awang dan Nik Aziz sebenarnya sudah lama berlaku. Cuma menunggu masa sahaja untuk meletup di hadapan penyokong kedua dua belah pihak.

Dan Lim Kit Siang adalah manusia paling beruntung kerana tidak perlu bersusah payah mempromosi diri. Anwar Ibrahim sudah bagi ’Surat Watikah Perlantikan’ awal awal lagi kepada beliau.

Jika Nik Aziz fikir suaranya adalah penentu dasar dan kata putus parti, beliau sememangnya melakukan kesilapan besar.




Nasharuddin Mat Isa dengan tegas menolak perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tidak pernah ada perbincangan di antara pakatan pembangkang tentang usul dari mulut celupar Anwar Ibrahim. Nasharuddin juga menolak perkara tersebut pernah dibincangkan bersama dalam mesyuarat pemimpin tertinggi PAS.


Naib Presiden PAS, Tuan Man Tuan Ibrahim turut menolak kenyataan Nik Aziz yang menyokong perlantikan Kit Siang atas dasar tidak pernah dibincangkan di dalam parti malah mesyuarat rasmi pakatan pembangkang.


Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib tidak bersetuju dengan keceluparan Anwar Ibrahim melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ketua Dewan Ulama PAS menempelak Penasihat PKR tersebut sebagai memandai mandai membuat keputusan tanpa merujuk kepada PAS.


Yang anehnya, Timbalan Ketua Dewan Ulama Ahmad Yaakob pula bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS. Dan beliau turut menyindir Harun Taib dengan mengatakan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS itu sebagai cakap peribadi dan bukan mewakili Dewan Ulama PAS.

Sudah jelas ... berlaku pertembungan antara dua puak dalam parti PAS. Puak yang menyebelahi Haji Hadi dan Nik Aziz. Sukar bagi PAS untuk membohongi rakyat bahawa sudah wujud dua kem bertentangan dalam parti tersebut.

Kenyataan Nasharudin sebenarnya adalah tamparan kepada Nik Aziz selaku Mursidul Am PAS yang memandai mandai bersetuju dengan Anwar Ibrahim, sedangkan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam parti.



Gelaran ’sampah’ oleh Nik Aziz masih lagi terngiang ngiang dalam kepala beliau memandangkan beliau dan Haji Hadi bertanggungjawab mengenai isu Kerajaan Perpaduan bersama BN.

Nasharuddin juga berhak membalas kembali gelaran ’sampah’ kepada Nik Aziz kerana isu gambar ’rasuah yang dikatakan sedekah’ beliau adalah penyebab kekalahan PAS di PRK DUN Galas tempoh hari. Nasharuddin sudah tidak berhutang budi lagi dengan Nik Aziz kerana beliau boleh menghentam Nik Aziz bila bila masa.



Lahar gunung berapi PAS hanya tinggal masa untuk meledak. PAS sudah pun berpecah walaupun cuba disembunyikan dari pengetahan umum. Apa yang penting, PAS perlu tunjukkan kepada ahli dan penyokong parti bahawa tidak berlaku sebarang pergeseran di antara Haji Hadi dan Nik Aziz.

Dendam kesumat Nik Aziz pada UMNO dan Haji Hadi belum reda. Haji Hadi & Co vs Nik Aziz, Anwar & Associates , dua kem berbeza sedang berlumba mendapatkan sokongan dalam parti dan masing masing memasang pencacai untuk menghentam kem yang lagi satu.

Jadi siapa kata tiada pergeseran dan pertembungan kuasa dalam parti PAS... dan ingatlah punca "PERPECAHAN & PERBALAHAN" PAS adalah hasil adu-domba dan pengkhianat dalam PAS sendiri yang senyap-senyap menjalankan operasi dibawah kawalan Anwar Ibrahim...

PAS perlu segera tinggalkan Pakatan Rakyat... PAS harus jadi tuan kepada diri sendiri kerana PAS lebih mampu dan berkebolehan dikalangan pembangkang berbanding PKR & DAP... tetapi kenapa merelakan diri PAS dipijak, dihina dan dibuli oleh PKR dan DAP dalam pakatan Rakyat walhal PKR dan DAP amat bergantung pada PAS... sumbangan PAS tidak dihargai langsung... macam-macam janji dan keistimewaan diberikan pada DAP tapi apa yang diberikan pada PAS yang berjuang demi "ISLAM"? sebaliknya PAS terpaksa korbankan "prinsip asas" dengan tidak lai berjuang demi ISLAM!

Kajilah... lebih banyak Baiknya PAS berjuang secara solo... berbanding PAS berjuang dalam PAKATAN RAKYAT disamping PKR dan DAP... Allah Maha Mengetahui...
Sumber / pautan:

http://malaysiakini.com/news/149721


http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8472955.asp

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1025&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1028&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm&arc=hive

PAS ROYAL RUMBLE … NIK AZIZ vs HAJI HADI

PAS ROYAL RUMBLE II … NASHARUDDIN TEMPELAK NIK AZIZ

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.