DS NAJIB SEBENARNYA SEDIH DAN TIDAK SAMPAI HATI
Hingga DS Najib meminta TS Shukry meminta TS Muhyiddin datang untuk berjumpa beliau di pejabat secara personal... Sahabat semua boleh bertanya dengan TS Muhyiddin kebenaran ini... Dalam pertemuan itu DS Najib secara hati ke hati bertanya mengapa TS Muhyiddin masih terus menerus mempersoal dan dilihat tidak mahu bergerak dan bertanggungjawab sebagai sebuah pasukan yang diketuai beliau dalam kabinet hingga DS Najib bertanya apa lagi yang boleh saya beri untuk memuaskan hati TS Muhyiddin...
Dalam pertemuan itu juga dengan berat hati dan 'gentleman' DS Najib memberi tahu sudah mendapat perkenan DYMM YDP Agong untuk memuktamatkan senarai kabinet tanpa TS Muhyiddin sebagai Timbalan perdana menteri... bukan itu sahaja DS Najib memberi justifikasi dan sebab secara berdepan dengan TS Muhyiddin melakukan keputusan ini.Dimaklumkan TS Muhyiddin menerima dengan baik segala yang disampaikan DS Najib malah akan akur dengan apa jua keputusan dan mereka bersalaman dan bermaafan dalam suasana suram hiba.
Namun setelah berjumpa dan bercakap terus dengan TS Muhyiddin secara personel DS Najib masih meluahkan kepada 'staf' betapa beliau amat berat hati dan rasa simpati untuk melepaskan TS Muhyiddin dari memegang jawatan TPM... tanyalah staf di pejabat PM yang mengetahui senarai menteri kabinet... masing-masing tidak berani menjangkakan tindakan DS Najib sama ada mengekalkan atau melepaskan TS Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana menteri... hanya DS Najib yang tahu hingga ke detik akhir pengumuman nanti...
KEPUTUSAN MUKTAMAD
Segalanya terjawab juga apabila dengan rendah hati penuh takzim DS Najib mengumumkan senarai kabinet baru 2015 tanpa TS Muhyiddin sebagai TPM dan Menteri Pendidikan. Walaupun berat hati, sedih dan simpati DS Najib dilihat telah membulatkan tekad dan azam membuka buku baru.
Sahabat semua... apa yang ingin saya tekankan adalah DS Najib jauh berbeza seperti langit dan bumi berbanding Tun Dr Mahathir dalam soal menyingkirkan atau menjatuhkan rakan atau individu yang pernah bekerja bersama dengan beliau... Kalau Tun M ditempat Najib mungkin TS Muhyiddin sudah lama di singkir dan dijatuhkan serta dihina dalam soal pemecatan ini... TS Muhyiddin tidak dipecat hanya tidak dilantik semula dalam rombakan kabinet yang baru... malah DS Najib dengan penuh hemah dan semangat setiakawan memaklumkan secara terhormat terlebih dahulu keputusan ini kepada beliau atas nama persahabatan... Atas itu saya yakin TS Muhyiddin seorang pemimpin yang berjiwa besar dan memahami situasi, kesulitan dan perlunya DS Najib membuat keputusan ini.
HARAPAN DAN DOA
Saya dan rakan-rakan idealismalaysia setulus hati mendoakan kesejahteraan TS Muhyiddin sekeluarga dan semoga dapat terus istiqomah kekal merapatkan diri dalam barisan seterusnya berperanan memperkukuh dan memperkuatkan lagi UMNO atas kapasiti Timbalan Presiden demi mengharungi PRU14 yang mendatang.
KEPADA ALLAH BERSERAH













